Monday, October 5, 2009

Keluar dari penjara bertaraf hotel

 Alhamdulillah, encik suami dah boleh keluar dari penjara yg bertaraf hotel aka WAD pd hari sabtu yg lepas. Tiap2 hari encik suami dok mintak nk balik, keboringan yg amat katanya. Berakhirlah perkampungan kami kat wad selama 3 hari 2 malam (Macam pergi bercuti tu.. hehehe). Keadaan encik suami masih tak berapa ok, masih perlu berehat di rumah. Doktor bagi MC seminggu dan hari selasa ni perlu pergi fisio lagik.
Balik dari hospital hari tu, sempat jugak kami menjengah ke beberapa buah rumah yg dijangkakan terpaksa dicancel. Itupun sebab dekat dengan area perumahan kami. Yang jauh2 mmg tak dapat nak pergi sbb encik suami tak boleh duduk lama2 dalam kereta.
Dan hasil daripada pemakanan yg tak menentu dan open house sana sini, damia pulak yg cir** bir**. Kesian si kecit tu. Kami mak bapak tader ape2 pulak. Maknanya bukan makanan atau minuman kat mana2 yg tak OK, tp mungkin tak berapa sesuai dengan perut si kecit. Makin rampinglah si kecit saya itu. Kesian tengok damia yg lemah longlai.
Maka, total pesakit kat rumah ni dah bertambah 2 org. Kepada kawan2 yg ingin datang beraya, kami mohon maaf ye kalau datang rumah ni hanya boleh makan saki baki biskut raya dan kerepek aje. Kalau 'hello2' dulu before datang, sempatlah saya mintak tolong 'mak angkat' saya masakkan kat restorannya. Ngeeeeeeee...... :P



3 comments:

~Yu.Es~ said...

Dapat jugak akak datang umah mimi...:)thanks kak yer!walaupon mimi tak terlayan..jangan serik!BTW, Alhamdulillah abang akak sah buleh keluar spital! Taihenne sono byoki...

Mrs Azzuri said...

hahah kak lelo, ai pun sama ngan damia! haihh letih. suspect adala tu salah makan kat mana2 sebab parents pun sama..

lailasani said...

mimi,
thanks jugak coz jemput kami. sori takleh dok lame2 sbb cik abe gelisah aje menahan kesakitan.

nanad,
ai pun dh terkena sama. cir bir ni berjangkit ka??? hohohooh... kalo nk kata pemakanan, same je makanan yg masuk perut ngan cik abe, tp dia ok ja... huhuhu...
sakit weih kemunt**an...:((

Blog Widget by LinkWithin