Monday, April 12, 2010

Damia-22 bulan

Lagi 2 bulan je lagi damia nak mencecah umur 2 tahun. Cepat sungguh rasanya masa berlalu. Moga2 damia akan terus menjadi anak yg baik dan sentiasa diberkati olehNYA. INSYAALLAH.
Hampir 3 bulan mama tak update perkembangan damia. Proses hibernasi mama ni taktau bile kesudahannya nak, gomenne...
Ok, mari kita tengok perkembangan anak mama yg dh nak masuk 24 bulan menjelang bulan 6 nanti..

Damia : 20-21-22 bulan
Tarikh : 12022010-12032010-12042010
Berat : 9.0 kg/ 9.2 kg/9.0 kg (dok pi mai pi mai tang tu aje)

  1. Perkataan baru yg sentiasa disebut2 oleh damia ialah KAKAK. Ni bukan kami yg perkenalkan perkataan ni. Mungkin belajar dari umah bbsitter sbb ade sorang cucunya yg lebih besar dr kanak2 lain. Dan secara tak langsung sekrang ni dah bahasakan diri damia dengan KAKAK.
  2. Perkataan lain yg bukan berasal dari rumah ialah NO NO sambik goyang2kan telunjuk dan STOP sambil hulurkan tangan tanda STOP. Hehehe... Bila tengok damia buat macam tu, rasa cam nk tergelak je sbb memula tu tak berapa faham apa yg cuba damia sampaikan.
  3. Sangat kerap meragam malam. Menangis meraung2 macam sakit gitu. Kadang2 sampai 2-3 jam berjaga. Orang kata memang macam tu kalau nak dapat adik. Sabar jelah ye papa damia.:)
  4. Dah boleh sambung sikit2 kalau mama baca/nyanyikan Alif-Ba-Ta.
  5. Boleh bilang 1-2-3 sampai 10, tapi kadang2 tersasyul gak. Kekadang 8 takder dah 9 terus.
  6. Mama dah start nk ceraikan susu sbb damia dh koyakkan paipai mama. huhuhu... sakit tau damia...
  7. Sangat suka berlari sejak dah master skill berlari. Sentiasa berlari walaupun dalam rumah.
  8. Suka nk bertanya ini apa, itu apa... padahal benda tu damia dh tahu. Macam damia pulak yg jadi cikgu, mama student damia pulak.
  9. Pandai nk panggil mama/papa dengan panggilan yg manja2 gitu, siap intonasi manja2. Memang cair kalau dengar. Kalau tengah nak marah pun tak jadi marah. Hebat kuasa panggilan damia ni.
  10. Mama dah boleh beruskan gigi damia. Tapi kena guna yg sarung kat telunjuk tu aje. Kalau berus gigi yg betul2 tu, damia taknak. Kadang2 je mama boleh beruskan gigi guna berus gigi betul. Mama kekadang buntu cemana nk pujuk damia gosok gigi.
  11. Gigi geraham baru tumbuh 3 batang. 1 bulan 1 batang keluar.
  12. Sangat suka masuk dalam baldi bila mandi. Ala2 swimming pool laa kononnya..:) Pandai menyelam tau.. Hehehe..
  13. Pandai berkumur2. Lama jugak damia nk dapat skill ni. Maybe sebab selalu tengok mama kumur2 lepas berus gigi. Kekadang telan air gak tu, aduhaiii anak mama ni.. Bila dah pandai, minum air pun nk kumur2.
  14. Macam dah faham ada adik dalam peyut mama. Damia suka kiss2 atau buat bunyi2 kat perut.
  15. Setiap kali nk tinggalkan ape2 hatta bilik air atau nk lari dari lipas pun, damia siap ckp BYE BYE.... hehehe....
  16. Pengepam tegar? kekekeke.... Apakah??? sila rujuk gambar di bawah...
canne ek mama selalu buat dulu2 tu... sekrg mama tak guna dah ni, mama kata mama pencen sekejap, tunggu adik kuar dr peyut mama dulu...
camni kot...
errrr.. susah jugak ekk...
betullah camni...
ok kawan2, nanti kita tunggu hasilnya..... agak2 lumayan buleh simpan stok...:D

 Nota tangan saya : anak2 kecil ni mmg belajar dari pemerhatian, jadi awasilah perlakuan kita sbg ibu bapa. moga2 kita akan menjadi idola yg terhebat utk anak2 kita.... INSYAALLAH..

4 comments:

Anonymous said...

hehheheh
gamba damia mengepam tu kelakar
tapi comellll

jiran 55

Unknown said...

heheheh... berusaha keras dia nk mengepam... hihiihih..

CikWa said...

laila, ini sebiji cam my son
dia pun ikut nak pump guna avent isis

huhuhu

dulu ada buh dlm blog sebelum di remove kerana dapat komen2 tak best dari macam2 jenis org

Unknown said...

cikwa,
anak2 ni mmg sgt suka meniru...:)

heheh.. ade jugak ke yg komen tk bes? allamak aiii...
sibbaik blog sy tak femes cam blog cikwa, setakat ni takdak lagi komen2 tak membina... harap2 dijauhkan laaa...

Blog Widget by LinkWithin