Showing posts with label CiK aBe. Show all posts
Showing posts with label CiK aBe. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Berita gumbira tetapi memerlukan pengorbanan:)

Alhamdulillah, sangat happy hari ni. Sebab encik suami berjaya mendapatkan kerja baru setelah berlaku beberapa tragedi :P. Walaupun banyak pengorbanan perlu dilakukan, saya tetap happy. Maklumlah dah 5 tahun lebih pergi-balik kerja bersama2. Mungkin akan rasa sedikit janggal utk minggu2 pertama. Harap2 segalanya berjalan dengan lancar. InsyaALLAH.


Nota tangan saya : Harap2 anak2 pun sentiasa ok sepanjang mama kena handle sendiri ni.:). Dan setiap hari sudah pasti Damia chan akan tanya, MANA PAPA?

Thursday, February 16, 2012

It's our 5th anniversary!!!




Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH....  dengan kurniaan pasangan yang masih setia bersama....
.....5 tahun menyulam kasih dan cinta...
.....5 tahun yang membahagiakan,
.....5 tahun yang menyakitkan,
.....5 tahun yg memberikan seribu-sejuta pengalaman,
.....5 tahun yang mematangkan kita....
dan 5 tahun inilah yg mengajar kita erti kasih sayang, erti pengorbanan...... 

moga kita akan terus saling 'melengkapi' dan terus kekal bahagia hingga ke syurga.... INSYAALLAH, AMIN.







........kalau nk tengok gambar2 5 tahun yg lalu, silalah klik album kat sini dan kat sini ye.:P

Wednesday, February 16, 2011

Kasih kita.......

16022007........

moga kasih kita kan terus berkekalan hingga ke hujung nyawa..
moga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati oleh Yang Maha Esa, inshaallah.....


Monday, December 6, 2010

Surirumah lebih susah dari kerja engineering

Hari kejadian : Jumaat (19 Nov)
Situasi : Bbsitter ambil cuti raya haji. Oleh kerana saya kerja bertimbun2, terpaksalah mama n papa DD bergilir2 jaga anak2.

ari nihhh kene jaga budak debok 2-orng nih....madam kene kerje pulok...dedua bangun tido serentak...dedua beghak...dedua nak susu..dedua nak menempel...dedua nak kene mandi.....hargailah profesen surirumah yg amat mencabar ini...sememangnya kerje surirumah lebih susah dari kerje engineering....ehehhe
 
Tersenyum saya membaca status FB encik suami. I LIKE!:)
Saya setuju sangat2 dgn encik suami. Saya memang kagum dengan semua surirumah di seluruh donia!!
Alkisahnya ialah.......
Inilah hari pertama encik suami menjaga 2 orang anak sekaligus seorang diri. Biasanya kalau saya keluar tanpanya, saya akan bawa damia. Encik suami akan jaga adik di rumah. Risau juga saya sebenarnya sbb kali pertama kan.... Bukan saya risau beliau tidak mampu menjaga anak2, tapi risau kalau2 encik suami tak sempat nak makan @ nak sembahyang @ nak mandi dll. Tapi rupanya sempat online lagik. Maknanya ok sesangatlah tu. Hehehehe. Tabik spring utk encik suami. Terima kasih banyak2 bang!

Nota tangan saya : Saya mmg respect sangat2 kpd bonda saya yang mampu menjaga dan membesarkan kami adik beradik seramai 12 orang. Saya tak dapat bayangkan macamana suasana di waktu itu. Makan minum kami sentiasa dimasak sendiri, rumah terjaga, kain baju tersusun rapi........ ouhh... saya tak mampu menjadi se'perfect' bonda.:(

Tuesday, August 24, 2010

Photoshoot mama moncet!

 ... awal2 sampai ke tempat kejadian, damia bad mood sesangat... konfius mamapapa dibuatnya. rupanya damia takut dengan org yg potong rumput kat padang... hohohoh...
susah nk tangkap gambar damia senyum time ni.

Lama jugak dok tangguh2 photoshoot utk mama yg moncet nih. Akhirnya berjaya jugak direalisasikan oleh photographer terhebat dalam family kami, iaitu tak lain tak bukan, PAPA DAMIA. Hehehe... **Siapa lagi nk ckp hebat kan? kecuali puan isteri dan anak2 sdiri kan? hehehe**
....kami bertiga, insyaallah bakal berempat.... damia masih lagi anak tunggal time ni...
 ... tukar location, barulah damia ceria time ni. hehehehe...

Hajat di hati, teringin juga nak ambik gambar2 romantika d'amour dengan papa damia seperti yg dirakamkan oleh KGK di Kluang tempoh hari. Dah lama rasanya tak ambik gambar berdua2an. Tapi apakan daya, mama damia kena terima hakikat yg sekarang ni dah ber3 dan bakal ber4. :). Macam2 taktik juga saya buat nak bagi damia leka dan tak masuk dalam gambar, tapi semuanya tak berjaya! Hehehe. Setiap kali setkan timer utk posing berdua2an, damia dengan lajunya berlari bersama2 papa damia utk masuk dalam gambar sekali. Hahahaha... Kalau diingat2 balik mmg sangat lawak. Laju betul damia lari.
.... hehehe, tak mendapat approval drp cik damia utk beromantika d' amour... kekeke... papa damia berlari masuk lam gambar, dia pun berlariiiiiiiii sama masuk... hahahaha...

Cuma ada satu je gambar kami berdua hasil taktik kotor mama-papa damia. Hehehe....
 ....psssttttt, damia ade sebenarnya dok bersila kat kaki mamapapa... hihihi... kamera difokus betul2 atas kepala damia ajerk... sorry ye damia, bg can utk gambar satu ni jeee... :)

 anak dara kesayangan mama...
.. lompatttttttttttttttt!!!!

Posing2 dengan papa pulak, siannn papa asyik tader dalam gambar je kan. Hehehe... Kalau mama yg ambik gambar, tukar setting kamera kepada AUTO ajelah...  senang! hehehe... klik.. klik... klik-fokus... siap!!
 .. damia & papa...
manja sungguh damia ngan papa sekrg ni tau...
sekejap2 tanya... 'mana papa ni...', 'mana papa ni...', 

Photographer cilik pun sebok jugak time photoshoot ni. Dah tak boleh fokus utk ambik gambar lagi dah. Sibuk ngan 'photographer' keluarga kami.

Lagi2 gambar bolehlah view kat sini (http://www.facebook.com/album.php?aid=58522&id=1584108809&l=e8c8b07be9).


Nota tangan saya : photoshoot ni juga adalah sempena birthday mama-papa damia... 24 julai 2010...

Sunday, July 25, 2010

Otanjyoubi omedetou gozaimasu.... Papa damia

... abang......
Otanjyoubi omedetou gozaimasu..
...itsu mademo aishiteru yo............

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to papa damia..
Happy birthday to you...

**********
I don't always tell you
How much joy you bring
It means more to me
Than anything

I don't always tell you
That the love you give
Brightens every day
That I live

I don't always tell you
What's in my heart
That you are the most
Important part

I don't always thank you
For the many things you do
Or tell you how much
I really love you


HAPPY BIRTHDAY !!!
 *******



Monday, July 5, 2010

Bapa borek anak rintik

Photographer cilik yg senang mengasah bakat seperti papanya...
fokus sang itik yg hampir lunyai dah..
fokus.. fokus...
ambik gambo mama yg tgh ambik gambo kami.....
 gaya 'pro' yg tak buleh blah...

Nota tangan mama : Nak jadi cameraman ke wahai anak dara?


Wednesday, June 23, 2010

Happy Father's Day...

....utk semua yang bergelar papa, ayah, bapak, babah, abah dan gelaran2 yg sewaktu dengannya....
........ utk bapa mertua saya, CHE ISMAIL bin HAJI IBRAHIM....
............. utk insan paling istimewa dlm hidup saya, HUSAINI bin CHE ISMAIL....
terima kasih kerana terus setia dlm hidup saya.....
terima kasih kerana tidak merungut dgn kelemahan saya (kalau ada rungutan dalam hati ai tak tau, takpe..:).. hehe)...........
terima kasih kerana byk melengkapkan diri saya yg serba kekurangan........
terima kasih kerana tolong saya jemur kain....
terima kasih kerana tolong saya sapu & mop lantai...
terima kasih kerana tolong saya jaga damia....
terima kasih kerana tolong saya basuh poo poo & mandikan damia....
terima kasih kerana tolong basuh pinggan lepas makan........
terima kasih kerana tolong makan apa yg saya hidangkan tanpa rungutan (rungutan dlm hati itu lain cerita ye.. hihih)... 
terima kasih kerana rajin melayan damia...
............terima kasih utk segala penat lelah abang menjaga kami berdua.... 
.... terima kasih utk macam2!!....
TQ very much!!!!
abang memang suami & papa yang hebatt.........
Kami heroin bertiga sgt sayangkan papa!!!
....besfren damia kalau keluar jalan2 dan di depan khalayak ramai... damia akan tunjuk dialah anak manja papa, dan org akan kata, MANJA NGAN PAPA EH... mama damia akan 'ia'kan ajelah... walhal kalau kat rumah mmg nk menempel ngan mama aje....  **pandai damia nih**..


Wednesday, June 2, 2010

Saya suka.....

... bila tengok dan merenung gambar2 family photoshoot yg dihasilkan oleh kedaigambarkami hujung minggu lepas. Thanx a lot to Iena & Cg Fly serta e-ein, photgrapher cilik:).

Inilah hasilnya, gambar2 adalah dipinjam dari kedaigambarkami. Lokasi adalah Dataran Tasik Kluang.


Ini pula adalah photographer cilik dr pihak kedaigambarkami.:) Tak lain tak bukan cik e-ein, anakanda tercinta photographer.


Blog Widget by LinkWithin