Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Motivasi | Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri

Diambil daripada motivasi pagi "Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri" oleh Prof Muhaya.
 
  1. Bersyukur menjadi isteri-bersyukur dikurniakan seorang suami.
  2. Tahu tujuan menjadi isteri-untuk mendapatkan anak2 yang soleh dan solehah, utk dapatkan pencen kubur kita (anak yg soleh yang akan mendoakan kita bila kita tiada nanti, utk hidup bahagia dan membahagiakan

Sebagai isteri :-

  • Tahu tentang nutrisi, tahu tentang karbohidrat, tahu protein, vitamin, lemak dll. Kita sbg isteri kena ada ilmu tentang nutrisi.
  • Mesti bijak dalam menyediakan makanan.
  • Sediakan supplement utk anak2 dan suami dan tentukan mereka makan supplement yang baik kerana makanan sekarang sudah kurang vitamin tidak seperti 100 tahun yang lalu. Vitamin ini diperlukan sedikit utk fungsi optima seluruh sel.
  • Jaga kecantikan, jaga fizikal, jaga kesihatan, jaga badan.

Kata2 seorang ahli falsafah :
JIKA KITA TAK ADA MASA UTK SENAMAN DAN MENJAGA KESIHATAN, KITA HARUS MENCARI MASA UTK SAKIT.

untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila tengok video ni ye.





Sunday, July 12, 2009

Nak Tambahkan Susu Ibu?

Dari kiri ialah
Milkmaid tea, air longan+kurma, pil fenugreek.

Entry khas utk kawan2, adek2 atau kakak2 yg bertanya melalui email (senang sikit utk sy copy-paste entri ni sbb kalau simpan dalam mailbox, masa kawan2 mintak selalu je tak jumpa carik). Dan juga utk dikongsikan dengan pembaca2 blog sy. Semoga memberi manfaat utk semua ye.
Apa2 pun ini adalah pengalaman saya sendiri, kesesuaian adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Jadi, sekiranya ingin mencuba makanan/minuman atau ubat2an, lebih baik dicuba satu persatu utk melihat yg mana lebih sesuai utk anda.

Senarai makanan/ubatan yg pernah sy ambil dan apa yg sy pernah lakukan utk tambahkan BM.
  • UBATAN, PIL, JAMU.
  1. RTC - ubat homopati utk banyakkan susu. RM22 satu botol. Ubat ni kurang berkesan utk saya.
  2. Pil ASI-boleh beli kat online atau di mana2 toko jamu. Utk online, kat MLO dan Lunatots ada jual. Dulu sy beli RM15, sekarang dah naik harga RM20. Utk saya, tak tambahkan susu tp boleh maintainkan production susu.
  3. Fenugreek (pil halba)-Kalau tak lalu nk makan air halba or tak suka letak halba dalam masakan, bolehlah ambil pil ni. Utk saya, boleh dikatakan berkesan jugak dan boleh maintain production BM. Boleh didapati di kedai online atau di GNC Pharmacy.

  • MAKANAN/MINUMAN
  1. Lobak putih-Buat sup atau goreng bersama ikan bilis. Lobak ni ada sedikit bau yg sy kurang suka tapi sy telan jugak demi BM! Sgt membantu utk prod BM sy. Dulu waktu pantang, sy selalu jugak makan sup ni.
  2. Mee suah. Ni adalah sejenis mee yg chinese suka makan kalau tak silap. Ada dijual di kedai2 runcit atau di mana2 pasaraya. Sedap jugak mee ni. Kalau buat sup mee suah, jgn letak garam banyak2 sbb mee tu sendiri dh ada perasa+garam. Nanti masin pegghak (sangat masin) kata org kelantan. :)
  3. Segala macam jenis sayur2an. Especially yg kaler hijau2 tu. Pun ok utk sy.
  4. Milkmaid tea-Macam teh herba gitu. Rupanya macamana? sila rujuk entri sy ini. Boleh dibeli online. Byk online shop yg jual milkmaid tea ni. Bagaimana rasanya? Masa mula2 minum sy tak suka sbb bau jintan-halba dll terlalu kuat, tp sekrg sy dh suka dengan baunya. Harga, mahal jugak laaa sbb imported punya. Sekrg ni dah ada yg uncang, senang laa sikit nk membuatnya. Harga pun mahal laaa sbb senang nk buat kan. Kalau dulu kena tapis bagai.
  5. Air longan-Sedap!! dan senang utk membuatnya. Beli longan kering dan rendam je dalam air panas. Sy tak letak gula dah sbb dah ada rasa manis2 buah. Satu mug biasa saya letak 5-6 biji longan kering. Cuma kalau mula2 try, jgn terus minum banyak sbb dikhuatiri baby kembung sekiranya baby anda masih kecil. Sy pernah amalkan setiap hari minum 2X. Menjadik jugak utk saya air longan ni. Haaa, kalau malas nak buat sendiri, boleh beli yg dalam tin longan +kurma brand SEASON. Lagiiii sedap.:D
  6. Halba-Kalau tekak boleh telan air halba, rendam dengan air panas dan minum airnya. Sy tak pernah buat. Cuma yg sy praktikkan masukkan halba semasa menggoreng sayur. Hasilnya? Tak dapat dipastikan sbb sy tak amalkan sangat. Selalu je terlupa nk masukkan time goreng sayur.
  7. Susu-Apa2 susu pun ok. Awal2 bersalin sy minum Enfamama. Wpun rasanya kurang ngam dengan tekak saya tp sy minum je. Dgn harganya yg amat mahal dan tak berapa ngam ngan tekak saya, saya habiskan satu tin aje. Sehingga sekarang sy amalkan minum fresh milk Dutch Lady tu. Apa yg saya perhatikan, susu lebih pekat berbanding hari sy tak minum susu.
  8. Milo-Setiap hari sy mesti minum satu gelas milo. Kadang2 campur terus dengan fresh milk. Lemak berkrim!!
  9. Horlicks-Sungguh sedap dan pengeluaran susu amat memberansangkan. Tapi lama2 sy jadik jemu gak minum horlicks ni. Plus, harganya mahal! Hehehe...
  10. Madu-Sy amalkan minum madu khaula dibancuh dgn setgh gelas air setiap hari. Tapi kadang2 terlupa jugak.
  11. Oat-Sy amalkan setiap hari jugak dan mesti dibancuh dgn milo. Kalau tak saya takboleh nk telan. Bagus utk maintainkan pengeluaran BM sy.
  12. Air barli-Rebus barli sehingga kembang dan bancuh dgn sedikit gula batu (gula biasa pun ok). Awal2 selepas bersalin, sy ada amalkan. Sekrg ni dah jarang2 jugak.
  13. Kurma-Membantu jugak.

  • APA YG SY LAKUKAN?/AMALAN HARIAN
  1. Pam, mengepam dan mengepam. Direct feeding tu of courselah kan? Tapi sekiranya anda berjauhan dengan baby atau baby tidur lama, pamlah 2 jam sekali. Inilah senjata paling hebat kalau anda ingin tambahkan susu. Sy bagitau ni berdasarkan pengalaman sy sendiri di mana sebulan selepas bersalin, sy mengalami kemerunduman BM yg amat teruk. Pengalaman tersebut nti sy akan ceritakan dalm entri yg akan datang ye.
  2. Sy bertanya kepada org2 yg berpengetahuan. Jgn sesekali bercerita dengan org yg BUKAN PRO BREASTFEEDING. Nanti akan lebih down dan stress. Bila anda stress, susu pun akan makin berkurang. Sy pernah tercerita kepada kawan yg tidak support BF, ouhh... sgt menyesal bercerita dgn dia sbb dia tidaklah membantu ttp makin melemahkan semangat utk sy teruskan BF.
  3. Handle stress dengan baik. Kalau stress dengan tempat keje, dgn kawan2 atau sesiapa sahaja, cuba2lah tenangkan fikiran anda dengan membaca al quran atau bercuti atau membeli belah(kalau ada duit laaa.. hehehe).
  4. Selalu berfikiran positif yg susu sy cukup utk supply kat baby saya. Tapi berfikiran positif sahaja tidak cukup kalau tak amalkan yg NO 1 tu. BM tetap tak akan bertambah. :)
  5. Berdoa... doa... doa dan doa. Mintaklah seberapa banyak doa dengan Yang Maha Esa. Insyaalah niat murni kita akan dikabulkan.
  6. Cukupkan tidur dan rehat. Kalau penat dan kurang susu, supply pun akan merudum.
  7. Rujuk website2 atau artikel2 BF. Rujukan sy sepanjang berpantang 2 bulan ialah susuibu, Dr Jack Newman (siap ada video tau!), hpage cik Fid dan artikel dr MLO dan artikel2 yg diforward oleh kawan2. Terima kasih yg tak terhingga utk semua!!!
Itu sajalah rasanya tips2 dr sy yg hanya berpengalaman menyusukan damia hampir 13 bulan ini. Syukur alhamdulillah kerana diberi nikmat ini. Semoga ibu2 di luar sana atau bakal2 ibu berjaya menyusukan anak masing2.



Tuesday, March 17, 2009

demam campak

...patutlah demam damia berlarutan, rupanya nk keluar campak. demam on-off dan hari ke5 baru keluar bintik2 merah tu. ni apa yg paed bitau kawan aku laaa. kawan aku bawak anak dia jumpa paed sbb anak dia pun demam semlm.

ptg nak mandi tu, aku nampak ada bintik2 merah kecik2 kat seluruh badan damia, tp aku still confuse sbb damia kan ade eczema. kot2 laaa eczema nya menyerang. utk pastikan, aku pegi klinik malam tadi. huh! 2kali pegi klinik yg same lam satu hari. doc mmg sahkan bintik2 tu sbb campak lah. doc takder bagi ubat ape2 cuma suruh bagi damia minum air kelapa je. doc ckp jgn bagi mlm ni (mlm tadilah) sbb nanti awak takleh tido. hehehe.. bila citer ngan mak bonda aku, dia pun tergelak sbb doc pun guna petua tradisional. mak bonda aku pun suh bagi minum air kelapa jugak n suruh mandikan skali. tapi caution point, yg mandikan ngan air kelapa tu, dia sendiri tak pernah buat kat anak2nya, so segala risiko adalah tanggungan anda sendiri ye.:)

aku meng'google' sana sini, kebanyakannya suh minum air kelapa laaa. ada yang guna daun semambu? daun semambu tu pun aku taktau cemana rupa bentuknye... so, buat masa ni nak kasik damia minum air kelapa jelah.

kepada sesapa yg terbace or membaca blog aku ni, silalah kongsi2 petua apa yg ada ngan aku ye.
sila poskan ke laila_2522@yahoo.com ye sbb blog aku ni tak kuar yg bahagian utk mengomen.... ape masalah ntah.. sehingga arini aku takdapat nk carik sebab musababnye.

ni petua yg aku jumpa kat sini...

DEMAM CAMPAK

Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campak dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndam semalaman, ditumbuk atau dikisar halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campak berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).


Blog Widget by LinkWithin