Showing posts with label Tanaman. Show all posts
Showing posts with label Tanaman. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

Sudah dituai..

 Hasil2 tanaman yg sudah berjaya dituai. Dapatlah utk beberapa kali makan dan diagih2kan kepada jiran2 sebelah rumah beberapa biji. Sekrg ni pekebun tengah 'bercuti', jadi tak banyaklah tanaman2 baru yg boleh disajikan utk tatapan. Cuma tengah menanti pokok tomato yg sudah hampir kekeringan kerana cuaca panas itu mengeluarkan hasil. Bilalah agaknya ye....

Sunday, January 3, 2010

Pindah...

Bukan saya yg pindah rumah... kan sy dah pindah dah 4-5 bulan yg lepas (tapi rumah still macam baru pindah jerk.. ngeeee).
Ni ttg tanaman2 saya dah dipindahkan ke tanah. Tapi nampak macam pokok kari saya ala2 merajuk je. Pucuknye tak keluar pun sejak dipindah kan ke tanah 3-4 minggu yg lalu. Atau sbb saya kurang manjakan ia atau terlupa letak baja. :P

Pokok kari yg pucuknya seperti merajuk tak keluar2 sejak dipindahkan ke tanah.

Pokok pandan ok je. Dah beranak 2 dah, jadi 3 beranak.

Pokok halia yang kecil molek. Taktau lah ada isi halia ke tidak. Biasanya saya tengok pokok halia membesar lah jugak. Taktau ape silapnye.

Pokok cili yang sudah dipindahkan ke tanah. Ok jugak. Sekarang dah mengeluarkan hasil.

Pokok cili yang masih dalam pasu dari mula2 semai benih lagi. Yang tengah tu tumbang time hujan lebat hari tu. Terpaksalah guna batang penyapu yang dah nak buang utk menyokong pokok ni (nak cari ranting kayu taktau kat mane daaaa).

Pokok2 lain yg masih berada dalam pasu. Pokok limau nipis, limau purut dan daun kunyit. Daun kunyit makin subur sekarang ni tapi tak pernah guna pun. Suami saya tak suka masak lemak cili api @ apa2 masak lemak, jadi tak tergunalah daun kunyit tu (alasan bijak tak? padahal tak pandai pun masak gulai. ok jugak cik abe tak suka gulai2 ni). Nak masak rendang setahun 1-2 kali jelah. Siapa2 yg tinggal berdekatan dengan saya yg memerlukan khidmat daun kunyit, mai lah ambik kat rumah saya ni.



Monday, August 31, 2009

sambungan Projek Tanaman

sawi jepun yg daun2nya telah dimakan oleh seranggga/ulat. tinggal 2 pokok je yg belum dinodai.
pokok limau nipis dan limau purut
Sadis sebenarnya kalau tengok tanaman2 saya. Walaupun 'diorg2' ni kurus melidi, sy berjaya jugak gunakan hasil tanaman sdiri utk masakan semlm. Alhamdulillah, wpun semua daun ni adalah murah2 aje, sy dah dpt kurangkan kos pembelian sekaligus kos pembaziran utk lebihan daun dan dpt makan tanaman tanpa was2 (tanpa racun serangga ye maksud saya).
  1. Daun sup
  2. Daun pandan
  3. Daun kari
Encik suami suruh tanam tomato pulak utk kurangkan kos pembelian tomato. Huhuhu. Sungguh saya tak kondifen utk tanam tomato. Buleh hidup ke? Mungkin akan dicuba try tanam pas raya nanti. Kalau tanam sekrg, balik kampung beraya sakan nanti siapa nk siram kan?


Wednesday, August 26, 2009

Berkat ramadhan

Alhamdulillah, cuti 3 hari yg lepas sy rasa masa terlalu panjang dan sy berjaya :-
  1. Mengumpul stok ebm utk damia. Hari sabtu : stok 0 oz, Hari ini : stok 17 oz. Alhamdulillah.... Kalau sebelum ni setiap hujung minggu sy tak dapat nk kumpul stok. Setiap kali pam hanyalah 1-2 oz shj dan hanya cukup utk buat bekalan damia pd hari isninnya.
  2. Alihkan tanaman2 ke pasu2. Sebelum ni sy ingat nk tanam kat yard dalam rumah sahaja, tp memandangkan tanahnya banyak batu2 dan batu bata serta tiada punca air utk menyiram tanaman, saya tanam kat dalam pasu kat luar rumah saja. Encik suami kata... "Kita tgk sampai bila tanaman ni bertahan"... Kekekekek... Encik suami mencabar sy nampaknya ye.. Almaklum laaa sebelum ni tak pernah menanammm...
  3. Habiskan melipat bj damia yg basuh seminggu skali itu. Kalau ikut jadual sepatutnya basuh 2kali seminggu tp kadang2 terbabas. Bila dh terbabas, kerja2 melipat pun bergandalah kan. (Yee.. kadang2 sy tak sempat nk lipat baju damia dan hari nk pergi hantar bbsitter br sebok nak lipat!! Sungguh leceh)
  4. Buat satu adunan biskut raya. Dapat 2 balang sederhana tu. Tapi mungkin tak sampai raya kot. Dah habis satu balang. Kami anak beranak makan.. Hehehehe...
Itulah keberkatan bulan ramadhan yg mulia ini... Alhamdulillah...


Sunday, June 21, 2009

Projek baru....

Ni adalah gambar YARD dlm rumah kami... gambar ni diambil ms mula2 dapat kunci dulu.. comottt.. takjumpa carik lak gambar yg comey sikit...

Nampak tak ade satu kawasan tanah beberapa kangkang itik..??? Haaaaaa... kat situlah sy akan memulakan projek baru saya... BERKEBUN!!! Sy nk ikot jejak MN yg dah dapat tuai hasil cilinya... Jeles I tengok tau MN!! Selama ni sy hanya dpt petik daun pandan yg hidup segan mati takmau je kat rumah ni... Insyaallah kat rumah baru ni, buat permulaan ni sy akan tanam cili kecik, cili besar, daun pandan, serai, daun sup, daun bawang dan halia je kot... Pagi tadi sy pergi beli beg plastik hitam (bukan plastik sampah tau... hahahha) kat kedai area rumah sy. Sambil2 tu pergi cari (bukan cari.. beli!!) benih sayur2an dan tanah di samping bertanyakan tips2 kat tuan empunya kedai pokok2... Almaklum laaa sy tanam cili pun dah mati minggu lepas kena makan ngan semut... Hampeh betul semut2 tu.. Ouhhh, sy juga beli racun semut spy sayur2 sy takkan dimakan semut lagik.. Jaga kau semut!!!!

Kejap lagi nk gi semai ape2 yg patut kat dalam beg plastik hitam tu dulu.... Sekrg tgh tunggu tuan puteri bangun je ni...
Blog Widget by LinkWithin