Showing posts with label Adik Damia. Show all posts
Showing posts with label Adik Damia. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

1 day overdue....

  • ... saya masih lagi di rumah, menikmati hari2 menjadi SAHM bersama2 anak dara tercenta...
  • anak dara adalah sangat behave dan tidak mengada2, jadi senang sikitlah mama dia yg makyong teroverdue ni nk handle. setakat sediakan makan, mandikan, main2 jual2, main2 order2 makanan, main2 susukan barney & frog, basuhkan yak, demandkan air jushh (jus kurma damia panggil air jushh), buatkan susu, 'pokpok'kan utk tdo.... itu saje... :)
  • damia sangat rajin tolong mama, masukkan kain dalam washing machine dan jemur stokin adik.:) (bangga tu anak 2 tahun dah boleh buat kerja rumah... hehehe)
  • update ttg adik damia dlm perut, pagi2 tadik ada keluar tanda2 kecoklatan. Ada perasaan cuak juga masa tu, siap keluar peluh jantan betina sbb nervous. rileks kan diri kejap... pastu ok... 
  • contraction bbrp kali jugak hari ni, tp still tak konsisten. encik suami dah ajak gi hospital tp rasanya tak perlu lagi kot. doc pun pesan kalau contraction 10-15minit skali tu baru pegi. perjalanan ke hospital sudah diambil kira. harap2 sempatlah sampai ke hospital bila dah tiba masanya... INSYAALLAH...

Tuesday, August 24, 2010

Yatto! 40 wks!!

Lilypie Pregnancy tickers

.....Yatto (akhirnya) cecah 40 minggu dah adik damia ni. Kalau damia dulu, keluar masa 39 minggu 6 hari, sehari sebelum EDD. Itu pun induce. Reason? Kami hanya ikut cakap doc. Hehehe...

Check up sabtu lepas :-
  • Berat bb adalah 3300gram, berat mama tak meningkat sangat sbb pose.:)
  • Baby dah memang dok kat bawah sangat2 dah, doc cakap maybe tak sampai 31hb kot keluarnya. (31hb tu adalah 7 hari selepas EDD, kalau bb lahir 31 ogos menarik jugak kan?)
  • Saya reject utk buat CTG sbb memang takde contraction pun. Tambah2 lagi puasa ni pagi2 baby dok dendiammmm je. Bila petang barulah dok godek2 cari makanan agaknya... Tapi masa doctor scan tu tetiba ada contraction pulak... hihihi.
  • Pinggang dan ke bawah adalah sakit sana sini. Rasa dah tak larat nak naik turun tangga ofis, ambik cuti dah sehingga 30hb.
  • Masih lagi gagah utk berpuasa mahupun berjalan2 di bazar ramadhan. Peaceeee!! (gi keje tak larat ek? kekeke) Harap2 hari ni mampu berpuasa wpun tak terbangun sahur... huhuhu...
Nota tangan saya : ....moga2 diberi petanda yang mudah difahami dan waktu yg sesuai utk bersalin. risau jugak kalau tengah2 malam sbb nk hantar damia ke rumah bbsitter, kalau boleh taknak laa mengganggu bbsitter damia yg tgh nyenyak tido kan. apa2 pun, saya hanya mampu merancang, DIA yang tentukan segalanya.

Photoshoot mama moncet!

 ... awal2 sampai ke tempat kejadian, damia bad mood sesangat... konfius mamapapa dibuatnya. rupanya damia takut dengan org yg potong rumput kat padang... hohohoh...
susah nk tangkap gambar damia senyum time ni.

Lama jugak dok tangguh2 photoshoot utk mama yg moncet nih. Akhirnya berjaya jugak direalisasikan oleh photographer terhebat dalam family kami, iaitu tak lain tak bukan, PAPA DAMIA. Hehehe... **Siapa lagi nk ckp hebat kan? kecuali puan isteri dan anak2 sdiri kan? hehehe**
....kami bertiga, insyaallah bakal berempat.... damia masih lagi anak tunggal time ni...
 ... tukar location, barulah damia ceria time ni. hehehehe...

Hajat di hati, teringin juga nak ambik gambar2 romantika d'amour dengan papa damia seperti yg dirakamkan oleh KGK di Kluang tempoh hari. Dah lama rasanya tak ambik gambar berdua2an. Tapi apakan daya, mama damia kena terima hakikat yg sekarang ni dah ber3 dan bakal ber4. :). Macam2 taktik juga saya buat nak bagi damia leka dan tak masuk dalam gambar, tapi semuanya tak berjaya! Hehehe. Setiap kali setkan timer utk posing berdua2an, damia dengan lajunya berlari bersama2 papa damia utk masuk dalam gambar sekali. Hahahaha... Kalau diingat2 balik mmg sangat lawak. Laju betul damia lari.
.... hehehe, tak mendapat approval drp cik damia utk beromantika d' amour... kekeke... papa damia berlari masuk lam gambar, dia pun berlariiiiiiiii sama masuk... hahahaha...

Cuma ada satu je gambar kami berdua hasil taktik kotor mama-papa damia. Hehehe....
 ....psssttttt, damia ade sebenarnya dok bersila kat kaki mamapapa... hihihi... kamera difokus betul2 atas kepala damia ajerk... sorry ye damia, bg can utk gambar satu ni jeee... :)

 anak dara kesayangan mama...
.. lompatttttttttttttttt!!!!

Posing2 dengan papa pulak, siannn papa asyik tader dalam gambar je kan. Hehehe... Kalau mama yg ambik gambar, tukar setting kamera kepada AUTO ajelah...  senang! hehehe... klik.. klik... klik-fokus... siap!!
 .. damia & papa...
manja sungguh damia ngan papa sekrg ni tau...
sekejap2 tanya... 'mana papa ni...', 'mana papa ni...', 

Photographer cilik pun sebok jugak time photoshoot ni. Dah tak boleh fokus utk ambik gambar lagi dah. Sibuk ngan 'photographer' keluarga kami.

Lagi2 gambar bolehlah view kat sini (http://www.facebook.com/album.php?aid=58522&id=1584108809&l=e8c8b07be9).


Nota tangan saya : photoshoot ni juga adalah sempena birthday mama-papa damia... 24 julai 2010...

Tuesday, August 17, 2010

38-39 wks

 .... langsung tiada contraction... hohoohohoh
damia.. yg keboringan menunggu mama wat CTG....
  • Berat maintain je sbb puasa...
  • Tekanan darah ok, alhamdulillah...
  • Baby aktif je, tiada apa yg perlu dirisaukan, masih tiada tanda2 nak keluar.
  • Doc takleh nak buat 'VE' sbb puasa kan.... (sedikit happy di situ... yattaaaa!!!)
  • Cek CTG tp langsung takde contraction pun. Baby masih rileks... Peaceee.. V.
  • Badan adalah sakit sana sini especially masa nak bangun dari tidur.... adeihh... sabar jelah...
 .. adeihhh... apo nak buat ni.... lamenyeee tunggu mama nii...

Sunday, August 15, 2010

Kontraksi palsu? Kontraksi sebenar?

Rentetan drp kisah 'contraction' di hari pertama berpuasa, saya nak share info yg diambil dari sini.

Bagaimana mengenal Kontraksi? Bagaimana rasanya sakit bersalin? Bagaimana membezakan antara kelahiran sebenar dan kelahiran palsu?

Ciri-ciri Kontraksi
  • Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
  • Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
  • Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
  • Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
  • Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
  • Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
  • Semakin kuat sakitnya
  • Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
  • Berbaring tidak mengurangkannya.
  • Servik menipis dan terbuka.
{mosimage}Mengira Kontraksi
  • Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
  • Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
  • Catatkan kekuatan sakitnya.
Kelahiran Palsu

Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.
Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.
Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini
  • menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
  • jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
  • tidak bertambah kuat sakitnya.
  • tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
  • biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
  • tidak begitu menyakitkan.
  • boleh reda jika anda berbaring.
  • biasanya tiada perubahan pada servik.
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Sumber:
  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
Nota tangan saya : Doktor nasihatkan saya agar ke hospital sekiranya mengalami contraction 10 minit sekali memandangkan rumah agak jauh dr hospital.

Thursday, August 12, 2010

Tanda-tanda hampir bersalin

Rasa nak share dengan kawan2 tanda-tanda hampir bersalin. Sebab petang semlm dari pkl4-6 petang gitu saya mengalami contraction yg sangat hebat. 15 minit sekali. Huhuhu.. memang sangat2 sakit. Time tu dalam kereta utk ke bazar ramadhan, terus takde selera nk beli apa dan memang tak turun kereta pun. Tambah2 lagi hujan dan damia tido. So, tunggu dalam kereta jelah.
Dok terfikir2 lagi, betul ke nak bersalin ni? atau false alarm je? atau sebab puasa? atau??? Hoh! Memang sangat confused! Dah balik rumah tu, alhamdulillah ok pulak. Baru nak google balik 'tanda2 hampir bersalin'... Hohohooh... Kena sound ngan cik abe, "aih, baru nak cari tanda2 nak bersalin?" Hehehe.. Saya tak berapa ingat yang contraction berapa minit skali tu kena angkut barang pergi hospital. Tanda yang lain2 rasanya dah dok terlekat lam kepala dah....

Ni saya copy-paste dari sini.

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"


Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Sumber:
  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

Nota tangan saya : 
**moga2 saya diberikan tanda yg nyata dan jelas utk bersalin nanti.INSYAALLAH
**....minggu ke 38!

Wednesday, August 4, 2010

37 weeks : 21 days to go

  • berat bb 2893g, 2 minggu naik 300g... ramalan doc 40 wks nanti 3.4kg... berat mamanya adalah H.I.M.I.T.S.U (rahsia...:P)
  • bb dah turun... tp belum masuk engage pun lagik.. dgr2 drp kawan, doc dia bitau anak ke2 dan keseterusnya tak engage awal, dah dekat2 nk bersalin baru engage... nak kena google2 nih.
  • blood pressure mama baby alhamdulillah normal, check up yg lepas tinggi sikit.
  • keadaan mama adalah sungguh kurang selesa... sakit sana sini. bb asyik dok menggeliat ajerk. especially time mama ganti posa. (Ouhh.. masih ada 4 hari nak kena ganti ni. harap2 berjaya before datangnya ramadhan) <-- Sila jgn ganti pose last minute kay...:)
  • doa.. doa.. doa... moga bersalin kali ni diberi tanda2 nk bersalin.. (ms damia dulu induce sehari sebelum due date)

Saturday, July 24, 2010

34 weeks

Minggu ni dah 35 wks pun... ni nak cerita pegi check up ms 34 wks yg lepas. Alhamdulillah
  • kedudukan baby kepala ke bawah, insyaallah boleh bersalin normal kata doc.
  • uri dah dok atas...
  • mak baby pun sihat walafiat cuma tekanan darah meningkat sedikit...
  • jantina bb? mengikut scan doc adalah confirmed XX! :)
  • pergerakan bb adalah sangat aktif... kekadang terasa sakit sana sini..
 nampak idung + mulut jerk... bhgn2 lain tertutup ngan tali pusat.
 saya adalah XX desu!!!!!!!

..... lagi 31 hari je lagi sehingga due date, moga2 segalanya berjalan lancar insyaallah.
dah ada perasaan berdebar2 dah utk menghadapi saat2 di labour room. kowaiiiiiiiii!!!!!!!!

Nota tangan saya : Barang2 bb n mak bb utk ke hospital belum kemas beb!!! huhuhu

Saturday, July 10, 2010

33 weeks...

Lilypie Pregnancy tickers


Sedar tak sedar kurang dari 7 minggu je nk cecah 40 minggu. Aduyaiii.. betapa cepatnya masa berlalu. Banyak lagi benda yang tak prepare utk sambut adik damia ni. Dulu masa anak sulung punyalah beria2 + gubra laaa kan. 30 minggu macam tu dah prepare barang2, siap sedia dalam beg dah. Kali ni punyelah lemau nk buat semua2 tu. Bukan tak excited... excited tu amatlah excited kan nak sambut si kecik ni, tp selalu je tangguh2 nak buat semua tu. Hari ni baru memborong sakan sikit (sakan ke sikit daaaa??) barang2 utk adik damia. Baju bajan belum lagi terbasuh. huhuhu... Rasa cam dh tak larat nak basuh tangan, maybe kali ni guna khidmat washing machine-hand wash mode ajelah kot. Boleh basuh banyak2. Kalau betul2 hand wash mama damia ni, mungkin 3-4 minggu baru siap kot. Kan cuti hujung minggu je mampu nak buat semua tu. Harap2 adik damia ni pun sama cam damia dulu, keluar time due dia. Tolonggglah jangan kluar awal2 ye.:)

**Sepatutnya hari ni ada check up, tapi doc yang cuti pulak. alahaaaiii, dah laaa ari tu dah ponteng check up kat klinik kesihatan... hmmm...**

Tuesday, July 6, 2010

Adik damia on 30/06/2010 (32 wks)

**32 weeks (check up paling latest)**
Check up kat Klinik Kesihatan adalah 01/07/2010 iaitu esoknya tapi disebabkan bb resah gelisah dan terasa spt ada contraction, saya mengambil keputusan utk pergi scan kat klinik yg berdekatan dengan rumah. Risau juga kot2 terbersalin awal kan? Mintak2 dijauhkan laaa... Bila cek dgn doktor, doktor cakap kedudukan baby still 'kat atas' lagi. Dan kemungkinan besar bb resah gelisah tu sbb tak cukup gula. Almaklumlah pada hari tu saya 'berpuasa'. Minggu sebelumnya sy dah buat trial utk puasa, alhamdulillah berjaya puasa sampai ke petang. Jadi konfiden laa sikit nk puasa tapi pd hari ni bersahur yg tak berapa sempat makan betul2 sbb bangun lambat dan damia pun merengek2 nak masuk dapur jugak. Tu yang tak berapa tahan kot puasa hari tu. Alhamdulillah semlm dapat puasa dengan jayanya. Moga2 baby sabar ye. Mama ada lagi 6 hariiiii je lagi nak ganti... dan ni jugak adalah latihan utk saya berpuasa semasa kandungan 9 bulan nanti. Insyaallah...

Pergerakan adik dalam perut mama adalah sangat hebat. Sangat2 aktif, tak duduk diam. Nak tidur pun adalah dah kurang selesa dah... Nak tidur/duduk2 kat bawah pun adalah sangat menyakitkan bila nk bangun tu.... Huhuhu... Tapi tak apa, mama sabar sehingga sampai masanya nanti. Moga2 adik dapat keluar melihat dunia dalam keadaan sihat walafiat dan tanpa sebarang masalah. Insyaallah...

Adik damia on 10/06/2010 (29 wks)

Perkembangan adik damia, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hasil ujian urine & darah mama pun alhamdulillah tak ada apa2 masalah wpun Hb adalah tahap minimum aje iaitu 11.5. Yang paling penting plasenta sudah beralih ke tempat yang sepatutnya ke bahagian atas. Legaaaa......

Adik damia sudah semakin aktif, dok kicking2 (ke smack down pun taktau laaa kan) tak berhenti2. Nilah saat2 yg paling best bila pregnant. 'Terasa' kehadiran satu nyawa dalam perut mama. Alhamdulillah kerana ALLAH memberi peluang utk mama merasai lagi skali kenikmatan mengandung. Sakit2 badan sana sini tu terpaksalah dihadapi dengan penuh tabah. Kali ni cepat sikit terasa sakitnya, mungkin kerana lebihan berat badan yg terpaksa 'digalas' bersama2 cik baby...:)


Tuesday, June 15, 2010

Gestational Diabetes Test & check up 20/05/2010

Hasil daripada ujian GD (gestational diabetes) saya yg kurang memberansangkan spt yg diceriterakan di sini, maka 17/05/2010 hari tu, saya memaksa diri saya utk pergi buat blood test lagi kat sebuah klinik yg berdekatan dengan rumah. Blood test tersebut mestilah di ambil sbyk 4X dlm sehari dan syarat2nya ialah :-
  1. Before b/fast, keputusan : 5.7
  2. Before lunch, keputusan : 4.6
  3. Before dinner, keputusan : 5.1
  4. 2 hrs after dinner, keputusan : 7.6
Keputusannya adalah A! hehehe.. Alhamdulillah, keputusannya adalah OK. Tak de tanda2 GD. Syukur sangat2. Tapi diet org pregnant masih kena diteruskan sbb berat bdan dah terlebih sudaaa.....

Then 20/05 tu saya pergi check up dan doktor mengesahkan yang saya bebas dr GD. Takut weihhh kalo terkena GD ni sbb kebarangkalian kena operate adalah tinggi dan mcm2 lagi prosedur yg mesti dilalui sblm bersalin. Nauzubillah.. mintak dijauhkan.... Moga2 Tuhan permudahkan.

Nota tangan saya : Kantoi juga saya dengan doktor masa blood test ni, doc tau saya sangat berjaga2 dengan makanan pada hari ujian tersebut. hihihihihi

Tuesday, June 8, 2010

Adik damia & makyong on 29/04/2010 (23 wks)

Adik damia;
  • sihat2 aje, alhamdulillah...
  • kedudukan kepala di bawah, dh bersedia nk buat terjun tiruk kot.. hehehe
  • urinya di bawah, harap2nya akan naiklah ke atas sebelum 34 wks.
  • sangatlah aktif, tak duduk diam lam peyut nih....

Makyong;
Kena buat MGGT, spt yg diceritakan sblm ni test ni adalah utk mengesan sama ada makyong ada
gestational diabetes(GD) atau tak. Procedurenya adalah seperti berikut.
  • Start dr 10 malam sebelum buat test, mesti puasa. Boleh minum air masak tp dalam kuantiti yg sedikit sahaja
  • Test pukul 8 pagi, cek gula dalam darah. Masa ni keputusan adalah 4.7.
  • Kena minum air glukos yg teramatlah manisnya. Sangat2 manis!!! Jangan sampai termuntah sbb kalau muntah test ni dikira BATAL.
  • Jalan2 selama 2 jam (nk lepak pun buleh kot), masa ni masih belum boleh makan ape2. Air kosong je dibenarkan. Adeihh.... seksa juga menahan nafsu ni sbb ikot cik abe pegi sarapan. Sabo ajelah.
  • Lepas 2 jam kena test darah lagik, keputusan adalah 7.4.
Jumpa doktor, then doktor kata kena buat further testing (test secara intensif, cek drh dari
pagi sampai malam). Disyaki ada GD. Adeihh, panik jugak makyong kalau betul2 kena nih. Doktor kata sepatutnye keputusan selepas minum air gula tu adalah max 6.
Tapi ni dh 7.4, jadik kenalah buat test lagi. Nk bagi betul2 confirm ada diabetes @ tak.
Macam2 pantang larang yg doktor bagi. Tak boleh makan yg manis2 walaupun BUAH.... Ni pun satu hal jugak, amat menyeksakan kalo tak dapat mkn buah ni. Nasi mmg kena kurangkan... Susah jugak nk diet time pregnant ni. Tambah2 lagi 30hb tu balik kg. Mana boleh tak makan itu ini kan... Makan jugak tp
kurangkan kuantiti aje. Sgt terliur dengan durian kat Kelate, dahlah murah SEDAP pulak tu...

Seminggu lepas balik dr Kelate baru berani nk buat test secara intensif tu. Nti akan diceritakan lam
entry yg akan datang.

Nota tangan saya : GTT : glucose tolerance test, apakah dia MGTT? : makcik dah lupo laa...

Sunday, April 11, 2010

Sudah separuh perjalanan...


...adik damia... minggu ni 20 minggu, taktau nak cakap rasa cepat ke lambat. Tapi tinggal separuh perjalanan je lagi utk menanti adik damia melihat dunia. Lagi 20 minggu... mcm tak sabar menanti pun ade... dokidoki...


Nota tangan saya : ..... ramai kawan/akak/abg kat ofis cakap saya macam dah sarat, ada yg tanya "tunggu hari ke?", "bila bersalin, nampak cam dh tak larat je berjalan?"... ngeeee... wpun kekadang sy berjalan laju2 cam tak peknen punn.. hihihi.. ada lagi 20 minggu ye nk tengok saya kat ofis tu sblm sy cuti panjang...:P

Monday, April 5, 2010

Update : Mak yong & adik damia-19 minggu

Bila dah lama menyepi dari memblog ni, nak susun ayat yg 'cantik' sikit pun dah rasa cam kena fikir sampai 15 minit. Aih, makin bersawang laaaa blog ni.
**damia, mama hutang update pasal damia dah hampir 3 bulan... nti mama combine sume skali ye...

Ni nak update pasal adik damia dalam perut. Hasil check up 1/4 hari tu, alhamdulillah semuanya OK. Kencing kotor yg dialami sebelum ni pun dah tader. Alhamdulillah.. Ngeri juga mengingatkan pesanan doktor tentang penyakit kencing kotor ni. Sila jangan pandang enteng ye untuk sesiapa yang mengidap penyakit ni especially sekiranya anda mengandung. Antara kengerian yang saya paling ingat ialah :-
  1. Kelahiran bayi pra-matang sekiranya tidak dirawat.
  2. Buah pinggang gagal berfungsi dengan baik sekiranya dijangkiti bakteria daripada penyakit kencing kotor ni.
Cara untuk mengubatinya ialah :-
  1. Minum air masak dengan banyak, paling minimum adalah 8 gelas sehari.
  2. Minum air barli.
  3. Makan ubat antibiotik/ubat untuk kencing kotor daripada doktor pakar sekiranya penyakit sudah ditahap kronik.
Untuk next check up, saya dikehendaki buat GTT. Apakah dia GTT?
GTT ialah GLUCOSE TOLERANCE TEST. Senang cakap nak cek sama ada saya ada diabetes ke tak. Untuk info yang lebih lanjut, sila melawat ke sini.

Terkejut juga saya bila diarahkan oleh doktor utk buat test tu sebab bila saya tengok urine test adalah NORMAL. Bila saya tanya doktor, beliau kata sbb ibu saya ada diabetes dan berat badan saya dah menjangkau XX kg (XX itu adalah rahsia ye.. i malu laaa, hehe)

Ok, tentang adik damia pulak. Sekarang ni adik damia dah gerak2 dah dan saya dah dapat rasa dah sekali sekala. Memang sangatlah mengujakan time 'rasa' pergerakan baby tu. Saya rasa semua ibu pun suka time ni sbb baru betul2 rasa kehadiran baby dalam perut.:) 
Plasenta masih lagi berada di bawah dan keadaan baby pun masih lagi dalam keadaan songsang. Moga2 bila dah sampai masanya, plasenta akan berada di atas dan baby berjaya junamkan kepalanya ke bawah, InsyaAllah.

Sunday, February 28, 2010

Aktiviti CNY I : Check up adik damia

**Entry yang diperam. Saya jarang boleh online kalau damia tak tido lagi sbb nanti dia pun nk sama2 online.

Cuti tahun ni, kami tak plan utk ke mana2 memandangkan keadaan adik damia dalam perut saya adalah kurang stabil. Kalau nk jalan2 pun maybe ke Desaru jelah kot. Itu pun bergantung kepada hasil check up 13-2.

Tarikh : 13022010*12 minggu*
Pergi check up adik damia. Alhamdulillah, keadaan dah makin stabil. Kata doktor, pendarahan dinding
rahim sudah tidak kelihatan. Dah boleh travel dah katanya. Yeay!!!! Tapi tak ada plan betul2 pun lagi nk kemana2 sebab petang nanti adik saya dan keluarganya akan datang ke rumah.

 
Scan 2D : 12 mggu


Scan 4D : 12 minggu

  
Adik damia 8 minggu. Masa ni pergi scan cepat sebab nk pastikan cyst yang bertapak di dalam rahim saya. Tapi kata doktor, tidak ada apa2 yang perlu dirisaukan kerana cyst tu akan mengecut dengan sendiri bila baby makin membesar. Alhamdulillah, lega sikit hati saya.


Tetapi rupanya ada 'benda' lain yg lebih perlu dirisaukan. Rupanya2 dinding rahim saya ada pendarahan. Terus dup dap dup dap jantung saya sbb tak pernah melalui detik2 seperti ini semasa mengandungkan damia 2007. Tapi kini alhamdulillah, semuanya sudah okay.  

Tuesday, February 2, 2010

Tentang adik damia

Pejam celik pejam celik, adik damia dah 10 minggu dah minggu ni. Cepat pulak rasanya masa berlalu. Mungkin kerana dapat tau positif hari tu dah masuk 7 minggu dah. Sebenarnya pregnantkan adik damia ni saya ada masalah sikit. Kata doktor, dinding rahim saya berdarah. Dari segi ilmu kedoktoran, saya taktaulah apa penerangannya. Mungkin kejadian ni berlaku sebab saya tak berhati2 di awal pregnant. Macam2 aktiviti saya dah buat kononnya nk turunkan berat badan. Doktor bekalkan saya dengan ubat hormon iaitu DUPHASTON yang perlu diambil 2X sehari. Saya juga dinasihatkan supaya tak travel ke mana2 dan tak buat kerja2 berat. Ada hikmahnya juga kami tak dapat tiket ke mana2 utk cuti raya cina yg panjang ni. Mungkin melepak kat rumah ajelah kot.

Sehingga hari ini, alhamdulillah adik damia terus membesar dalam perut mamanya. Moga2 adik damia dapat melihat dunia bulan 8 nanti, Insyaallah.

Apakah itu DUPHASTON? Silalah ke sini utk keterangan lebih lanjut.

Sunday, January 31, 2010

Pengumuman & jualan NUTRIMEAL percuma FIBERGY (SOLD!)

Dengan ini saya mengisytiharkan yang saya bukanlah lagi pengamal DIET bersama USANA. Kenalah stop dulu buat masa sekrg ni sehinggalah .......... (tempohnya adalah tidak diketahui, yg pastinya adalah setelah 2 tahun menyusukan adik damia, Insyaallah)

Buat masa sekarang ni, sy masih ada stok NUTRIMEAL perasa FRENCH VANILLA 1 tin (belum dibuka) dan  FIBERGY perasa ALMOND CREME yg baru guna 2 scoop. Kepada sesiapa yg berminat utk membeli NUTRIMEAL dgn harga ahli iaitu RM110 akan mendapat PERCUMA FIBERGY. Kos penghantaran adalah RM10.

Dengan RM120, anda akan mendapat FRENCH VANILLA NUTRIMEAL dan ALMOND CREME FIBERGY. Anda boleh jimat RM100!!
(Harga ahli utk NUTRIMEAL RM110 + FIBERGY RM110 = RM220)


**Usana tu apa? Silalah ke usana.com
**Berkesan ke USANA utk diet? Silalah ke sini dan ke sini. (Pengalaman saya) 
Kepada yg berminat, boleh hubungi saya di lailasani@gmail.com


Tuesday, January 19, 2010

Alasan kenapa blog sunyi sepi :P

Alhamdulillah...
........07012010..............

Insyaallah, Ogos 2010 (EDD : 24082010) nanti damia akan bergelar kakak. Moga2 segalanya dipermudahkan. Insyaallah.

Nota tangan saya : Ini adalah salah satu sebab blog saya lebih sunyi sepi dari biasa (wpun biasa2 taklah meriah dan terupdate sokmo). <--alasan ni boleh terima kan? hormon saya kata, BOLEH!

Blog Widget by LinkWithin