Thursday, June 25, 2009

damia lagi... 12 bulan..

Tarikh : 12062009
Berat : 8.1 kg
Tinggi : 73 cm


Attoiu ma ni (sedar tak sedar ala2 sekelip mata ) damia dah menginjak ke umur setahun. Rasanya baruuu je mengandungkan damia, masih terasa2 lagi tendangan2 manja damia kat perut yg memboyot setahun yg lepas. Dah besar rupanya tuan puteri mama ni.

Perkembangan damia setelah bukan akachan (baby) lagi...
  1. Sgt rajin berjalan. Dah kurang aktiviti merangkak. Berjalan-jatuh-bangun dan berjalan lagi... Bagus anak mama, tak give up!
  2. Dah taknak makan bubur nasi lagi dah. Sekrg mcm2 menu kena tukar. Mee/spaghetti+sup, spaghetti sos putih (carbonara), nasi+sup+ikan goreng-ikan bakar tapi tak suka makaroni+sos tomato (mama masih lagi tgh menyiasat, tak suka makaroni @ sos tomato).. Kadang2 mama blur taktau nk pelbagaikan lagi menu damia. tgh nk mintak tolong ngan encik google.
  3. Kalau kena marah ngan mama atau papa, damia nangis @ kerutkan dahi pandang kita balik. Huh! buleh tahan garang gak anak mama ni...
  4. Perkataan damia sekrg ni, AIR, NAK, PAPA, PA, MAMA, MA, THU, NI,BABA (BABAI), CHAK AAAA, NANAK (TAKNAK), NEYNYENYENYE, NYANYANYANYA (mama-papa tak paham ape ni)
  5. Ayat2/perkataan yg damia boleh faham SIT DOWN @ SWATTE @ DUDUK, JOM, SINI, BAGI KAT MAMA, KISS, MMUAH (FLYING KISS), FIVE (GIVE ME FIVE)
  6. Dah pandai salam, kiss, flying kiss with MMMUAHHH!, baibai, geleng kepala kalau taknak, menari kalau dengar muzik atau dgr mama nyanyi wpun dgn suara dan irama cam katak panggil ujan (tgk alif-ba-ta kat youtube pun menari gak).
  7. Pandai ckp NAK n tunjuk @ godek2 baju mama carik 'B' kalau nak susu.
  8. Dah pandai merengek2 manja ala-ala, MAMAAAAAAAAAAA........sambil nangis... part ni mama mmg tak tahan godaan laaa kan.... sure mesti ambik n dukung damia.
  9. Kadang2 dtg angin kus2 nk dukunggg aje... krem laa tangan mama ni wahai tuan puteri...
  10. Suke memanjat sane sini. Meja makan jepun tu selalu jadi sasaran damia.
  11. No 1 dalam 'mengemas' rumah. Tak kira kat dapur atau kat bilik atau kat ruang tamu.
  12. Kalau pegang hp or remote, mesti letak kat telinga ala2 ckp kat hp.. hehehe, pandai sungguh meniru gaya2 org sekeliling.
  13. Suka lepak2 dalam mesin basuh. Hahahaha.. Part ni mama akan buat kalau keadaan tak terkawal kat dapur sbb damia suka nak capai sabun2 bawah sinki. Konon nak denda letak dalam mesin basuh, tapi sebaliknya pulak. Damia suke!!.. biasanya bertahan sehingga 5-10 minit.
  14. Dah tak boleh bagi main2 ngan lipstik mama sbb damia dah pandai bukak, sama jugak kalau bagi pen. Dah tau nk bukak penutupnya.
  15. Sangat suka mandi especially kalau bukak shower tu. Sekarang mandi berduet ngan mama. Dah lama dah mandi air sejuk je.
  16. Sgt suka benda2 yg boleh ditekan. Sekarang damia asyik aim kipas jerk. Dok tekan sana sini. So lepas ni akan diharamkan kipas2 rendah sbb takut damia cucuk tangan kat kipas tu.
  17. Suka buat muka geram sambil kacip gigi.
  18. Gigi masih lagi 2 batang. :))

2 comments:

ibuaiman said...

dah makan mcm2 yer...dah xde pantang,hehe..sos spageti tu beli ke wat sendiri?yg jenama heinz ker?aqilah lagi 10 hari nak masuk setahun..part gigi aqilah menang lah, dah 5 batang..hehe

Unknown said...

aah.. dh makan je ape yg kami makan.. hihi...
bukan utk baby punye... beli prego. try wat carbonara aritu n try bagi makan dia suka laa plaks...
hahaha.. damia masih lagi 2 je gigi.. tahniah aqilah..

Blog Widget by LinkWithin