Friday, October 16, 2009

1Malaysia?

Company saya betul2 mengamalkan konsep 1MALAYSIA. Kami dipaksa bercuti Deepavali selama 6 hari termasuk Sabtu Ahad (Start hari ini sehingga Rabu depan). Lama tu!!! Kononnya setiap perayaan besar utk setiap kaum (melayu, cina dan india) mendapat hak bercuti yg sama. Lebih kurang 6 hari untuk setiap perayaan. Walhal kalau kira peratusan pekerja langsung tak sama. Kalau saya tak silap, kaum India hanyalah 10% je kot. Saya pun taktau laa idea siapa yang terlalu bernas ni. Semua ni start pd tahun lepas. Tahun2 sebelum ni takde pulak macam ni. Deepavali biasanya cuti 2 hari je.
Dapat cuti semua orang suka kan? Tapi yang paling TAK SUKAnya ialah nak kena ganti HARI SABTU tu... huhuhu... Geram makcik!!!
1MALAYSIA, 1MALAYSIA lah jugak tapi nanti Sabtu bekerja siapa nk jaga anak saya? Hmmm... saya kadang2 rasa tak berapa best nak hantar damia ke rumah babysitter pada hari Sabtu sbb kesian jugak kat babysitter kot2 nak pegi jalan2 ke kan. Hmm...

2 comments:

Mrs Azzuri said...

kakak! 2 tahun lepas pun sama la.. hehe sebab teringat masa tu ai amik peluang gi LBU visit husband.. nov 2007, 5mth preggie :D

takpe k.lelo, sabtu yg kena keje tu unpaid laaa ape lagi hehe

lailasani said...

mrs azzuri,
sokkaa... makcik dh lupo la rupanya... hehehehe...

huwaaa.. unpaid leave dh banyok sangat dah ni... tak sanggup dah...:(

Blog Widget by LinkWithin