Showing posts with label FrenZ. Show all posts
Showing posts with label FrenZ. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Renungan hari ini....SIHAT SEBELUM SAKIT

Syukurilah nikmat yang ALLAH kurniakan..... tiba2 saya terasa utk share apa yg terngiang2 di fikiran saya di FB saya.....
Renungan :
... kalau kita rasa kita paling miskin, ingatlah masih ada org lagi miskin dari kita,
kalau kita rasa kita tak dapat makan yang best2, makan kat hotel2, ingatlah masih ada org yang langsung tidak dapat menjamah makanan,
kalau kita rasa kita paling sengsara, ingatlah masih ada org yg lebih sengsara daripada kita.
yang paling penting.... setiap nikmat yang dikurniakan ALLAH mestilah disyukuri.
Alhamdulillah, minggu lepas saya berpeluang utk berjumpa dengan kawan saya yang mengidap penyakit kanser. Syukur kerana saya dapat menunaikan hajat yang tertangguh ini. Bila melihat beliau yang cukup tabah, 'nampak' sihat, saya jadi insaf. Saya tahu, jauh di sudut hatinya tersembunyi kebimbangan yang amat sangat, tapi saya percaya beliau mampu menghadapinya, INSYAALLAH. Melihat keadaannya, saya jadi insaf kerana kurang mensyukuri nikmat SIHAT yang ALLAH kurniakan. Insaf kerana selalu alpa dengan nikmat2 yg ALLAH berikan, seolah2 nikmat itu adalah suatu yang lumrah. Ya ALLAH, ampunkan hambaMU ini YA ALLAH....
Saya bermohon semoga ALLAH sembuhkanlah kawan baik saya ini, kurangkanlah segala kesengsaraan beliau, semoga beliau kembali tenang bersama keluarga tercinta. Moga2 beliau sentiasa ingat yang takdir ALLAH itu ada hikmahnya...

Nota tangan saya : sebanyak mana pun duit yang kita ada, sebanyak mana pun harta yang kita kumpul, sekuat mana pun kita bekerja, andainya tidak dikurniakan nikmat SIHAT, maka semuanya tiada ertinya.... SYUKURILAH SEGALA NIKMAT yang ALLAH kurniakan.......

Thursday, July 1, 2010

Al-fatihah

Al-fatihah utk arwah Tengku Maimun binti Tengku Long, bonda kepada kawan baik saya Muz. Semoga roh beliau digolongkan dlm golongan org2 yg beriman, INSYAALLAH.

Salam takziah utk Muz sekeluarga, moga2 tabah menghadapi ketentuan Ilahi. INSYAALLAH...

Sunday, January 3, 2010

Berkampung di KL

Sudah hari ke 2 kami berkampung di rumah kakak2 dan kakak ipar saya di KL. Agenda kali ini adalah
  1. Melihat anak2 saudara yg dilahirkan pd tahun lepas iaitu Muhammad Zafran dan Aidil yg masih lagi belum cukup 60 hari.
  2. Menghadiri majlis hari jadi anak saudara yg berusia setahun dan 2 tahun (beza umur adik n kakak ngam2 setahun).
  3. Jumpa besfren utk chitchat2 dan hantar tudung berbeg kertas pink yg dikirimnya.
  4. Jalan2 ukur IKEA --nampak gayanya mcm kena cancel je ni. Macam dah kekurangan masa nk pergi.

Wednesday, December 23, 2009

Tahniah dan selamat berpantang

.. untuk adik2 seofis saya Aishah dan Achik.
Moga anda berdua berjaya dlm bfeeding..... Moga2 semangat anda tak luntur di tengah jalan. Apa yang termampu sy tolong, Insyaallah anytime boleh call/sms saya ye adek2...
Saya rela hati membantu anda wpun saya bukanlah berjaya mana sangat pun dalam bidang ni. Sekadar mbantu sikit2 tu boleh lah, Insyaallah.

***Nota tangan saya : Yang penting niat-doa-semangat-istiqamah wajib ada dlm diri sekiranya ingin berjaya.....


Thursday, November 26, 2009

Maut tidak mengira usia

Innalillahiwainna ilaihiro-jiu-n.....
Terkejut saya semalam apabila dikhabarkan oleh kawan seofis mengatakan husband kawan kami yg dulunya pernah bekerja sekilang dengan kami telah meninggal dunia dek kerana kencing manis. Umurnya baru 33 tahun. Sememangnya ajal dan maut tidak mengenal usia. Semoga rohnya digolongkan dalam golongan orang2 yg beriman, Insyaallah.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak yang masih kecil. Saya berharap isterinya, Kak Suzie tabah dalam menghadapi kehidupan yang masih panjang, Insyaallah, bersama2 2 orang anaknya.


Nota tangan mama damia : setiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya...  
 


Friday, November 6, 2009

Untuk best friend saya

Entry khas utk sahabat baikku Puan X,
kau adalah insan terpilih untuk menghadapi pelbagai dugaan.
Moga terus tabah dalam menjalani kehidupan seharian kerana
Tuhan itu MAHA MENGETAHUI setakat mana kemampuan hambaNYA.
Aku sebagai kawan baik akan sentiasa menyokong walau apa pun keputusan yg kau buat.

... kata2 adam utk nur amina....
....fikirkanlah/buatlah keputusan utk kebahagiaan diri sendiri.....


Monday, June 1, 2009

Sabishi... Sedih....

Sy tak suka farewell! Tahun ni 2 bulan berturut2 sy ada farewell party dengan besfren2 sy. Sgt sedih dan sy sure akan ke'sabishi'an (kesunyian) sbb diorg ni dah tader. Huwaaaaaaaaaaaa.. Tinggallah sy terkontang kanting(??) keseorangan. Huhuhu.. Bukanlah keseorangan pun, tapi besfren2 yg berenti adalah kawan2 segossip, kawan2 sekepoh, kawan2 sepumping, kawan2 sesembahyang, kawan2 semakan, seminum dan segala 'se' laaa kalo kat ofis tu.
**Segossip/sekepoh tu tak bermaksud kepochi ngan hal2 org lain ye, biasenye kepoh bab2 telatah anak2, kongsikong pengalaman bf, kesihatan, politik semasa (pun ada jugak kadang2.. ) macam2 laaa kan.
Sgt sedih!!! Sy sungguh rindu dgn diorg nih!
Blog Widget by LinkWithin