Friday, October 30, 2009

makan barney, tidur barney

Pagi Selasa yang lepas anak dara saya terjaga dari tidur lebih dr 5 kali dr pukul 4 hingga pukul 6 pagi. Semuanya gara-gara DINASOUR UNGU itu. Terjaga je, terus mulutnya berkata
"MAMA........ ANNIEEEE, ANNIEEE" sambil tangannya tunjuk ke arah papanya yg sedang nyenyak tidur. Kenapa tunjuk ke arah papa? Sebabnya PSP yg berada di bawah bantal papanya itu ada video BARNEY.
Saya cakap, "BARNEY TIDO, DAMIA PUN KENA TIDO"
Makin kuat tangisannya. Saya peluk dia dan ajak dia tidur semula. Nasib baik berjaya dipujuk dengan susu mama. Damia tertidur, tapi selang beberapa minit, bangun lagik dan ulang benda yang sama. Sehinggalah hampir pukul 6 pagi.

Nota tangan mama :
  1. Kena kurangkan aktiviti bersama DINASOUR UNGU itu.
  2.  Kena banyakkan aktiviti lain bersama2 damia spt baca buku ke, main sembunyi2 ke, main lukis2 ke....
  3. Perkenalkan pelbagai jenis karakter kartun supaya tidak terlalu taksub dengan DINASOUR BERHANTU itu.(??)
  4. Jangan bagi tengok TV langsung?



Bahasa baby (akachan no kotoba)

Mari kita belajar bahasa baby dalam bahasa jepun. Ini adalah hasil pelajaran saya dengan kawan jepun yg sudah mempunyai 2 orang anak. Katanya zaman sekarang ni ada jugak yg tak guna 'bahasa baby' ni. Guna bahasa biasa aje, seperti yg digunakan utk bercakap dengan kanak2 atau org dewasa.
座って?Suwatte - duduk
→ 赤ちゃんの頃は、「ちゃんこして」と言っていましたが、
2歳になった今は「座って」と言っています。
Baby : Chanko shite
2 tahun ke atas : Suwatte

立って?Tatte - berdiri
→ 赤ちゃんの頃は、「たっちして」と言っていましたが、
2歳になった今は「立って」と言っています。
Baby : Tacchi shite
2 tahun ke atas : Tatte

眠って? Nemutte - Tidur 
→ 「ねんねして」Nennen shite (uiks, macam menyusu dalam bahasa melayu laaa plak)

Berminat juga nak ajar damia bahasa jepun yg mudah2 tapi taktau tahap bila yang sesuai diajar. Sekarang bila ajar dalam 2/3 bahasa, macam confuse lak dia.




Thursday, October 29, 2009

Terjebak sudah

Saya juga telah terjebak dengan USANA! Harap2 berhasillah juga walaupun hanya beberapa kg. :)
Nanti saya akan update setelah sebulan 'menggunakannya'.
Dan saya juga telah terjebak dengan EUMORA. Tapi bukan utk saya, utk si anak dara yg eczema itu. Moga2 boleh kurangkan tahap kegatalannya.


Wednesday, October 21, 2009

Ceritera Raya-Part 4

Raya ke2 balik ke kampung saya di Jerteh. Tahun ni takde episod bergambar2 pun sbb ramai yg tader dan belum balik lagi. Kakak2 dan abang2 yg turn rumah mertua dan ada juga yg tak dapat balik sbb tgh sarat mengandung. Keesokan harinya terus balik semula ke Tumpat. 2 hari satu malam je kat kampung saya. So tahun depan kena qada' ni bang...(ingat tu.... kekekekke).
Kami kena balik dengan segera ke kampung papa damia semula sbb majlis akikah damia akan diadakan keesokan harinya. Sangat tak manislah kan kalau kami tak sama2 bergotong-royong membuat persiapan kan.
Terkorbanlah seekor lembu pd petang hari raya ke-3. Kami kongsikong ramai2 utk majlis akikah tu. Semuanya PIL yg sponsor. Yeay!!! Terima kasih banyak2 kat PIL. Selamatlah poket papa damia yg sudah semakin rabak time tu.. hihihi...


sang lembu yg dikorbankan utk majlis akikah

Seronok dapat kumpul ramai2 sekali sekala ni. Kami berchitchat hingga ke pagi. Sehari sebelum kami semua berangkat pulang ke tempat kerja masing2, kami mengambil gambar2 kenangan bersama keluarga.Bilalah agaknya dapat kumpul2 macam ni lagi. Mungkin kena tunggu raya tahun depan pulak.:P

 
PIL dan anak teruna nk seorang... masih available ye...:))


Kakak ipar, kak da-abg hisham n anak2


Abang ipar, abe' de'-kak sue n anak2


Adik ipar, seng-hanim n anak2


Adik ipar aka perantin baru, awie dan zila


Cukup semua ahli keluarga belah papa damia

Lasttttttttttt sekali, kami laaa... tak sah kalo tak tempek gambar kami jugak kan... hehehehe




Esok..

.. sudah kena kerja daaa... 'M' tersangatlah besar setelah 6 hari bercuti.
Kami baru je balik dari makan free/open house deepavali(?). Wpun bulan syawal dah berakhir, masih ada lagi yg sudi ajak makan2. Fuhh.. perut kenyang suka hati..:D

Monday, October 19, 2009

Ceritera Raya-Part 3 : Panash laaa mama!

Cerita ceriti damia hanya pakai tudung 5 minit. Tak sempat nak posing2.


 
 
 


Ceritera Raya-Part 2

Mood raya masih ada ke? Syawal dah berlalu kan? Ngeee... saya baru sempat nk mengupload gambar yg di'cuci' oleh encik suami.
Raya tahun ni, first day raya kat rumah papa damia. Kami balik pun sehari sebelum raya, tak sempat sangat nk shopping2 utk raya. (tak sempat shopping tudung yg menjadi rutin saya setiap kali balik kampung). Tudung dan baju raya pakai yg mana ada saje. Kami kan tahun ni tader baju raya.
Pagi raya, papa damia dan hero2 (adik2 papa damia) serta tok abah damia gi sembahyang raya. Sementara saya dan biras (pengantin baru) tolong2 MIL apa yang patut. Pengantin baru laaa yg paling rajin tolong ma kat dapur. Saya tolong2 masukkan biskut dalam balang dan kemas2 sikit aje. :P
Lepas sembahyang raya, geng2 hero pergi menziarahi kubur arwah2 tok dan sedara mara. Dan tengah hari nya kami keluar beraya SAKAN sampai malam. 'Culture shock' pengantin baru. Kekekeke.... Kan namanya RAYA. Bila lagi nk beraya dan menziarahi sanak saudara kan? Balik kampung pun jarang2 sekali.
Sila layan gambar2 si cilik di pagi raya. Seperti tahun lepas, lepas mandi dan pakai baju cantik2, aktiviti damia ialah ZZzzzzZZZZZZZZ..........

aktiviti pagi raya.. tidooooo...



posing... syok dapat duduk atas sofa... jarang2 sekali boleh susuk atas sofa ni..



 
apekah aksi ini??? aksi tunjuk betis? 



penat dek nonnnn...... i memasak malam tadik. lenguh2 betis i yg comey ni.

Opssstt.. Sebelum keluar beraya, kami posing2 dulu anak beranak... mr paparazzi nya tak lain dan tak bukan.. PAPA DAMIA laaa...

adik ipar... pengantin baru trang tang2...
 
kiri, satu2nya adik ipar yg masih bujang trang tang2. sementara pengantin baru cuba memujuk damia supaya tengok kamera...


damia dgn mama damia.... taknak duduk diam langsung.. susah nk ambil gambar berdua


kami bertiga di pagi raya... korang pernah nampak kan baju ni? hihihi.. kan i dah cakap.. recycle aje baju raya nya. bj masa wedding adik


pagi raya.. abg ipar dan kakak ipar masih belum baliks..


damia.. damia... taknak duduk kat riba mama...


satu2nya gambar kami berdua kot... huhuhu


Gambar2 lain lagi, silalah melawat ke sini.


Ceritera Raya-Part 1

Masih bulan Syawal kan? Hehehe.. banyak sangat kejadian sakit2 yg melanda keluarga kami bbrp minggu lepas. Nk update blog pun tak sempat.
Raya tahun ni papa damia tak rajin nk drive berjam2, so kami 3 beranak balik dgn Air Asia. Punyalah dh lama booking, tp harganya still mahal jugak. Maklumlah musim raya kan.

Silalah layan gambar kami kat airport ms nak balik raya aritu. Berbanding dgn tahun lepas, tahun ni tak ramai sangat orang dekat LCCT. Bolehlah damia bebas ke sana ke mari sambil menunggu papa damia beratur utk check in.


si kenit yg tak reti duduk diam..




..dah sampai KB, banyak kan barang2 kami..? hehehe...

***opss.. dah 1 Zulkaedah laaa arini..

Saturday, October 17, 2009

Jalan2 open house

Siap ada list utk ke open house.
  1. Jumaat : Jiran-Mr Rai
  2. Sabtu : Puan Salina
  3. Ahad : Puan Emot
  4. Rabu : Cik Eka
Plus rumah2 yang nak diterjah. Beraya sakan sungguh kami tahun ni.


Nanang

Memang ketinggalan keretapi sungguh kan? Orang lain dah menerima habuan berRM, RM kan. Saya baru je create akaun nanang. Hari tu dah try tapi asyik error aje, saya give up. Ni macam berjaya ala2 tak berjaya. Taktau lah ok ke tidak. Kita tengok dan lihat dan klik2... :)


Friday, October 16, 2009

Jalan2 Raya ke Rompin

 Rentetan dr kisah company saya mengamalkan 1MALAYSIA, 2 bulan yg lepas kami pun fikir2kanlah apa aktiviti kami sempena cuti panjang. Nak balik kampung, baru je balik raya hari tu kan. Jadi kami pun mengambil keputusan untuk menziarahi kakak yg menetap di Rompin. Tapi terpaksa dicancelkan last minute sbb kakak saya terpaksa pulang ke kampung kerana rumahnya 'dicium' angin taufan yg melanda filipina baru2 ini. Maka, melepaklah kami kat rumah sepanjang cuti ni. Kalau rajin pun mungkin akan ke Desaru je kot. Atau jalan2 ke zoo yg berhampiran ajelah kot. Perancangan dalam kepala saya ialah
  1. Berkebun... 
  2. Berblogging..
  3. Main masak2....
  4. Jalan2 jusco... (jusco lagik!! dah hampir sebulan jugak kami tak jengah jusco tau.. ngeeeee)
  5. Kemas rumah (tak habis2 kan? ingat nk setup satu bilik ala2 ofis atau library. senang sikit nk carik majalah2 atau buku2 resepi saya)
  6. Jalan2 open house (hari tu dah banyak jugak cancel tp dgn malu2 kucing saya tarik balik kata2 cancel tu sbb dah tak jadik pi rompin kan?)
  7. Paling penting, kumpul stok ebm. 


Kek Coklat Kukus Cik Fid

Dah 2 kali try kek coklat kukus Cik Fid ni. Memang senang, sedap dan kompom menjadik. Thanks kepada tuan empunya resepi ye. Cik Fid, saya mintak keizinan nk copy paste kat blog saya ni utk tujuan simpanan dan perkongsian dengan rakan2.  Gambar tak sempat nak ambik. Nanti kalau buat lagi lain kali, saya kongsikan gambar sekali ya.

Bahan-bahan ( 8 in )
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara-cara
Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
Angkat dan sejukkan.

***menurut cik fid, sumber rujukan adalah myresepi.com



1Malaysia?

Company saya betul2 mengamalkan konsep 1MALAYSIA. Kami dipaksa bercuti Deepavali selama 6 hari termasuk Sabtu Ahad (Start hari ini sehingga Rabu depan). Lama tu!!! Kononnya setiap perayaan besar utk setiap kaum (melayu, cina dan india) mendapat hak bercuti yg sama. Lebih kurang 6 hari untuk setiap perayaan. Walhal kalau kira peratusan pekerja langsung tak sama. Kalau saya tak silap, kaum India hanyalah 10% je kot. Saya pun taktau laa idea siapa yang terlalu bernas ni. Semua ni start pd tahun lepas. Tahun2 sebelum ni takde pulak macam ni. Deepavali biasanya cuti 2 hari je.
Dapat cuti semua orang suka kan? Tapi yang paling TAK SUKAnya ialah nak kena ganti HARI SABTU tu... huhuhu... Geram makcik!!!
1MALAYSIA, 1MALAYSIA lah jugak tapi nanti Sabtu bekerja siapa nk jaga anak saya? Hmmm... saya kadang2 rasa tak berapa best nak hantar damia ke rumah babysitter pada hari Sabtu sbb kesian jugak kat babysitter kot2 nak pegi jalan2 ke kan. Hmm...

Wednesday, October 14, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest

Dah taknak tangguh2 sehingga last minute lagik. Dah beberapa hari lepas jugak 'tercium bau' contest ni kat blog mrs azzuri ni. Ni mesti join ni!!
Contest ini dianjurkan oleh babyibu. Damia masuk kategori B iaitu kategori utk anak2 girl. Pening kepala nak pilih mana gambar terbaik utk masuk contest ni, almaklumlah gambar damia beraya je dah beratus2 keping. Pilih punya pilih, damia bersetuju utk mempertaruhkan gambar di bawah. :)

.... harap2 ade laaa rejeki damia utk contest ni ye....

NAMA : NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
UMUR : 1 TAHUN 4 BULAN (lahir pada 12/06/2008)


Syarat2 penyertaan adalah spt di bawah :-
  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda-OK
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini-OK
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda-OK
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)-OK
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya-OK
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified)-OK
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini -OK
Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah2 menarik ni.
Jom join ramai2, masih ada masa lagi ni... (last minute jugakkk akhirnyaa.. huhuhu)



Monday, October 12, 2009

1124

Walaupun jam sudah menunjukkan pkl1124 mlm yg seharusnya sy sudah beradu bersama anakanda n encik suami, tp sy gigih juga utk mengunjungi blog2 yg patut dikunjungi serta ingin mengepos entri utk masuk contest.

....damia, sila bagi ms setgh jam utk mama menggodek blog kawan2 ye. pkl12 nanti dah boleh bangun mintak susu kay...

....rupanya damia tidak mendengar rayuan saya semalam... tak sempat saya nak habiskan entry dah menjerit2 memanggil mama.... 


Friday, October 9, 2009

tido! tido!

tinggal beberapa jam je lagi utk lelapkan mata. ni sebabnya aku tak suka godek2 blog bila damia dah tido ni... terleka weiiiiii... nk study blog org lagi.. nk merepek kat blog sdiri lagik.. erkssssss....
aku kepingin masa yg lebih utk ngadap blog...... 

atarashii kankyou, atarashii jibun??

kyou ha seikakuni busho wo utsushita. shoujiki doki doki shita yo--n!!! 

nota tangan saya : kinou deshita, kyou ha mou kinyoubi dakara ne...


Memunculkan(?) signature



Entry khas utk puan liza yummycakes, inilah cara-cara utk meng'appear'kan signature anda. Setelah godek2 blog org lain tapi tak jumpa tutorial yg menjadi reference sy dahulu kala, yg menyebabkan lebih lambat, jadi lebih baik sy buat tutorial ringkas ini.
  1. Sila buat signature anda kat website ni ye. Sila ikut step by step cara2 dia kat situ, pasti anda berjaya utk mendapatkan code signature anda. Wajib ada code ni, kalo tak anda nk paste ape kan? hehe...
  2. Klik Setting -> Formatting.  
  3. Scroll ke bawah dan jumpa Post Template.
  4. Silalah tempek code yg anda dah buat di step 1 di atas.
  5. Jangan lupa utk SAVE ye tuan2 dan puan2. Kalau tidak sampai bila pun takkan appear signature anda itu. :)
  6. Utk cek ok atau tidak, sila acu cuba try buka NEW POST, sekiranya berjaya maka akan terpampanglah signature anda di situ tapi sekiranya tak muncul jugak, maknanya percubaan anda gagal. Sila cuba cek mane2 step yg tersilap.
Gambar2 blur di bawah ini adalah utk reference. Utk cik puan liza, sy mintak ampun dan maaf kerana sudah lama menangguhkan kerja2 mengajar mylivesignature yg dijanjikan ini.




SETTING --> FORMATTING

masukkan code kat POST TEMPLATE
 
jangan lupa SAVE..

***memunculkan = memaparkan (pergghh.. sy tak pernah guna perkataan memaparkan ni)



Blog Widget by LinkWithin