Saturday, December 12, 2009

Pengalaman menyusukan damia (6 bulan sehingga sekarang, setahun 6 bulan)

Sambungan drp pengalaman menyusukan damia (0-6 bulan).

Damia dah boleh start makan. Lega sikit hati saya bila mengenangkan stok ebm yang makin berkurang dan kadang-kadang tiada langsung. Pernah juga saya cuba-cuba untuk beli FM mengenangkan demand telah melebihi supply. Pening juga kepala saya untuk memilih susu mana yang terbaik untuk damia. Tetapi semuanya telah di’reject’ oleh damia. Jadi, mahu atau tidak saya mesti UPkan supply untuk kejar demand damia.
Bermacam-macam jenis supplement dan makanan juga yang saya try. Saya pernah buat entry ttg cara saya meningkatkan susu ibu. Silalah ke sini dan ke sini untuk mengetahui secara detail.


bekalan ebm damia

Memang banyak dugaan dan cabaran utk terus menyusukan damia especially bekalan ebmnyalah. Damia jenis yg kerap menyusu juga walaupun dah makan bermacam2 jenis makanan lain. Kadang2 ada juga datang perasaan ingin give up. Tapi saya kuatkan semangat utk teruskan. Saya bernasib baik kerana kawan2 di sekeliling saya adalah orang2 yg menyokong kuat ttg susu ibu ni. Di kala saya hampir give up, mereka tak putus2 memberikan nasihat dan cadangan supaya mencuba itu dan ini. Dan hasilnya saya berjaya menyusukan damia sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, syukur.

Sekrg umur damia mencecah setahun setengah. Dia masih enjoy menyusu. Kenapa saya cakap enjoy? Sebab saya rasa damia menyusu bukan kerana lapar sahaja tapi kerana dia mmg SUKA menyusu. Setiap kali saya nak susukannya, pasti sengihnya panjang lebar. Kadang2 saya rasa damia menyusu kerana :-
  1. Untuk mengisi masa lapang, kalau dah boring2 takde aktiviti tu. Nampak je saya pastu mulutnya akan menyebut, PAI.. PAI… (paipai ni sy yg ajar… heheheh)
  2. Untuk hilangkan rasa sakit selepas terjatuh atau terlanggar sesuatu. Tak hilang pun kan rasa sakit tu, maybe buleh kurangkan concentrate terhadap kesakitan tu.
  3. Boleh guling2 dan golek2 atas mamanya. Boleh mama peluk2 n kiss2.
  4. Saje2… pantang nampak mama dia baring/lepak2.




2 comments:

cerita said...

assalamualaikum.. laila, macam mana cara terbaik utk cairkan susu ibu yang dah beku ek??

-nurul-

Unknown said...

nurul,
waalaikummussalam.
biasanya kalau nk guna ebm beku keesokan harinya, saya akan keluarkan dari freezer pd mlmnya dan letakkan di bahagian sejuk sahaja. sebelum hantar ke bbsitter paginya, biasa ebm dah mencair sepenuhnya.
ATAU...
boleh jugak direndam di dalam air sejuk biasa.maybe memakan masa 30 min-sejam mcm tu. tetapi tak digalakkan rendam dalam air panas kerana dikhuatiri perubahan suhu yg mendadak boleh merosakkan nutrien susu tersebut.
harap2 dpt membantu.
kalau ada apa2 yang tidak jelas, bolehlah email saya di
lailasani@gmail.com

Blog Widget by LinkWithin