Sunday, November 29, 2009

Taubat Nasuha

Selepas cerita nur kasih tadi, sambil2 lipat kain yg menimbun sy ngadap cerita taubat nasuha pulak. Cerita yang dilakonkan oleh Sheila Rusly (saya suka kalau sheila ni berlakon-sgt menjiwai watak), Fauzi Nawawi dan Dato' Jalaludin.
Ceritanya tentang si ayah, Mizi (fauzi nawawi) yg dihantui kisah silamnya yg didera oleh ayahnya ketika kecil sangat garang terhadap anak2 dan isterinya, Laila (sheila rusly). Setiap tutur katanya mesti ada... ENGKAU NI HIDUP MENYUSAHKAN ORG JE. Sambil2 tu tangannya mesti akan tarik rambut anak2 atau libas anak2. Sgt menyesakkan dada tgk cerita ni. Saya mmg tak boleh tahan kalau bab2 dera anak, dera isteri nih.
Endingnya kurang menarik sbb isteri dan anak2nya dibunuh oleh perompak. Mizi menyesal tp penyesalan yg sdh takde gunanya.

**sy dh kurang perkataan utk cerita CERITA TAUBAT NASUHA ni sbb idea dh terbantut. sy tulis entry ni lepas tgk cerita tu, baru je intro damia dh merengek2 mintak susu. hari ni nk sambung balik dah kehabisan kata2...

Nota tangan saya : Jangan dera anak, nanti akan mendidik anak2 menjadi seorg pendera anak isteri setelah beliau dewasa nanti. Mungkin teori ni lebih kurang sama juga dengan 'ANAK YG DISUSUKAN DGN SUSU IBU AKAN MENYUSUKAN ANAKNYA' (ANAK YG DIDERA AKAN MENDERA ANAK2NYA). Mintak dijauhkan dr kehidupan kita semua....

ouh... sy tidak minum susu ibu ms sy baby sbb sy tinggal dgn nenek, tp sy tetap susukan anak saya sbb sy tau tiada susu yg terbaik selain susu ibu.... happy breastfeeding!




4 comments:

zatilzuhdi said...

anak-anak secara psikologinya memang akan meniru kelakuan yang ditunjukkan oleh orang asing..

errmm..sekadar berkongsi ilmu time belajar dulu kak laila.. ;)

satu lagi kalau dorang terdedah dgn sebarang gambaran negatif dorang punya tendercy nak folo besar..

MN said...

tapi tragis jugak la ending sebab tak sangka anak-beranak akan mati macam tu.

Anonymous said...

ape pun, cite taubat nasuha penuh ngn mesej kesedaran n sgt sedih ending nye...bersesuaian ngn tag line drama tu..."KITa AKAN MENGHARGAI NYa BILa KITA KEHILANGAN NYA"...ramai org yg bile lum dpt anak akn ckp "belum ada rezeki" (mengaku anak itu adalah rezeki)..tapi bile dpt anak n anak tu kecik2 degil, mula la ckp "ko ni menyusah kan je/ menghabiskan duit je"...renung kan lah...

Unknown said...

cik zatil,
mmg betul tu.. saya setuju..

MN,
aah.. mmg tak sangka...
tragis giler...
sedih laaa part anak kena tikam tu... huhuhu

an,
aah.. betullll.... penuh dgn mesej yg berguna... dan sebnrnya banyak kes yg terjadi lam realiti...
moga2 kita adalah golongan yg bersyukur dgn pemberian Tuhan.. insyaallah

Blog Widget by LinkWithin