Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Sila acu cuba try wahai pemilik2 BM! Anda takkan menyesal punya

:P
Panjang title ambo kali ni.
Taknak cerita panjang2, kalau nk cerita mungkin entry ni akan dok dlm draft lagi 10 bulan. Dah lama dah nk pos yang ni. Tapi tak terpost sbb kononnya nk bercerita macam2. Sila layan gambar makanang2 yg terhasil  jelah ye. Resepi2 dari TTM dan mat gebu ni mmg tidak mengecewakan.:)
Sila terjah blog mereka dan gunakan keyword CALZONE, TUNA ROLLS & ROTI MANIS.

Calzone aka karipap gergasi mat salleh
Resepi dari sini.
Silalah berkunjung ke rumah TTM ye kepada sesiapa yang nak mencuba. Rasa? sedappp karipap gergasi ni. Kat atasnya tu saya letak cheddar cheese, saje taknak bagi nampak kosong sangat sbb takde brush nk sapu kuning telo. Nak guna sudu nti tak rata, tak cantek pulak kan? Hehehe... Nak makan pun mesti kena lawa jugak.:)

 taraaaaaa... dh masak...
 .. baru letak cheddar cheese kat atasnya.. dan masuk oven lagi.. kejap jee...
 ....... keratan rentass....... cheese meleleh2...:)
2 perisa.... sardin bercili padi (tekak melayu) dan sausage...

Next,
TUNA ROLLS
resepi dari rumah mat gebu. Memang gebus halus mulus rotinya.:)
Lama jugak dah try wat ni. Saya takde paper cup utk roti, belasah guna yg utk muffin je. Habis melekat roti2 kat situ. Leceh laaa sikit encik hubby nak makan. Ngeee...
Paper cup utk roti mahal jugak rupanya. Aritu dah usha2 tp tak beli pun.
  sebelum dibakar...
dah masak daaa...
dan ROTI MANIS
sedap roti manis ni. jenis padat tapi lembuttttttttttttttttt banget. Rasanya lemak2 gitu sbb letak butter buleh tahan banyak gak laaa.... Semua roti ni adalah tak sesuai utk org diet. Kalau diet yangyang yok cam saya, takpe.:)
hehehehe...

Nota tangan saya : Bil letrik bertambah rm30 bulan lepas gara2 BM nih... huhuhu


Thursday, November 18, 2010

Menu terlampau di Aidiladha

Berhempas pulas-pening2 lalat bertanya pendapat kawan2 nak masak apa di hari raya aidiladha. Mcm2 suggestion. Macam2 komplen. Sebenarnya yg gubra sangat sbb takut jiran2 hulur2, karang taktau nak balas ape. Bukannya nak fikir nak makan apa. Hehehehe. Kawan cadangkan buat kek, tapi malas pulak nak basuh2 alatan buat kek tu. ok-itu alasan! pastu tanya2 utk tempah je kek. Mahal laaa pulak. Berkira beb! Hahahaha. Akhirnya buat keputusan nak buat soto. Mintak encik suami beli ayam 2 ekor. Cukuplah tu. Encik suami kata buat je nasi ayammmmmm. Saya dah boring lak buat nasi ayam je. Hmm....

Lepas tu borak2 ngan encik suami lagi. Saya dok fikir2 yang paling senang dan cepat utk dimasak. Pizza & spaghetti. Encik suami bersetuju bebenor pulak dgn suggestion tu.
So, di pagi raya yg bangun tak berapa nak pagi2 subuh, sy humban2 je bahan2 doh pizza. Kali ni buat lebih sikit, 2 kali ganda resepi pizza ni. Planningnya nak buat pizza scroll yang tak jadi buat ari tu. Hasilnya?
jeng... je jengggggg..........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 
 
 letak cheese banyak2.. lagi banyak lagi sedappp.. lagi gimottt... :P
 hasilnya memang sedapppppppp!!!!!!!!!

Nota tangan saya : idea pizza scroll ni adalah diambil dari dapur TTM yang ni. Memula nak tiru jugak title dia, pizza scroll menu istimewa utk suami yang... tp tak jadiklah. takut kena saman. hehehe

Friday, November 12, 2010

Projek BM : Pizza

Nak diet laa kononnya kan? tapi dinner dengan pizza. Cikgu diet mana ntah ajar mama DD nih. Takpe.. abaikan je.
Resepi adalah dari dapur malus domestica TTM. Hasil copy-paste.
200ml water
1 tbsp olive oil
1 tsp salt
2 1/2 cups bread flour
1 3/4 tsp yeast
Masuk dalam BM ikut urutan..setting:pizza dough. (BM saya tiada menu pizza dough, ada dough aje)

Kononnya nak buat pizza scrolls macam TTM buat ni, tp masa tidak mencukupi utk saya bermain2 dengan doh. Ini pun nsb baik sempat dicanai sblm doh tu naik menggunung sebab si kenit meraung2 meminta perhatian bondanya. Jadilah macam ni aje. Rasanya tentulah SEDAP! Hahahaha. Encik suami kata masak sendiri puji sendiri!! Saya memang 'jujur', kalau tak sedap saya mmg cakap tak sedap. :P
pandangan dr dlm oven, sila abaikan oven yg sedikit 'berkarat' itu..:P
 topping tuna+jagung+mayones, 
sila abaikan bentuk doh yg dah mcm rama2 tu, tak sempt nk betulkan sbb sikenit melalaks...
 topping sausage+ayam
pemotong pizza yg br nk rasmi... hohoho
bersedia utk di ngappp........

Nota tangan saya :
1-Selepas letak topping, panaskan oven 200C, bakar selama 10-15 min.
2-Tips dari kekanda : Kalau nk simpan doh pizza dlm freezer, canaikan dan bakar dahulu separuh msk selama 8-10 min.
Blog Widget by LinkWithin