Showing posts with label nursery. Show all posts
Showing posts with label nursery. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Taska oh taska.....

Ini adalah sesi luahan perasaan di tengah malam2 buta.:(

Baru je selesai basuh baju anak2 yang dibawa balik dari taska. Semuanya han**ing. Kakak damia terrrrkenc**ng atas tilam. Mungkin time dia tido. Aduhaiiii adik2 pengasuh, kalau dah tau pelapik tilam, seluar kakak damia terkena air kenc**ng, kenapa laaaa dicampurkan semua skali dalam beg baju kotor. Beg baju kotor tu pulak dimasukkan dalam beg baju2 yang masih belum dipakai. Semua berbau.... Sabar jelah. Ini bukan kali pertama, dah beberapa kali dah. Saya mmg sengaja tidak memesan pengasuh2 ni supaya asingkan baju/seluar yg terkena air kencing dgn baju2 lain. Memang silap sayalah. Tapi jauh nun di sudut hati saya, 1-2X mungkin diorang tak ada plastik utk asingkan baju2 tersebut. Tapi kalau dah berkali2 berlaku perkara yang sama, mmg telahan saya silaplah rasanya. Memang 'policy' diorang kot masukkan semua skali baju2 kotor tu dalam beg yg sama. Besok saya akan bekalkan plastik utk diorang. Harap perkara ni tak berlaku lagi.

Nota tangan saya : Saya jarang2 nak menegur adik2 pengasuh di taska ni sbb dah terbawa2 dan terbiasa dengan konsep babysitter, kena berhati2 dan berfikir 20kali sebelum menegur penjaga anak2 saya. Walaupun ramai kawan yang kata kalau anak2 kat taska senang sikit nk menegur, tp bagi saya... tetap susah... huhuhu

Tuesday, October 26, 2010

Pencarian bbsitter utk anak2

Kami give up utk teruskan damia (dan dinie) kat nursery. Sebab?
  1. Rasanya tak sesuai utk hantar baby dinie ke nursery tu sbb baby terrrrrrrlalu ramai dan teachernya tak mencukupi. 20 orang baby -> 3 orang teacher. Macam tak logik kan? tapi itulah hakikatnya. Alhamdulillah saya diberi kesempatan utk borak2 dengan pekerja nursery tersebut yang pernah incharge jaga baby. 
  2. Info dari pekerja nursery tu jugak, teacher yg incharge anak2 2-3tahun (sebaya damia) adalah seorang jer. Bilangan anak adalah 18 orang. Mampu ke? Baru 2 hari lepas je baru tambah sorang teacher. So, 18 orang kanak2 -> 2 orang teacher.
  3. Walaupun damia makin hari makin ok semasa hantar ke nursery dan semakin mesra dengan teachernya, tp emosinya seperti terganggu. Tiap2 malam damia mengigau sambil menangis cakap TAKNAK... TAKNAK. Tak sampai hati pulak tengok damia macam tu.
Mamanya 'stress' memikirkan apa yang terbaik utk anak2.  Masih mencari2 babysitter yg menepati cita rasa kami. Inshaallah, harap2 pilihan yg bakal kami buat ni tepat. Setakat ni dah interview 3 orang calon. 2 calon sudah di'reject'.

Nota tangan saya : Pendapat saya, nursery yg damia pergi ni adalah sekadar 'perniagaan' semata2.

Wednesday, October 13, 2010

Hari ke 3 : Damia & nursery

.... alhamdulillah damia dh tak demam dah. Saya plan kalau damia masih demam, tak hantar laa dia ke nursery, tp sebab dah ok pukul 8 lebih tadi bersiap2 dan hantar dia. Masa nak keluar tu damia beria2 nak ikut, siap pakai tudung lagi sbb ingat nak pegi jalan2. Dia cakap 'nak horse' (naik carousel tu favourite dia). Saya diam je, tak ckp ya @ tak. Sebabnya kalau saya cakap ya, janji palsu pulak. Kesian dia kecewa nanti (Pernah juga janji palsu utk naik carousel tu, tp hari ni special case.. hehe). Kalau kata tak & cakap nak pergi sekolah, sure dia menangis dari rumah lagi. Dahlah mood dia cukup baik hari ni. Pagi2 bangun minum susu, naik motor ngan papa sebelum papa gi kerja dan dapat main belon buih sabun tu. Memang cukup tiptop pagi ni. Itu yang saya taknak buat mood dia ke laut tu.

Dah sampai nursery tu, damia mula buat muka sedih. Panggil mama dengan nada sedih dah. Saya kan 'gembeng', cepat je tersentuh hati tgk damia macam tu. Tapi saya mesti kena kuatkan semangat!!! Jangan tunjuk muka risau kat damia. Nanti damia lagi risau dan sedih. Masa dukung damia bagi kat cikgu nursery tu, damia TAK NANGIS!! Sekadar sedih2 je. Bravo anak mama!!!!! Alhamdulillah..... perkembangan yang baik.

Yang peliknya, masa ambik pulak damia menangis. Hmmmmm.... taktau apa sebabnya. Harap2 esok makin ok 'perjuangan' kami ke nursery.

Nota tangan saya : sepanjang dalam kereta tak henti2 saya berdoa semoga anak saya sentiasa dilindungi Allah dan diberi rasa kasih kepada sesiapa yang menjaganya. moga2 Allah kabulkan doa saya. INSHAALLAH.

Tuesday, October 12, 2010

Hari ke-2 & 3: Damia & nursery


Semalam hari ke 2 damia ke nursery. Menangis juga tapi tidaklah melalak hebat seperti hari pertama. Mama pun lega lah sikit melepaskan si anak dara. Masa nak ambik damia balik tu, menangis jugak. Sayu hati mama tengok. Tapi takpelah, harap2 esok okay. Balik rumah tu air hidung meleleh2 tak berhenti. Siann anak mama.

Hari ni sepatutnya hari ke 3...........
tapi damia terpaksa bercuti sbb demam+selsema sejak mlm tadi. Harap2 esok damia dah tak demam lagi. Bolehlah kita sambung 'perjuangan kita ke nursery' bersama2.........

Nota tangan saya : bila sampai masanya utk kita hantar anak kita ke nursery, baru kita tahu betapa beratnya hati utk berbuat demikian.....



Saturday, October 9, 2010

Kalau damia sedih hati, mama lagiiiii sedih 4juta kali ganda

Waktu : 11:45 pagi (menghitung masa utk ambik damia kat nursery)
Baru 3 jam yang lepas saya menghantar damia ke nursery. Hari ni hari pertama damia ke nursery setelah hampir 2 minggu bergolek2, berguling2, bermanja2 dengan saya di rumah. Walaupun baru beberapa jam, saya sudah mula rindu kat anak dara. Biasanya dialah yang paling sibuk kalau saya mandikan adiknya. Dialah yang paling sibuk semasa saya pakaikan baju si adik, dia sibuk suruh nyanyikan lagu 'tinkel2 liter tar' (twinkle2 little star), lagu 'moo moo' (old mac donald had a farm) dll. Walaupun kadang2 ter'stress' bila adik tengah melalak, kakak damia pun melalak2 mintak mama nyanyi, tapi mama tetap rindukan damia.

Ok, dah terpesong sedikit drp title di atas. Kita lupakan sekejap bab2 jiwang rindukan si damia. Yang saya nak cerita adalah kisah menghantar damia ke nursery pagi tadi. Ada sedikit kejadian yang tak berapa enak mata memandang di nursery tersebut tapi saya hanya berdiam diri. Maklumlah hari ni hari pertama anak saya berada di sana, saya takut juga kalau2 saya tegur, ada pulak yang mendera anak dara saya nanti. Tapi pesanan saya utk adik2/kakak2 yang kerja di nursery, silalah bekerja seikhlas hati. Kalau tak berminat utk melayan karenah anak2 kecil, silalah hantar surat berhenti. 
Sedih hati saya melihat damia diperlakukan sebegitu. Hari ni kan hari pertama dia di nursery, pujuklah anak dara saya dengan baik. Saya bukan sedih mendengar damia melalak sampai nak keluar anak tekak memanggil2 nama saya, tapi saya lebih sedih melihat pekerja nursery melayan damia dengan kasar. Saya berharap pekerja tu bukanlah yang incharge kumpulan damia, kumpulan 2 tahun-3 tahun.

Nota tangan saya : Moga2 Tuhan lindungi anak2 saya walau di mana saja mereka berada. Moga2 orang yang menjaga anak2 saya ada belas ihsan terhadap anak2 kecil. Inshaallah.....

Wednesday, December 30, 2009

Damia & nursery part II

Seperti yang dijangka damia menangis dari mula2 hantar sehinggalah tengah hari. Pkl 1030 saya call tu, masih lagi tersedu sedan menahan tangis. Cuma kali ni berbeza sedikit, sambil menangis sambil makan, sambil menangis jugak, sambil minum susu. Sedih agaknya mama & papa tinggal kat tempat yg terlalu asing baginya. Semua org tak dikenali, tempatnya pun baru.
Hari tu, saya ambil cuti half day  utk mengambil damia dari nursery. Masa saya sampai tu damia dah tertidur. Mungkin dah keletihan menangis. Bila tengok muka saya di muka pintu, terus menangis kesedihan ala2 mengadu kot. Saki baki esakannya pun msh ada lagi.

**mungkin kena ambik masa seminggu kot utk training.


Monday, December 28, 2009

Damia & nursery

Pagi nanti saya akan hantar damia ke nursery buat kali ke-2 sejak kelahirannya kerana bbsitternya cuti. Di samping itu sy juga ingin membiasakan dirinya dgn tempat baru. Kalau berjaya, Insyaallah akan ditukar ke nursery nanti. Kali pertama dulu, GAGAL! 2 hari hantar, 2 hari jugak meraung dan menangis. Tidur pun kurang, minum susu pun kurang.
Harap2 damia okay. Kalau tak okay juga, maka sy akan ambik cuti half daylah.

Blog Widget by LinkWithin