Thursday, December 17, 2009

Damia : 18 bulan

Tarikh : 12122009
Berat : 8.6 kg (mcm tak meningkat pun dr bulan lepas...huhu)

Sedar tak sedar anak dara mama ni dh setahun setgh dah pun. Macam sekejap je masa berlalu. Jom kita tgk perkembangan damia yg terkini.



 
jom kita sembahyang same2 nak?

  1. Perkataan favourite sekrg ialah DJOM, DJOM (jom, jom) sambil tangan dihulurkan utk dipimpin. Maka mama/papa mestilah bangun dr tempat duduk @ tempat tidur  @ di mana2 sahaja utk mengikut ke mana sahaja hajat cik damia.
  2. Dah banyak perkataan 2 suku kata yg damia boleh sebut. Perkataan2 yg sebelum ni disebut satu suku kata sahaja pun telah ada improvement, boleh sebut 2 suku kata dah. Contohnya DUDUK, JATUH, ANNE (mana), TAKDE, OTOR (motor), ATUK, ADIK, NANAK (taknak).
  3. Damia dh start minum FM sbb mama sebok nak diet. (Sian saya tau.. **damia**)
  4. Sangat suka iklan 'potong!potong!potong! (P1 w1max) dan diaper (tak ingat diaper jenis ape tapi yg macam seluar tu).
  5. Suka pinpinpin (Upin dan Ipin).
  6. Semua benda nk buat sendiri sekrg ni.
  7. Nak makan dah pandai memilih sekrg ni. Favourite adalah makaroni kosong/sup.
  8. Dah boleh kenal sepupu dia ceceh (kasih) dan ayah wie bila tgk gambar. Hari tu masa diorg datang sini kamceng betul. (Ayah wie tu adik papa damia, taktahulah kenapa damia sungguh berkenan dgn bapa saudara dia yg sorang ni)
  9. Kalau nak keluar cepat2 mintak tudung. Huh, warak sungguh anak mama ni.:)
  10. Dah boleh dipujuk supaya bersabar bila nakkan sesuatu. Tapi kadang2 tak jalan jugak. Tgk tahap kemengamukan damia laaa.
  11. Lately ni sangat rajin sembahyang. Sembahyang sambil meniarap laa kaedahnya.
  12. Bertambah cintakan dinasour ungu tu-BARNEY. Tapi dah tak addicted laaa. Sekrg tak berapa mintak nak tengok dah. Siap dah boleh nyanyi lagu BARNEY-I love you. I ooo U (ni je yg damia hafal buat masa ni)
  13. Masih lagi addicted kepada susu mama dengan menyebut PAI, PAI, PAI sambil tangan menyelak baju mama. Hehe. Memang saya yg ajar pun perkataan ni. (I malu kalau damia sebut t**ek dpn2 orang.:P). Posisi menyusu adalah gaya bebas. Sesuka hati damia jerk. ***PAIPAI tu bunyi macam bahasa siam laa pulak.

Sapelaaa yg ajar pakai skirt tapi bertudung ni...


 Yang ni lagik haru biru.. berCD dan bertudung.. huhu



PEACEEE-----!!!

    4 comments:

    ~Umi.Sufira~ said...

    Kahkahkah!! Tak tahan gambar pakai CD dan bertudung ittew...;P

    ~Umi.Sufira~ said...

    Kawaiiiii!!!:)

    ibuaiman said...

    Aqilah samer ngan damia lar, sukeeee sgt upin ipin, klu cite GENG tu bukak mate pg2 nak tgk, g umah penagsuh tgk lagi, blk umah penagsuh tgk lagi, nak tido tgk lagi...pndi sbb pinpin n opet juga...:)

    Unknown said...

    mimi,
    hehehe... siap sujud atas sejadah tu dgn CD+tudung.. hohoohoh...

    sankyuu acik mimi **damia**

    CN,
    damia taklah giler pinpin camtu skali sbb kat rumah jarang tgk.. br beberapa kali jerk. maybe gak sbb tengok rumah bbsitter dia..

    Blog Widget by LinkWithin