Showing posts with label BaLiK KG. Show all posts
Showing posts with label BaLiK KG. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

hachi ka getsu buri!!

 hachi ka getsu buri inaka ni kaerimasu!!!!
dh 8 bulan tak balik kampung. tak tengok muka bonda.:(
saya sangat rindukan bonda... sangat2...!!
moga kejadian seperti ini tidak akan kembali kepada saya bila anak2 saya dewasa kelak.
takuttt.... org kata apa yg kita buat kat bonda/org akan kembali kepada kita suatu hari nanti...
mohon bonda ampunkan... mohon ALLAH meredhai...

hati sungguh tak sabar utk balik ke kampung.
moga perjalanan kami ke kampung dipermudahkan... moga adik dinie tidak memperdengarkan dendangannya... inshaallah.
Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

.........selamat bercuti...
selamat balik kampung kepada yg balik kampung. moga selamat sampai ke destinasi.:)

Tuesday, September 7, 2010

Beraya di perantauan!

**kalau perantauan tu 'seberang laut' oklah jugak kan, tp kami ni beraya di JOHOR 4 beranak je! sob... sob.. sob... dgr khabar jiran sebelah rumah tak balik kampung, dapatlah temankan kami beraya di sini**

  • mood raya adalah ke laut... ( hari ni baru terasa syahdu nk beraya, bila dengar adik beradik ipar duai dh balik ke kampung....)
  • bj raya anak2 je prepare betul2, bj bondanya pun beli tangkap muat je sbb takde baju yg proper yg 'muat2' utk ambik gambar raya tahun ni.
  • biskut raya tak buat langsung, beli pun satu jenis ja!
  • kerepek2 adalah banyak! hehehehe... so sape2 yg mai rumah kami jgn segan silu makan kerepek ajelah ye. hehehe...
  • rumah kami adalah TERBUKA sepanjang masa, tak kira ramadhan atau syawal... (majlis rumah terbuka adalah TIADA ye tahun ni)
  • ............ tgh blur2 lagik nak masak apa raya ni... huhuhu
Nota tangan saya : bukan tak pernah beraya di perantauan semasa bujang trang tang tang dulu, masa tu okay je. mungkin sbb dulu mmg 'betul2 jauh', nk balik pun takde cuti dan takde kos. sekarang ni terasa syahdu pulak tak dapat beraya di kampung. sbb DEKAT tp takleh balik... huhuhu.. (DEKAT2 pun 13 jam jugak naik kereta! berasap muntut!)

Sunday, June 6, 2010

Lokchin?

Siapa tau apa itu lokchin? Atau dengan kata lain, ia adalah 'satey ikang' yg hanya boleh didapati di pantai timur sahaja (kalau saya tak silaplah) tapi kalau kat johor ni mmg tak pernah jumpa laaa...
Inilah rupa lokchin @ satey ikang tu, yang kononnya saya mengidam laaa sangat nak makan. Maklum tengok gambar kawan mkn benda ni ms diorg balik kg. Bila balik kg hari tu, saya tidak melepaskan peluanglah utk menikmati keenakan satey ikang ni.. SEDAPPPPPP!!!!! Tapi taklah sesedap masa zaman dulu2.... tapi sosnya yg pedas manis @ manis itu sangatlah menawan kalbu. Nyum.. nyum.. nyum...
Damia pun suka...
Percubaan mengambil gambar yg entah ke berapa kali nak bagi nampak menariksssss dan org kecur air liur melihatnya...:P
Masih lagi jual guna beskal, yg ni tak berubah dr zaman saya kanak2 dulu..
Sedap ni tauuuuuu.... Cubalah try...
Erkssssssss... ni wat muka ape taktau laaa....

First time jumpa pantai-pasir-ombak dan air laut

Baru berkesempatan nak masukkan gambar2 si kenit yang jakun dengan pantai-pasir-ombak dan air laut masa balik kampung baru2 ni. Papa n mama sangat happy bila tengok damia sgt2 happy melayan diri dgn pasir dan air laut. Kalau ada kesempatan, kami akan bawak damia ke pantai lagi ye.

Ye kawan2, saya mmg jakun dgn pasir yg begitu banyak ni....
Terbangkan pasirrrrrrrrrr...... tak kesahlah masuk dalam mata punn..
Terbangkan lagi....
Ok, jom kita rasa teksturnya pulak dgn meniarap ye adik2..
Damia kena tinggal sbb lame sangat dok main pasir.... mama tak sabar nk jumpa sang ombak
 
Mula2 takut tengok ombak datang.... takpe.. takpe... mama pegang damia..
Jumpa air je terus excited, hilang takut tu..
Bes rupanya main2 pasir kat pantai ni ekk..
Berani... siap buleh baring2 lagik..
Dussshhhhhhhh... ombak datang... telan laa jugak air masin 2-3 gelen... :)
Penat.. penatt.... mama, cejukkkkkk....!!

Lagi gambar2 di pantai, silalah berkunjung ke album mama damia ye..

Wednesday, May 5, 2010

Seronok balik kampung cuma..

..seronok berada di kampung cuma yg kurang besnye, kami bertiga kurang sihat. Mula2 papa damia demam, pastu damia dan diikuti dgn mama damia. Damialah kesian dengan demam + selsema sampai hari ni. Mungkin sebab cuaca kat kampung terlampau panas. Sepanjang 5 hari kami berada di sana, satu hari pun hujan tak turun. :(. Memang sgt panas, makyong pun resah gelisah susah nak tido.

Balik kali ni tak merayau2 sangat, banyak lepak kat rumah aje. Mungkin sbb cuaca panas sangat sampai takde mood nk kuar jalan2. Yang paling syok, dapat bawak damia pergi pantai. Damia happy sungguh masa tu wpun pada mulanya macam takut2 tengok ombak... Pastu yg mama damia lak syok dapat gi cuci mata kat WAKAF CHE YEH. Excitedlah jugak sbb first time pegi sane. Hehehehe.. Bes jalan2 sbb org tak ramai. Tak perlu bersesak2 nak memilih barang dan mencuci mata. Damia pun boleh jalan2 ambik angin.

Gambar2 di kampung akan di upload kemudian. Tungguuuuuuu.....

Friday, April 30, 2010

4jam 40 minit bertapa di LCCT..

Dari pukul 9 pagi tadi kami anak beranak dok bertapa kat LCCT yg suam2 kuku ni utk menanti flight ke KB pkl 1:40 tgh hari nanti. Punyelah lame nak menunggu. Pukul 7 pagi tadi dah bertolak dari rumah kekanda kat Bandar Tun Hussein Onn menuju ke KL Sentral. Dari KL Sentral, kami menaiki bas ke LCCT dgn tambang RM9 seorg. Saja bawak damia jalan2 naik bas. Alhamdulillah damia tak banyak ragam wpun dah kena mandi seawal 6:30 pagi. Excited sekejap dia masa mula2 naik bas tu, pastu terus terlena.... Maklumlah masa tu masih pukul 8 pagi. Sejuk2 nyamannn gitu lam bas. OKlah, selesa jugak cuma bas tu boleh tahan lajunya menyebabkan makyong ni ala2 tak mampu menahan inersia (kalo salah perkataan ampun dan maaf ye, sy dh lupa ingatan perkataan2 fizik yg dh belajar bbrp puluh tahun yg lalu :P) diri sdiri... hahahah.. Plus cik damia dok merengek2 nak saya riba dia. Bertambah2lah makyong ni rasa cam nak tergolek dot.. :P

Kami bercuti di kampung agak lama juga memandangkan hari raya puasa nanti bakal tak balik kampung kerana INSYAALLAH sy akan bersalin dan berpantang di Johor. Uhuk.. uhuk... first time tak balik beraya di kampung. Dah dapat bayangkan dah ketidakmeriahan beraya di perantauan (ceyh, perantauanlah sangat kan? hehe)

Dah tinggal 1jam 40 min je lagi, kami dh nk pi check in. Selamat Hari Pekerja utk kawan2 tak kira sama ada yg bekerja di ofis atau di rumah atau di mana2 sahaja. Anda semua mmg pekerja yg HEBAT!

Wednesday, October 21, 2009

Ceritera Raya-Part 4

Raya ke2 balik ke kampung saya di Jerteh. Tahun ni takde episod bergambar2 pun sbb ramai yg tader dan belum balik lagi. Kakak2 dan abang2 yg turn rumah mertua dan ada juga yg tak dapat balik sbb tgh sarat mengandung. Keesokan harinya terus balik semula ke Tumpat. 2 hari satu malam je kat kampung saya. So tahun depan kena qada' ni bang...(ingat tu.... kekekekke).
Kami kena balik dengan segera ke kampung papa damia semula sbb majlis akikah damia akan diadakan keesokan harinya. Sangat tak manislah kan kalau kami tak sama2 bergotong-royong membuat persiapan kan.
Terkorbanlah seekor lembu pd petang hari raya ke-3. Kami kongsikong ramai2 utk majlis akikah tu. Semuanya PIL yg sponsor. Yeay!!! Terima kasih banyak2 kat PIL. Selamatlah poket papa damia yg sudah semakin rabak time tu.. hihihi...


sang lembu yg dikorbankan utk majlis akikah

Seronok dapat kumpul ramai2 sekali sekala ni. Kami berchitchat hingga ke pagi. Sehari sebelum kami semua berangkat pulang ke tempat kerja masing2, kami mengambil gambar2 kenangan bersama keluarga.Bilalah agaknya dapat kumpul2 macam ni lagi. Mungkin kena tunggu raya tahun depan pulak.:P

 
PIL dan anak teruna nk seorang... masih available ye...:))


Kakak ipar, kak da-abg hisham n anak2


Abang ipar, abe' de'-kak sue n anak2


Adik ipar, seng-hanim n anak2


Adik ipar aka perantin baru, awie dan zila


Cukup semua ahli keluarga belah papa damia

Lasttttttttttt sekali, kami laaa... tak sah kalo tak tempek gambar kami jugak kan... hehehehe




Monday, October 19, 2009

Ceritera Raya-Part 2

Mood raya masih ada ke? Syawal dah berlalu kan? Ngeee... saya baru sempat nk mengupload gambar yg di'cuci' oleh encik suami.
Raya tahun ni, first day raya kat rumah papa damia. Kami balik pun sehari sebelum raya, tak sempat sangat nk shopping2 utk raya. (tak sempat shopping tudung yg menjadi rutin saya setiap kali balik kampung). Tudung dan baju raya pakai yg mana ada saje. Kami kan tahun ni tader baju raya.
Pagi raya, papa damia dan hero2 (adik2 papa damia) serta tok abah damia gi sembahyang raya. Sementara saya dan biras (pengantin baru) tolong2 MIL apa yang patut. Pengantin baru laaa yg paling rajin tolong ma kat dapur. Saya tolong2 masukkan biskut dalam balang dan kemas2 sikit aje. :P
Lepas sembahyang raya, geng2 hero pergi menziarahi kubur arwah2 tok dan sedara mara. Dan tengah hari nya kami keluar beraya SAKAN sampai malam. 'Culture shock' pengantin baru. Kekekeke.... Kan namanya RAYA. Bila lagi nk beraya dan menziarahi sanak saudara kan? Balik kampung pun jarang2 sekali.
Sila layan gambar2 si cilik di pagi raya. Seperti tahun lepas, lepas mandi dan pakai baju cantik2, aktiviti damia ialah ZZzzzzZZZZZZZZ..........

aktiviti pagi raya.. tidooooo...



posing... syok dapat duduk atas sofa... jarang2 sekali boleh susuk atas sofa ni..



 
apekah aksi ini??? aksi tunjuk betis? 



penat dek nonnnn...... i memasak malam tadik. lenguh2 betis i yg comey ni.

Opssstt.. Sebelum keluar beraya, kami posing2 dulu anak beranak... mr paparazzi nya tak lain dan tak bukan.. PAPA DAMIA laaa...

adik ipar... pengantin baru trang tang2...
 
kiri, satu2nya adik ipar yg masih bujang trang tang2. sementara pengantin baru cuba memujuk damia supaya tengok kamera...


damia dgn mama damia.... taknak duduk diam langsung.. susah nk ambil gambar berdua


kami bertiga di pagi raya... korang pernah nampak kan baju ni? hihihi.. kan i dah cakap.. recycle aje baju raya nya. bj masa wedding adik


pagi raya.. abg ipar dan kakak ipar masih belum baliks..


damia.. damia... taknak duduk kat riba mama...


satu2nya gambar kami berdua kot... huhuhu


Gambar2 lain lagi, silalah melawat ke sini.


Ceritera Raya-Part 1

Masih bulan Syawal kan? Hehehe.. banyak sangat kejadian sakit2 yg melanda keluarga kami bbrp minggu lepas. Nk update blog pun tak sempat.
Raya tahun ni papa damia tak rajin nk drive berjam2, so kami 3 beranak balik dgn Air Asia. Punyalah dh lama booking, tp harganya still mahal jugak. Maklumlah musim raya kan.

Silalah layan gambar kami kat airport ms nak balik raya aritu. Berbanding dgn tahun lepas, tahun ni tak ramai sangat orang dekat LCCT. Bolehlah damia bebas ke sana ke mari sambil menunggu papa damia beratur utk check in.


si kenit yg tak reti duduk diam..




..dah sampai KB, banyak kan barang2 kami..? hehehe...

***opss.. dah 1 Zulkaedah laaa arini..

Blog Widget by LinkWithin