Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Saturday, December 19, 2009

Bonus oh bonus

Syukurrrr....... ada jugak rezeki bonus utk tahun ni. Walaupun ekonomi tak berapa elok dan mcm2 yg aku ceriterakan kat sini, alhamdulillah okaylah jugak dapatnya. Lebih kurang sama dengan tahun lepas.


Thursday, November 26, 2009

Tentang bonus

Uwasa (khabar angin) mengatakan tahun ni kami ada bonus. Begitulah spt yg dikatakan oleh boss encik suami. Kalau betullah, alhamdulillah.. Ada jugak rezeki tersepak utk tahun ni.
Tapi tak boleh nak mengharap sangat sbb
  1. increment saya hari tu sangat teruk
  2. baru tukar boss baru sbb tukar section baru
  3. mc banyokkk...
  4. cuti habis...
  5. unpaid leave dah 6 hari kot..
So, tak perlulah nk mengharap apa2.... Terimalah seadanya.

Sunday, November 8, 2009

Job pertama encik suami


anak jiran semasa bermain2 kat taman bersebelahan rumah kami

Hari ni encik suami keluar bekerja sejak pukul 8 pagi lagi. Job pertama fotografi. Majlis kawen x-ofis. Tinggallah kami 2 ketul je kat rumah. Sebenarnya encik suami masih belum berniat utk mengambil gambar majlis perkahwinan sebab leceh katanya. Lagipun komitmen amat tinggi utk ambil gambar majlis kawen ni. Tapi sebab kawan dah terdesak dan memang tiada cameraman, encik suami sanggup ajelah walaupun rumahnya agak jauh dari rumah kami. Katanya sambil2 attend majlis kawen kawan tu. Kami tak ikut sebab tak sanggup nk menunggu sehingga majlis selesai. Sure damia keboringan nanti dok menungguuuu aje (mama damia pun lah kan, hehe). Tapi kalau saya seorang of kos lah saya akan ikut walau ke mana encik suami pergi kan?:)

Ok, nak iklan sikit kat sini.
Pengumuman untuk orang2 JB, Senai, Kulai dan kawasan yang sewaktu dengannya....
Kami menyediakan perkhidmatan fotografi untuk semua jenis event KECUALI majlis perkahwinan dengan harga serendah RM50/jam.
Silakan ke sini atau ke sini untuk melihat contoh2 gambar yang telah diambil oleh cameraman kami.
Kepada yang berminat bolehlah menghantar email kepada kami di lailasani@gmail.com.



damia dan anak2 jiran sebelah rumah kat taman


damia kat taman

...alhamdulillah encik suami selamat sampai ke rumah pengantin seperti yang dijanjikan. risau juga saya kalau2 tersesat ke... haru biru nanti pengantin cameraman tak sampai2.

Wednesday, October 21, 2009

Esok..

.. sudah kena kerja daaa... 'M' tersangatlah besar setelah 6 hari bercuti.
Kami baru je balik dari makan free/open house deepavali(?). Wpun bulan syawal dah berakhir, masih ada lagi yg sudi ajak makan2. Fuhh.. perut kenyang suka hati..:D

Friday, October 16, 2009

1Malaysia?

Company saya betul2 mengamalkan konsep 1MALAYSIA. Kami dipaksa bercuti Deepavali selama 6 hari termasuk Sabtu Ahad (Start hari ini sehingga Rabu depan). Lama tu!!! Kononnya setiap perayaan besar utk setiap kaum (melayu, cina dan india) mendapat hak bercuti yg sama. Lebih kurang 6 hari untuk setiap perayaan. Walhal kalau kira peratusan pekerja langsung tak sama. Kalau saya tak silap, kaum India hanyalah 10% je kot. Saya pun taktau laa idea siapa yang terlalu bernas ni. Semua ni start pd tahun lepas. Tahun2 sebelum ni takde pulak macam ni. Deepavali biasanya cuti 2 hari je.
Dapat cuti semua orang suka kan? Tapi yang paling TAK SUKAnya ialah nak kena ganti HARI SABTU tu... huhuhu... Geram makcik!!!
1MALAYSIA, 1MALAYSIA lah jugak tapi nanti Sabtu bekerja siapa nk jaga anak saya? Hmmm... saya kadang2 rasa tak berapa best nak hantar damia ke rumah babysitter pada hari Sabtu sbb kesian jugak kat babysitter kot2 nak pegi jalan2 ke kan. Hmm...

Friday, October 9, 2009

atarashii kankyou, atarashii jibun??

kyou ha seikakuni busho wo utsushita. shoujiki doki doki shita yo--n!!! 

nota tangan saya : kinou deshita, kyou ha mou kinyoubi dakara ne...


Saturday, September 5, 2009

Tepatkah?

Saya telah membuat satu keputusan yg agak besar dalam kerjaya saya. Saya sebenarnya tidak pasti adakah keputusan ini tepat atau tidak kerana saya hanya mengikut gerak hati dan perasaan sahaja. Harap2nya berkat bulan ramadhan yg mulia ini, tepatlah hendaknya keputusan yg saya buat itu. AMIN.

Wednesday, April 29, 2009

Maternity leave!

Cerita increment sy belum habis, baru sy teringat semula kata2 boss sy. Boss sy kata increment sy teruk sbb MATERNITY LEAVE!!!!! HUH????!!!!!!!!!!! Kawan seofis sy pun tak dapat promotion sbb dia sedang MATERNITY LEAVE....
................Salah ke beranak?
.........................salah ke meramaikan umat manusia di muka bumi ini?
...................Salah ke kami ada anak ni wahai ladyboss HR??? (Ladyboss mada kekkon shitenai kara wakaranai yo neee!!)
Ya Allah, tolong laaa bagi reason lain wahai encik boss. Sy memang marah kerana dia bagi reason ni. Memang tak masuk akal. Sebab ada je 'cha ya nun alif' yg MATERNITY LEAVE + UNPAID LEAVE promoted. Ampess...! Sy tak suke!

Tuesday, April 28, 2009

Increment...

Semlm company sy bagi increment dan seperti yg dijangkakan kemerunduman (ada ke perkataan ni?) 50% drp nilai tahun lepas yg mana digitnya hanyalah 2 angka (Bukan MANAGER ke bawah). Itupun utk sesapa yang dapat gred A lah. Tapi saya? Menjunam 87% compare ngan tahun lepas. Kecewa? Of course laaa kan. Sikit sangat sampai nk ketawa terbahak2 pun ada. Tapi takpelah, redha. Org kata bersyukurlahhh masih ada increment. Dan ada jugak boss yg berkata2, bersyukurlah sbb masih ada kerja dan tak dipotong gaji. Utk sy sendiri, sy dh menjangka kejatuhan(?) increment sy ni sbb bila saya recall2 balik, sy telah membuat onar semasa musim evaluation. Hehehe.. Padan laa muka saya kan. Sy telah membantah arahan boss sy utk membuat itu dan ini yg saya tidak suka. Sy taknak hipokrit ok! Depan angguk2 pastu merungut. Biarlah sy berterus terang drp komplen sana sini tak tentu pasal. Dan hasilnya adalah...... increment yg paling dahsyat sy terima sepanjang 7 tahun di company ni. :((

Plg sy tidak suka adalah..... faktor politikus n perkauman yg diamalkan di company sy. Kaum yg 'che ya nun alif' itu di promote setiap tahun sedangkan kaum sy diberi alasan, TAHUN LEPAS SUDAH DIPROMOTE wpun attendance kedua2 calon adalah 100%. Perfomance?? Ouhh, company sy tiada kot kategori ni. Sesiapa yang pandai 'kipas', senang laaa utk dapat gaji lebih. :P
Blog Widget by LinkWithin