Friday, November 6, 2009

G*m*k dan saya

....memang tak dapat dipisahkan. huhuhu... sadiskan kenyataan ni?
sampai bila kan? saya berazam utk turunkan berat sedikit demi sedikit sehinggalah mencapai berat yg IDEAL yg ada dalam otak saya. Bukan IDEAL yg org lain tengok dan orang lain kira2 BMI. Kalau kira2 BMI, saya sepatutnya berat 45kg sahaja yg mana mmg tak mampu utk saya capai dan memang saya taknak pun seRINGAN itu. Macam cinonet sangat nanti. Cemana nak angkat cangkul nak berkebun kan?
Kalau ada org nak sponsor WEIGHT LONDON MANAGEMENT ke, SLIM WORLD ke, kan best?
(sambil kenyit2 mata kat encik suami.. hahahha)
Memang encik suami takkan sponsor dan takkan support walaupun guna duit sendiri utk pergi ke pusat slimming ni. Menghabiskan duit katanya. Lebih baik exercise katanya. Nanti kalau berat naik balik, macam membazir je duit yg dah dilaburkan tu.

Dulu2 semasa bujang saya pernah mengunjungi slimming centre ni. Cara diorang psiko kita tu memanglah membuatkan kita tergoda habislah utk terus bayar deposit. Tapi nasib baik masa tu saya masih berjaya menahan godaan. Masa tu kekasih hati saya yg kini suami saya jugaklah yg tak support utk saya pergi slimming centre. Akhirnya saya mengambil keputusan utk belajar swimming, kurangkan makan nasi dan hasilnya saya berjaya menurunkan berat badan hampir 10kg. Yeayyy <--2 tahun yg lepas laaa

Kini? Berat saya bertambah berganda2 selepas melahirkan damia. Huhuhuhu.. Berat badan yang paling berat dalam sejarah hidup saya. Kali ni memang betul2 bernekad utk turunkan berat badan. Mesti disiplin tinggi dan tidak tergoda dengan sebarang godaan makanan yg lazat2.

Ganbaru zo!!!

Nota tangan saya : BMI sekarang ni menghampiri LEBIH BERAT BADAN, jadi saya perlu sedar dan cuba utk turunkan berat badan demi kesihatan dan kecantikan juga serta untuk mengelakkan saya terpaksa membeli lebih banyak baju sbb baju2 lama semua dah takleh pakai.. huhuhu

3 comments:

Syatilla said...

rilex kak lela.USANA kan ade :)

~Umi.Sufira~ said...

gambare gambare!!!

Unknown said...

tilla...
hehehe.. tgh mengUSANAkan diri lah ni.... nutrimeal i dh nk abis laaa..
tak sampai sebulan pon.. huhuh

mimi...
thanksss
gambarimasu!!!

Blog Widget by LinkWithin