Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Sunday, January 3, 2010

Berkampung di KL

Sudah hari ke 2 kami berkampung di rumah kakak2 dan kakak ipar saya di KL. Agenda kali ini adalah
  1. Melihat anak2 saudara yg dilahirkan pd tahun lepas iaitu Muhammad Zafran dan Aidil yg masih lagi belum cukup 60 hari.
  2. Menghadiri majlis hari jadi anak saudara yg berusia setahun dan 2 tahun (beza umur adik n kakak ngam2 setahun).
  3. Jumpa besfren utk chitchat2 dan hantar tudung berbeg kertas pink yg dikirimnya.
  4. Jalan2 ukur IKEA --nampak gayanya mcm kena cancel je ni. Macam dah kekurangan masa nk pergi.

Friday, December 25, 2009

Hari cuti yang penuh semangat

:D
Tajuk macam ape je ek... Semangat betul hari ni bangun awal2 pagi sbb nak pergi jln2 ukur ariani. Hari tu kan saya tak rembat apa2 pun kat ariani, so hari ni dgn bersemangatnya nak pergi awal2. Supaya tak serabut kepala otak utk memilih. Hehehe. Pukul 7 tadi dah siap sarapan pagi utk encik suami dan damia. Utk suami nasi goreng+ayam goreng rempah dan utk damia mee goreng. Mama damia? Sudah semestinya USANA lah kan. Berat tak turun2 ni lepas ponteng diet seminggu aritu. Dok maintainnn ajork.
Hari ni saya keluar dgn geng2 wanita aje. Saya, damia dan x-housemate masa bujang trang tang tang dulu. Papa damia tak boleh ikut sbb nanti saya rasa bersalah nk melepak lama2. Hehehe. Lagipun hari ni kan hari Jumaat, nti nak kena cepat2 pulak utk balik.
Chow cin cau..... 930 kami bertolakss... Yeayy!!!

Tuesday, December 22, 2009

Kumpul! Kumpul! Jangan tak kumpul


 yeayy!! dah 70 dah... :))

Saya rasa ramai jugak org yg sekapal dengan saya sekrg ni. Kumpul stamp dr GIANT. Hehehe. Saya bukanlah selalu membeli belah kat GIANT pun, tapi sbb hari tu ada beberapa kali jugak pergi sana. Alang2 dah dpt stamp tu, tampal2 ajelah (Ouh, sy kan mmg suka benda2 murah n FREE ni). Tinggal 2 bulan je lagi sy nak kena kumpul sebyk 30 keping (Satu keping stamp RM20). Oleh kerana tak konfiden berjaya kumpul atau tidak, sy melancarkan taktik MEMINTA2 dari kawan2 sana sini. Hehehe. Aci jugak kan? Akhirnya saya BERJAYA mengumpul seminimum mungkin yg boleh ditukar dgn sebiji kuali yg berharga RM3.90. Murah kan? (Harga sebenar RM80 katanya, taktaulah betul ke tidak. Tapi kalau harga RM80 sebiji, mmg sy takkan beli laa... Baik sambar TEFAL terus alang2 nk beli kuali yg mahal kan?)


.... kuali ni biasa2 je pun, tp saje jeee teringin. hehe


Sunday, December 20, 2009

Jalan2 ukur...


....jusco dan ariani. :))


Semlm kami ke Jusco Bukit Indah semata2 utk pergi ke 100YEN SHOP @ DAISO JAPAN (nama kat Malaysia). Kalau kat Jepun saya mmg SANGAT SUKA mengunjungi kedai ni. Almaklumlah semua barang adalah 100 yen (rate sekrg RM3.80). Dengan 1000 yen dapatlah barang 10 ketoi, sape tak suka kan? Saya kan student dolu mestilah nk beli barang2 yg murah2 aje (Opss, sekrg pun still suka 100YEN shop ni). Saya suka kedai ni sebab :-
  1. barang2nya banyak yang berkualiti.
  2. murah (ni sudah semestinya laaa)
  3. macammm2 jenis barang yg dijual (jalan2 tengok barang pun saya suka jugak)
Tapi... tapi... Kat Jusco Bukit Indah ni harganya RM5, nak berbelanja sampai 10 ketoi barang setiap kali pergi kopak laaa kan? Perbandingannya macam ni laa, anggapan nilai wang tu berapa ringgit kalau berbelanja dalam duit yen:-
  • 1 barang = 100 yen = RM1
  • 10 barang = 1000 yen = baru RM10 (kalau 100 yen shop kat sini, 10 barang tu dah RM50)
So, terasa over2 mahal laaa kan. Sebab tak boleh laaa nk berbelanja sesuka hati. Kat bawah ni gambar2 yang sempat diambil semasa kat sana (Excited punye pasal.. hehehe)



Ni item yg menjadi kegilaan saya. Tupperware2 yg bukan jenama TUPPERWARE utk letak barang2 dlm peti ais.


Ni item yg BAKAL menjadi kegilaan saya, bekas silikon kecik2 utk dimasukkan dalam bekas bento atau utk buat muffin/agar2 dan pencetak biskut. Semuanya comel2!!




 Make up pun ada. Semua RM5 yo.

Ariani pulak ada SALE besar2an sehingga 90% OFF. Memang menarik tapi sbb saya pergi petang2 hari, barang2 banyak dah berterabur. Nak memilih pun susah. Orang pun boleh tahan ramai sbb hari cuti kan. Selepas setgh jam try yang itu try yg ini, langsung takde hasil pun. Sbb yang berkenan di hati tak serasi (sesuai) part muka. Size M besar sangat, size S kecik sangat pulak. Alahaiii..... pening2 kepala mencari dan menerai, last2 saya ajak encik suami balik. Mungkin kena buat kunjungan ke-2 sebelum SALE ni habis. (Memang tengah SALE besar2an ye sbb ada tudung yg berharga RM36 kalau tak silap saya. Kebanyakannya BUY 1 FREE 1). Untuk orang yang bajet2 macam saya ni sesuailah pergi membeli time ni.:)

Dan, seperti biasa damia takkan ketinggalan mendapat UPAH setiap kali kami keluar jalan2. Excited sungguh dia dapat basikal EMON (DORAEMON)

tgk tv atas beskal doraemon tu.... hehe


PEEACEEE!!!!!


tgklah gaya kanak2 yg amat excited ni...

***berpuluh2 kali sy cuba hilangkan ruang2 kosong di antara tulisan dan gambar tu.. tp tak berjaya jugak.. bior jelah...


Wednesday, April 29, 2009

Jakel-Jualan Pengosongan Kedai

Bahagian luar jakel, ni diorang tgh berebut kain baju kurung RM10 sepasang

Ouh.. sy tidak mendapat komisyen apa2 pun drp JAKEL. Saja nak menghebahkan kepada sesiapa yg dok kat JB dan kawasan sekitarnya yg memang tgh nk bershopping atau terpaksa shopping seperti saya. Kebetulan sy mmg nak beli belah kain langsir utk rumah baru, so semlm pegilah. Rupa2nya ada lelongan besar2an. Rejeki2!! Saya memang bajet2 pun utk beli langsir ni tp hasil lelongan, sy dapatlah merasa beli kain langsir yg diluar kemampuan. Hehehe... Sbb harganya masih dalam bajet sy yg ciput ini.:)

Hasil tangkapan sy di JAKEL.

Harga lelong ni akan berakhir 04-05-2009. Selamat membeli belah!!
Blog Widget by LinkWithin