Showing posts with label Potpetpotpet. Show all posts
Showing posts with label Potpetpotpet. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Berita gumbira tetapi memerlukan pengorbanan:)

Alhamdulillah, sangat happy hari ni. Sebab encik suami berjaya mendapatkan kerja baru setelah berlaku beberapa tragedi :P. Walaupun banyak pengorbanan perlu dilakukan, saya tetap happy. Maklumlah dah 5 tahun lebih pergi-balik kerja bersama2. Mungkin akan rasa sedikit janggal utk minggu2 pertama. Harap2 segalanya berjalan dengan lancar. InsyaALLAH.


Nota tangan saya : Harap2 anak2 pun sentiasa ok sepanjang mama kena handle sendiri ni.:). Dan setiap hari sudah pasti Damia chan akan tanya, MANA PAPA?

Wednesday, August 24, 2011

Lama sungguh...

... blog ini sepi.
saya perlu buat sesuatu supaya momentum utk menulis terus datang. tiada lagi perasaan malas, sila pergi jauh2 alasan sibuk....
saya minta maaf kerana meninggalkan entry ini tanpa sebarang kesimpulan. saya kira ramai yg mendapatkannya daripada suratkhabar serta entry2 di blog2 lain. apa yang saya tahu, kata putusnya adalah hukumnya HARUS. tp setiap kali saya memikirkannya, hati saya berbelah bagi. jadi utk mengelakkan hati saya terus tidak tenang, saya keluarkan simpanan yg tak seberapa drp akaun ASB saya dan memasukkan ke tempat yg saya rasa hati saya lebih tenang. kini saya tidak perlu gundah gulana lagi......:)

nota tangan saya : saya ingin menghidupkan kembali blog saya ini. INSYAALLAH.
rumah saya yg satu lagi itu masih juga wujud, tp menulis di sana tidak seperti menulis di rumah sendiri rasanya.

Wednesday, April 6, 2011

Semua dah kena blok daaaa...

....... nak update blog mmg sah2 tak boleh laa kan kat ofis penjara+sekolah menengah ni, tp yg sangat2 ku kecewa ialah...
TAK BOLEH KOMEN DAAAAAAAAAAAA........
biasanya waktu rehat tengah hari kat ofis laaa saya jengah sana sini sbb kalau balik rumah mmg langsung tak sempat dah... + tido awal laa kan...
klik aje part komen... SEMUA KENA BLOK... aduyaiiiiiii...
ampeh sungguh..!!!
boring weiii.....
dan makin bertambh blog2 dlm list saya ni yg kena blok jugak... adeihhhhhh..
sabo ajelah...

Nota tangan saya : saya mmg suka tinggal jejak kalau jengah ke rumah org... biasanya laaa, tp tengok topik laa jugak kan...:)

Sunday, July 18, 2010

Poket koyak rabak tiba2....


 gmbr sang anai2 ni dari sini
.... kerana sang anai2.... aduyaiii..... bbrp jumlah $$$$ perlu dikeluarkan secara tiba2. huhuhu...
Mula2 ingat nak sembur je dengan ridsect ke, ridpest ke... encik suami pergi laaa nak beli kat giant, tapi dia kata tader pun jenis2 sembur tu utk anai2. Tergabra dan gubra jugaklah kan dengan sang anai2 yg boleh merebak dengan cepat ni, maka kami pun google2 sana sini. Jumpalah satu no tel pest control yg dekat ngan rumah ni. Terus call dan tanpa banyak songel auntie Chinese tu terus datang rumah tengok keadaan...... prong preng prong preng auntie tu cakap macam2. Terus bayar deposit... dan totalnya adalah.....

















2K! adeihhhh... tiba2 poket terus koyak rabak lorr.............
ni ctc no auntie tu... jumpa kat sini
saya takleh nk rekemen lagi sbb baru je nk guna perkhidmatannya. Insyaallah lepas sebulan/2-3 bulan nanti saya buat entry utk review pulak.

Nota tangan saya : dulu masa mula2 nak masuk rumah kami mmg bajet2 je buat mana yg penting, tu sebabnya tak buat pest control ni. tapi sebenarnya pest ctrl ni sangat laaa penting. macam SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN gitu.... harap2 lipas2 yg berkeliaran pun akan terus kiok beramai2...

Tuesday, July 13, 2010

Budak demam yg ceria kat depan kamera

Hari Khamis minggu lepas saya & encik suami terpaksa ambik emergency leave separuh hari kerana tiba2 bbsitter call damia demam dgn temperature yg sangat tinggi. 38.5! dan ubat adalah tiada di rumah bbsitter. Hanya ada 'cool kid' (yg tampal kat dahi tu) aje. Memang biasanya saya akan bekalkan je 'cool kid' tu, in case damia demam tiba2 ke. Biasanya kalau demam sikit2 tu, damia aktif lari sana sini, panjat sana sini jugak. Tapi kali ni damia tak aktif dan merengekk aje, tu yg bbsitter pun tak keruan tu. 

Balik tu terus pergi klinik ambik ubat demam sbb ubat kat rumah tinggal sikit je lagik. Cek2 temperature masih lagi tak turun pun, 38.5 jugak. Balik rumah makan ubat pun still tak turun jugak suhunya. Dah mencecah 39+ pulak tu.. Tak boleh jadik nih. Ni yg buat saya pun tak keruan ni. Terus pegi beli ubat utk masuk bontot pulak. Pas masuk ubat tu, barulah turun sikit. Mmg jarang2 damia demam teruk camni. Biasanya demam sikit2 aje.. Malamnya pun damia mmg susah nk tidur, asyik2 terjaga2 je. Mungkin sbb badan dh panas sangat. Pukul 5 pagi mcm tu saya masukkan lagi ubat bontot, terus tido sampai 10 pagi. Alhamdulillah demamnya dh kurang sikit.

Disebabkan demamnya tu yg agak tinggi, sy ambik cuti hari Jumaat tu utk jaga damia. Tak sampai hati nk hantar damia ke rumah bbsitter. Lagipun nak cek kat pakar kanak2 yg berdekatan dengan rumah ni, apalah punca yg menyebabkan damia demam macam tu skali. Dah jumpa doktor pakar tu, barulah tau rupa2nya dalam mulut damia-kat tekak ada bintik2 merah dan putih, virus infection (?). Doc ckp disebabkan tangan kotor pegang makanan2 atau masukkan ape2 yg tak bersih ke dalam mulut. Patutlah damia tak berapa nk minum susu malam tadi. Hmmm.... Doc bagi ubat titik dalam mulut, Cataflam dan ubat demam skali.

Balik rumah, masa makan tu damia boleh posing2 lagik. Suruh ambik gambar dia makan. Hehehe... Demam pun dah makin baik. Sangat2 ceria. Alhamdulillah...

mama.. peace.. peace...
mama.. peaceeee.. nak agi... senyum versi damia...
mama... peaceeeeeeeeeeeeeee agi...
mamaa.......... peace.........
**akhirnya mama give up.. dah dah laaa nak oiii... dah laaa guna kamera hp yg hampir2 nak kiok dah ni,... mama carik topik lain utk hentikan posing nih... hohoho**

Monday, July 5, 2010

Butakah mata.. butakah minda....

Pemandangan yg menyakitkan mata... menyesakkan minda... sehingga terfikir,
....... apakah yg bersarang di fikiran manusia2 yg melakukan kerja2 sebegini?
........... susah sangat ke nak buang ke tempat yang sepatutnya...
insaflah wahai insan......... Allah kurniakan akal fikiran utk berfikir... bukan hanya di bawa ke sana ke mari... bukan hanya sekadar hiasan bukan?


Nota tangan saya : Saya mmg tidak bertoleransi dgn kerja2 sebegini...

Thursday, June 24, 2010

Siapa belum ganti puasa?

...sila angkat tangan ye.... \(^_^)/  <-- sayalah ni... siap angkat tangan dua2 belah!! bersalah punye pasai..hehe

Saje peringatan utk kawan2 yg seangkatan dengan saya... marilah kita sama2 gantikan puasa tahun lepas yg tertinggal/ditinggalkan/wajib tinggal itu. Masa dah suntuk ni.. hanya tinggal sebulan beberapa hari je lagi. Insyaallah hari ni sy mencuba utk berpuasa. Dgn semangat waja, bangun pukul 4 lebih hari ni, masak nasi dan lauk2 yg simple. Dah 'melantak' satu pinggan nasi, konon2 persediaan hebat supaya tak berkeriut perutku hari ni. Moga2~~~~


Monday, May 17, 2010

Tahniah LHDN Johor

.. tahniah! tahniah di atas kecekapan pekerja2 LHDN Johor kerana bekerja keras utk memastikan kami pembayar cukai mendapat habuan yg sepatutnya.:)

Alhamdulillah.... tak sia2 saya tersilap tarikh tutup e-filing, saya hantar pd 29 mac dan mendapat jawapan 22 april serta mendapat cek selepas seminggu. Sangat cekap laa tu kan? Tabik spring utk LHDN Johor.
Okay, kenapa saya beria2 dok cakap LHDN Johor? Sebabnya saya cuba2 survey dengan kawan2 dr negeri lain, ada jugak yang bermasalah dengan LHDN ni. Ada yg tak pernah dapat pun duit yg terlonggok (longgok? banyak tu.. hehehe) @ duit cukai terlebih bayar. Sedangkan kata mereka selalu je ada cukai terlebih bayar setiap kali menghantar e-filing. Harap2 tahun ni kawan2 saya ni akan dapat hak mereka. INSYAALLAH. Kalau ada rezeki takkan ke mana.

Friday, April 30, 2010

4jam 40 minit bertapa di LCCT..

Dari pukul 9 pagi tadi kami anak beranak dok bertapa kat LCCT yg suam2 kuku ni utk menanti flight ke KB pkl 1:40 tgh hari nanti. Punyelah lame nak menunggu. Pukul 7 pagi tadi dah bertolak dari rumah kekanda kat Bandar Tun Hussein Onn menuju ke KL Sentral. Dari KL Sentral, kami menaiki bas ke LCCT dgn tambang RM9 seorg. Saja bawak damia jalan2 naik bas. Alhamdulillah damia tak banyak ragam wpun dah kena mandi seawal 6:30 pagi. Excited sekejap dia masa mula2 naik bas tu, pastu terus terlena.... Maklumlah masa tu masih pukul 8 pagi. Sejuk2 nyamannn gitu lam bas. OKlah, selesa jugak cuma bas tu boleh tahan lajunya menyebabkan makyong ni ala2 tak mampu menahan inersia (kalo salah perkataan ampun dan maaf ye, sy dh lupa ingatan perkataan2 fizik yg dh belajar bbrp puluh tahun yg lalu :P) diri sdiri... hahahah.. Plus cik damia dok merengek2 nak saya riba dia. Bertambah2lah makyong ni rasa cam nak tergolek dot.. :P

Kami bercuti di kampung agak lama juga memandangkan hari raya puasa nanti bakal tak balik kampung kerana INSYAALLAH sy akan bersalin dan berpantang di Johor. Uhuk.. uhuk... first time tak balik beraya di kampung. Dah dapat bayangkan dah ketidakmeriahan beraya di perantauan (ceyh, perantauanlah sangat kan? hehe)

Dah tinggal 1jam 40 min je lagi, kami dh nk pi check in. Selamat Hari Pekerja utk kawan2 tak kira sama ada yg bekerja di ofis atau di rumah atau di mana2 sahaja. Anda semua mmg pekerja yg HEBAT!

Saturday, March 6, 2010

Reminder kpd pengumpul stamp GIANT!!

Tarikh tutup utk redeem KUALI/PERIUK adalah 11 mac ye kawan2. Jangan ada yg terrrrsimpan lama2 pulak. Konfiden je saya cakap kat encik suami, takpe... tarikh tutup adalah 31 mac. Tetiba tadi tergerak hati nak tengok pulak tarikh tutupnya... 11 MAC!!!
Saya sudah silap komen kat blog mrsimran.... mintak ampun ye mr imran (sbb mr imran yg beria2 dok kumpul stamp ni).. sibbaik belum terlepas lagi tarikhnya.

Saturday, February 20, 2010

Emergency leave

Baru je sampai ofis, tgh sarapan kat kantin tiba2 dapat call dr bbsitter damia. Katanya bapa saudara suaminya meninggal. Innalillahh.....
Terpaksalah saya ambil emergency leave utk ambik damia hari ni. Cuti pun dah makin susut. Belum pun lagi guna utk check up adik damia ni. Huhuhu...
Bila fikir2, terasa nak hantar adik damia nanti kat nursery je. Senang sikit. Tapi ada pro & kontra nye jugak kan. Nanti nak senaraikan dulu dan bincang2 dgn encik suami. Then baru decide. Masih ada 8 bulan utk fikir2kan.

Friday, February 12, 2010

Header cute-mute dan comelss.. perasan tak?

Kalau ada yang perasan laaa, yg confirm encik suami dan kawan ofis dh perasan laaa blog kosong ni dh ada header baru yg cute mute lagi comeylss.... Saya sangat suka header ni sbb ianya:-
  1. sebijik sebijon seperti yg saya order. tqvm jiji!!
  2. mcm 'kena' dengan jiwa saya. :)
  3. simple! cute-mute! comeylss seperti damia!
  4. semua2nya yg di atas!!!
Terima kasih bebanyak kepada jiji yg telah mencipta header cute ni. Silalah berkunjung ke rumahnya dan seterusnya meng'email' tuan empunya rumah sekiranya anda pun terasa header anda patut ditukar yg cun2 melecun.
Atau anda boleh klik ke badge triplecolourlife kat sebelah kanan blog saya nun. Anda akan dibawa terus ke rumahnya ye.
Adios....

Friday, January 1, 2010

"010110"

...err... macam binary numbers jerk.. hehe..

Selamat Tahun Baru utk semua. Semoga tahun ni akan menjadi lebih baik drp tahun lepas. Insyaallah.

Nota tangan saya : Azam tahun 2010 hanya dok tersenarai dalam minda aje.:)

Monday, December 28, 2009

Doki doki shinagara....

...2010 ga mou sugu kuru yo!!
ato mikka kan shika nai...
iro iro yaritai kedo, naka naka yarerarenai ne...kanashii.....(-_-);

**nota tangan saya : wpun nihon go sudah bungkus, tetap nk tulis dalam nihon go... mintak hampunn kalau salah tatabahasa, salah perkataan...



Friday, December 18, 2009

Happy...

... sbb Malaysia dapat pingat emas dlm acara bola sepak Sukan SEA. Kalau saya pun happy, pemain2 sure happy tahap gaban kan?
TAHNIAH! TAHNIAH utk skuad bola sepak negara.

***rita rudaini mestilah lebih happy dr saya kan? huwahuwahuwahu


Wednesday, December 16, 2009

Hati-hati ye

Sekarang ni banyak sungguh penipuan yg cuba dilakukan oleh 'org2 yg bijak'. Sila hati2 ye kawan2.

Minggu lepas saya menerima panggilan dr seorg lelaki yg bercakap slang Indonesia (lepas 4-5min dengar macam slang Indian ckp melayu laks) mengatakan saya akan menerima security card utk kad kredit saya dr company XX. Saya dah rasa pelik jugak sbb biasanya kalau panggilan dr company XX ni biasanya no office kat KL bukannya HP. Untuk 5 minit pertama tu saya dengar jelah mamat tu membebel. Sekali dia tanya saya, PUAN NORLAILA GUNA KAD KREDIT JENIS APA? VISA KE MASTER?
Saya : EH, TAKKAN AWAK TAK TAHU KOT SAYA GUNA KAD JENIS APA, KAN ADA REKOD. (masih bersopan di situ)
tutttttttttttt... tuttttttttttttttttttttt.... line terus diputuskan.

***Lega, alhamdulillah saya tidak terpedaya. Moga2 Tuhan melindungi saya dr jenayah serba bijak ni.

Melalui email, saya menerima email2 ini berkali2.

Kawan2, adik2, kakak2, abang2 sekalian, sila jgn click ye link ni. Maybank ke atau mana bank takkan hantar notice2 macam ni. Sila jgn percaya okay. Nanti anda akan menyesal tak sudah.






Friday, December 11, 2009

O**ai Bare-

Ada ke patut tajuknya o**ai bare-. Jepun ni mmg
  • kreatif
  • mengarut
  • lu*ah... sgt2 ye!...
**cerita kanak2 sekolah yg nakal tergila2kan o**ai. cerita ni ada unsur2 lawak2 je sebenarnya... hehe.. sambil2 godek2 blog sy tengok jugak. tp tak menarik pun. citer kanak2 sekolah... asyik2 o**ai.. asyik2 o**ai. taksub sungguh ngan o**ai!!! BAKA da nee...

**sambil2 mgilap bhs jepun yg dh berkarat
  • uso tsuke
  • shinjirarenai
  • ganbaranakya
  • dan banyak lagi... sy tgk 15min pertama aje... dgr2 sayup kat ujung telinga.


Sunyi sepi part II

Rumah saya sungguh sunyi sepi malam ini. Senyap... MIL dan ipar duai dah balik dah. Damia pun tido awal pulak. Senyap sungguh.... :(
Dah seminggu rumah saya riuh rendah dengan suara anak2 kecil dan mak2 dara serta nenek dara. Bila sunyi sepi macam ni, terasa rindu pulak. Huhuhu...


Sunday, November 29, 2009

Taubat Nasuha

Selepas cerita nur kasih tadi, sambil2 lipat kain yg menimbun sy ngadap cerita taubat nasuha pulak. Cerita yang dilakonkan oleh Sheila Rusly (saya suka kalau sheila ni berlakon-sgt menjiwai watak), Fauzi Nawawi dan Dato' Jalaludin.
Ceritanya tentang si ayah, Mizi (fauzi nawawi) yg dihantui kisah silamnya yg didera oleh ayahnya ketika kecil sangat garang terhadap anak2 dan isterinya, Laila (sheila rusly). Setiap tutur katanya mesti ada... ENGKAU NI HIDUP MENYUSAHKAN ORG JE. Sambil2 tu tangannya mesti akan tarik rambut anak2 atau libas anak2. Sgt menyesakkan dada tgk cerita ni. Saya mmg tak boleh tahan kalau bab2 dera anak, dera isteri nih.
Endingnya kurang menarik sbb isteri dan anak2nya dibunuh oleh perompak. Mizi menyesal tp penyesalan yg sdh takde gunanya.

**sy dh kurang perkataan utk cerita CERITA TAUBAT NASUHA ni sbb idea dh terbantut. sy tulis entry ni lepas tgk cerita tu, baru je intro damia dh merengek2 mintak susu. hari ni nk sambung balik dah kehabisan kata2...

Nota tangan saya : Jangan dera anak, nanti akan mendidik anak2 menjadi seorg pendera anak isteri setelah beliau dewasa nanti. Mungkin teori ni lebih kurang sama juga dengan 'ANAK YG DISUSUKAN DGN SUSU IBU AKAN MENYUSUKAN ANAKNYA' (ANAK YG DIDERA AKAN MENDERA ANAK2NYA). Mintak dijauhkan dr kehidupan kita semua....

ouh... sy tidak minum susu ibu ms sy baby sbb sy tinggal dgn nenek, tp sy tetap susukan anak saya sbb sy tau tiada susu yg terbaik selain susu ibu.... happy breastfeeding!




Saturday, November 28, 2009

Nur Kasih episod akhir

Syok ngadap nur kasih tadi.....
Endingnya seperti yang dijangka dan diharapkan....
Keseluruhan cerita, SGT PUAS HATI.....
Plg saya suka, last sekali yg ditonjolkan ialah bukan NUR dan ADAM (wpun sy mmg suka nur dan adam dpt bersatu kembali)... ttp tentang kasih sayang adik beradik/keluarga dan kematian...
Peringatan ttg apa yg akan dibawa bila tiba saatnya....
Moga kita sama2 dpt ambik iktibar mana2 yg baik dr cerita ni....


Blog Widget by LinkWithin