Saturday, August 29, 2009

Muhasabah diri

Saya mengaku saya tidak pernah berjaya utk menegur seseorang/sesiapa yg :-
  1. Sy nampak rambutnya terkeluar semasa sembahyang. Sy musykil kalau saya tegur, org itu akan berbelah bagi nak sembahyang semula atau tidak. Tapi itu bukan persoalannya kan? Sepatutnya saya WAJIB tegur kan?
  2. Kakinya terdedah semasa sujud dan dari pemerhatian saya, org tersebut mmg tahu yg kainnya itu mmg tak cukup pjg. Tangan terkuis2 semasa tahiyyat sbb 'terasa' kaki terdedah.
  3. Berwuduk (ambil air sembahyang) tetapi tidak membuka tudung. Saya tak sure sama ada air sembahyang 'kena' atau tak bahagian2 yg wajib dilalukan air wuduk.
  4. Berwuduk tetapi make up masih melekat dengan jayanya kat muka. Bukan ke kena tanggalkan dulu make up tu barulah air sembahyang 'kena' kat kulit kan? Atau saya silap?
Banyak lagi benda yg saya rasa 'berdosa' kalau saya tak tegur, tapi saya taktau sy ni segan ke? malu ke? atau tak bertanggungjawab terhadap sesama Islam?
Kepada kawan2 sy yg budiman, silalah tegur saya sekiranya sy ada buat silap. Saya harap anda tidak seperti saya yg 'malu/segan' tak bertempat.




No comments:

Blog Widget by LinkWithin