Friday, October 16, 2009

Kek Coklat Kukus Cik Fid

Dah 2 kali try kek coklat kukus Cik Fid ni. Memang senang, sedap dan kompom menjadik. Thanks kepada tuan empunya resepi ye. Cik Fid, saya mintak keizinan nk copy paste kat blog saya ni utk tujuan simpanan dan perkongsian dengan rakan2.  Gambar tak sempat nak ambik. Nanti kalau buat lagi lain kali, saya kongsikan gambar sekali ya.

Bahan-bahan ( 8 in )
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara-cara
Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
Angkat dan sejukkan.

***menurut cik fid, sumber rujukan adalah myresepi.com



2 comments:

MuzZz said...

Ermm..Sedapnyer..

lailasani said...

silalah try wat... senang je tu.. hehe

Blog Widget by LinkWithin