Monday, August 31, 2009

Stok ramadhan

Alhamdulillah buat masa ini, stok ebm yg berjaya dikumpul ialah...... 13 oz!! Total 30 oz setakat ini... Yeay!! Harap2 hari ni buleh tambah lagi.. Insyaallah..

sambungan Projek Tanaman

sawi jepun yg daun2nya telah dimakan oleh seranggga/ulat. tinggal 2 pokok je yg belum dinodai.
pokok limau nipis dan limau purut
Sadis sebenarnya kalau tengok tanaman2 saya. Walaupun 'diorg2' ni kurus melidi, sy berjaya jugak gunakan hasil tanaman sdiri utk masakan semlm. Alhamdulillah, wpun semua daun ni adalah murah2 aje, sy dah dpt kurangkan kos pembelian sekaligus kos pembaziran utk lebihan daun dan dpt makan tanaman tanpa was2 (tanpa racun serangga ye maksud saya).
  1. Daun sup
  2. Daun pandan
  3. Daun kari
Encik suami suruh tanam tomato pulak utk kurangkan kos pembelian tomato. Huhuhu. Sungguh saya tak kondifen utk tanam tomato. Buleh hidup ke? Mungkin akan dicuba try tanam pas raya nanti. Kalau tanam sekrg, balik kampung beraya sakan nanti siapa nk siram kan?


Ayam golek

Oleh kerana 'keterliuran' terhadap ayam golek kat pasar ramadhan Bandar Baru Uda yg kami singgah pd hari Sabtu, maka terhasillah nasi ayam+ayam golek buat sendiri semlm.
  1. Nasi ayam
  2. Ayam 'golek' madu (biasa kami goreng ayam utk nasi ayam ni, semlm bakarlah sbb nk mkn ayam golek kan. lagipun kan lebih bagus utk kesihatan kalau dibakar, tak gitu??)
  3. Udang goreng tepung versi udang goreng butter (tidak dibutterkan utk elakkan muak)
  4. Air laici
  5. Popia dan keropok lekor (encik suami beli kat pasar ramadhan)



Sunday, August 30, 2009

Jom buat biskut raya

Resepi biskut raya puasa yg dibuat pd minggu lepas. Atas permintaan mc tie, sy tempek kat sini.
tie, jgn derhaka kat resepi kalau baru2 nk belajar... hehehehe
Dapat 2 balang dan dah habis dah kesemuanya. Nanti nak buat lagi utk raya pulak. Harap2 bertahan le sampai raya.
Resepi ni dikomersialkan oleh Kak LizCookies-salah seorg member resepidotnet. Beliau telah share resepi ni kat group. Oleh kerana Kak Liz adalah penjual cookies yg berjaya, jadi saya tanpa ragu2 dan was2 laaa menerai resepinya.
Inilah hasilnya, rasanye mmg SEDAPP!



CHOCOLATE CHIP SPOTTIES
(Sumber - Aleen RN, Origin - Chef Wan)
Bahan-bahan
(A)
* 150g mentega (saya guna shortening sbb butter takde masa tu)
* 130g gula caster
* 1 biji telur
* 1 ct esen vanila
(B)
* 1 1/4 cawan tepung naik sendiri (saya guna gandum biasa shj)
* 1/2 ct soda bikarbonat
* 1/2 ct baking powder
* 1/4 ct garam
(C)
* 3/4 cawan coklat chip
* 2 cawan cornflakes (kisar kasar)
* 3/4 cawan nib almond (saya tak masukkan pun)
Cara
* Pukul Bahan A hingga gebu
* Masukkan telur dan esen vanila
* Masukkan Bahan B
* Masukkan pula Bahan C
* Doh memang lembik. Sudukan ke dulang pembakar.
* Bakar pada suhu 150C selama lebih kurang 15 minit.
Notes
* Crunchy biscuit.
* Makes about 70 pcs only.
dapat 2 balang sebesar ini..


Saturday, August 29, 2009

Pelukis terhebat masa kini

pssttt... sila abaikan ye lukisan2 mama saya yg tak kreatif tu. yg cantik2 tu papa saya yg lukis. tp papa saya kurang rajin lukiskan utk saya. mama rajinnnnnn wpun tak comey sgt lukisan dia.

ikhlas, 
bb damia

Damia.. 13 bulan & 14 bulan..

Tarikh : 12072009 (13 bulan)
Berat : 8.1 kg
Tarikh : 12082009 (14 bulan)
Berat : 7.8 kg (Turun berat atau ms 13 bulan tu tak tepat sbb damia tak nak berdiri sorang2 kat atas penimbang)
Damia kini :-
  1. Gigi 4 batang.
  2. Perkataan2 damia AIR, MAMA, PAPA, NAK, NI, DAH, MAMAM, TSU (burung), CHEK (pusat), AION (lion), DUK (duduk), DIK (adik), EYAH.. EYAH (kalau nk bukak sesuatu atau nk buat sesuatu yg agak susah), JOM
  3. Ayat2 yg difahami damia ialah "AMBIL HP MAMA, BASUH TANGAN, SIMPAN KAT DAPUR, SIMPAN DALAM BILIK, SIMPAN BAJU (letak baju kotor dalam bakul), DUDUK SINI, JOM MAMAM (makan), KISS MAMA/PAPA, TUNGGU SEKEJAP:CHOTTO MATTE, BUMBUM (tido), JOM MANDI"
  4. Belajar berlari walaupun berjalan pun masih jatuh2 lagi.
  5. Suka tukar channel tv.
  6. Suka bersiar2 ngan papa naik motor.
  7. Makan banyakkk!!!!!! Semua benda damia makan kecuali kuih2 lembik.
  8. Pantang dengar lagu/muzik, mesti menari2.
  9. Dah tak kutip brg2 masuk mulut dah.

Muhasabah diri

Saya mengaku saya tidak pernah berjaya utk menegur seseorang/sesiapa yg :-
  1. Sy nampak rambutnya terkeluar semasa sembahyang. Sy musykil kalau saya tegur, org itu akan berbelah bagi nak sembahyang semula atau tidak. Tapi itu bukan persoalannya kan? Sepatutnya saya WAJIB tegur kan?
  2. Kakinya terdedah semasa sujud dan dari pemerhatian saya, org tersebut mmg tahu yg kainnya itu mmg tak cukup pjg. Tangan terkuis2 semasa tahiyyat sbb 'terasa' kaki terdedah.
  3. Berwuduk (ambil air sembahyang) tetapi tidak membuka tudung. Saya tak sure sama ada air sembahyang 'kena' atau tak bahagian2 yg wajib dilalukan air wuduk.
  4. Berwuduk tetapi make up masih melekat dengan jayanya kat muka. Bukan ke kena tanggalkan dulu make up tu barulah air sembahyang 'kena' kat kulit kan? Atau saya silap?
Banyak lagi benda yg saya rasa 'berdosa' kalau saya tak tegur, tapi saya taktau sy ni segan ke? malu ke? atau tak bertanggungjawab terhadap sesama Islam?
Kepada kawan2 sy yg budiman, silalah tegur saya sekiranya sy ada buat silap. Saya harap anda tidak seperti saya yg 'malu/segan' tak bertempat.




Kerna NUR KASIH...

Kerna NUR KASIH :-
  1. Saya cancel utk ke giant mlm tadi. Beria2 bgtau cik abe nk pegi jugak ke giant sbb nak beli barang2 buat biskut raya (tgh semangat ni kena turutkan kata hati) kononnya laaaa. Sy tak ingat langsung ada NUR KASIH.. Kalau ingat mmg takkan plan ke mana2 pun. Hihihi.. Sy sudah jatuh centa sama itu NUR KASIH.
  2. Postponed buat kerja2 rumah yg menjadi rutin. Huhuhu. "Tangguh esok". Cik abe kata, pujuk diri sendiri ke?? Hehehehe...
  3. Cepat2 suap nasi kat damia sbb dah hampir pkl 9 mlm. Damia tidur dlm perjalanan balik dr bazar ramadhan sehinggalah pkl 830 mlm.
 
Huhhh.. penangan NUR KASIH sungguh hebat. Mlm tadi penuh dengan mainan emosi. Pandai KABIR BAKHTIAR!!
Tak sabar nak tunggu episod seterusnye minggu depan.


Wednesday, August 26, 2009

Berkat ramadhan

Alhamdulillah, cuti 3 hari yg lepas sy rasa masa terlalu panjang dan sy berjaya :-
  1. Mengumpul stok ebm utk damia. Hari sabtu : stok 0 oz, Hari ini : stok 17 oz. Alhamdulillah.... Kalau sebelum ni setiap hujung minggu sy tak dapat nk kumpul stok. Setiap kali pam hanyalah 1-2 oz shj dan hanya cukup utk buat bekalan damia pd hari isninnya.
  2. Alihkan tanaman2 ke pasu2. Sebelum ni sy ingat nk tanam kat yard dalam rumah sahaja, tp memandangkan tanahnya banyak batu2 dan batu bata serta tiada punca air utk menyiram tanaman, saya tanam kat dalam pasu kat luar rumah saja. Encik suami kata... "Kita tgk sampai bila tanaman ni bertahan"... Kekekekek... Encik suami mencabar sy nampaknya ye.. Almaklum laaa sebelum ni tak pernah menanammm...
  3. Habiskan melipat bj damia yg basuh seminggu skali itu. Kalau ikut jadual sepatutnya basuh 2kali seminggu tp kadang2 terbabas. Bila dh terbabas, kerja2 melipat pun bergandalah kan. (Yee.. kadang2 sy tak sempat nk lipat baju damia dan hari nk pergi hantar bbsitter br sebok nak lipat!! Sungguh leceh)
  4. Buat satu adunan biskut raya. Dapat 2 balang sederhana tu. Tapi mungkin tak sampai raya kot. Dah habis satu balang. Kami anak beranak makan.. Hehehehe...
Itulah keberkatan bulan ramadhan yg mulia ini... Alhamdulillah...


..tqvm... (^_^)V

.. terima kasih kepada kawan2 saya yg prihatin terhadap entry ini, alhamdulillah damia masih lagi nak menyusu. Cuma dia dah pandai ckp TAK NAK!, itu yg membuatkan sy rasa pelik binti ajaib tu.... Kalau sebelum ni damia memang pantang nampak saya mengepam, mesti mintak "NI.. NI... NI..." atau "NAK NI... NAK NI..." sambil tarik2/selak baju saya. Hehehehe...

Memang tak dinafikan sy sedikit risau tp risau saya adalah kerana damia makin kurang minum direct, so 'penggalak' susu saya makin kuranglah kan. Tapi hikmahnya, sy dpt kumpul stok sikit hari tu. Alhamdulillah. Segala yg berlaku tu kan ada hikmahnya...:)


Monday, August 24, 2009

Pelik binti ajaib

Anakanda saya menolak utk disusukan. Siap geleng2 dan lari2 ke sana sini lagi. Semlm satu kali dan hari ni satu kali. Kenapakah????
  1. Semlm last menyusu pkl 9 pagi, pkl 1 tgh hari saya offer, damia taknak.... Pkl 3 baru menyusu dan tido..
  2. Hari ni, pagi2 morning pkl 7 bangun dari tido damia merengek2, sy offer susu tapi damia geleng2 jugak. Nak 'air' katanya.... Huhuhuhu...
Apakah damia dah soro2 nk berenti menyusu???? huhuhu.. Mama damia yg masih belum bersedia..:(


Hari ke-2 memasak.. (hari ke-3 berpuasa)

Menu hari ni simple aje,
  1. Tomyam putih resepi bonda.
  2. Cencaru bakar.
  3. Sup ikan merah utk damia.
  4. Daging msk merah yg semlm...
  5. Puding laici semlm jugak...
Kuih muih dan menu tambahan yg beli kat bazar ramadhan,
  1. Kuih talam.
  2. Popia.
  3. Keropok lekor utk damia (tapi mama yg makan lebih nanti..)
  4. Air cendol campur dan AIS TELER (air yg berasal dr indonesia, 1st time nk try). Ingatkan nk buat fresh orange spt saranan cik Fid, tak jadi buat utk buka. Malam nanti lah kot.
***cik fid kate fresh orange bagus utk org2 yg 'comel'.. hihihi..


Jangan terpedaya..


Wahai pembaca blog mama saya,
Jangan terpedaya tau dengan gambar2 swimming suit tadi tu...
Saya dah cakap kat mama, jgn letak gambar2 tak sopan macam tu,
tp mama nak jugak letak..

Saya sebenarnya kanak2 cilik yg sopan seperti ini... :))
Ada sape2 nak berkenalan tak?

Ikhlas,
bb damia.

***sila abaikan penyodok sampah di hujung itu ye.. papa saya tak rajin nk mengedit semula gambar2 ni...

Swimming suit model..

Bule ka? Hehehe.. Terhad kepada umur kecit2 ni aje... jgn dibawak sampai ke besar ye.. Nauzubillah...
Ini adalah rentetan dr entry ini... yg gambarnya baru sempat 'dicuci' oleh encik suami. Posing2 kat dalam rumah dulu sebelum pergi berenang... Gambar kat kolam renang tader sbb kami bertiga terjun kolam...















Sunday, August 23, 2009

Fahrin n Umie Aida

Eh... sy rasa semlm pun sy tengok encik fahrin dan umie aida kat tv3. Mlm ni pun depa 2 org jugak?? Haihhh...... Musim mempromot diorang ke ni?? Rumah sy tiada ASTRO.. so memanjang laaa dok pasang TV3-TV singapore-TV8-NTV7-TV9... Itu ajelah channel2 yg boleh menarik hati utk ditekan2 kat remote.

Esok company saya coti menggantikan 1st day puasa semlm. So, bolehlah lagi nk plan2 ape nk dimasak esok.. hihihi... Hari kerja, encik suami kata beli ajelah. Balik pun dah lambat.. Nk memasak tak sempat siap utk encik suami pergi terawikh...


Menu hari ini...

Dah boleh bersantai sementara menunggu waktu berbuka...

Menu hari ini ialah...
  1. Nasi jagung belasah (1st time buat tp tak ikut resepi betul2, belasah saje-buat yg paling simple).
  2. Daging masak merah.
  3. Ayam tandoori (sesuai ke ngan nasi jagung? hehehe.. )-beli je perencah tandoori maggi tu.
  4. Cencaru sumbat goreng ala kelantan(??).
  5. Cauliflower celur (mkn dgn thousand island saje)-mls nak buat sayur yg pelbagai sbb encik suami takkan jamah sayur. Untuk saya dan damia sahaja.
  6. Puding laici (resepi kak liza)-dapat 1 loyang dan 2 tupperware kecik tapi sbb taktau rasanya macamana segan nak bagi kat jiran. Ngeeeeeeeeeee... Nampaknya kami 3 beranak kena habiskan laaa ni.
  7. Air longan.
Selamat berbuka utk semua!!!


Blog Widget by LinkWithin