Showing posts with label bb Damia. Show all posts
Showing posts with label bb Damia. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Happy 4th Birthday to Damia chan


Damia chan,
Happy 4th Birthday!!!!!!! Otanjyoubi omedetou gozaimasu!!
12-06-2012

Mama sayang Damia, Papa sayang Damia, Adik Dinie pun sayang kakak Damia.

Semoga jadi anak yang menyenangkan hati mama n papa selamanya,
Semoga jadi pencen kubur mama n papa yang hebat seandainya kami tiada di sisimu lagi...
Semoga Damia sentiasa dilindungi Allah.
InsyaAllah
Ameennnn!!!
 Nampak je mcm nakal sikit ni, tapi manjaaaaaaaa gitu... :P

Adik Muhammad, sepupu DD pun ada sekali.:)
 

Sunday, May 27, 2012

Kakak Damia : 3Y 6M ~ 3Y 11.5M


Kakak damia pula, lagi 2 minggu nak sambut birthday ke 4. Masih belum start tadika. Mamanya yang masih ragu2 utk melepaskan cik kakak ni naik van. Kakak damia sendiri pun agak susah utk ditukar suasana. Sangat pemalu orangnya. Memang takkan bercakap dengan org yang baru dikenali.
Harap2 tahun depan tiadalah apa halangan untuk hantar kakak damia ke tadika, InsyaAllah.:)
 Cuti2 Malaysia-Balik kampung CNY2012, syok main pasir...
 Bergaya mengalahkan mama, sentiasa nak bawak 'baby' besar dia tu...:P
 Pakai baju papa... Mintak nak pakai... kadang2 nak pakai baju mama... heheheh
 Kawan baik..:). Ni kawan baik merajuk sbb mamanya taknak bagi beli crepe... @ JPO
 Happy sbb mama beli 'kambing'!
(kambing tu papa yang bagi nama...:P)
Favourite damia-make up! make up! Sib baik laaa avon ada buat offer rm5 satu. Boleh lah damia buat make up.

Nota tangan mama : Mama doakan damia chan dengan rela hati nak pergi 'sekolah' tahun depan. InsyaAllah.

Sunday, May 13, 2012

Beli kapal terebang

...dlm kereta.. ada bas kt depan kereta
Mama : adik nak naik bas?
adik : nakkkk...
Kakak : kakak xnak naik bas,kakak nak naik kapal terebang.....
Mama : kakak ada duit ke nak naik kapal terbang?
Kakak : kakak bukan nak BELI kapal terebang laaa mama, kakak nk naik kapal terebang je laaa....
Mama : ............
**Nak naik kapal terbang pun kena bayar wahai kakak damia.
posted from Bloggeroid

Thursday, February 9, 2012

Maid cilik kami

Damia chan,
sangat rajin nk mengvakum sbb boleh main2 dgn vakum.... hehehe...
Syokkkk je dia bila papa bg 'tugas'..:)


Sunday, January 22, 2012

Macam-macam Damia chan

Lama tak membebel kat blog yang hidup segan mati tak mahu ni.. huhuhu. Memang blog ni takkan mati kalau tak didelete oleh blogspot, INSYAALLAH, sbb sayang bebenor dengan blog ni. Sebab? Sebab kat sinilah banyak bebelan2 ttg anak2 walaupun sekrg ni tak berapa nk banyak. Tapi tetap jadi kenangan, harap2 sempat laa nk tunjuk kat anak2 bila diorg dah boleh membaca nanti, INSYAALLAH.

Ni nak citer pasal puteri sulung saya ni. Makin lama makin panjang akalnya, makin pandai berkata2 walaupun pemalu dengan org yg tak dikenali. Kalau kat rumah tu mmg potpetpotpet ajelah kerjanya..

#Macam2 Damia 1 :
MAMA : Kakak, jom ambik gambar pakai telekung ni, mama nk mintak damia jadi model ye.
DAMIA : Alaaa, taknak laaa model,
MAMA : Pastu damia nak apa?
DAMIA : Nak CANTIKKKKKKK!!
MAMA : (Hahahahahha) Ok, ok......
DAMIA : (Sengih sampai telinga.)
Nanti mama terangkan MODEL tu apa ye damia chan.

#Macam2 Damia 2 :
MAMA : Kakak, mama nak masak kejap. Kakak pergi buat kerja rumah yang mama beli semalam tu. Nanti kita buat sama2 lepas mama masak.

DAMIA : Eh, kerja rumah? Mama cakap kerja rumah? (sambil gelak2).. Kerja sekolah laa mama, bukan kerja rumah...
MAMA : Aah, kerja sekolah laaa.... ok, kakak buat ye.
DAMIA : Apa lah mama ni...
MAMA : (aah, betul jugak ek kerja sekolah, kenapa kita panggil kerja rumah?)
homework <-- kerja sekolah yg perlu dibuat di rumah..... hohohoohoh...

Banyak juga pertanyaan2 damia chan ni yg agak mencabar minda. Kena banyak study utk jawab..:P





Tuesday, September 27, 2011

Taska oh taska.....

Ini adalah sesi luahan perasaan di tengah malam2 buta.:(

Baru je selesai basuh baju anak2 yang dibawa balik dari taska. Semuanya han**ing. Kakak damia terrrrkenc**ng atas tilam. Mungkin time dia tido. Aduhaiiii adik2 pengasuh, kalau dah tau pelapik tilam, seluar kakak damia terkena air kenc**ng, kenapa laaaa dicampurkan semua skali dalam beg baju kotor. Beg baju kotor tu pulak dimasukkan dalam beg baju2 yang masih belum dipakai. Semua berbau.... Sabar jelah. Ini bukan kali pertama, dah beberapa kali dah. Saya mmg sengaja tidak memesan pengasuh2 ni supaya asingkan baju/seluar yg terkena air kencing dgn baju2 lain. Memang silap sayalah. Tapi jauh nun di sudut hati saya, 1-2X mungkin diorang tak ada plastik utk asingkan baju2 tersebut. Tapi kalau dah berkali2 berlaku perkara yang sama, mmg telahan saya silaplah rasanya. Memang 'policy' diorang kot masukkan semua skali baju2 kotor tu dalam beg yg sama. Besok saya akan bekalkan plastik utk diorang. Harap perkara ni tak berlaku lagi.

Nota tangan saya : Saya jarang2 nak menegur adik2 pengasuh di taska ni sbb dah terbawa2 dan terbiasa dengan konsep babysitter, kena berhati2 dan berfikir 20kali sebelum menegur penjaga anak2 saya. Walaupun ramai kawan yang kata kalau anak2 kat taska senang sikit nk menegur, tp bagi saya... tetap susah... huhuhu

Wednesday, September 7, 2011

Nanti kakak mati...

Saya biarkan damia mandi manda sendirian semalam sambil saya mengemas di dapur. Bila dah siap, damia panggil saya utk lap badannya. Sambil tu kami borak2.

Mama : Damia mandi sabun tak?
Damia : Tak...
Mama : Kenapa tak sabun? Nanti busuk banga (loghat kelate)
Damia : Mama, jangan banga, banga... nanti kakak mati....
Mama :  (Speechless)

Huhuhu... damia.. damia... ada2 je jawapannya...

Monday, June 13, 2011

Time kasih mama...

Semalam....... damia tiba2 datang ke dapur sambil bawa album gambarnya masa baby2...
DAMIA : mama, mama, sape ni?
MAMA : damia laaa, masa baby.. masa kecik macam adik...
DAMIA : bukan laaa, ni adik...
MAMA : bukannnnn, tu damia tu... damia masa baby...
DAMIA : ouhhh, time kasih mama....
MAMA : :))

**sejukkk telinga mama mendengarnya, karakternya mmg lembut, bersopan gitu... manja... pantang kena marah sikit wpun tanpa ditinggikan suara, sure akan menangis kesedihan...

Happy 3rd birthday to damia chan!!!

Sambutan kecil2an kita berempat.:)
 kek adalah hasil kerja tangan adik seofis, cik puan majiah.
kalau berminat nak tempah silalah ke sini.

Doa mama, moga damia jadi anak yg solehah dan sentiasa diberkati ALLAH...
Andainya bukan kerana hadirnya damia dalam hidup mama.....
.......mama tidak kenal apa itu erti 'mama' yang sebenar...
.......mama tidak akan tahu sejauh mana kasih sayang bonda mama terhadap anak2...
........mama tidak akan pernah merasai apa itu pengorbanan seorang ibu terhadap anakandanya....
........mama tidak akan bergelar mama seperti hari ini.....
Terima kasih ALLAH kerana memberikanku peluang dengan hadirnya permata hatiku, NUR DAMIA HARYSA......


Mama sayangkan damia yang tiada galang gantinya... Semoga hidupmu terus disinari cahaya kebahagiaan, INSYAALLAH.....
tak sabar nak tiup dah niii.. :P

yeayyy!! akhirnya papa bagi tiupp...

tak padam padam laaaa...

mari kita potonggggggggggg...

Wednesday, April 13, 2011

Anak 3 tahun masih menangis malam?

... sesiapa yang ada tips atau petua atau cadangan... sila2kan berkongsi.
bagaimana utk elakkan/redakan anak yg berusia 3 tahun menangis malam2... bukan melalak tetapi menangis kesyahduan, biasanya memanggil mamaaaa, mamaaaa.... & ofkos mama yg kena melayan si kakak ni. Dan disebabkan kakak menangis, si adik pulak yg terjaga dan sudah semestinya mama jugak yg kena layan sbb si adik nak susu laa kan...

sesiapa yg ada tips, harap dpt kongsikan...
TQVM~~!!!

Thursday, March 3, 2011

Model telekung cilik saya

Kepada sesiapa yang tengah mencari2 telekung utk dipakai sendiri mahupun dijadikan hadiah, bolehlah jenguk2 ke kedai kecil saya ye. Hanya model telekung kanak2 sahaja berjaya ditayangkan, model telekung dewasa tidak digalakkan utk ditayangkan di sini :P.

Layan gambar2 model yang mula2 sangatlah sopan........ setelah beberapa minit berlalu, model jadi lion daaa....:)
.......... dan akhirnya taktau telekungnya ke mana, nasib baik photographer tangkas!!




..... diselitkan juga gambar si adik yg meleleh2 air hidungnya. kesian si adik yang selsema beberapa hari dah... :(



Tuesday, February 22, 2011

.. bagaikan terputus nyawa dari badan...

 ... jantung bagaikan berhenti berdegup....
memangku damia yang lemah longlai tanpa sebarang reaksi, mata terbeliak, tangan kebiruan dan kadangkala mengalami kekejangan. air mata bagaikan tak dapat ditahan lagi tapi saya kuatkan hati memanggil2 nama damia. hanya mampu berdoa moga Tuhan panjangkan nyawanya sambil membasahkan seluruh tubuhnya.
itulah perasaan saya semasa melihat damia terkena sawan demam, pertama kali dalam hidupnya....
cemas, panik, sedih... semuanya bercampur baur. kekurangan ilmu ttg sawan demam dan pertolongan cemas semasa anak sawan membuatkan saya dan suami lebih panik. tidak tahu apa yang harus dilakukan. bukan tidak pernah membaca ttg sawan demam tetapi kurang prihatin. itu memang silap kami.  mujurlah saya ada pengalaman melihat bonda saya mengendalikan adik2 saya yang pernah terkena sawan semasa saya masih di sekolah rendah. yang saya ingat dan terbayang2 di fikiran adalah bonda saya mandikan dengan air sejuk. semasa damia terkena sawan, kami berada di dalam kereta, mujurlah ada sebotol air mineral yang saya beli sebelum keluar pada paginya. saya basahkan seluruh tubuhnya. sesekali ada respon dari damia tetapi damia tak mampu berkata apa2. hanya reaksi kesejukan. dan saya telah membuat kesilapan besar pada waktu itu. oleh kerana terdesak utk melihat damia sedar, saya telah memberi damia minum. saya melihat damia menelannya, hati saya sedikit lega..... tapi rupa2nya saya SILAP.
ADALAH SANGAT BAHAYA MEMBERI MINUM utk anak yg mengalami sawan. kemungkinan anak akan tercekik atau air akan masuk ke peparunya. SANGAT2 BAHAYA!! (ini saya google selepas kejadian) syukurlah tidak ada apa2 yang terjadi pada damia waktu itu.
kami terus menuju ke bahagian emergency dan waktu itu damia sudah separa sedar. damia mula menangis kerana kesejukan. ALHAMDULILLAH, syukur pada ALLAH. damia sudah sedar sepenuhnya. damia dimasukkan ke wad selama 2 hari 1 malam. sekali lagi saya terkejut kerana daripada hasil ujian makmal, damia disahkan positif influenza A. tetapi terasa lega bila doktor menasihatkan agar sentiasa monitor demamnya dan memberikan antiviral FLUHALT selama 5 hari. Alhamdulillah demam damia makin berkurang dan sudah semakin ceria. Moga2 damia cepat sembuh seperti sedia kala. Inshaallah.

Untuk mengetahui info lebih lanjut ttg sawan dan pertolongan cemas yg boleh dilakukan semasa anak sawan, bolehlah berkunjung ke sini atau sini atau ke blog DR AZWAN.

Nota tangan saya :
1-pendapat saya, setiap ibu bapa MESTI ambil tahu ttg pertolongan cemas utk mengelakkan panik sekiranya berlaku apa2 terhadap anak2. kejahilan saya tentang pertolongan cemas semasa anak sawan menjadikan saya sangat panik sewaktu kejadian.......
2-pastikan monitor suhu anak dan mengelap/membasahkan badannya dengan air paip @ air suam sedikit sekiranya anak demam (TETAPI JGN GUNAKAN AIR SEJUK @ AIS). ini adalah salah satu cara utk mengelakkan anak terkena sawan.

Monday, January 10, 2011

Kakak vs adik

.......kakak kurang dari 2 bulan...
... adik 2.5 bulan...
**kredit utk encik papa... encik papa yg rajin wat nih...







Sunday, January 9, 2011

Alhamdulillah, bukan encik rota yg menyerang damia


Alhamdulillah, damia berkampung kat wad 2 hari 1 malam je. Hasil ujian poo poo damia, bukan encik rotavirus yg menyerang. Tetapi virus yang tak glamer rupanya. Sekarang dah sihat walafiat, dah boleh lompat2 dah. Thanks kepada semua yang mendoakan kesejahteraan anak kami. Alhamdulillah...


Thursday, January 6, 2011

Cepat2 balik rumah ye wahai cik damia



... Kakak damia warded sekrg ni. Suspected rotavirus.  Harap2 hari ni dah boleh balik rumah. Kami berdua kesunyian kakak & papa takde kat rumah ni.:(

Damia happy sbb ada bear!
tgk kartun...... heaven laa tu..
(^_^)V.. peaceee...
Senyum dpt teguk 100 PLUS...

Biasanya kami tak bagi damia minum... AIR PEDASH... :) Ni dapat minum sbb doc yang suggest...:)
Apa itu ROTAVIRUS?
Boleh refer kat sini.


Nota tangan mama : Bila hadapi saat2 macam ni, barulah lebih terbuka mata dan minda sikit yang anak2 ni perlukan 'perlindungan' kerana medical benefit yang company bagi utk anak2 adalah terhad sesangat. Especially bila dah kena share dengan adik. 


Thursday, December 23, 2010

Mari borak dengan budak kenit...

Sesi mari berborak bersama damia, si comel saya yg berusia 30 bulan++
KES 1
damia : mama, ni ape? 
mama : bear
damia : pandainyee... mama, ni ape? 
mama : bear
damia : pandainyeeee!! mama, ni ape? 
mama : bear
damia : ooo.. patutlaaaaaaa....
(ape yang patutnya nak oiiii)

KES 2
damia : mama, ni ape? 
mama : A
damia : pandai! mama, ni ape? 
mama : D
damia : bukannnnnn.. ABC!
mama : ok.. ok...
(iye kan ajelah nak... kang tak pasal2 damia nangis pulak...)

KES 3
mama : damia, jom mandi
damia : taknakkkk.... mia nak mainnnnn...
(adeihhh... mmg tak mudah nk pujuk dia sbb dah pandai berkata2 dengan hebat sekarang ni..)

KES 4
Damia tertengok drama apa ntah, tp ada sorang minah rebah sbb sakit kepala.
damia : nape mama?

mama : kakak jatuh
damia : jatuh ape?

mama : kakak sakit.
damia : sakit ape?

mama : sakit kepala.
damia : kepala ape?

mama : kepala dia
damia : dia ape?
mama : (blurrrrrrr) hahahahahhahahhaha...
kami same2 gelak sbb saya dh tak boleh jawab dah....







ni adalah aktiviti kegemaran damia semasa di rumah. kat rumah bbsitter pun mama bekalkan satu set crayon-buku-buku mewarna....

Blog Widget by LinkWithin