Showing posts with label Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kematian. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Al-fatihah

Al-fatihah utk arwah Tengku Maimun binti Tengku Long, bonda kepada kawan baik saya Muz. Semoga roh beliau digolongkan dlm golongan org2 yg beriman, INSYAALLAH.

Salam takziah utk Muz sekeluarga, moga2 tabah menghadapi ketentuan Ilahi. INSYAALLAH...

Saturday, January 23, 2010

Al-fatihah utk Almarhum Sultan Johor

Semoga roh Almarhum digolongkan dalam golongan orang2 yg beriman. Insya Allah.
-Al-fatihah-

Thursday, November 26, 2009

Maut tidak mengira usia

Innalillahiwainna ilaihiro-jiu-n.....
Terkejut saya semalam apabila dikhabarkan oleh kawan seofis mengatakan husband kawan kami yg dulunya pernah bekerja sekilang dengan kami telah meninggal dunia dek kerana kencing manis. Umurnya baru 33 tahun. Sememangnya ajal dan maut tidak mengenal usia. Semoga rohnya digolongkan dalam golongan orang2 yg beriman, Insyaallah.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak yang masih kecil. Saya berharap isterinya, Kak Suzie tabah dalam menghadapi kehidupan yang masih panjang, Insyaallah, bersama2 2 orang anaknya.


Nota tangan mama damia : setiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya...  
 


Sunday, August 16, 2009

Pergi Tak Kembali....

Gambar ihsan mstar Online
Al-fatihah untuk arwah Ustaz Asri (3 Ogos 1969- 13 Ogos 2009). Semoga roh beliau digolongkan dalam golongan org2 yg beriman. Insyaallah.


Pergi Tak Kembali
Rabbani

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

***Bila dihayati lirik nasyid ini, sgt takut rasanya utk mhadapi saat kematian. Adakah aku sudah bersedia??


Blog Widget by LinkWithin