Tuesday, July 13, 2010

Budak demam yg ceria kat depan kamera

Hari Khamis minggu lepas saya & encik suami terpaksa ambik emergency leave separuh hari kerana tiba2 bbsitter call damia demam dgn temperature yg sangat tinggi. 38.5! dan ubat adalah tiada di rumah bbsitter. Hanya ada 'cool kid' (yg tampal kat dahi tu) aje. Memang biasanya saya akan bekalkan je 'cool kid' tu, in case damia demam tiba2 ke. Biasanya kalau demam sikit2 tu, damia aktif lari sana sini, panjat sana sini jugak. Tapi kali ni damia tak aktif dan merengekk aje, tu yg bbsitter pun tak keruan tu. 

Balik tu terus pergi klinik ambik ubat demam sbb ubat kat rumah tinggal sikit je lagik. Cek2 temperature masih lagi tak turun pun, 38.5 jugak. Balik rumah makan ubat pun still tak turun jugak suhunya. Dah mencecah 39+ pulak tu.. Tak boleh jadik nih. Ni yg buat saya pun tak keruan ni. Terus pegi beli ubat utk masuk bontot pulak. Pas masuk ubat tu, barulah turun sikit. Mmg jarang2 damia demam teruk camni. Biasanya demam sikit2 aje.. Malamnya pun damia mmg susah nk tidur, asyik2 terjaga2 je. Mungkin sbb badan dh panas sangat. Pukul 5 pagi mcm tu saya masukkan lagi ubat bontot, terus tido sampai 10 pagi. Alhamdulillah demamnya dh kurang sikit.

Disebabkan demamnya tu yg agak tinggi, sy ambik cuti hari Jumaat tu utk jaga damia. Tak sampai hati nk hantar damia ke rumah bbsitter. Lagipun nak cek kat pakar kanak2 yg berdekatan dengan rumah ni, apalah punca yg menyebabkan damia demam macam tu skali. Dah jumpa doktor pakar tu, barulah tau rupa2nya dalam mulut damia-kat tekak ada bintik2 merah dan putih, virus infection (?). Doc ckp disebabkan tangan kotor pegang makanan2 atau masukkan ape2 yg tak bersih ke dalam mulut. Patutlah damia tak berapa nk minum susu malam tadi. Hmmm.... Doc bagi ubat titik dalam mulut, Cataflam dan ubat demam skali.

Balik rumah, masa makan tu damia boleh posing2 lagik. Suruh ambik gambar dia makan. Hehehe... Demam pun dah makin baik. Sangat2 ceria. Alhamdulillah...

mama.. peace.. peace...
mama.. peaceeee.. nak agi... senyum versi damia...
mama... peaceeeeeeeeeeeeeee agi...
mamaa.......... peace.........
**akhirnya mama give up.. dah dah laaa nak oiii... dah laaa guna kamera hp yg hampir2 nak kiok dah ni,... mama carik topik lain utk hentikan posing nih... hohoho**

No comments:

Blog Widget by LinkWithin