Sunday, November 15, 2009

Cutest Baby Photo Contest – November 09



Mari kita mencuba nasib utk menyertai contest yang dianjurkan oleh Mombloggers Planet.

Gambar-gambar Damia dan kawan2 di taman permainan kanak-kanak berhampiran rumah.




 Tengah perhatikan rumput yg dicabutnya sendiri....


NAMA : NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
TARIKH LAHIR : 12 JUN 2008




Damia yang meronta-ronta dipeluk anak jiran.


 
Ini daun namanya ye kawan-kawan..

Aktiviti outdoor seperti ini amat bagus didedahkan kepada anak2 supaya :-
  1. Senang untuk memperkenalkan kepada anak dengan alam semula jadi dengan menunjukkan objek sebenar. Anak juga boleh mengenal dan memegang sesuatu objek itu dengan tangannya sendiri (bukan hanya mengenal/melihat melalui gambar sahaja). Contohnya burung, daun, pokok, buah, rumput, air dan lain-lain.
  2. Boleh menyihatkan badan dan minda sambil menghirup udara segar.
  3. Dapat mengeratkan hubungan dan menambahkan kemesraan diantara anak dan ibu bapa. Terutamanya untuk ibu bapa yang sibuk bekerja serta tinggal di bandar/kota metropolitan.
  4. Boleh menjalinkan hubungan yang rapat dengan kawan-kawan.
  5. Mengembangkan minda anak kerana anak boleh meneroka sendiri alam semulajadi tanpa sebarang gangguan atau bahaya.
  6. Menerapkan nilai-nilai murni mencintai alam sejak kecil lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya kan. 

Gambar-gambar damia ketika bermain-main dengan pokok-pokok tanaman mamanya.


Sambil siram pokok mama, sambil cedok tanah....


Khusyuk cekau tanah sampai meleleh-leleh air liur ituu...


Ini tanah ye kawan-kawan...

Syarat-syarat pertandingan ialah :-
  1.  Get a photo of your baby in NATURE-DONE!
  2. Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest-DONE!
  3. Include your baby�fs photo in the post and mention his/her name and date of birth.-DONE!
  4. Write about the NATURE in the picture.-DONE!
  5. Write your short opinion the goodness of bringing baby out to enjoy outdoor activities.-DONE!
  6. Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry.-DONE!
  7. Leave a comment here with link to your blog post.-DONE!
Hadiah-hadiah adalah disponsor oleh Photobook Malaysia dan Alicewonder.


 



4 comments:

nadia said...

comel-comel gambar damia nih. i like!

Unknown said...

mekacih mama akif...:)

**damia**

zatilzuhdi said...

pic damia tengah siram pokok tu comel..cam candid sgt

leh cuci besor2 tu kak laila..

Unknown said...

hehehe....
thanks...

nti nk cuci... sekrg ni pun dh banyak yg dicuci.. tp tak framekan lagikkk.. dok bertangguh aje

Blog Widget by LinkWithin