Showing posts with label RaYa. Show all posts
Showing posts with label RaYa. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Salam aidilfitri buat semua..:)

Salam aidilfitri buat semua.... Mohon maaf andainya saya ada salah dan silap, sama ada yg tersedar atau dalam keadaan tidak sedar. Andainya ada hutang yg belum berbayar yg saya sudah terrrrlupa, mohon dikhabarkan. Moga2 silaturrahim yang terjalin di antara kita terus kekal hingga ke akhir hayat, INSYAALLAH.

.............. cerita ceriti raya akan menyusul...:)

Thursday, November 18, 2010

Menu terlampau di Aidiladha

Berhempas pulas-pening2 lalat bertanya pendapat kawan2 nak masak apa di hari raya aidiladha. Mcm2 suggestion. Macam2 komplen. Sebenarnya yg gubra sangat sbb takut jiran2 hulur2, karang taktau nak balas ape. Bukannya nak fikir nak makan apa. Hehehehe. Kawan cadangkan buat kek, tapi malas pulak nak basuh2 alatan buat kek tu. ok-itu alasan! pastu tanya2 utk tempah je kek. Mahal laaa pulak. Berkira beb! Hahahaha. Akhirnya buat keputusan nak buat soto. Mintak encik suami beli ayam 2 ekor. Cukuplah tu. Encik suami kata buat je nasi ayammmmmm. Saya dah boring lak buat nasi ayam je. Hmm....

Lepas tu borak2 ngan encik suami lagi. Saya dok fikir2 yang paling senang dan cepat utk dimasak. Pizza & spaghetti. Encik suami bersetuju bebenor pulak dgn suggestion tu.
So, di pagi raya yg bangun tak berapa nak pagi2 subuh, sy humban2 je bahan2 doh pizza. Kali ni buat lebih sikit, 2 kali ganda resepi pizza ni. Planningnya nak buat pizza scroll yang tak jadi buat ari tu. Hasilnya?
jeng... je jengggggg..........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 
 
 letak cheese banyak2.. lagi banyak lagi sedappp.. lagi gimottt... :P
 hasilnya memang sedapppppppp!!!!!!!!!

Nota tangan saya : idea pizza scroll ni adalah diambil dari dapur TTM yang ni. Memula nak tiru jugak title dia, pizza scroll menu istimewa utk suami yang... tp tak jadiklah. takut kena saman. hehehe

Wednesday, November 17, 2010

Salam aidiladha utk semua

..........salam aidiladha utk semua... mohon ampun dan maaf andai ada salah silap...
... saya rindukan........
bonda-bonda mertua-ayahanda mertua.....
kampung halaman.....
gelak ketawa bersama keluarga besar.......
oh... sangat2 rindu!!!:(

Monday, September 27, 2010

Raya 2010 ; dah basi ke?

 adik n kakak di pagi raya... adik syok tidooo je..

Masih syawal lagi kan? kira belum basi lagilah kot. Lagipun kami menetap di Johor, org Johor raya sebulan.:)


 kakak kata, adik TIDOOOO JE!

  gambar yg ntah TAKE ke berapa.. hahahha... kakak damia siap kena pegang mukanya dgn papa DD sbb tak dok diam walau sesaat... :)

Disebabkan kami beraya di perantauan, makanya makanan2  air tangan bonda/keluarga di pagi raya yg best dan syok adalah TIADA! Huhuhu.. Hanya mengharap belas ihsan jiran dan kawan2 yg menghantar makanan istimewa org Johor iaitu lontong, sambal kacang dan konco2nya. (Ceh!, bukanlaaa kebuluran pun kan... bersyukurrr masih ada makanan yg bertimbun2) TQ! Dan saya masak nasi tomato yg terlembiks pulak. Huhuhu.. Sibbaik masak sikit je.
 ns tomato n askar2nya, ketupat nasi n rendang adalah hasil tangkapan di bazar ramadhan.. :)

Nak dijadikan cerita gambar raya pun adalah sdkt menyedihkan bagi pihak photographer aka papa DD sbb flash kameranya rosak. Bagi mama DD dah ok dah, yang penting gambar tak blur n tak hitam legam. Hehehe...
OK, layan gambar ajelah.... takde cerita menarik di hari raya....:(
 mana kasut saya niii............
 .. ni dia kasut raya damia...
 .. cantikk.. cantikkk..........
bolehlah saya melaram kan mama....
KAMI.......

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Salam aidilfitri buat kawan2 di alam maya dan di alam nyata. 
Mohon ribuan ampun dan maaf andainya ada salah silap....
Untuk yg balik kampung, hati2 di jalan raya-moga selamat sampai ke destinasi... Insyaallah...

Dari kami sekeluarga
Mama-DD, Papa-DD
Damia
Dinie


Tuesday, September 7, 2010

Beraya di perantauan!

**kalau perantauan tu 'seberang laut' oklah jugak kan, tp kami ni beraya di JOHOR 4 beranak je! sob... sob.. sob... dgr khabar jiran sebelah rumah tak balik kampung, dapatlah temankan kami beraya di sini**

  • mood raya adalah ke laut... ( hari ni baru terasa syahdu nk beraya, bila dengar adik beradik ipar duai dh balik ke kampung....)
  • bj raya anak2 je prepare betul2, bj bondanya pun beli tangkap muat je sbb takde baju yg proper yg 'muat2' utk ambik gambar raya tahun ni.
  • biskut raya tak buat langsung, beli pun satu jenis ja!
  • kerepek2 adalah banyak! hehehehe... so sape2 yg mai rumah kami jgn segan silu makan kerepek ajelah ye. hehehe...
  • rumah kami adalah TERBUKA sepanjang masa, tak kira ramadhan atau syawal... (majlis rumah terbuka adalah TIADA ye tahun ni)
  • ............ tgh blur2 lagik nak masak apa raya ni... huhuhu
Nota tangan saya : bukan tak pernah beraya di perantauan semasa bujang trang tang tang dulu, masa tu okay je. mungkin sbb dulu mmg 'betul2 jauh', nk balik pun takde cuti dan takde kos. sekarang ni terasa syahdu pulak tak dapat beraya di kampung. sbb DEKAT tp takleh balik... huhuhu.. (DEKAT2 pun 13 jam jugak naik kereta! berasap muntut!)

Friday, November 27, 2009

Salam aidiladha

Salam aidiladha buat semua. Salah dan silap harap diampunkan...

Kami beraya di Johor aje tahun ni, spt tahun lepas jugak. Tapi tahun ni hari raya amatlah hambar. Tiada masakan yg special pun. Tuan dapur malas.:(
Pagi tadi masak nasi lemak + ayam goreng rempah aje. Pastu buat kek coklat kukus. Kalau ada org datang beraya kami hidang kek ajelah kot. huhuhu..
Thanks kepada jiran kami yg bagi lontong dan konco2nya. Kami nk balas dgn ape ek? Kek coklat boleh? Ngeee....



Wednesday, October 21, 2009

Ceritera Raya-Part 4

Raya ke2 balik ke kampung saya di Jerteh. Tahun ni takde episod bergambar2 pun sbb ramai yg tader dan belum balik lagi. Kakak2 dan abang2 yg turn rumah mertua dan ada juga yg tak dapat balik sbb tgh sarat mengandung. Keesokan harinya terus balik semula ke Tumpat. 2 hari satu malam je kat kampung saya. So tahun depan kena qada' ni bang...(ingat tu.... kekekekke).
Kami kena balik dengan segera ke kampung papa damia semula sbb majlis akikah damia akan diadakan keesokan harinya. Sangat tak manislah kan kalau kami tak sama2 bergotong-royong membuat persiapan kan.
Terkorbanlah seekor lembu pd petang hari raya ke-3. Kami kongsikong ramai2 utk majlis akikah tu. Semuanya PIL yg sponsor. Yeay!!! Terima kasih banyak2 kat PIL. Selamatlah poket papa damia yg sudah semakin rabak time tu.. hihihi...


sang lembu yg dikorbankan utk majlis akikah

Seronok dapat kumpul ramai2 sekali sekala ni. Kami berchitchat hingga ke pagi. Sehari sebelum kami semua berangkat pulang ke tempat kerja masing2, kami mengambil gambar2 kenangan bersama keluarga.Bilalah agaknya dapat kumpul2 macam ni lagi. Mungkin kena tunggu raya tahun depan pulak.:P

 
PIL dan anak teruna nk seorang... masih available ye...:))


Kakak ipar, kak da-abg hisham n anak2


Abang ipar, abe' de'-kak sue n anak2


Adik ipar, seng-hanim n anak2


Adik ipar aka perantin baru, awie dan zila


Cukup semua ahli keluarga belah papa damia

Lasttttttttttt sekali, kami laaa... tak sah kalo tak tempek gambar kami jugak kan... hehehehe




Monday, October 19, 2009

Ceritera Raya-Part 3 : Panash laaa mama!

Cerita ceriti damia hanya pakai tudung 5 minit. Tak sempat nak posing2.


 
 
 


Ceritera Raya-Part 2

Mood raya masih ada ke? Syawal dah berlalu kan? Ngeee... saya baru sempat nk mengupload gambar yg di'cuci' oleh encik suami.
Raya tahun ni, first day raya kat rumah papa damia. Kami balik pun sehari sebelum raya, tak sempat sangat nk shopping2 utk raya. (tak sempat shopping tudung yg menjadi rutin saya setiap kali balik kampung). Tudung dan baju raya pakai yg mana ada saje. Kami kan tahun ni tader baju raya.
Pagi raya, papa damia dan hero2 (adik2 papa damia) serta tok abah damia gi sembahyang raya. Sementara saya dan biras (pengantin baru) tolong2 MIL apa yang patut. Pengantin baru laaa yg paling rajin tolong ma kat dapur. Saya tolong2 masukkan biskut dalam balang dan kemas2 sikit aje. :P
Lepas sembahyang raya, geng2 hero pergi menziarahi kubur arwah2 tok dan sedara mara. Dan tengah hari nya kami keluar beraya SAKAN sampai malam. 'Culture shock' pengantin baru. Kekekeke.... Kan namanya RAYA. Bila lagi nk beraya dan menziarahi sanak saudara kan? Balik kampung pun jarang2 sekali.
Sila layan gambar2 si cilik di pagi raya. Seperti tahun lepas, lepas mandi dan pakai baju cantik2, aktiviti damia ialah ZZzzzzZZZZZZZZ..........

aktiviti pagi raya.. tidooooo...



posing... syok dapat duduk atas sofa... jarang2 sekali boleh susuk atas sofa ni..



 
apekah aksi ini??? aksi tunjuk betis? 



penat dek nonnnn...... i memasak malam tadik. lenguh2 betis i yg comey ni.

Opssstt.. Sebelum keluar beraya, kami posing2 dulu anak beranak... mr paparazzi nya tak lain dan tak bukan.. PAPA DAMIA laaa...

adik ipar... pengantin baru trang tang2...
 
kiri, satu2nya adik ipar yg masih bujang trang tang2. sementara pengantin baru cuba memujuk damia supaya tengok kamera...


damia dgn mama damia.... taknak duduk diam langsung.. susah nk ambil gambar berdua


kami bertiga di pagi raya... korang pernah nampak kan baju ni? hihihi.. kan i dah cakap.. recycle aje baju raya nya. bj masa wedding adik


pagi raya.. abg ipar dan kakak ipar masih belum baliks..


damia.. damia... taknak duduk kat riba mama...


satu2nya gambar kami berdua kot... huhuhu


Gambar2 lain lagi, silalah melawat ke sini.


Blog Widget by LinkWithin