Monday, November 23, 2009

**Update - Main masak-masak : Muffin

Hari Jumaaat lepas saya dah belek2 resepi untuk main masak2 di hujung minggu. Petang tadi berjayalah juga saya buat muffin bermacam jenis. Encik suami kata sebab saya terpengaruh dengan THE 30 MINUTE CHEF yang kat NT7. Kebetulan pulak petang tadi Chef Firdaus tu buat muffin. Dapatlah 24 biji muffin. Bolehlah damia bawak bekal ke sekolah (rumah babysitter) esok dan untuk encik suami kunyah2 ms tgk movie atau memenuhi masa lapang. Kalau saya bukan on diet, maunya saya habiskan 3-4 biji. Tapi sbb masih mendisiplinkan diri utk tidak terjebak dengan makanan2 larangan utk org diet, saya telan sebiji aje.

Resepi ni saya dapat dari kawan sekilang saya. Thanks to Kak G. Saya share dengan kawan2 pulak.

Resepi Muffin
Masa penyediaan : 30 minit
Masa membakar : 20-30 minit (170 C)
**saya bakar 15minit-170 C (guna microwave oven, suhu dia berlainan sikit. kalau buat 20 min terlalu kering)

Bahan2
  • 250 g tepung gandum
  • 15 gm serbuk penaik (1 sd besar)
  • 2 biji telur
  • 150 g gula castor
  • 150 ml susu segar
  • 150 ml minyak (saya guna minyak jagung)
  • 1 sd teh esen vanila
Cara2 membuatnya
  1. Pukul telur + gula hingga kembang.
  2. Masukkan minyak + susu segar + esen vanila.
  3. Masukkan tepung gandum + serbuk penaik dan kacau hingga sebati.
  4. Bakar 20-30 minit dengan suhu 170 darjah celsius. (Bergantung kepada oven anda ye. Untuk permulaan lebih baik bakar 15 minit dahulu, lepas tu baru tambah hingga 5-10 minit sekiranya masih belum masak.)
**Boleh tambah apa2 sahaja bahan yang disukai seperti kekacang, choc chip, kismis dll.
Tadi saya gunakan choc chip, choc rice dan serbuk koko yang masih berbaki kat rumah ni. Beli masa bulan puasa hari tu lagi. Konon2 nak masak kek/biskut raya banyak laaa... :P



No comments:

Blog Widget by LinkWithin