Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Apa cerita dengan DIET Lailasani?


Lama tak update. Tapi saya masih bersemangat ye puan2... Tiada perkataan putus asa, tapi curi2 makan tu biasa laaa kan. Lagipun bulan lepas banyak betullllll kenduri kendara, dan farewell party pun ada jugak. Farewell bos jepung kat kampeni saya.

Ok, kita sambung progress diet saya ye. Entry lepas ada kat sini. Sila klik kalau nk tau...:)
Sehingga 23 April.
Masa ni saya turun 7kg kan selama 5 bulan.
Ok, jom kita sambung kronologinya beserta kronologi yang lepas.
Disember 2011 : Turun 2 kg (Pakej Basic)
Januari 2012 : Turun 2 kg (Pakej Basic)
Febuari 2012 : Turun 1 kg (Pakej Basic)
Mac 2012 : Turun 1 kg (Pakej Premium)
April 2012 : Turun 1 kg (Pakej Advance)
May 2012 : Turun 1.8 kg (Pakej Extravaganza)
 **Package2 yg dalam kurungan tu adalah produk Shaklee yang saya guna sepanjang saya diet ni. Nak tau detail boleh laa ke sini ye. Sila klik link di bawah ni.
Supplemen semulajadi
So terkini sehingga May 2012, penurunan adalah sebanyak 8.8 kg. Sangat happy wooooooo... Alhamdulillah.
Sekarang tengah fight dengan boss Jepun nk turunkan 5 kg sebelum raya. Perempuan Jepun ni memang sangat2 conscious dengan berat badan dan kecantikan ni. Dia nak balik Japan nk jumpa hubbynya dlm keadaan yg kurus dan cantek. Tapi tadi dia timbang kat ofis dah turun 2 kg punnnnnnnnnnnnnnn...!!! Huwaaa, tambah stress i tau! Huhuhuh....

So, misi yang akan datang,
Jun turunkan 2kg
Julai turunkan 2kg
2 minggu pertama Ogos 1kg...
Ganbaru zo!!!!

Nak join saya diet jugak? Bolehlah berkunjung ke kedai saya ni atau terus email ke lailasani@gmail.com
atau sms/whatsapp ke 019-7228520.

Opss, lupa lak.. nk jugak tunjuk gambar terkini.... hehehehe...
Gambar terkini bersama encik suami sempena last day beliau bekerja sekilang dengan saya.
(24022003~04052012)

Nota tangan saya : Kalau nk cuba turunkan berat badan, kata kunci utama adalah DISIPLIN dan SEMANGAT yang tinggi. Makin banyak anda ingin turunkan, makin TINGGI SEMANGAT yang perlu ada...:)
Ganbatte minna!!!


Monday, April 23, 2012

Diet Lailasani | Alhamdulillah berjaya!!

Tajuk macam laaa dah berjaya turun seperti berat yang dimahukan kan? Hehehehe.
Saje jer tu tajuk kasik semangat kat tuan empunya diri. Hampir 5 tahun gitu asyik dok berazammmm je lebih kan. Ni, alhamdulillah berjaya merealisasikannya. Diet Lailasani ni akan berterusan tahun ini sehinggalah tercapai target BMI normal dengan ketinggian saya yang tak berapa nak tinggi ni. Mohon2 dapat istiqamah berdisiplin meneruskan 'pengembaraan' ini.:)


 Aug 2010, sebelum kelahiran dinie chan.

 June 2011, dinie chan 10 bulan...

Jan 2012, CNY 2012, dinie chan 1Y 5M
Program diet sedang berjalan time ni.... Balik kampung je, abis punah ranah dietku. Huhuhuhu


Kronologi :-
Start diet : November 2011 - Berapa kg? Hmmmmm.. .segan nak bagitau. Hihihi, kita share part berapa kg yang berkurang jelah ye. Nanti kalau dah hilang segan tu, saya sharelah BERAPA kg berat saya semasa start program ni.
Disember 2011 : Turun 2 kg
Januari 2012 : Turun 2 kg
Febuari 2012 : Turun 1 kg
Mac 2012 : Turun 1 kg
April 2012 : Turun 1 kg

Alhamdulillah, BERJAYA kali ni. Total dah turun 7 KG selama 5 bulan. Dengan bantuan produk SHAKLEE dan juga penjagaan pemakanan yang teratur. Bukan tak makan langsung ye. Itu memang LAPARRRR! Mana tahan macam tu. Saya makan, cuma saya kawal dan cek apa yang saya ambil. Saya memang taknak turunkn berat secara drastik pun. Kalau boleh biarlah slow2 dan dapat maintain dan juga berat pun tak bertambah dengan mendadak. Sekarang pulun exercise pulak sbb rasanya diet tanpa exercise ni macam tak cukup garam/gula dalam program berdiet. :P

Kalau tak boleh turun seperti semasa majlis perkahwinan saya ni pun, cukuplah pertambahan 5 kg dari berat semasa majlis ni. Berapa kg tu? Ehem....
Target saya adalah 55 kg desu!! Doakan semoga saya berjaya ye! Target ini adalah sehingga Disember 2012, InsyaAllah.
Ganbaru zo!!!!


Gambar sebagai motivasi utk terus berdisiplin!!! Masa ni 49-50 kg desu! Kenangan oh kenangan....:P

Nota tangan saya : Tips dari RAPI Apr 2012
Elakkan Diet Drastik : Pengurangan berat badan sebanyak 1kg sebulan adalah lebih baik drp turun berat badan dgn banyak secara drastik dan mendadak. Ia boleh mengganggu kesihatan dan tidak mustahil jika anda berhenti berdiet, berat badan juga akan bertambah secara mendadak atau lebih teruk dr dahulu. Sabar dan kuatkan semangat ye....:)


Tuesday, April 3, 2012

Nak cuba diet tapi menyusu baby

Jangan risau, sekrg anda sudah ada produk yang sesuai utk ibu2 menyusu. Saya faham apa yg kawan2 inginkan. Sbb saya juga pernah menghadapi masalah yg sama. Kawan2 boleh terjah ke sini utk mendapatkan info lanjut. Anda juga boleh ctc saya melalui :-
Email : lailasani@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0197228520

Sunday, January 31, 2010

Pengumuman & jualan NUTRIMEAL percuma FIBERGY (SOLD!)

Dengan ini saya mengisytiharkan yang saya bukanlah lagi pengamal DIET bersama USANA. Kenalah stop dulu buat masa sekrg ni sehinggalah .......... (tempohnya adalah tidak diketahui, yg pastinya adalah setelah 2 tahun menyusukan adik damia, Insyaallah)

Buat masa sekarang ni, sy masih ada stok NUTRIMEAL perasa FRENCH VANILLA 1 tin (belum dibuka) dan  FIBERGY perasa ALMOND CREME yg baru guna 2 scoop. Kepada sesiapa yg berminat utk membeli NUTRIMEAL dgn harga ahli iaitu RM110 akan mendapat PERCUMA FIBERGY. Kos penghantaran adalah RM10.

Dengan RM120, anda akan mendapat FRENCH VANILLA NUTRIMEAL dan ALMOND CREME FIBERGY. Anda boleh jimat RM100!!
(Harga ahli utk NUTRIMEAL RM110 + FIBERGY RM110 = RM220)


**Usana tu apa? Silalah ke usana.com
**Berkesan ke USANA utk diet? Silalah ke sini dan ke sini. (Pengalaman saya) 
Kepada yg berminat, boleh hubungi saya di lailasani@gmail.com


Wednesday, December 16, 2009

Seminggu...

Diet saya hancusss sebab :-
  1. Jalan2 kat spore, takkan taknak merasa makanan kat negara org kan? Cheewah, mcm laaa luar negara sangat pun kan. Tapi KFC mmg berbeza kesedapannya. Lebih rangup dan berperisa gitu. Burger King tak beza sgt laa. SEDAP spt BK di Malaysia jugak. Semuanya ada certificate HALAL. So, jgn risau dan ragu2 ok.
  2. Pergi rumah saudara mara bersama2 MIL dan ipar duai. Takkan taknak makan kan? Nanti rasa bsalah plak ngan tuan rumah. Penat2 tuan rumah masak. Hehehe. 
  3. MIL dan ipar duai masak2 kat rumah. Setiap masa ada makanan beb. Tak baik laaaa tak makan. Penattt je diorg masak. (Seminggu diorg datang, seminggu jugaklah sy tak masuk dapur utk masak.) Tetamu yg dtg ni bukan calang2 tetamu. Macam tukang masak jemputan gitu... :) MIL mmg suke masak. Saya tlg2 potong2 hidang2 jer...
Nota tangan saya :
  1. USANA harus dilupakan kalo dh makan2 tak berapa ingat diri tgh diet tu. Kalo minum jugak berdouble2 laa plak 'naik' nanti kan..
  2. Adakah semua yg di atas adalah alasan?
  3. Sgt takut nak naik penimbang, baru semlm timbang. Belum naik lagik, still maintain turun 3kg.:)
  4. Dah start diet semula dah ni..:) GANBARU ZO!!!

    Friday, December 11, 2009

    Kenapa USANA menjadi pilihan?

    **sambungan drp entry saya ttg usana yg ini.

    Reason kenapa saya memilih USANA utk program diet saya :-
    1. Sesuai utk org pregnant/bf. Usana sesuai utk org pregnant, sekaligus sesuai juga utk org yg menyusu. Saya kan masih menyusukan damia sekrg ni. **warning : jgn diet seperti saya sekiranya anda berniat utk menyusu sepenuhnya dgn susu ibu. Sy dah start campur susu formula sejak saya diet kerana penghasilan ebm amatlah terhad. Malam, damia menyusu sepenuhnya. Saya juga tak perlu risau sekiranya saya pregnant lagi semasa saya mengambil USANA ni. Kebanyakan pil diet/produk2 utk turunkan berat badan adalah tidak sesuai utk org mengandung. Tapi dengan USANA saya dgn senang hati mengambilnya setiap hari.
    2. Penambah nutrien. Saya kan tak makan nasi/ayam/daging dll yg boleh menambahkan lemak2 tepu dalam badan. Jadi USANAlah yg tukang tambahkan segala nutrien2 yg berkurangan itu.
    3. Senang/mudah dan cepat. Senang dan cepat nak prepare. Letak ribena (jus ape2 pun boleh)+air+USANA. Goncang2, boleh minum dah. Kalau kat ofis, sambil2 menikmati USANA sambil2 surf internet... syokkk!!
    4. Sedap. Sedap!!! Ini penting sbb kalau tak sedap, motivasi nk menelan tu pun kurang. Nanti sure takleh nk maintain kan. (jus2 yg dipilih utk buat usana ni terpulang kepada diri sdirilah nk campur dgn ape. Setakat ni sy suka campur dgn ribena)


    Tuesday, December 1, 2009

    Update DIET bersama USANA

    Hari ni adalah hari ke-30 sy mengambil USANA. Keputusannya?
    Jeng je jenggggggggg......
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Berat saya turun 3.2 kg. Yeay!! Happy sbb target 2.5 kg je sebulan.

    Tapi jangan silap faham ye wahai saudara saudari sekelian. Bukanlah ambil USANA, terus turun berat badan. Memang kalau tanya sesiapa yg berpengalaman pun, TIADA jalan singkat utk kurus sekiranya tidak melibatkan kos RIBUAN $$$.

    Apa yg saya buat ialah :-
    1. Minggu pertama : USANA 2X (pagi dan malam), lunch saya makan tp kurangkan nasi.
    2. Minggu ke-2 hingga ke-4 : USANA untuk lunch (utk jimatkan kos beli usana, huhuhu), sarapan pagi saya ambik cam biasa, mlm saya kurangkan makan atau mkn sayur/ikan shj (NASI mmg tak makan langsung atau ambil 2-3 sudu aje).
    3. Makanan yg saya elakkan ialah AYAM, DAGING, NASI dan SEAFOOD. Kalau teringin pun makan sikit aje.
    4. Exercise : swimming, squash, badminton (tp sepanjang sebulan ni baru gi beberapa kali jerk, belum boleh betul2 buat jadual lagi)
    Fakta yg mesti dipatuhi utk turunkan berat badan (versi Laila)
    1. Mesti berdisiplin, keazaman mesti tinggi. Kalau encik suami atau org2 tersayang yg memberi dorongan, lagi laaaa bersemangat.
    2. Lawan nafsu makan yg membuak2 tu. Setkan minda, SAYA TENGAH DIET!!
    3. Exercise wajib!
    SAYA YAKIN ANDA AKAN BERJAYA!!! Kalau tak percaya cubalah. :)
    **Ouh, saya juga kecundang dengan prosperity burger.:P

    Kenapa USANA menjadi pilihan saya?


    Kenapa saya memilih USANA? Tungguuuuuuu...... akan diceriterakan.

    Sunday, November 8, 2009

    Jus Mate 5 (JM5)

    Beberapa kali jugak suami saya asyik cakap2 pasal JM5 ni. Maklumlah produk paling hangat masa kini kan? Pernah jugak dia cakap, kenapalah dr rozmey tak ambil saya jadik pengguna?. Asyik ambik orang2 yg 100kg keatas je.Kenalah jugak ambik org yg g*m*k biase aje. Hahahahahaha. SAYA lah tu.

    Apa lagi bang, silalah sponsor JM5 kalau takmau sponsor SLIM WORLD pun. Hehehehe.

    Nota tangan saya : Suami saya mau saya kurus lah tu... :P, tapi tak pernah laaa cakap direct.

    Saturday, November 7, 2009

    Bersama USANA

    02112009 : Hari pertama saya campur dengan sunquick. Errr, rasa yang tak boleh diexplain.
    Bukan sedap dan bukan tak sedap. Tapi telan ajelah.

    03112009 : Hari ke-2 bersama usana.
    Saya campur dengan ribena. SEDAPPP!!! Kawan2 yang try pun cakap, SEDAPP.

    04112009 : Hari ke-3, saya campur dengan jus apple twister. Sedap jugak tapi macam manis sikit.
    Saya campur dengan air kosong sikit. Jus ni mahal rupanya ek, 1 botol kecik cinonet 355ml tu RM2.40.
    Untuk dinner saya campur dengan kurma pulak. Blend USANA+kurma+air sejuk+ais sikit.
    Sedap jugak tapi serdak2 kurma tu membuatkan susah pulak saya nk menelan.

    05112009 : Hari ke-4, campur dengan ribena lagi. Memang sedap sampai rasa taknak berenti minum.

    06112009 : Hari ke-5, ribena jugakkkk...

    Ranking saya untuk campuran usana
    1-RIBENA
    2-JUS EPAL TWISTER
    3-KURMA
    4-SUNQUICK

    Timbangan berat?
    Saya belum timbang. Saya rasa kalau tak exercise mana senang2 je nk turunkan berat badan.
    So, dah exercise baru boleh timbang.

    EBM saya??
    Merudum dumdum... sesi pagi dan tengah hari hanya dapat 1oz. Sesi petang dapat 1.5-2oz.
     Adakah kerana DIET saya? Sememangnyalah kan.... Bekalan untuk damia hanyalah 2botolX3oz ebm.
     Fresh milk 2 kotak dan ISOMIL 4 scoop. :(

    USANA saya

    Nutrimeal perisa vanilla.
    Planning nak campur dengan sunquick seperti yg dicadangkan oleh puan sifu, mrmrsimran.
    Target utk turunkan berat sbyk 5kg dlm ms 2bulan
    (tak boleh target banyak2 nanti kecewa pulak kalau tak tercapai kan?)





    Nota tangan saya : baru seminggu saya ambil usana ni, tapi dah tinggal separuh laaa... agak2 2 minggu habis laa kot.:(

    Friday, November 6, 2009

    G*m*k dan saya

    ....memang tak dapat dipisahkan. huhuhu... sadiskan kenyataan ni?
    sampai bila kan? saya berazam utk turunkan berat sedikit demi sedikit sehinggalah mencapai berat yg IDEAL yg ada dalam otak saya. Bukan IDEAL yg org lain tengok dan orang lain kira2 BMI. Kalau kira2 BMI, saya sepatutnya berat 45kg sahaja yg mana mmg tak mampu utk saya capai dan memang saya taknak pun seRINGAN itu. Macam cinonet sangat nanti. Cemana nak angkat cangkul nak berkebun kan?
    Kalau ada org nak sponsor WEIGHT LONDON MANAGEMENT ke, SLIM WORLD ke, kan best?
    (sambil kenyit2 mata kat encik suami.. hahahha)
    Memang encik suami takkan sponsor dan takkan support walaupun guna duit sendiri utk pergi ke pusat slimming ni. Menghabiskan duit katanya. Lebih baik exercise katanya. Nanti kalau berat naik balik, macam membazir je duit yg dah dilaburkan tu.

    Dulu2 semasa bujang saya pernah mengunjungi slimming centre ni. Cara diorang psiko kita tu memanglah membuatkan kita tergoda habislah utk terus bayar deposit. Tapi nasib baik masa tu saya masih berjaya menahan godaan. Masa tu kekasih hati saya yg kini suami saya jugaklah yg tak support utk saya pergi slimming centre. Akhirnya saya mengambil keputusan utk belajar swimming, kurangkan makan nasi dan hasilnya saya berjaya menurunkan berat badan hampir 10kg. Yeayyy <--2 tahun yg lepas laaa

    Kini? Berat saya bertambah berganda2 selepas melahirkan damia. Huhuhuhu.. Berat badan yang paling berat dalam sejarah hidup saya. Kali ni memang betul2 bernekad utk turunkan berat badan. Mesti disiplin tinggi dan tidak tergoda dengan sebarang godaan makanan yg lazat2.

    Ganbaru zo!!!

    Nota tangan saya : BMI sekarang ni menghampiri LEBIH BERAT BADAN, jadi saya perlu sedar dan cuba utk turunkan berat badan demi kesihatan dan kecantikan juga serta untuk mengelakkan saya terpaksa membeli lebih banyak baju sbb baju2 lama semua dah takleh pakai.. huhuhu

    Thursday, October 29, 2009

    Terjebak sudah

    Saya juga telah terjebak dengan USANA! Harap2 berhasillah juga walaupun hanya beberapa kg. :)
    Nanti saya akan update setelah sebulan 'menggunakannya'.
    Dan saya juga telah terjebak dengan EUMORA. Tapi bukan utk saya, utk si anak dara yg eczema itu. Moga2 boleh kurangkan tahap kegatalannya.


    Thursday, February 26, 2009

    Lapo giler...

    Huh... aku telah cuba start diet bersungguh2 sejak 3hari lepas.... tp memang lapar gilos.... erkss... harap2 aku mampu bertahan... say NO to NASI!! hahahaha... Diet karbohidrat.. sumber protein sahaja diutamakan..
    Selagi bekalan susu utk damia tak terjejas, akan aku teruskan.... Harap2 laa berjaya... Target utk sebulan ni ialah... turunkan 5kg dalam masa sebulan-2 bulan??... nak target 10kg.. takut kecewa sangat kalau2 tak tercapai... huhuhu..
    Blog Widget by LinkWithin