Monday, November 30, 2009

Anak saudara lagi

Alhamdulillah kak ngah saya selamat melahirkan anak lelaki di hari raya aidiladha yg lepas. Yang ke-2 ni pun boboy jugak. Berat baby 2.74 kg. Mungkin akan diberi nama MOHD AIDIL ADHA. Saya cadangkan nama AIDIL <-- gara2 NUR KASIH beb! :P
Kakak saya tanya cemana nak buat ejaan yg canggih sikit dengan nama tu.
AYDIEL? <-- sebutan dah lari ni, maknanya pun mungkin dh lain.
AIDIYL? <-- tak canggih sangat, tp buleh laaa...
AIDIEL? <-- DIEL tu mcm pjg, tak lari ke maksudnye nanti?
AIDIL ni maksud HARI RAYA ke? makcik taktau laaa... huhuhuh...

***Baby ni adalah anak saudara yg ke-34 dlm family saya (kalau tak silap kira laaa). Ramainye cucu mak saya (35 termasuk cik comel saya damia). :)



Sunday, November 29, 2009

Taubat Nasuha

Selepas cerita nur kasih tadi, sambil2 lipat kain yg menimbun sy ngadap cerita taubat nasuha pulak. Cerita yang dilakonkan oleh Sheila Rusly (saya suka kalau sheila ni berlakon-sgt menjiwai watak), Fauzi Nawawi dan Dato' Jalaludin.
Ceritanya tentang si ayah, Mizi (fauzi nawawi) yg dihantui kisah silamnya yg didera oleh ayahnya ketika kecil sangat garang terhadap anak2 dan isterinya, Laila (sheila rusly). Setiap tutur katanya mesti ada... ENGKAU NI HIDUP MENYUSAHKAN ORG JE. Sambil2 tu tangannya mesti akan tarik rambut anak2 atau libas anak2. Sgt menyesakkan dada tgk cerita ni. Saya mmg tak boleh tahan kalau bab2 dera anak, dera isteri nih.
Endingnya kurang menarik sbb isteri dan anak2nya dibunuh oleh perompak. Mizi menyesal tp penyesalan yg sdh takde gunanya.

**sy dh kurang perkataan utk cerita CERITA TAUBAT NASUHA ni sbb idea dh terbantut. sy tulis entry ni lepas tgk cerita tu, baru je intro damia dh merengek2 mintak susu. hari ni nk sambung balik dah kehabisan kata2...

Nota tangan saya : Jangan dera anak, nanti akan mendidik anak2 menjadi seorg pendera anak isteri setelah beliau dewasa nanti. Mungkin teori ni lebih kurang sama juga dengan 'ANAK YG DISUSUKAN DGN SUSU IBU AKAN MENYUSUKAN ANAKNYA' (ANAK YG DIDERA AKAN MENDERA ANAK2NYA). Mintak dijauhkan dr kehidupan kita semua....

ouh... sy tidak minum susu ibu ms sy baby sbb sy tinggal dgn nenek, tp sy tetap susukan anak saya sbb sy tau tiada susu yg terbaik selain susu ibu.... happy breastfeeding!




Saturday, November 28, 2009

Nur Kasih episod akhir

Syok ngadap nur kasih tadi.....
Endingnya seperti yang dijangka dan diharapkan....
Keseluruhan cerita, SGT PUAS HATI.....
Plg saya suka, last sekali yg ditonjolkan ialah bukan NUR dan ADAM (wpun sy mmg suka nur dan adam dpt bersatu kembali)... ttp tentang kasih sayang adik beradik/keluarga dan kematian...
Peringatan ttg apa yg akan dibawa bila tiba saatnya....
Moga kita sama2 dpt ambik iktibar mana2 yg baik dr cerita ni....


Friday, November 27, 2009

Salam aidiladha

Salam aidiladha buat semua. Salah dan silap harap diampunkan...

Kami beraya di Johor aje tahun ni, spt tahun lepas jugak. Tapi tahun ni hari raya amatlah hambar. Tiada masakan yg special pun. Tuan dapur malas.:(
Pagi tadi masak nasi lemak + ayam goreng rempah aje. Pastu buat kek coklat kukus. Kalau ada org datang beraya kami hidang kek ajelah kot. huhuhu..
Thanks kepada jiran kami yg bagi lontong dan konco2nya. Kami nk balas dgn ape ek? Kek coklat boleh? Ngeee....



Thursday, November 26, 2009

Jalan-jalan ke Zoo Saleng


Warga Johor especially orang2 Saleng, Kulai dan Senai tahu tak kewujudan Zoo Saleng? Kedudukannya agak terperuk ke dalam sikit tp sign boardnya boleh tahan besarlah jugak terpampang kat jalan besar ke Kulai tu.

Kami dah lama jugak plan utk pergi ke zoo ni, nak bawak damia tgk2 binatang sbb dia asyik dok sebut2 AION-AION (lion). Nak lah jugak tunjuk lion yg sebenar kat damia.
2 minggu lepas, berjayalah jugak kami ke sana walaupun cuaca waktu tu kurang memberansangkan. Baru lepas hujan dan semasa kami kat sana, hujan renyai2. Bayaran RM12 utk dewasa dan RM6 utk kanak2. Walaupun cuaca tak berapa cantek, kami masuklah jugak sbb mmg dah lama plan ni tertangguh dan mmg semangat berkobar2 nk bawak damia ke zoo. Mulanya kami berkira2 jugak sbb terasa mcm mahal pulak RM24 utk masuk ke situ. Takut2 tak berbaloi membayar sebanyak itu (kami mmg kedekut bab2 bagi duit free2 kat org ni, hehehe). Damia masuk FREE sbb kecit cinonet lagik.


Harimau jadian...
Kat pintu masuk kami jumpa HARIMAU JADIAN, harimau hiasan daaa... Damia tunjuk2 sambil mulut potpetpotpet excited. Banyak jugak binatang2 kat sana. Ada ikan arapaima, singa, harimau, beruang, b*b* hutan, kambing (musykil kenapa kambing ada kat zoo.. ngeee..), kuda, burung unta, ayam serama, buaya, kura-kura, orang utan dan ular sawa. Ouh.. saya dah tak boleh nk recall ape lagi binatang kat sana.




Suasana di dalamnya cantiklah jugak, macam suasana kampung gitu. Cuma yang rasa tak berapa berkenannya sbb tempat tu seperti tak dijaga dengan baik. Dah banyak yg berlumut dan berkulat. Mungkin sbb tak ramai pengunjung kot.


Damia yang taknak berjalan.. Mintak dukung.
Punyalah mama dan papa damia bersemangat nk tunjuk binatang2 tu, rupanya damia takut dengan segala jenis binatang kecuali ayam. Hahahaha.... Nak berdukunggg aje kat dalam tu. Terasa cam nk patah tangan mamanya. Papa damia pulak seperti biasa laaa, sibuk nak ambik gambar tp tak puas hati katanya ambik gambar hari tu sbb takde chy. Cuaca mendung. Hanya ada beberapa keping je yang comey utk dijadikan kenangan.

Next, kami plan utk ke zoo Johor pulak. Harap2 best kat sana.




Tentang bonus

Uwasa (khabar angin) mengatakan tahun ni kami ada bonus. Begitulah spt yg dikatakan oleh boss encik suami. Kalau betullah, alhamdulillah.. Ada jugak rezeki tersepak utk tahun ni.
Tapi tak boleh nak mengharap sangat sbb
  1. increment saya hari tu sangat teruk
  2. baru tukar boss baru sbb tukar section baru
  3. mc banyokkk...
  4. cuti habis...
  5. unpaid leave dah 6 hari kot..
So, tak perlulah nk mengharap apa2.... Terimalah seadanya.

Damiaku dah besar

Saje..
tetiba rasa nk cerita pasal cik damia ku....

Sy mintak damia bagi remote TV kat saya (mama damia mmg malas nk ambik sdiri.. hehehe), dia pun cubalah nk tolong mama dia. Tapi tangan kanan dan kirinya ada buah epal. Setelah dicuba2 dan dikuis2, tetap tak boleh ambik remote tu sbb remote tu besar. Tangan damia kan masih kecit cinonett yg comel gitu. Akhirnya apa damia buat??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Epal yang kat sebelah tangan tu damia letak kat mulut (gigit), tangan ambik remote. Sungguh bijak awak ni cik damia!!! Mama suka!
Mama tabik toing toing!!


Maut tidak mengira usia

Innalillahiwainna ilaihiro-jiu-n.....
Terkejut saya semalam apabila dikhabarkan oleh kawan seofis mengatakan husband kawan kami yg dulunya pernah bekerja sekilang dengan kami telah meninggal dunia dek kerana kencing manis. Umurnya baru 33 tahun. Sememangnya ajal dan maut tidak mengenal usia. Semoga rohnya digolongkan dalam golongan orang2 yg beriman, Insyaallah.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak yang masih kecil. Saya berharap isterinya, Kak Suzie tabah dalam menghadapi kehidupan yang masih panjang, Insyaallah, bersama2 2 orang anaknya.


Nota tangan mama damia : setiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya...  
 


Tuesday, November 24, 2009

Perlukah insuran?

Sepanjang minggu lepas, saya google sana sini, saya bertanya sana sini tentang insuran ni. Perlu ke life insurance? medical card? Saya juga telah meluangkan masa utk mendengar syarahan drp ejen insuran yg juga kawan seofis. Tapi keputusannya.....
.
.
.
.
.
.
Setelah berbincang dgn encik suami,  encik suami kata tak perlu lagi ambil medical card tu selagi saya masih berpayung di bawah payung subsidi kilang saya untuk rawatan perubatan. Life insurance dan kemalangan saya ada masuk masa zaman bujang trang tang tang dulu. Masa tu mmg takde ilmu langsung bab insuran ni. Main belasah je masuk. Itu pun sbb ejen insuran tu datang ke kilang buat promotion. Sekrg ni tgh blur2 jugak sama ada nak berenti ke tak insuran tu. Sebab saya rasa insuran perubatan paling penting kot utk saya. Bukanlah bermaksud kalau saya meninggal/kemalangan sy tak perlu tinggalkan apa2 utk damia, tp saya rasa utk damia sudah ada insuran papanya dan KWSP kami serta insuran dirinya sendiri. Insyaallah cukup utk menampung kehidupan damia sehingga dia mendapat kerja. After kerja, pandai2lah damia mencari rezeki utk meneruskan hidup seperti papa dan mamanya lalui sekrg.

Nota tangan saya : Mintak maaf ye ajen insuran yg dah banyak menghabiskan air liur dan mengeringkan tekak memberi penerangan kat saya. Insyaallah kalau ada rejeki nanti, kita jumpa lagi dan buleh turunkan tandatangan.

Monday, November 23, 2009

Men-CD-kan damia


Hampir nak terlondeh sbb dah berat dengan air.... Damia main air sambil tolong2 siram pokok mama.

Selepas entry saya yang ini tentang nak men-CD-kan damia, langsung takde update dah pasal CD ni. Saya tak fully CDkan damia. Hanya hujung minggu sahaja guna CD. Belum bersedia utk bawak balik segalas bekalan CD yang berpoo poo damia. Huhuhu... (Anak sendiri punya pun geli ke??)
Dan juga bilangan CD yang saya ada pun terhad. Mmg tak cukup pun utk fully CD.
Walaubagaimanapun, sepanjang minggu lepas saya sudah jimat 5-7 keping diaper utk damia. Pagi2 masa tukar diaper damia untuk ke rumah babysitter, saya gantikan dengan memakaikan CD. (Ouh, bukan saya, papa damia yg tukarkan diaper pagi2. TQ bang)
Di samping jimat duit, saya juga dpt memelihara alam dan juga b*nt*t anak dara saya dr bahan kimia. <-- Ok, ini iklan ye.


Damia sangat suka buat gaya ni...

Nanti saya akan tulis cara2 macamana saya handle CD yg telah terkena poo poo.

Nota tangan saya : Saya rasa ramai yang teragak2 utk memulakan penggunaan CD ni. Nampak macam leceh dan susah kan. Mcm saya, before guna terasa seperti susah je nak merealisasikannya. Tapi bila dah start guna, senang ajelah. Cuma kata kuncinya, KENA TAMBAH darjah KERAJINAN sikit ye. Sikit je, tak banyak pun..:)



**Update - Main masak-masak : Muffin

Hari Jumaaat lepas saya dah belek2 resepi untuk main masak2 di hujung minggu. Petang tadi berjayalah juga saya buat muffin bermacam jenis. Encik suami kata sebab saya terpengaruh dengan THE 30 MINUTE CHEF yang kat NT7. Kebetulan pulak petang tadi Chef Firdaus tu buat muffin. Dapatlah 24 biji muffin. Bolehlah damia bawak bekal ke sekolah (rumah babysitter) esok dan untuk encik suami kunyah2 ms tgk movie atau memenuhi masa lapang. Kalau saya bukan on diet, maunya saya habiskan 3-4 biji. Tapi sbb masih mendisiplinkan diri utk tidak terjebak dengan makanan2 larangan utk org diet, saya telan sebiji aje.

Resepi ni saya dapat dari kawan sekilang saya. Thanks to Kak G. Saya share dengan kawan2 pulak.

Resepi Muffin
Masa penyediaan : 30 minit
Masa membakar : 20-30 minit (170 C)
**saya bakar 15minit-170 C (guna microwave oven, suhu dia berlainan sikit. kalau buat 20 min terlalu kering)

Bahan2
  • 250 g tepung gandum
  • 15 gm serbuk penaik (1 sd besar)
  • 2 biji telur
  • 150 g gula castor
  • 150 ml susu segar
  • 150 ml minyak (saya guna minyak jagung)
  • 1 sd teh esen vanila
Cara2 membuatnya
  1. Pukul telur + gula hingga kembang.
  2. Masukkan minyak + susu segar + esen vanila.
  3. Masukkan tepung gandum + serbuk penaik dan kacau hingga sebati.
  4. Bakar 20-30 minit dengan suhu 170 darjah celsius. (Bergantung kepada oven anda ye. Untuk permulaan lebih baik bakar 15 minit dahulu, lepas tu baru tambah hingga 5-10 minit sekiranya masih belum masak.)
**Boleh tambah apa2 sahaja bahan yang disukai seperti kekacang, choc chip, kismis dll.
Tadi saya gunakan choc chip, choc rice dan serbuk koko yang masih berbaki kat rumah ni. Beli masa bulan puasa hari tu lagi. Konon2 nak masak kek/biskut raya banyak laaa... :P



Sunday, November 22, 2009

Monosodium glutamate aka MSG

Saya terpengaruh dengan iklan PASTI SEDAP-KNORR dan CUKUP RASA-MAGGI, maka sebulan yg lepas saya pun belilah PASTI SEDAP tu. Pagi tadi baru nak guna, bila tengok bahan2nya rupanya salah satunya adalah Monosodium Glutamate ataupun MSG. Konon2nya saya ni tak guna AJINOMOTO, tapi terrrrrrbelilah juga perencah yang ada MSG ini. Menyesal tak cek dulu sebelum beli. Patutlah dahaga betul tekak saya lepas makan ayam berperencah PASTI SEDAP ni.

Ini adalah makna Monosodium Glutamate yang saya dapat dari sini.
Monosodium glutamate, also known as sodium glutamate and MSG, is a sodium salt of the naturally occurring non-essential amino acid glutamic acid. It is used as a food additive and is commonly marketed as a flavour enhancer. It has the HS code 29224220 and the E number E621. Trade names of monosodium glutamate include Ajinomoto, Vetsin, and Accent. It was once predominantly made from wheat gluten, but is now mostly made from bacterial fermentation; it is acceptable for celiacs following a gluten-free diet.


 Nota tangan saya : Kalau nak tau makanan tu diletakkan AJINOMOTO atau tidak, kita akan terasa amatlah dahaga lepas makan makanan tersebut especially kalau kita membeli di kedai/restoran. 


Thursday, November 19, 2009

Selamat jadi IBU dan AYAH

Tahniah kepada adik saya dan wifenya Dian kerana telah selamat menyambut kelahiran putera sulungnya seberat 2.85 kg kelmarin, 17 November.


Selamat melihat dunia Muhammad Zafran.
Semoga jadi anak yang soleh dan menyenangkan hati ibu dan ayah, Insyaallah.


Sunday, November 15, 2009

Damia - 17 bulan



Damia 16 bulan
Berat : 8.4 kg

Damia 17 bulan
Berat : 8.5 kg (mkn punyelah byk, tp berat tader peningkatan pun)



Selamat menyambut hari lahir yg ke 17 bulan utk damia.
Mama dan papa sangat sayang damia!!

  1. Perkataan2 damia :-  do - tido
    nanak - taknak
    bed - bird (dulu tcek)
    mamam - makan (masih lagi sama, sbb mama dan papa pun sebut mamam)
    air - air
    annie - barney
    anne - sana kot? mana kot? (mama damia tak berapa paham tp perkataan ni selalu disebut2)
    yekkk!! - bila bukak diaper
    papa - papa (ouhh.. kadang panggil mama pun PAPA ye, atau BABAAA)
    mama - mama
    tu - satu
    dok.. dok... - duduk (damia sendiri yg cakap bila nk tengok barney or nk makan or nak minum)
  2.   Arahan2 yg difahami :- basuh tangan, basuh mulut
    lap tangan, lap mulut
    ambil tisu lap
    duduk
    baca doa
    pergi kat papa
    tunggu sekejap
    lap kaki
    tunggu sini nanti papa ambil tuala (ouhh.. kadang tak tunggu punnn)
    nanti mama ambik
    jom mandi
    pergi simpan baju (simpan baju kotor dalam bakul)
    pergi buang sampah
    ambil hp mama (yg ni paling rajin, tak suruh pun damia rajin nak ambikkan kalau hp bunyi)
    salam - tgk mood jugak, kalau takde mood or malu2 kucing taknak salam jugak
    mama nak kiss/kiss mama/papa - mesti terus kiss punye...
    peluk/hug mama/papa - terus peluk kuat2
  3. Bunyi2 binatang yang damia tahu :- cat - eouwww
    tiger - aummm
    lion - aaiooonn (ni bermaksud lion jugak ye... silap ajaran.. hehehe)
    kalau tanya bunyi2 binatang yg dia taktau, dia akan belasah je bunyi2 ape pun, ape2 sahaja yg terlintas di mulut. hihi
  4. Kalau dah mengantuk pandai ajak mama naik atas, nak tido.
  5. Biasanya lepas menyusu, nanti damia akan golek2 dan tido kat tilam sendiri.
  6. Dah pandai bukak seluar sendiri. Nak pakai seluar pun boleh jugak tapi kadang2 satu kaki seluar masuk dua2 kaki. hehehe
  7. Kalau mama sembahyang sibuk mintak nak pakai telekung sembahyang jugak. Tapi mama pakaikan tudung, terus sujud tapi ala2 meniarap terus... ngee
  8. Sangat laaaa senang nak makan ubat sekarang ni. Guna sudu/syringe terus bukak mulut, telan. Tak perlu mama n papa berhempas pulas lagi nk bagi makan ubat
  9. Sangat rajin nak membantu mama n papa bersihkan rumah. Kita pegang penyapu damia nak penyapu, kita pegang mop, damia nak mop jugak. Harap2 rajin2 laaa bila dah besar nanti.
  10. Dah pandai mintak alat2 solek mama. Dan ikut2 cara nak pakai bedak dll.
  11. Suka main masak2, nanti bagi mama dan papa mamam. Damia pun akan rasa sekali sambil berkata, DAP! DAP!


Cutest Baby Photo Contest – November 09



Mari kita mencuba nasib utk menyertai contest yang dianjurkan oleh Mombloggers Planet.

Gambar-gambar Damia dan kawan2 di taman permainan kanak-kanak berhampiran rumah.




 Tengah perhatikan rumput yg dicabutnya sendiri....


NAMA : NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
TARIKH LAHIR : 12 JUN 2008




Damia yang meronta-ronta dipeluk anak jiran.


 
Ini daun namanya ye kawan-kawan..

Aktiviti outdoor seperti ini amat bagus didedahkan kepada anak2 supaya :-
  1. Senang untuk memperkenalkan kepada anak dengan alam semula jadi dengan menunjukkan objek sebenar. Anak juga boleh mengenal dan memegang sesuatu objek itu dengan tangannya sendiri (bukan hanya mengenal/melihat melalui gambar sahaja). Contohnya burung, daun, pokok, buah, rumput, air dan lain-lain.
  2. Boleh menyihatkan badan dan minda sambil menghirup udara segar.
  3. Dapat mengeratkan hubungan dan menambahkan kemesraan diantara anak dan ibu bapa. Terutamanya untuk ibu bapa yang sibuk bekerja serta tinggal di bandar/kota metropolitan.
  4. Boleh menjalinkan hubungan yang rapat dengan kawan-kawan.
  5. Mengembangkan minda anak kerana anak boleh meneroka sendiri alam semulajadi tanpa sebarang gangguan atau bahaya.
  6. Menerapkan nilai-nilai murni mencintai alam sejak kecil lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya kan. 

Gambar-gambar damia ketika bermain-main dengan pokok-pokok tanaman mamanya.


Sambil siram pokok mama, sambil cedok tanah....


Khusyuk cekau tanah sampai meleleh-leleh air liur ituu...


Ini tanah ye kawan-kawan...

Syarat-syarat pertandingan ialah :-
  1.  Get a photo of your baby in NATURE-DONE!
  2. Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest-DONE!
  3. Include your baby�fs photo in the post and mention his/her name and date of birth.-DONE!
  4. Write about the NATURE in the picture.-DONE!
  5. Write your short opinion the goodness of bringing baby out to enjoy outdoor activities.-DONE!
  6. Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry.-DONE!
  7. Leave a comment here with link to your blog post.-DONE!
Hadiah-hadiah adalah disponsor oleh Photobook Malaysia dan Alicewonder.


 



Monday, November 9, 2009

Kisah 4 : Suami romantik

Ini bukan kisah suami saya, dan bukan juga kisah suami orang lain yang romantik.
Ini adalah perbualan saya dengan seorang kawan (Kak X) yang telah mempunyai 4 orang anak.

Kak X : Ishh, suami akak tak de seminggu ni. Aduhaiii, kelam kabut dibuatnya.
Saya  : Kenapa kak, suami akak gi mana.
Kak X : Outstation. Lama pulak tu. Banyak betul baju tak berlipat. Biasanya dia yang lipat baju kat rumah. Terpaksalah akak buat sendiri.
Saya  : Woww... bertuahlah akak suami rajin lipat baju. Itulah kak, takpe suami tak/kurang romantik pun, yang penting dia ada belas ihsan nak tolong kita buat kerja2 rumah. Boleh ringankan kerja2 kita sikit. (kenapalah tiba2 saya boleh mengeluarkan ayat2 seperti ini, mcmlah saya ni berumahtangga dah berpuluh tahun, ngeeee).
Kak X : Betullah. Akak pun fikir macam tu. Kalau yang jenis romantik tapi taknak langsung tolong2 kerja rumah tu. Memang susahlah......

Nota tangan saya :
Kalau dapat suami yang romantik dan ringan tulang, mmg satu BONUS utk kita.
Encik suami saya pernah utk menjadi romantik semasa mula2 kenal dulu, tapi mungkin itu BUKAN DIRINYA. Jadi mmg tak kekal lama. Takpelah, tak/kurang romantik pun tak apa. Yang penting dia sayangkan saya dan tersangatlah ringan tulang membantu saya membuat kerja2 rumah.
Alhamdulillah, kerja2 mengemop ruang tamu, menyidai dan mengangkat kain di jemuran,
menukar pampers dan baju damia setiap pagi sebelum dihantar ke rumah baby sitter tak perlu saya buat lagi. Beliau juga sangat rajin melayan damia bermain ketika saya membuat kerja2 di dapur dan juga ketika saya mengepam. Terima kasih bang (luv.. luvv..)


......... realiti tetap perlu dihadapi dengan realiti. Jangan hidup hanya dibayangi dengan angan2 yang tak bertepian......







Kisah 3 : "makin naik badan awak"

Tak sukanya saya bila ditegur sebegini oleh ORANG LELAKI yang bukan kawan saya, yang kenal hanya SUAM2 KUKU JARI KAKI AJE.
Bukanlah kawan lelaki boleh tegur sesuka hati, tapi kalau KAWAN yg kamceng tu, masih boleh diterima dek akal laaa.

Banyak jugak yang LELAKI ini membebel tapi saya buat dengar tak dengar dan jawab tak jawab aje.
Tapi yang paling saya tak tahan ialah ayatnya yg berbunyi begini.

RAMAI EK ORANG YANG BERBADAN BESAR NI, KESIAN!!

Eishhh, kurang ajarnye LELAKI itu. Kalau nak menegur pun, tegurlah secara berhemah.
Jangan nak main cakap ikut sedap mulut je kan? Rajin pulak LELAKI itu memerhatikan badan2 orang.
Tengah buat kajian gamaknya....


Sunday, November 8, 2009

...menitis air mata...

.. bila melihat gambar2 ini.... (gambar2 ni diforward oleh kawan saya. separuh gambar adalah pembaziran makanan yg begitu banyak dan di bawahnya ialah gambar insan2 yg kebuluran)

Tersentuh hati saya bila melihat gambar2 kebuluran seperti ini.  Kita (saya termasuklah) sepatutnya amat2 bersyukur dan berterima kasih kerana dikurniakan nikmat yang tidak terhingga. Pembaziran tak sepatunya berlaku bila kita sentiasa mengingati insan2 yg tidak mendapat makanan yang cukup.
Marilah kita sama2 renungkan diri kita dan kehidupan kita di dunia yang hanya sementara ini.



nota tangan saya : paling tersentuh dan tak sampai hati nak tengok ialah gambar baby yg menyusu itu....... ada ke susu itu dengan op*ai (B) yang kempis itu... huhuhu..

Blog Widget by LinkWithin