Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Resepi coklat mentega kacang-Chef Amer

Resepi coklat yg saya dah pernah try khas utk cik yantie. Selamat buat coklat utk cik abe terchenta....
(Resepi daripada buku resepi coklat chef Amer)
kalau ikut spec coklat betul2, coklat ni adalah kureng menjadi sbb banyak gelembung2 udara... hohoho


BAHAN2
50 g coklat gelap
250 g coklat susu kompaun-dicairkan menggunakan double boil
30 g mentega kacang (kasar)

CARA MEMBUATNYA
1-Dengan menggunakan berus, sapu coklat gelap cair di dalam acuan.
2-Campur coklat susu bersama mentega kacang dan kacau hingga sebati.
3-Setelah coklat di dalam acuan agak keras, tuang campuran mentega kacang.
4-Keraskan coklat di dalam peti sejuk selama 20 minit.

Nota : Jika menggunakan mentega kacang halus, boleh campurkan sedikit kacang cincang.

Nota tangan saya : Saya tak letak kacang sbb masa tu damia belum pandai makan kekacang.:)


Thursday, October 7, 2010

Pengumuman : Buku resepi coklat CHEF AMER kehabisan stok

Pengumuman kepada pengunjung kedai kecil lailasani yang berminat utk membeli buku resepi coklat chef amer, buat masa ini buku ini kehabisan stok. Saya akan war2kan di sini dan di kedai lailasani sekiranya ada stok baru.
Sekian terima kasih di atas sokongan anda.

Thursday, July 8, 2010

Pandai buat coklat dengan kos yang murah!

Korang nak belajar buat coklat tapi taknak keluarkan kos yang tinggi? Kalau belajar dengan sifu rata2 harga adalah RM250 satu hari pembelajaran. Jadi, utk tidak perlu keluarkan kos yang tinggi dan ingin belajar buat coklat yang basic sahaja, bolehlah dapatkan buku resepi membuat coklat CHEF AMER di kedai saya. Sila layari http://ezykaimono.blogspot.com/

Harga : RM25.00 sahaja
Blog Widget by LinkWithin