Sunday, August 16, 2009

Puding Karamel

Resepi Puding Karamel @ Puding Gula Hangus
(Kak Ngah)

Bahan-bahan
*Untuk puding*
10 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air (gunakan tin susu)
1 s/teh esen vanila
1 cawan gula

*Untuk karamel*
1 cawan gula
3/4 air


Cara-cara membuatnya (Karamel)
  1. Masukkan gula dalam periuk dan biarkan sehingga gula menjadi perang.
  2. Masukkan air (jangan kacau) dan tunggu sehingga gulanya hancur.

Cara-cara membuatnya (Puding)

  1. Campurkan kesemua bahan dan kacau perlahan supaya telur tidak kembang. Boleh juga gunakan blender tetapi pastikan blend tidak terlalu lama (On-STOP-On-STOP : Ulang 3-4 kali sahaja).
  2. Tuangkan gula hangus kedalam loyang dan diikuti dengan bahan2 yg sudah dicampurkan (diblend) tadi.Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
  3. Masukkan dalam peti ais. Lebih sedap sekiranya dihidangkan sejuk.

***Sekiranya telur kembang/naik, tekstur puding tak cantik kerana ada rongga2 ruang udara.
Selamat mencuba!!


3 comments:

Precious said...

My Prince nyer faveret esp bulan Puasa. Good timing ler u kasi resipi ni ... thanks.

mekti said...

nostalgia la puding ni.. hehe.. resepi puding ni sejak mu ajar masa umur kita 18tahun sampai sekarang tetap jadi feveret family aku.. tiap kali sesapa nak makan mesti aku kena buat..sampaikan anak sedara aku pernah cakap kat mama dia "mama ni.. pergilah tgk camana cik buat.. nanti abah nak makan kan senang.." huhu..

Unknown said...

Precious,
u r welcome.
silakan.. silakan buat...
cuma 10 bj telur ni banyak gak kalo skali wat... buleh laaa nk bagi jiran2 ke... hehehe


mc tie,
kehkehkeh.. nostalgia banget!
mung ingat tak yg ms aku wat dulu tu pahit gula hangusnya yg HANGUS?? kak ngah aku ingat sampai sekrg. dh laa dia bg kat bf (abg sam) dia mkn mase tu... smpai sekrg dok kutuk aku...
hihihi..
hohoho.. baguslah mung jd chef utk puding ni...
aku part gula hangus tu sokmo 'tok berani' nok menghanguskan sangat... FOBIA!

Blog Widget by LinkWithin