Thursday, August 6, 2009

H1N1-Cek suhu badan.

Memandangkan kes kat Johor ni dah ada yg meninggal kerana H1N1, encik2/cik2 admin kat company sy pun dah 3minggu kena periksa suhu badan setiap org yg keluar masuk kilang. Pagi2 kalo lambat pergi keje, maka beraturlah utk menadah dahi utk dicek suhu. Kalau suhu 37.2 dah tak boleh masuk kilang. Terus dapat MC dan diarah balik ke rumah.Sungguh rendah kan piawainya? Kata mereka utk mengelakkan org2 yg bakal demam/demam ni merebakkan virus mereka kat org2 lain.
Hari ni sy ambil half day sbb badan rasa tak sedap, tekak sakit, kepala pening2 lalat dan selsema. Belum pergi klinik lagi. Jap lagi nak pergi...
(Sakit2 boleh pulak berblogging eh? Hehehehe.. Sy br lepas 'mengepam' ni dan aktiviti mengepam sy adalah di depan PC. Br abis mengepam terliur plak nk update blog. OK.. STOP!)


Semua sekolah diarah periksa suhu badan pelajar

JOHOR BAHRU: Kementerian Pelajaran mengarahkan pemeriksaan suhu badan setiap murid dan pelajar di semua sekolah seluruh negara sebelum waktu persekolahan bermula sebagai langkah awal untuk mencegah penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata semua murid yang mempunyai suhu badan melebihi 37.6 darjah Celsius akan diarahkan menjalani kuarantin rumah dan sampel akan diambil bagi menentukan sama ada mereka menghidap H1N1.

"Kita sudah mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan prosedur ini, dengan menempatkan kakitangan perubatan.

“Ia adalah langkah yang diambil bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa supaya terus menghantar anak mereka ke sekolah," katanya yang mengadakan pertemuan dengan pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kenanga, Tampoi di sini, selepas seorang murid Tahun Enam sekolah itu meninggal dunia akibat H1N1, Ahad lalu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Sufaat Tumin dan Guru Besar SK Sri Kenanga, Maselah Tahir.

Ihsan dr berita harian.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin