Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Kek Coklat Kukus (Gebuss)


(Sumber dari sini, thanks chetam
Kek Coklat Kukus Zaiima (very moist)
Sumber: NoorMasri
... akibat 'derhaka' dgn resepi topping, tak cantek jadinya...

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara : Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan. (Saya kukus 1 jam sahaja, bergantung kepada size loyang anda ye)

TOPPING COKLAT dari Noor Masri

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
(Jangan kurangkan kuantiti, nti coklat pekat sangat, topping tak cantek mcm yg saya buat ni *boleh juga gantikan dengan fresh milk*)
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional (Saya tak letak gula)

Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.
(Saya tak corakkan pun, tabur ngan badam hancur ajee)

Nota tangan saya : Kalau nak buat ala2 cupcake tu, kukus 20 minit aje yee...

 

Thursday, June 24, 2010

Santapan Hari Bapa 2010

Tetiba saya dirasuk 'semangat masuk dapur' di hari bapa yang lepas. Silalah jamu mata... Makanannya semua dah habis kecuali 'pencuci mulut' aje yg masih ada...
daging bbq & konco2...
roasted chicken terlebih kicap pekat & kawan2.. ni santapan pre father's day
kek coklat kukus yang gebus.... **sila abaikan topping yg kurang menjadik itu**
chocolate cheese cake (tak bakar)... 1st time try wat cheese cake... sesapa yg pencinta cheese cake mmg suka laa kot... disebabkan saya biasa2 aje dgn cheese cake, kurang sesuai ngan tekak kot jenis yg tak bakar ni.


Nota tangan saya : resepi akan saya share di entry lain ye...

Thursday, June 17, 2010

Damia's birthday celebration

Pertama2 sekali saya ingin memohon maaf sekiranya anda tidak mendapat undangan ke majlis sambutan hari jadi damia yang ke-2 ni. Ikhlas saya katakan, kalau ikut kehendak hati, saya memang ingin benar menjemput semua kawan dan org2 yg mengenali kami sama ada alam nyata atau alam maya. Tapi memandangkan kudrat kami yg hanya ada 1 setengah orang (encik suami dan makyong; makyong tak dapat bekerja sepenuhnya kerana peyut adalah sangat memboncet), tak dapat kami nak buat secara terbuka dan besar2. InsyaAllah ada rezeki di tahun2 hadapan, kami takkan lupa menjemput anda sekeluarga. Mohon maaf!! Hontou ni gomennasai. m(._.)m
(aih, terasa macam tulis surat pulaks....)

Alhamdulillah, 12-06-2010 yang lepas sambutan birthday damia selamat diadakan. Masa birthday yg pertama tahun lepas, kami sambut bertiga saja. Masa tu damia pun taktau lagi lagu birthday, ape itu birthday.. yg damia tau godek2 kek sampai lunyai.. :). Memandangkan tahun ni tahun last damia jadi anak tunggal, maka kami buatlah majlis kecik utk meraikannya. Tahun depan dan depan dan depan, mungkin akan share aje birthday party. Bukan sbb dah tak special tau tapi bolehlah berjimat sikit kan. Damia jangan kecik ati tau.. Damia tetap yang pertama di hati mama!! (adik juga adalah yang pertama kerana adik adalah anak kedua yg pertama, tak mungkin ada yang lain kan...)

Oklah, jom layan gambar pd hari tersebut.... layannnnnnn....
 birthday kek damia yang ditempah dari lijas (http://lieza-yummycakes.blogspot.com/)
decoration by papa damia, idea adalah dr mama damia jugak... (hehe.. mama mmglah takleh nk deco, takleh panjat kan...)
birthday girl bersantai dgn alvin dulu... taktik papa supaya tak kacau birthday cake-cupcakes...
rilexxxxx.... time ni tetiba tader letrik pulak, sbb tulah anak dara pakai bj dan seluar lubang2 ni...
birthday cake & cupcakes yg ditempah dari lijas
birthday girl nk bersantap dulu.... kalau tak, nti damia kacau yg lain...(ugutan dr damia..)
mama & anak dara 2 tahun. mata anak dara adalah tak lepas dr dok pandang mickey mouse...
dan lagi... merenung mickey mouse... geram nk ambik tp mama tak kasik.. kena tunggu kawan2 datang dulu...
yeayyyy,.... akhirnya tibalah masa utk potong kek.....
(errr... cemana buleh lupa nyalakan lilin comey tu... huhuhu)
birthday girl & 2 beradik yg aktif.irfan & aqil
yeayyy!! akhir dpt jugak cupcake mickey..
wajah birthday girl yg terpinga2 pun ade jugak... yg tengah kepeningan pun ye jugak.... 
birthday girl with mama & papa... irfan menyelit skali..
aacchuummmmmmmmmm...........
meleleh air idung... birthday girl tak berapa sihat sebenarnya.... tp alhamdulillah tak berapa merengek sangat....
tetap taknak berganjak dr meja kek.... geram nk pegang mickey kat kek kot..
masih melepak... wpun kawan2 dh tader kat meja kek...
sayang sungguh dia nk tinggalkan sang mickey...





lagi2 gambar lain, silalah ke sini.


Friday, October 16, 2009

Kek Coklat Kukus Cik Fid

Dah 2 kali try kek coklat kukus Cik Fid ni. Memang senang, sedap dan kompom menjadik. Thanks kepada tuan empunya resepi ye. Cik Fid, saya mintak keizinan nk copy paste kat blog saya ni utk tujuan simpanan dan perkongsian dengan rakan2.  Gambar tak sempat nak ambik. Nanti kalau buat lagi lain kali, saya kongsikan gambar sekali ya.

Bahan-bahan ( 8 in )
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara-cara
Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
Angkat dan sejukkan.

***menurut cik fid, sumber rujukan adalah myresepi.com



Blog Widget by LinkWithin