Monday, August 16, 2010

Damia dah nak jadi kakak : 25-26 bulan

Perkembangan budak kecik yg dah tak berapa kecik lagik dah. Dah jadi kanak2 26 bulan.
 hihihi.... sembahyang pakai telekung jaaa, kain taknak... susah nk berjalan laaa mama....

  1. Perkembangan paling hebat!! Minggu lepas start panggil papa tengah2 malam buta utk buat susu atau mintak air atau mintak garukan tempat yg gatal. Mama boleh tido lena sikit minggu lepas. Maybe damia dah tau kot lepas ni nak kena mintak apa2 ngan papa sbb mama nk kena layan adik.
  2. Pandai sungguh bercakap kat telefon sorang2. Tapi kalau ada org telefon betul2, taknak bercakap pulak. Sibuk dok dengar aje. Antara perbulan damia ialah HELLO... HELLO.... HAA? HAAA? PAPA? PAPA?? PATUTTTT... (sepatutnya "patut laaaaaaaaa".... hehehe)
  3. Vocab dah makin banyak dah. Kadang keluar perkataan2 yg lawak jugak. Perkataan favourite sekarang ni ialah KEJAP.. KEJAP... JAP EH, JAP EH... TAPE...  TAPEE...
  4. Perkataan "TAPE" (takpe) tu mmg dari mama. Setiap kali tumpah masa makan, mama akan cakap, TAKPE, nanti mama lapkan. Sekarang ni damia dah guna balik. Kalau tumpah air ke ape, mintak ambikkan tisu, damia akan cakap. TAPE... TAPEEE..... aduyaiiii.... takleh nk ckp apa sbb mama jugak yg ajor. huhuhu.
  5. Dah pandai demand macam2. Nak air bina (ribena), nak miyo (milo), taknak mandi, taknak basuh yak. Macam2 karenah dia. Kalau nak ajak mandi tu, kena pujuk baek2 punye. Kalau ngan papa memang susah sikit. Nak mandi ngan mama jugak.
  6. Dah pandai sambung2 baca doa makan. Alhamdulillah..... Sekrg tgh belajar doa lepas makan pulak.
  7. Setiap kali lepas mandi mesti nak ambik air sembahyang. Tak kiralah time tader waktu sembahyang pun. Dan setiap kali nk start sembahyang pun mesti ambik wuduk dulu. WAJIB. Abis basah baju. Minggu lepas mama dah berjaya belikan telekung kanak2. Excited damia nk pakai, sembahyang ngan mama/papa. Anggota wuduk damia buat masa ni adalah muka-telinga dan kaki sahaja ye.
  8. Sangat suka cium 'adik'. Cium perut mama bertubi2. Tapi kalau before tido, mesti cium perut mama n perut papa. Hahaha. Walaupun damia sdiri cakap, perut papa takde adik. Nakkk jugak cium.
  9. 1-2-3 dah lancar dah wpun kadang tu ada jugak silap. Tiada perkembangan yg hebat ttg ABC dan AlifBaTa sbb mama pemalas nk ajar betul2. Asyik2 dok nyanyi jaaa... hohohooh... **mama, sila rajin2 sikit, saya nk belajar ni!!**
  10. Kegemaran mengambil order makanan adalah masih berterusan. :)
  11. Dah kurang gemar nasi putih, kalau nasi yg ada perisa cam nasi ayam ke, nasi beriyani ke mmg damia suka. Favourite adalah yg berkaitan dgn mee @ pasta serta ayam. Tiap masa nk mintak ayam, mmg anak papa betul lah damia ni.
  12. Dah tau bagi salam-jawab salam dan ckp terima kasih-sama2.  
  13. Pantang jumpa kamera, mesti buat gaya2 comey @ pelik.... atau nak jadi photographer cam papanya...
 hasil kreativiti damia mengambil gambar.. ada talent tak mama????
sangat2 rajin tolong mama masukkan pakaian kotor dalam mesin basuh, yang paling penting mesti kena bagi damia tuang sabun... MESTI!!

    2 comments:

    Normaliza said...

    Yang no 5 tu sama macam yamin. skang ni asyik nak air 'bina' ngn 'melo' je..dah pandai nak minum sedap kan..sabo je la..hehe

    Unknown said...

    hehehe.. diorang pun dah ade taste tersendiri dah ekk... sekrg ni air 'bina' abish, mintak jus pulak... jus tu sy beli jus kurma/jus tok guru utk buat air...

    Blog Widget by LinkWithin