Showing posts with label ebm. Show all posts
Showing posts with label ebm. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Disposable liner utk simpan ebm

Masa susukan damia dulu, saya tak pernah guna liner utk simpan stok susu. Sebabnya hanya satu. SAYANGGGG dengan titisan susu yg melekat kat plastik tu. Maklumlah dulu hanya kais pagi ni dapatlah bekalkan makanan utk damia esoknya. Paling getir, pernah juga kais pagi makan tengah hari. Memang sangat sadis. Huhuhu..
Alhamdulillah dengan berbekalkan pengalaman pahit-suka-duka yg lepas, kali ni proses penyusuan utk adik damia lebih berjaya. Dan demi meneruskan pertarungan siapa stok ebm lagi banyak dengan mio, saya menyahut seruannya utk menggunakan liner. Sebab utama, taknak bazirkan duit utk tambah botol2 storage dan ruang dalam freezer. Sekrg ni deep freezer penuh dan freezer peti ais pun dah sarat. Kalau guna bekas dadih @ botol2 susu, confirm kami takde bekalan bahan mentah dah.
**pic fr fabmom.
Ok, ni dia liner yang bakal digunakan. Jenis JINGLE JUNGLE. Banyak sangat jenis yang ada kat pasaran, pening den nak pilih yang mana satu. Cuma yang pastinya saya pilih yang ziplock, senang! First time nak guna ni banyak jugak persoalan. Persoalan utama. mudah tumpah ke guna liner ni. Takut juga kan. Hmm... harap2 taklah. Liner tu beli dekat sini. Ada sale, beli twin pack (25 pcs X 2)dapat harga RM20.60. Memang murah sangat2 laaa berbanding beli botol. Ye laaa.. plastik pakai buang kan, kalau mahal jugak baik beli botol je. Boleh simpan dan guna utk anak yg seterusnya.(??). Wallahua'lam.

Saturday, October 16, 2010

Ada apa dengan Trial Pack B Shaklee?

.........gambar sekadar hiasan....
.. sy suka susu mama saya...:)


Ibu2 yang menyusu mesti tau Trial Pack B Shaklee ni kan? Dan mesti ramai dah cuba kan? Trial Pack B ni adalah vitamin utk ibu2 yang menyusukan anak supaya susu lebih pekat dan juga boleh menambahkan kuantiti susu yg dihasilkan.
Itu je yang saya tahu pasal trial pack B ni dan dengan hanya mendengar cerita ceriti/testimoni dari kawan2 alam realiti merangkap alam maya jugak, saya telah terpengaruh utk mencubanya. Kalau bab2 tambah susu ni saya mmg cepat terpengaruh tanpa banyak soal. Mesti nak cuba, cuba dan cuba. Tanpa banyak menyelidik dan banyak soal, saya terus memesan trial pack ni dari MommyLyna dengan harga RM80.
Hasilnya? Memang BAGUS dan saya SUKA! Dan baru bbrp hari lepas saya cuba2 membelek sana sini tentang kelebihan, kesan dll mengenai trial pack ni. Bila baca entry dr shakleestore MommyLyna ni, barulah saya tahu sebab dan akibat pengambilan trial pack ni.
(Jangan jadi macam saya ye, sepatutnya ambil tahu dulu baru try apa2 vitamin ye cik2/puan2 di luar sana ye)

Apa kesannya kepada saya?
Dahaga tak hengat punya! Tapi saya ingatkan sbb saya makan jamu NR, rupanya kesan drp vitamin ni. Dahaga-minum, dahaga-minum.... mungkin saya minum air lebih dari 3liter spt yang disarankan. Dan penghasilan susu juga melimpah ruah, alhamdulillah. Siap terpaksa pam setiap kali lepas dinie menyusu. Terpaksa itu bagus...:)

frozen ebm, ms ni ala2 tak sure yg kaler kuning ni adalah impak dr ambik vitamin ni. dah nampak macam kolostrum pulak.
 ......... bezanya ketara kan? lemak berkrim disukai si kenit.....

Utk ibu2 yg production susunya merudum, ibu2 yg selalu mengatakan baby selalu lapar bila minum susu ibu (tanggapan yg sangat salah ni!), silalah cuba2 vitamin ni. Tapi keberkesanannya bergantung kepada diri masing2. Ada yang cepat, ada yang lambat. Yang penting COBA dehh..... Inshaallah mendatangkan hasil yang lumayan.:)

**trial pack B terdiri daripada :-
30 biji Vitalea,
30 biji B Complex,
30 biji Vitamin C,
60 biji Alfafa
**sekiranya berminat bolehlah contact mommylyna ye.
Nota tangan saya : kita hanya berusaha dan merancang, jangan lupa hanya DIA yang menentukan.

Thursday, October 7, 2010

Not for sale!

 Freezer Mistral MFZ-101U
Harga RM750 
Boleh refer kat sini utk beli kat mana, saya beli kat kedai Sun City Electronic, Taman U, Skudai.
Yang penting boleh tawar menawar..:)

Terima kasih bebanyak Cik Puan Ealyie kerna telah memecahkan kebuntuanku memilih deep freezer. Memang menariklah freezer ni sbb senang nk manage stok ebm. Alhamdulillah, rejeki bb dinie dan kakak damia melimpah ruah kali ni. Syukurrr.........
Tapi bukan utk dijual ye!! :P (takde sape nak beli pun kan... hehehe)


 ebm dalam proses pemindahan ke deep freezer

Nota tangan saya : gambar2 ni bukan mau menunjuk2, cuma ingin berkongsi kegembiraan menyusukan dan mengumpul stok ebm. kepada ibu2 dan bakal ibu,  moga kita semua dipermudahkan dalam menyusukan anak2 kita dengan titisan susu ibu yg tak ternilai harganya.

Friday, September 24, 2010

Tandem nursing yang menemui jalan buntu/GAGAL!

Hasrat hati saya utk 'tandem nursing' setelah adik damia keluar nampaknya menemui jalan buntu kerana si kakak sekarang ni sangat obses tentang KEPUNYAAN.

Sebelum adik lahir,
MAMA : Nanti share ngan adik ye paipai (menyusu).
DAMIA : Tak boleh/tak nak. Ia nye (Damia punye)
MAMA : (masih cuba memujuk) Share ye, sebelah damia punya, sebelah adik punya.
DAMIA : ok....
Sejak dari perbualan ni berlangsung, damia sentiasa cakap yg sebelah paipai utk dia dan sebelah paipai utk adik. Tapi,

Setelah adik lahir,
MAMA : Kakak nk paipai?
DAMIA : Taknak, adik nye (adik punye)!!!!

Lerrrrr....... pulak dah. Banyak kali jugak saya offer, tapi jawapannya tetap sama. ADIK PUNYA!
Maka, hasrat hati utk tandem nursing sambil2 peluk 2 anak beserta senjata utk tambahkan production susu adalah GAGAL! Walaupun begitu damia tetap masih dapat merasai susu mama, damia minum ebm tanpa komplen!! Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit kali ni, papa DD bagi suggestion utk bg ebm kat damia semasa di rumah (Pandai papa ye, dapat save budget.. heheheh). Apa2 pun khasiat susu ibu adalah lebih dr segalanya. Alhamdulillahh....


Nota tangan saya : 
Sebelum ni saya cuba2 tukar susu formula damia dari isomil kepada bermacam2 jenis dicuba tapi selalu damia reject atau tak sesuai dgn damia (timbul ruam). Tapi kali pertama bagi ebm, damia minum tanpa banyak soal. Mungkin masih lagi ingat rasa susu ibu yg pernah dia minum sebelum2 ni. Alhamdulillah..

Saturday, December 12, 2009

Pengalaman menyusukan damia (6 bulan sehingga sekarang, setahun 6 bulan)

Sambungan drp pengalaman menyusukan damia (0-6 bulan).

Damia dah boleh start makan. Lega sikit hati saya bila mengenangkan stok ebm yang makin berkurang dan kadang-kadang tiada langsung. Pernah juga saya cuba-cuba untuk beli FM mengenangkan demand telah melebihi supply. Pening juga kepala saya untuk memilih susu mana yang terbaik untuk damia. Tetapi semuanya telah di’reject’ oleh damia. Jadi, mahu atau tidak saya mesti UPkan supply untuk kejar demand damia.
Bermacam-macam jenis supplement dan makanan juga yang saya try. Saya pernah buat entry ttg cara saya meningkatkan susu ibu. Silalah ke sini dan ke sini untuk mengetahui secara detail.


bekalan ebm damia

Memang banyak dugaan dan cabaran utk terus menyusukan damia especially bekalan ebmnyalah. Damia jenis yg kerap menyusu juga walaupun dah makan bermacam2 jenis makanan lain. Kadang2 ada juga datang perasaan ingin give up. Tapi saya kuatkan semangat utk teruskan. Saya bernasib baik kerana kawan2 di sekeliling saya adalah orang2 yg menyokong kuat ttg susu ibu ni. Di kala saya hampir give up, mereka tak putus2 memberikan nasihat dan cadangan supaya mencuba itu dan ini. Dan hasilnya saya berjaya menyusukan damia sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, syukur.

Sekrg umur damia mencecah setahun setengah. Dia masih enjoy menyusu. Kenapa saya cakap enjoy? Sebab saya rasa damia menyusu bukan kerana lapar sahaja tapi kerana dia mmg SUKA menyusu. Setiap kali saya nak susukannya, pasti sengihnya panjang lebar. Kadang2 saya rasa damia menyusu kerana :-
  1. Untuk mengisi masa lapang, kalau dah boring2 takde aktiviti tu. Nampak je saya pastu mulutnya akan menyebut, PAI.. PAI… (paipai ni sy yg ajar… heheheh)
  2. Untuk hilangkan rasa sakit selepas terjatuh atau terlanggar sesuatu. Tak hilang pun kan rasa sakit tu, maybe buleh kurangkan concentrate terhadap kesakitan tu.
  3. Boleh guling2 dan golek2 atas mamanya. Boleh mama peluk2 n kiss2.
  4. Saje2… pantang nampak mama dia baring/lepak2.




Pengalaman menyusukan damia (0-6 bulan)

Dah lama juga saya peram pengalaman saya ni. Konon nk tempek kat blog ni dh lama, tp asyik tangguh2 aje (kerja bertangguh mmg tak bagus!). Sy mohon maaf ye.
Kepada adik2 dan kawan2 yg bakal menjadi ibu dan juga ibu2 di luar sana, yg baik jadikanlah tauladan dan yg buruk itu jadikan sempadan kay. Apa2 pun ini adalah pendapat saya ttg bfeeding melalui pengalaman yg hanya baru setahun jagung.
Alhamdulillah syukur kerana sy diberikan nikmat menyusukan damia.

Sejak damia masih dalam kandungan lagi saya menanamkan hasrat untuk menyusukan damia dengan susu ibu sepenuhnya. Saya kumpulkan pelbagai artikel daripada internet dan mengunjungi blog-blog serta ‘homepage’ yang menceritakan tentang susu ibu.
Semasa melahirkan damia, saya berpesan kepada suami supaya memberitahu jururawat yang bertugas supaya tidak diberikan susu formula. Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan damia walaupun hanya dengan beberapa titis susu (kolostrum laaa tu kan). Tetapi oleh kerana kekurangan ilmu dan ketegasan saya tentang susu ibu adalah kurang, akhirnya damia diberikan susu botol oleh nurse. Pada waktu itu hancur luluh hati saya kerana impian saya untuk menyusukan damia dengan susu ibu sepenuhnya bermula dengan KEGAGALAN.
Pada minggu pertama hingga ke empat, damia minum susu ibu dan susu formula. Ini adalah kerana KEGAGALAN saya meyakinkan orang-orang di sekeliling saya yang susu ibu sahaja sudah cukup untuk damia. Walaupun saya tahu dengan mencampurkan susu ibu dan susu formula akan menyebabkan susu saya berkurangan, tapi saya merasakan saya tidak berdaya untuk mengatasinya. Pada masa yang sama saya juga mengalami kecederaan yang teruk di bahagian ‘nipple’ kerana mungkin ‘latching’ yang tidak betul walaupun beberapa kali dikatakan betul oleh jururawat bertugas yang datang melawat.
Masalah yang paling besar yang saya hadapi adalah kekurangan susu yg disebabkan oleh :-
  1. Campur susu formula (bermakna kuranglah direct feeding)
  2. Pemakanan yg tidak dijaga.
  3. Stress
Oleh kerana kekurangan susu, damia juga sering mengamuk semasa direct feeding. Ini adalah kerana saya telah memperkenalkan penyusuan daripada botol terlalu awal. Seawal hari pertama kelahiran. Menyesal tu memanglah menyesal tapi…… menyesal kemudian tiada gunanya kan?
    Walaupun saya menghadapi pelbagai masalah, semua itu tidak menghalang hasrat saya untuk menyusukan damia dengan susu ibu sepenuhnya. Saya bernekad untuk berusaha walau dengan apa cara sekalipun.
    Bermula dari minggu ke-5,
    1. saya sentiasa ‘monitor’ pengambilan susu formula dan susu ibu.
    2. saya pastikan mengepam setiap 2-3 jam sekali.
    3. saya sentiasa mengambil makanan atau minuman yang boleh merangsang pengeluaran susu ibu.
    4. saya sentiasa berfikiran positif yang saya BOLEH menyusukan damia dengan susu ibu sepenuhnya.
    5. tiada perkataan SUDAH TERLAMBAT dalam minda saya. Yang ada hanyalah KALAU ORANG LAIN BOLEH, KENAPA SAYA TAK BOLEH?
    6. bertanya kawan2 saya yang mmg pro breastfeeding. Diorg mmg sangat membantu.
    7. menghubungi rakan-rakan blog yang memang PRO susu ibu. Yang saya paling ingat ialah Cik Fid. Saya dengan malu-malu kucing telah menghubungi beliau untuk mendapatkan khidmat nasihat. Memang pada mulanya terasa serba salah kerana Cik Fid ‘macam tegas’ gitu orang. Tetapi apa yang dinasihatkan oleh beliau mmg membuahkan hasil. TQVM to Cik Fid. Saya sangat2 terhutang budi dengan anda.
    8. menghubungi kumpulan sokongan susu ibu di kawasan saya.
    9. mencari bahan-bahan bacaan serta video tentang susu ibu dari internet.


    saya monitor setiap kali feeding damia. nampak tak byk sangat damia minum FM time ni? sehari 12 oz.


    6/8/2008-FM 0 oz. ALHAMDULILLAH

    Alhamdulillah, rintihan hati saya didengar Tuhan dan usaha saya membuahkan hasil. Pada minggu ke-8, buat pertama kalinya saya berjaya membekalkan ebm kepada (bukan menyusukan secara terus) damia sepenuhnya. Betapa lega dan puasnya hati saya tatkala melihat damia dapat disusukan dengan susu ibu sepenuhnya. Biarpun waktu itu saya masih menghadapi masalah ‘direct feeding’ yang mana damia akan mengamuk setiap kali sesi penyusuan. Damia lebih suka disusukan melalui botol kerana saya terlalu cepat diperkenalkan dengan botol susu. Tetapi istilah PUTUS ASA tidak pernah ada dalam minda saya. Akhirnya saya berjaya ‘direct feeding’ damia pada minggu ke-12 tanpa sebarang amukan. Alhamdulillah.

    **bersambung... part II
       

    Saturday, November 7, 2009

    Bersama USANA

    02112009 : Hari pertama saya campur dengan sunquick. Errr, rasa yang tak boleh diexplain.
    Bukan sedap dan bukan tak sedap. Tapi telan ajelah.

    03112009 : Hari ke-2 bersama usana.
    Saya campur dengan ribena. SEDAPPP!!! Kawan2 yang try pun cakap, SEDAPP.

    04112009 : Hari ke-3, saya campur dengan jus apple twister. Sedap jugak tapi macam manis sikit.
    Saya campur dengan air kosong sikit. Jus ni mahal rupanya ek, 1 botol kecik cinonet 355ml tu RM2.40.
    Untuk dinner saya campur dengan kurma pulak. Blend USANA+kurma+air sejuk+ais sikit.
    Sedap jugak tapi serdak2 kurma tu membuatkan susah pulak saya nk menelan.

    05112009 : Hari ke-4, campur dengan ribena lagi. Memang sedap sampai rasa taknak berenti minum.

    06112009 : Hari ke-5, ribena jugakkkk...

    Ranking saya untuk campuran usana
    1-RIBENA
    2-JUS EPAL TWISTER
    3-KURMA
    4-SUNQUICK

    Timbangan berat?
    Saya belum timbang. Saya rasa kalau tak exercise mana senang2 je nk turunkan berat badan.
    So, dah exercise baru boleh timbang.

    EBM saya??
    Merudum dumdum... sesi pagi dan tengah hari hanya dapat 1oz. Sesi petang dapat 1.5-2oz.
     Adakah kerana DIET saya? Sememangnyalah kan.... Bekalan untuk damia hanyalah 2botolX3oz ebm.
     Fresh milk 2 kotak dan ISOMIL 4 scoop. :(

    Friday, September 4, 2009

    Ketandusan..

    Sepanjang puasa ni, semlm adalah paling kritikal utk production susu saya. 3 sesi pengepaman di ofis adalah 2.5 oz, 2 oz dan 2 oz shj. Plus sekali pam di rumah, pun 2 oz shj. Nasib baik ada stok utk cover kejadian2 seperti ini. Aduyaiiii................ 

    Monday, August 31, 2009

    Stok ramadhan

    Alhamdulillah buat masa ini, stok ebm yg berjaya dikumpul ialah...... 13 oz!! Total 30 oz setakat ini... Yeay!! Harap2 hari ni buleh tambah lagi.. Insyaallah..

    Wednesday, August 26, 2009

    Berkat ramadhan

    Alhamdulillah, cuti 3 hari yg lepas sy rasa masa terlalu panjang dan sy berjaya :-
    1. Mengumpul stok ebm utk damia. Hari sabtu : stok 0 oz, Hari ini : stok 17 oz. Alhamdulillah.... Kalau sebelum ni setiap hujung minggu sy tak dapat nk kumpul stok. Setiap kali pam hanyalah 1-2 oz shj dan hanya cukup utk buat bekalan damia pd hari isninnya.
    2. Alihkan tanaman2 ke pasu2. Sebelum ni sy ingat nk tanam kat yard dalam rumah sahaja, tp memandangkan tanahnya banyak batu2 dan batu bata serta tiada punca air utk menyiram tanaman, saya tanam kat dalam pasu kat luar rumah saja. Encik suami kata... "Kita tgk sampai bila tanaman ni bertahan"... Kekekekek... Encik suami mencabar sy nampaknya ye.. Almaklum laaa sebelum ni tak pernah menanammm...
    3. Habiskan melipat bj damia yg basuh seminggu skali itu. Kalau ikut jadual sepatutnya basuh 2kali seminggu tp kadang2 terbabas. Bila dh terbabas, kerja2 melipat pun bergandalah kan. (Yee.. kadang2 sy tak sempat nk lipat baju damia dan hari nk pergi hantar bbsitter br sebok nak lipat!! Sungguh leceh)
    4. Buat satu adunan biskut raya. Dapat 2 balang sederhana tu. Tapi mungkin tak sampai raya kot. Dah habis satu balang. Kami anak beranak makan.. Hehehehe...
    Itulah keberkatan bulan ramadhan yg mulia ini... Alhamdulillah...


    ..tqvm... (^_^)V

    .. terima kasih kepada kawan2 saya yg prihatin terhadap entry ini, alhamdulillah damia masih lagi nak menyusu. Cuma dia dah pandai ckp TAK NAK!, itu yg membuatkan sy rasa pelik binti ajaib tu.... Kalau sebelum ni damia memang pantang nampak saya mengepam, mesti mintak "NI.. NI... NI..." atau "NAK NI... NAK NI..." sambil tarik2/selak baju saya. Hehehehe...

    Memang tak dinafikan sy sedikit risau tp risau saya adalah kerana damia makin kurang minum direct, so 'penggalak' susu saya makin kuranglah kan. Tapi hikmahnya, sy dpt kumpul stok sikit hari tu. Alhamdulillah. Segala yg berlaku tu kan ada hikmahnya...:)


    Sunday, July 19, 2009

    Siapakah pendengki itu??

    Rentetan drp kisah ini, sebelum pergi mengepam di klinik keesokan harinya sy dgn berat hati dan kurang puas hati mengisi CLINIC VISIT FORM yg sepatutnya diisi oleh pekerja2 sekiranya tidak sihat dan perlu berehat di klinik utk beberapa jam. Ikut jelah kan sebab arahan dah keluar. So, sy pun pergilah jumpa boss utk mendapatkan chopnya. Setelah potpetpotpet explain dan menjawab pertanyaannya dalam bhs jepun yg dh berkarat dan broken abis, boss sy terus bingkas bangun utk pergi jumpa dgn org2 HR. Katanya buat apa nak isi form ni? MENDOKUSAI!! (Melecehkan). Yelah kan, sangatlah melecehkan kerana tiap2 hari kami nk kena isi dan mintak chop dengan dia. Dia pun tak de mase nk chop form yg takder faedahnya itu. Hehehe... Masa ni sy rasa dia SGT BAIK DAN MACHO! wpun sy tak berapa gemar dgn CARA BEKERJA boss ni. Selepas boss pergi jumpa BOSS HR tu, dia bagitau org2 pendengki iaitu HR yg kononnya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi itu nak monitor kami geng2 mengepam ni kot2 'mengular' semasa sesi mengepam. Boss sy bgtau diorg, as long as dia tahu dan approve yg kami ni keluar time keje utk pergi mengepam, apa masalah nya? Boss sy kata kalau nak monitor pun, pandai2lah diorg fikir cara lain tapi jgn suruh kami isi form tu tiap2 hari. Akhirnya utk hari tersebut, diorg keep form kami tu dan sehingga hari Jumaat tiada apa2 perkembangan pun diterima. BRAVO encik T! Doumo arigatou gozaimasu (TQVM).
    Dan petang itu juga barulah saya tahu siapakah dalang/pendengki disebalik kejadian ni. Rupanya PUAN MANAGER HR, oppsss CIK MANAGER HR sbb BELIAU masih single...! (Adakah ini melanggar tatatertib menulis blog ek??)Daripada perbualan sy dengan nurse di klinik, katanya CIK MANAGER itu menyuruh kami mengepam time rehat sahaja. Tak boleh mengepam time kerja. Nurse tu jawab, kalau setiap sesi nk pam time rehat, bila geng2 mengepam tu nk makan? Kalau tak makan, susu pun takder nanti. Tau tak ape CIK MANAGER tu cakap????











    Kalau susu takde, tunggulah NEXT TRIP!! (Tunggu anak yg akan datang!)............
    Sungguh sy tak sangka inilah jawapannya... Menyirap rasa darah sy bila mendengarnya, tp apa boleh buatkan? Beliau ni memang tidak faham konsep breastfeeding-mengepam-anak2 kandung yg ingin disusukan dengan susu ibu (sbb dia ada anak angkat so sy kena spesifik sikit bab anak ni) dll. Maafkanlah dia....
    Sekarang ni sy cuma nk tunggu apakah tindakan beliau seterusnya utk monitor kami yg masih setia pergi mengepam ni....

    *****Note : perbualan/cerita di atas mengenai CIK MANAGER adalah hasil penceritaan semula oleh nurse di klinik, sekira beliau AUTA, maka AUTA lah sy. Atau sy perlu berjumpa sendiri dengan CIK MANAGER itu utk mengetahui perkara sebenar???





    Thursday, July 16, 2009

    Sungguh Menyampah...

    Bermula hari ni sy kena isi form visit ke klinik utk mengepam. Boring nyaaaaa!!
    Setiap hari nk kena isi form dan kena ambik sign/chop boss! Sedangkan boss saya dh sedia maklum pun yg sy pi mengepam setiap hari. Sy tak tau laaa manusia mana yg pendengki itu. Semalam sy hampir2 nak tanya org2 yg melepak kat klinik tu... DAH ISI FORM KE DATANG LEPAK2 n BORAK2 KAT KLINIK NI???
    Tapi sabarrrrrrrrrrrrr......... kang ada org hangin ngan saya dan sy langsung tiada tempat utk mengepam pulak...
    Sebenarnya ada satu stor sbg alternatif utk sy mengepam, tp sudah dicabut pulak aircond kat dalam tu... Kalau mengepam setgh jam gitu, boleh berpeluh ketiak... :P

    Sunday, July 12, 2009

    Nak Tambahkan Susu Ibu?

    Dari kiri ialah
    Milkmaid tea, air longan+kurma, pil fenugreek.

    Entry khas utk kawan2, adek2 atau kakak2 yg bertanya melalui email (senang sikit utk sy copy-paste entri ni sbb kalau simpan dalam mailbox, masa kawan2 mintak selalu je tak jumpa carik). Dan juga utk dikongsikan dengan pembaca2 blog sy. Semoga memberi manfaat utk semua ye.
    Apa2 pun ini adalah pengalaman saya sendiri, kesesuaian adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Jadi, sekiranya ingin mencuba makanan/minuman atau ubat2an, lebih baik dicuba satu persatu utk melihat yg mana lebih sesuai utk anda.

    Senarai makanan/ubatan yg pernah sy ambil dan apa yg sy pernah lakukan utk tambahkan BM.
    • UBATAN, PIL, JAMU.
    1. RTC - ubat homopati utk banyakkan susu. RM22 satu botol. Ubat ni kurang berkesan utk saya.
    2. Pil ASI-boleh beli kat online atau di mana2 toko jamu. Utk online, kat MLO dan Lunatots ada jual. Dulu sy beli RM15, sekarang dah naik harga RM20. Utk saya, tak tambahkan susu tp boleh maintainkan production susu.
    3. Fenugreek (pil halba)-Kalau tak lalu nk makan air halba or tak suka letak halba dalam masakan, bolehlah ambil pil ni. Utk saya, boleh dikatakan berkesan jugak dan boleh maintain production BM. Boleh didapati di kedai online atau di GNC Pharmacy.

    • MAKANAN/MINUMAN
    1. Lobak putih-Buat sup atau goreng bersama ikan bilis. Lobak ni ada sedikit bau yg sy kurang suka tapi sy telan jugak demi BM! Sgt membantu utk prod BM sy. Dulu waktu pantang, sy selalu jugak makan sup ni.
    2. Mee suah. Ni adalah sejenis mee yg chinese suka makan kalau tak silap. Ada dijual di kedai2 runcit atau di mana2 pasaraya. Sedap jugak mee ni. Kalau buat sup mee suah, jgn letak garam banyak2 sbb mee tu sendiri dh ada perasa+garam. Nanti masin pegghak (sangat masin) kata org kelantan. :)
    3. Segala macam jenis sayur2an. Especially yg kaler hijau2 tu. Pun ok utk sy.
    4. Milkmaid tea-Macam teh herba gitu. Rupanya macamana? sila rujuk entri sy ini. Boleh dibeli online. Byk online shop yg jual milkmaid tea ni. Bagaimana rasanya? Masa mula2 minum sy tak suka sbb bau jintan-halba dll terlalu kuat, tp sekrg sy dh suka dengan baunya. Harga, mahal jugak laaa sbb imported punya. Sekrg ni dah ada yg uncang, senang laa sikit nk membuatnya. Harga pun mahal laaa sbb senang nk buat kan. Kalau dulu kena tapis bagai.
    5. Air longan-Sedap!! dan senang utk membuatnya. Beli longan kering dan rendam je dalam air panas. Sy tak letak gula dah sbb dah ada rasa manis2 buah. Satu mug biasa saya letak 5-6 biji longan kering. Cuma kalau mula2 try, jgn terus minum banyak sbb dikhuatiri baby kembung sekiranya baby anda masih kecil. Sy pernah amalkan setiap hari minum 2X. Menjadik jugak utk saya air longan ni. Haaa, kalau malas nak buat sendiri, boleh beli yg dalam tin longan +kurma brand SEASON. Lagiiii sedap.:D
    6. Halba-Kalau tekak boleh telan air halba, rendam dengan air panas dan minum airnya. Sy tak pernah buat. Cuma yg sy praktikkan masukkan halba semasa menggoreng sayur. Hasilnya? Tak dapat dipastikan sbb sy tak amalkan sangat. Selalu je terlupa nk masukkan time goreng sayur.
    7. Susu-Apa2 susu pun ok. Awal2 bersalin sy minum Enfamama. Wpun rasanya kurang ngam dengan tekak saya tp sy minum je. Dgn harganya yg amat mahal dan tak berapa ngam ngan tekak saya, saya habiskan satu tin aje. Sehingga sekarang sy amalkan minum fresh milk Dutch Lady tu. Apa yg saya perhatikan, susu lebih pekat berbanding hari sy tak minum susu.
    8. Milo-Setiap hari sy mesti minum satu gelas milo. Kadang2 campur terus dengan fresh milk. Lemak berkrim!!
    9. Horlicks-Sungguh sedap dan pengeluaran susu amat memberansangkan. Tapi lama2 sy jadik jemu gak minum horlicks ni. Plus, harganya mahal! Hehehe...
    10. Madu-Sy amalkan minum madu khaula dibancuh dgn setgh gelas air setiap hari. Tapi kadang2 terlupa jugak.
    11. Oat-Sy amalkan setiap hari jugak dan mesti dibancuh dgn milo. Kalau tak saya takboleh nk telan. Bagus utk maintainkan pengeluaran BM sy.
    12. Air barli-Rebus barli sehingga kembang dan bancuh dgn sedikit gula batu (gula biasa pun ok). Awal2 selepas bersalin, sy ada amalkan. Sekrg ni dah jarang2 jugak.
    13. Kurma-Membantu jugak.

    • APA YG SY LAKUKAN?/AMALAN HARIAN
    1. Pam, mengepam dan mengepam. Direct feeding tu of courselah kan? Tapi sekiranya anda berjauhan dengan baby atau baby tidur lama, pamlah 2 jam sekali. Inilah senjata paling hebat kalau anda ingin tambahkan susu. Sy bagitau ni berdasarkan pengalaman sy sendiri di mana sebulan selepas bersalin, sy mengalami kemerunduman BM yg amat teruk. Pengalaman tersebut nti sy akan ceritakan dalm entri yg akan datang ye.
    2. Sy bertanya kepada org2 yg berpengetahuan. Jgn sesekali bercerita dengan org yg BUKAN PRO BREASTFEEDING. Nanti akan lebih down dan stress. Bila anda stress, susu pun akan makin berkurang. Sy pernah tercerita kepada kawan yg tidak support BF, ouhh... sgt menyesal bercerita dgn dia sbb dia tidaklah membantu ttp makin melemahkan semangat utk sy teruskan BF.
    3. Handle stress dengan baik. Kalau stress dengan tempat keje, dgn kawan2 atau sesiapa sahaja, cuba2lah tenangkan fikiran anda dengan membaca al quran atau bercuti atau membeli belah(kalau ada duit laaa.. hehehe).
    4. Selalu berfikiran positif yg susu sy cukup utk supply kat baby saya. Tapi berfikiran positif sahaja tidak cukup kalau tak amalkan yg NO 1 tu. BM tetap tak akan bertambah. :)
    5. Berdoa... doa... doa dan doa. Mintaklah seberapa banyak doa dengan Yang Maha Esa. Insyaalah niat murni kita akan dikabulkan.
    6. Cukupkan tidur dan rehat. Kalau penat dan kurang susu, supply pun akan merudum.
    7. Rujuk website2 atau artikel2 BF. Rujukan sy sepanjang berpantang 2 bulan ialah susuibu, Dr Jack Newman (siap ada video tau!), hpage cik Fid dan artikel dr MLO dan artikel2 yg diforward oleh kawan2. Terima kasih yg tak terhingga utk semua!!!
    Itu sajalah rasanya tips2 dr sy yg hanya berpengalaman menyusukan damia hampir 13 bulan ini. Syukur alhamdulillah kerana diberi nikmat ini. Semoga ibu2 di luar sana atau bakal2 ibu berjaya menyusukan anak masing2.



    EBM oh EBM...

    Lama tak cerita bab faveret ni, pasal EBM-Breastfeeding. Dengan penuh dukacita sy mengumumkan, sy tiada langsung stok EBM dalam peti ais. Sungguh sadis!!! Hasil perahan hari ini adalah bekalan utk damia utk hari esok. Kalau tak cukup, sy akan balik tengah hari utk hantar susu yg dipam kat ofis pd hari yg tersebut. Bila sy dah 'kidnap' hasil pd hari tu, sy akan kena usaha lebih utk cukupkan bekalan pd hari esoknya pula. Lebih2 lagi kejadian menghantar bekalan ini terkena di tengah minggu iaitu rabu atau khamis. Atau countermeasure yg lebih kronik, sy akan mengambil cuti emergency wpun annual leave sy dah sampai paras hidung iaitu 1.5 hari shj yg tinggal. Sungguh terukkan??

    Saya malas mengepam ke? Yup! sedikit malas utk bangun malam2. Dah tau stok tader, bangun laaa pam memalam tu wahai mama damia!!! Sekrg ni sy pam kat ofis 3X dan kat rumah 1X-2X shj. Hasil 3X kat ofis hanyalah 9-10 oz shj. Sangat merudum kan? Kat rumah pulak, purata 2X pam hanyalah 3-4 oz sbb sy akan pam selepas damia menyusu. Total utk satu hari adalah 12-14 oz, dan bekalan plg minimum utk damia ialah 13-14 oz. Sy dah dapatkan nasihat doktor damia, katanya tak perlu risau sangat sbb damia dh boleh makan macam2. Cuma apa yg saya risau ialah damia mmg langsung tak nak minum ape2 jenis susu lain selain BM! Sy cuba jugak bagi fresh milk tapi langsung direjectnya. Kalau fresh milk perasa coklat tu, damia akan sedut 2-3 teguk dan tegukan yg selepas tu akan dibuang keluar. Bukan saya nak carik alternatif utk tidak menyusukan damia lagi, tp saya nak mencari backup supaya damia tidak kekurangan sumber kalsium drp BM. Ke tak perlu?? Sy memang berazam utk BF damia selama mana yg sy mampu dan selama mana yg damia nak, Insyaallah. Moga2 sy diberi kekuatan dan dipermudahkan olehNYA utk teruskan keazaman sy ini.

    **
    BF-Breastfeeding
    BM-Breast Milk
    EBM-Expressed Breast Milk


    Saturday, April 4, 2009

    Usaha tangga kejayaan...

    Alhamdulillah, setelah 3-4 hari bertungkus lumus aku berjaya mencukupkan bekalan damia dan damia tak perlu minum FM lagik. Cuma 2X selama 2 hari damia sengsara dipaksa minum FM. Gomenne damia chan. Damia chan no tame, nande mo yarimachu yo...(^_^)V
    Ni ape yg aku buat selama seminggu ni...
    1. Pam.. pam... pam.... Kat ofis 3X n sambung kat rumah 3X. Plan sepatutnye 7 kali kalau utk buat stok, tapi badan aku tak mampu nk bangun. Huhuhu. Kat ofis, pkl9-pkl1220-pkl430. Kat rumah, sebelum tido lam pkl 10/11-pkl2/3 pagi-pkl5 pagi. Hasilnye mmg cukup2 utk bekalan damia 3oz X 7botol. Sbb hasil setiap kali sesi mengepam tu tak banyak sangat. Average kat ofis 3-4oz. Kalau kat rumah 2-3oz sahaja. Kalau dapat 3oz kat rumah tu, mmg aku sangat laaa happy.:))
    2. Minum air longan tiap2 hari.
    3. Minum Rich Milk Tea-WILDROOT BOTANICALS 2X sehari. Teh herba yg tak berapa sedap yg aku pernah cerita kat sini.
    4. Makan PIL ASI yg dibeli kat sini. Dulu pil ASI ni RM15 je sekotak tapi sekarang dah naik harga jadik RM20 dah.
    5. Minum susu DUTCH LADY-low fat tu sekotak sehari.
    6. Minum air yg banyak-2liter sehari.
    7. Makan sayur2 dalam kuantiti yg banyak especially lobak putih.
    8. Ponteng diet nasi aku.
    9. Minum MILO+OAT setiap pagi.
    Dalam banyak2 senarai di atas, aku rasa penambahan sesi mengepam adalah UBAT PALING MUJARAB di samping usaha2 lain tu. Walaupun penat n mengantuk sedikit berbanding hari2 sebelum ni, Insyaallah aku nk teruskan mengepam 6X sehari. Nak simpan stok banyak2. Actually aku pernah plan utk ambik cuti utk direct feeding damia dan nak pam utk tambahkan stok, tapi time ni aku amatlah takboleh cuti sbb ada kerja yg perlu diselesaikan sebelum 10 April nih. (@_@)

    Oh Tuhan, permudahkanlah aku dalam meneruskan usaha menyusukan damia....

    Friday, April 3, 2009

    Meruntun jiwa raga....

    Meruntun jiwa ragaku bila :-
    1. BBsitter damia report ebm 3 oz X 6 botol tak cukup... huhu.. sgt sadis.. Next day tu bagi 7botol pun tak cukup gak...
    2. Tgk stok ebm kat lam frezeer 0 oz!
    3. Hasil perahan jauh lebih sket dr demand. 6X pam pun still tak cukup...
    4. ........31032009-terpaksa pergi melilau kat kedai runcit nk carik susu formula apa nk distandbykan utk damia incase menangis tak cukup susu (sangat sakit hati n sedih!). Pening aku nk pilih susu, taktau mana satu nak beli. Last2 beli NAN-HA1.(HA:hypoallergernic) Sbb damia allergik susu lembu n ada eczema.
    5. Damia benci FM! siap nak muntah tuh masa mula2 try... (siap 'bluekkkkkkk' ok)
    6. 01042009-BBsitter bagi minum FM sambil pujuk-paksa... Damia menangis sambil minum FM... (lagiiii laa aku sedih..) Try lagi susu lain kot2 sbb susu tu tak sedap. Beli plak ISOMIL. Before ni damia pernah minum susu ni masa BM ku still tak stabil dulu2. Tp try bagi pun tak jalan gak... BM paling best utk damia...
    7. 02042009-Pun lagi skali damia minum sambil nangis. Cuma damia sedikit excited bila diberi minum menggunakan cup. Sambil minum sambil nangis... Pun dipujuk-paksa minum oleh bbsitter. ***Hari ni aku plan nak balik utk hantar susu tgh ari, tapi memandangkan masih ade 3 hari utk hari bekerja, aku rasa aku tak dapat jugak nk cukup kan bekalan ebm utk damia utk hari seterusnya.

    Thursday, March 5, 2009

    Hasil...

    Hasil drp meminum milkmaid tea, alhamdulillah supplyku dah bertambah sikit dr biase.. Biasa maksudku : time merudum dum dum 2 minggu lepas. Mungkin badan baru nk sesuaikan diri sikit dr diet tak makan nasi aku kot. Sekarang dah ok balik. Alhamdulillah...
    Milkmaid tea ni aku pernah minum dulu, so rasa die.. ok.. takde masalah nak telan tapi...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Rich Milk Tea-WILDROOT BOTANICALS ni first time aku beli, amat laaaaaaaaaa tak sedap.. tapi kutelan jua demi SUSU.. tengok bahan2 nye ala2 milkmaid tea jugak tp banyak bebenoooo halba. Mungkin halba tu kot yang membuatkan rasa kureng sikit. Tiba2 terfikir pulak nak try minum air HALBA.. huhuhu.. ntah camne rasa die ek..

    Soya organik tu, ok laaa (aku kurang berkenan sgt) rasanya. Aku takleh buat pekat sangat, nanti rasa cam muakkkkk gitu.. sbb rasa susu tepung tu kot.

    Di samping tu aku ada ambik jugak RTC-ubat homoepati utk tambahkan susu. Tapi nampaknye kurang berkesan utk aku. So, abis yg ni nak stop beli RTC ni.

    Ape lagi ek, fenugreek pun aku telan jugak tp baru abis minggu lepas. Fenugreek ni mungkin dah immune dengan badan aku sbb tak menambahkan susu tapi hanya memaintainkan susu aje...

    Aduhaiii, ape lagi nak telan nih...

    Friday, February 27, 2009

    DeSPeRaTe HouSeWiVeS...(DH)

    Hehehe.. tajuk tu sajer jerk.. bukan nak citer pasal DH pun tapi nak citer yang aku sekrg tgh desperado kot.. Oleh kerana hasil susu merudum tahap gaban, aku telah memborong brg2 seperti di dalam gambar ni... Biarlah gambar ni ajer yang menceritakan betapa desperado nye aku.. huhuhu...Semuanya ni beli belah kat sini..
    • Soya organik
    • Milkmaid tea-yang dalam uncang.. mahal bebeno aku rasa tp belasah aje... desperado kan?? haha
    • Rich milk tea
    • Botol2 MLO dan buku tu adalah utk motivasi diri. Supaya lebih bersemangat utk teruskan bf.:)
    Harap2 buleh membantu aku tambahkan BM di samping pengepaman yg kerap n sayur2an yg berlambak dalam peti ais.. termasuklah daikon (carrot putih) yang diwar2kan dapat tambahkan susu.

    Aku ada entri yang tertangguh tentang nk tambahkan susu ibu mengikut pengalaman aku sendiri. Memandangkan aku selalu kena type email semula or carik2 lam mailbox aku yang bersepah bila ada kawan2 or adek2 bertanya pasal susu ibu ni, lebih baik aku tempek kat lam blog n senang aku nk copy paste bila diperlukan..

    psssttt... aku memang follow pun citer DH sebenarnye.. hihihi... AKU SUKE!

    Saturday, December 20, 2008

    eRKSSS.... YaBai!!!

    19122008... stok ebm 0 oz......... erkss.... amatlah kritikal memandangkan aku tak bagi damia solid secara konsisten.. so.. ebm yg perlu dibekalkan masih lagi maintain 2.5-3 ozX7botol... aduyaiii....

    2012208... spatutnya 25 oz tp tinggal 23 oz je... hasil 2 ari nye mengepam... tp arini kuar jenjalan... bawak gak bekal 2 oz... sbb tmpat2 yg nk gi tu tak mesra alam terhadap ibu2 yg bf...

    Hopefully... malam ni n esok buleh laa tambahkan stok... kritikal nih...!!!
    Blog Widget by LinkWithin