....jusco dan ariani. :))
Semlm kami ke Jusco Bukit Indah semata2 utk pergi ke 100YEN SHOP @ DAISO JAPAN (nama kat Malaysia). Kalau kat Jepun saya mmg SANGAT SUKA mengunjungi kedai ni. Almaklumlah semua barang adalah 100 yen (rate sekrg RM3.80). Dengan 1000 yen dapatlah barang 10 ketoi, sape tak suka kan? Saya kan student dolu mestilah nk beli barang2 yg murah2 aje (Opss, sekrg pun still suka 100YEN shop ni). Saya suka kedai ni sebab :-
- barang2nya banyak yang berkualiti.
- murah (ni sudah semestinya laaa)
- macammm2 jenis barang yg dijual (jalan2 tengok barang pun saya suka jugak)
Tapi... tapi... Kat Jusco Bukit Indah ni harganya RM5, nak berbelanja sampai 10 ketoi barang setiap kali pergi kopak laaa kan? Perbandingannya macam ni laa, anggapan nilai wang tu berapa ringgit kalau berbelanja dalam duit yen:-
- 1 barang = 100 yen = RM1
- 10 barang = 1000 yen = baru RM10 (kalau 100 yen shop kat sini, 10 barang tu dah RM50)
So, terasa over2 mahal laaa kan. Sebab tak boleh laaa nk berbelanja sesuka hati. Kat bawah ni gambar2 yang sempat diambil semasa kat sana (Excited punye pasal.. hehehe)
Ni item yg menjadi kegilaan saya. Tupperware2 yg bukan jenama TUPPERWARE utk letak barang2 dlm peti ais.
Ni item yg BAKAL menjadi kegilaan saya, bekas silikon kecik2 utk dimasukkan dalam bekas bento atau utk buat muffin/agar2 dan pencetak biskut. Semuanya comel2!!
Make up pun ada. Semua RM5 yo.
Ariani pulak ada SALE besar2an sehingga 90% OFF. Memang menarik tapi sbb saya pergi petang2 hari, barang2 banyak dah berterabur. Nak memilih pun susah. Orang pun boleh tahan ramai sbb hari cuti kan. Selepas setgh jam try yang itu try yg ini, langsung takde hasil pun. Sbb yang berkenan di hati tak serasi (sesuai) part muka. Size M besar sangat, size S kecik sangat pulak. Alahaiii..... pening2 kepala mencari dan menerai, last2 saya ajak encik suami balik. Mungkin kena buat kunjungan ke-2 sebelum SALE ni habis. (Memang tengah SALE besar2an ye sbb ada tudung yg berharga RM36 kalau tak silap saya. Kebanyakannya BUY 1 FREE 1). Untuk orang yang bajet2 macam saya ni sesuailah pergi membeli time ni.:)
Dan, seperti biasa damia takkan ketinggalan mendapat UPAH setiap kali kami keluar jalan2. Excited sungguh dia dapat basikal EMON (DORAEMON)
tgk tv atas beskal doraemon tu.... hehe
PEEACEEE!!!!!
tgklah gaya kanak2 yg amat excited ni...
***berpuluh2 kali sy cuba hilangkan ruang2 kosong di antara tulisan dan gambar tu.. tp tak berjaya jugak.. bior jelah...