Saturday, August 22, 2009

Peraduan Promosi Penyusuan Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2009

Contest promosi susu ibu yang dianjurkan oleh mom's choice.

Kenapa saya berhempas pulas utk menyusukan anak saya walaupun saya tahu susu saya tidaklah SEMEWAH mana?

  1. Tiada susu yg terbaik selain susu ibu. Biarpun ada susu formula yg kononnya HAMPIR MENYAMAI susu ibu, tapi tiada yang lebih baik kecuali SUSU IBU.
  2. Puas menatap wajah anak yang tertidur selepas menyusu.
  3. Anak WAJIB cari mama kalau LAPAR, MENGANTUK dan SAKIT khususnya. Secara amnya bayi yang menyusu badan akan lebih manja dengan mamanya. Ada ibu-ibu yang tak suka anak manja dengan ibu kerana katanya susah untuk buat kerja2 rumah, tapi saya SUKA!
  4. Mengeratkan hubungan serta menambahkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.
  5. Menyusu mampu menenangkan bayi sekaligus menenangkan mamanya.
  6. Anak jarang sakit. Kalau demam sekali pun, demam cepat sembuh. Antibodi anak lebih kuat sekiranya menyusu dengan susu ibu.
  7. Senang!! Tidak perlu bangun malam-malam untuk bancuh susu. Tidak perlu sediakan thermos air panas dan susu untuk keluar ke mana-mana. Hanya bawa diri anda sahaja!
  8. JIMAT! Ramai yang merungut susu formula mahal sekarang kan? Jadi, SUSU IBUlah jawapannya.
Sekarang ni, damia menolak susu lain kecuali SUSU IBU. Alangkah bangganya di dalam hati saya. Ramai juga yang memberikan nasihat/merungut 'KENAPA TAK CAMPUR SUSU FORMULA SEMASA DAMIA KECIL??!!'
Terima kasih sajalah ye dengan nasihat dan pandangan tersebut. Bukan damia tidak pernah merasa susu formula. Hampir 2 bulan pertama damia minum susu ibu campur susu formula,
tetapi dengan keinginan yang tinggi dan izin ALLAH saya berjaya menyusukan damia dengan SUSU IBU SAHAJA selepas damia 3 bulan.
Hari ini, andainya saya diberi peluang untuk mengulang semula detik-detik damia lahir, saya tetap akan memberikan damia SUSU IBU SAHAJA.

Marilah kita sama-sama memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita.



7 comments:

nadia said...

haha.. saya setuju puan laila!

Unknown said...

nadia,
terima kasih kerana setuju ngan saya!!!

MuzZz said...

Yaa..betul..betul..betul!!

Unknown said...

muzz..
upin dan ipin ke ni?? hehehhe...

moga2 kita sama2 MEWAH susu wpun di bulan ramadhan yg mulia ni.
Insyaallah

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

salam..
yerp..sehebat mana pun susu lembu tu, TIADA yg sehebat SUSU IBU..

yg dh lps tue, lps lar..smua bljr dr kesilapan..ape yg pntg nk jd BF-ibu ni kena btul2 NEKAD+TEKAD..

lps ni leh lar kite same2 share info BF..gud luck utk contest ni gaks.. sesamer lar kite jd BF-ibu yg b'jaya & rawksss!!..

i follow u btw..

Zimah said...

jgn dihiraukan ckp² org tu..
yg penting ape yg kita buat tu betul..good luck!

Unknown said...

e-car,
thanks singgah...
i follow u gak..

yup.. sy setuju...
jd bf-mom kena nekad n tekad...
kalo tak mmg hancus....

zimah,
hehehehhe... betul tu...
mmg takkan terpedaya punye.. tp kekadang bingit telinga nk dengar...
gudlak jugak utk u..

Blog Widget by LinkWithin