Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

13 jun 1987 - 13 jun 2011

.......sudah 24 tahun arwah ayah saya meninggalkan saya.....
saya rindukan kasih sayang seorang ayah, baru 2-3 tahun saya ingin bermanja2 dengan arwah ayah, beliau sudah pergi menyahut panggilan Ilahi...
pada masa itu saya baru berusia 9 tahun, dan pada waktu itu saya baru sahaja 3 tahun kembali bersama2 keluarga kerana dibesarkan oleh arwah nenda dari sejak dilahirkan....
saya rindukan ayah... moga arwah berada dalam golongan org2 yg soleh, INSYAALLAH....

Tuesday, August 24, 2010

Photoshoot mama moncet!

 ... awal2 sampai ke tempat kejadian, damia bad mood sesangat... konfius mamapapa dibuatnya. rupanya damia takut dengan org yg potong rumput kat padang... hohohoh...
susah nk tangkap gambar damia senyum time ni.

Lama jugak dok tangguh2 photoshoot utk mama yg moncet nih. Akhirnya berjaya jugak direalisasikan oleh photographer terhebat dalam family kami, iaitu tak lain tak bukan, PAPA DAMIA. Hehehe... **Siapa lagi nk ckp hebat kan? kecuali puan isteri dan anak2 sdiri kan? hehehe**
....kami bertiga, insyaallah bakal berempat.... damia masih lagi anak tunggal time ni...
 ... tukar location, barulah damia ceria time ni. hehehehe...

Hajat di hati, teringin juga nak ambik gambar2 romantika d'amour dengan papa damia seperti yg dirakamkan oleh KGK di Kluang tempoh hari. Dah lama rasanya tak ambik gambar berdua2an. Tapi apakan daya, mama damia kena terima hakikat yg sekarang ni dah ber3 dan bakal ber4. :). Macam2 taktik juga saya buat nak bagi damia leka dan tak masuk dalam gambar, tapi semuanya tak berjaya! Hehehe. Setiap kali setkan timer utk posing berdua2an, damia dengan lajunya berlari bersama2 papa damia utk masuk dalam gambar sekali. Hahahaha... Kalau diingat2 balik mmg sangat lawak. Laju betul damia lari.
.... hehehe, tak mendapat approval drp cik damia utk beromantika d' amour... kekeke... papa damia berlari masuk lam gambar, dia pun berlariiiiiiiii sama masuk... hahahaha...

Cuma ada satu je gambar kami berdua hasil taktik kotor mama-papa damia. Hehehe....
 ....psssttttt, damia ade sebenarnya dok bersila kat kaki mamapapa... hihihi... kamera difokus betul2 atas kepala damia ajerk... sorry ye damia, bg can utk gambar satu ni jeee... :)

 anak dara kesayangan mama...
.. lompatttttttttttttttt!!!!

Posing2 dengan papa pulak, siannn papa asyik tader dalam gambar je kan. Hehehe... Kalau mama yg ambik gambar, tukar setting kamera kepada AUTO ajelah...  senang! hehehe... klik.. klik... klik-fokus... siap!!
 .. damia & papa...
manja sungguh damia ngan papa sekrg ni tau...
sekejap2 tanya... 'mana papa ni...', 'mana papa ni...', 

Photographer cilik pun sebok jugak time photoshoot ni. Dah tak boleh fokus utk ambik gambar lagi dah. Sibuk ngan 'photographer' keluarga kami.

Lagi2 gambar bolehlah view kat sini (http://www.facebook.com/album.php?aid=58522&id=1584108809&l=e8c8b07be9).


Nota tangan saya : photoshoot ni juga adalah sempena birthday mama-papa damia... 24 julai 2010...

Thursday, July 1, 2010

Mama nak nachik? Papa nak chup?

Kat rumah saya sekarang ada seorang 'waitress' cilik yg tengah berlatih mengambil order.
Ni di antara perbualan kami 3 beranak...
 mmg tak dapat carik laaa kan kat mana2 pun 'waitress' pakai CD... hahahaha
sgt tekun mengambil 'order'....
 ayamm.....
masih terus tekun.....

DAMIA : Mama nak nachik? Nak nachik? (5X), nak air?
MAMA : Mama nak 3!
..... waitress pun mulalah menulis dengan jayanya.... dan berjalan2 ke sana ke mari kononnya pergi mengambil nachik...
DAMIA : Papa nak chup? Nak chup? nak ayam?? (entah berapa kali ulang)
... terus menulis dan ke sana ke mari kononnya mengambil chup....

**nachik = nasi
**chup = sup

Nota tangan saya : 
*1. Adakah anakanda saya terlalu banyak terdedah dengan makan kat kedai? hehehe.. Kantoi di situ..
 *2. Sila abaikan rambut serabai & pemakaian waitress itu ye...:P


Wednesday, June 23, 2010

Happy Father's Day...

....utk semua yang bergelar papa, ayah, bapak, babah, abah dan gelaran2 yg sewaktu dengannya....
........ utk bapa mertua saya, CHE ISMAIL bin HAJI IBRAHIM....
............. utk insan paling istimewa dlm hidup saya, HUSAINI bin CHE ISMAIL....
terima kasih kerana terus setia dlm hidup saya.....
terima kasih kerana tidak merungut dgn kelemahan saya (kalau ada rungutan dalam hati ai tak tau, takpe..:).. hehe)...........
terima kasih kerana byk melengkapkan diri saya yg serba kekurangan........
terima kasih kerana tolong saya jemur kain....
terima kasih kerana tolong saya sapu & mop lantai...
terima kasih kerana tolong saya jaga damia....
terima kasih kerana tolong saya basuh poo poo & mandikan damia....
terima kasih kerana tolong basuh pinggan lepas makan........
terima kasih kerana tolong makan apa yg saya hidangkan tanpa rungutan (rungutan dlm hati itu lain cerita ye.. hihih)... 
terima kasih kerana rajin melayan damia...
............terima kasih utk segala penat lelah abang menjaga kami berdua.... 
.... terima kasih utk macam2!!....
TQ very much!!!!
abang memang suami & papa yang hebatt.........
Kami heroin bertiga sgt sayangkan papa!!!
....besfren damia kalau keluar jalan2 dan di depan khalayak ramai... damia akan tunjuk dialah anak manja papa, dan org akan kata, MANJA NGAN PAPA EH... mama damia akan 'ia'kan ajelah... walhal kalau kat rumah mmg nk menempel ngan mama aje....  **pandai damia nih**..


Wednesday, June 2, 2010

Saya suka.....

... bila tengok dan merenung gambar2 family photoshoot yg dihasilkan oleh kedaigambarkami hujung minggu lepas. Thanx a lot to Iena & Cg Fly serta e-ein, photgrapher cilik:).

Inilah hasilnya, gambar2 adalah dipinjam dari kedaigambarkami. Lokasi adalah Dataran Tasik Kluang.


Ini pula adalah photographer cilik dr pihak kedaigambarkami.:) Tak lain tak bukan cik e-ein, anakanda tercinta photographer.


Friday, April 30, 2010

4jam 40 minit bertapa di LCCT..

Dari pukul 9 pagi tadi kami anak beranak dok bertapa kat LCCT yg suam2 kuku ni utk menanti flight ke KB pkl 1:40 tgh hari nanti. Punyelah lame nak menunggu. Pukul 7 pagi tadi dah bertolak dari rumah kekanda kat Bandar Tun Hussein Onn menuju ke KL Sentral. Dari KL Sentral, kami menaiki bas ke LCCT dgn tambang RM9 seorg. Saja bawak damia jalan2 naik bas. Alhamdulillah damia tak banyak ragam wpun dah kena mandi seawal 6:30 pagi. Excited sekejap dia masa mula2 naik bas tu, pastu terus terlena.... Maklumlah masa tu masih pukul 8 pagi. Sejuk2 nyamannn gitu lam bas. OKlah, selesa jugak cuma bas tu boleh tahan lajunya menyebabkan makyong ni ala2 tak mampu menahan inersia (kalo salah perkataan ampun dan maaf ye, sy dh lupa ingatan perkataan2 fizik yg dh belajar bbrp puluh tahun yg lalu :P) diri sdiri... hahahah.. Plus cik damia dok merengek2 nak saya riba dia. Bertambah2lah makyong ni rasa cam nak tergolek dot.. :P

Kami bercuti di kampung agak lama juga memandangkan hari raya puasa nanti bakal tak balik kampung kerana INSYAALLAH sy akan bersalin dan berpantang di Johor. Uhuk.. uhuk... first time tak balik beraya di kampung. Dah dapat bayangkan dah ketidakmeriahan beraya di perantauan (ceyh, perantauanlah sangat kan? hehe)

Dah tinggal 1jam 40 min je lagi, kami dh nk pi check in. Selamat Hari Pekerja utk kawan2 tak kira sama ada yg bekerja di ofis atau di rumah atau di mana2 sahaja. Anda semua mmg pekerja yg HEBAT!

Thursday, February 11, 2010

Kasih bonda hingga ke hujung nyawa

Tengah hari tadi saya cuba mengada-ngada meng'order' pekasam ikan tenggiri (saya panggil ikan kering basah je) daripada bonda saya. Beria-ia benar bonda berjanji utk mendapatkannya pagi2 esok utk dikirimkan kepada abg saya kerana kebetulan abg saya dr KL berada di kampung sekarang ni. Dan besok abg saya akan berangkat ke KL kembali. Terharu benar saya mendengar kata2 bonda yg tak pernah mengatakan 'TIDAK' kepada setiap permintaan anaknya. Benarlah, KASIH IBU HINGGA KE HUJUNG NYAWA....

Nota tangan saya : wahai bonda tercinta, maafkan anakmu ini kerana tidak dapat menjengukmu selalu di kampung. moga2 bonda dipanjangkan umur dan sihat sejahtera selalu hendaknya. moga2 panggilan telefon kami dapat mengubat kesunyianmu bonda... 

Sunday, January 3, 2010

Berkampung di KL

Sudah hari ke 2 kami berkampung di rumah kakak2 dan kakak ipar saya di KL. Agenda kali ini adalah
  1. Melihat anak2 saudara yg dilahirkan pd tahun lepas iaitu Muhammad Zafran dan Aidil yg masih lagi belum cukup 60 hari.
  2. Menghadiri majlis hari jadi anak saudara yg berusia setahun dan 2 tahun (beza umur adik n kakak ngam2 setahun).
  3. Jumpa besfren utk chitchat2 dan hantar tudung berbeg kertas pink yg dikirimnya.
  4. Jalan2 ukur IKEA --nampak gayanya mcm kena cancel je ni. Macam dah kekurangan masa nk pergi.

Friday, December 11, 2009

Sunyi sepi part II

Rumah saya sungguh sunyi sepi malam ini. Senyap... MIL dan ipar duai dah balik dah. Damia pun tido awal pulak. Senyap sungguh.... :(
Dah seminggu rumah saya riuh rendah dengan suara anak2 kecil dan mak2 dara serta nenek dara. Bila sunyi sepi macam ni, terasa rindu pulak. Huhuhu...


Senyap sunyi

Hampir seminggu blog terabai. Banyak benda yg nak dikongsikong bersama tp saya sungguh bz, bz tak sempat berblog sbb :-
  1. family encik suami mai jalan2 johor dan spore, melepak kat rumah kami, ade je masa free kat rumah tak habis2 borak... bila lagi kan nk borak2 sampai anak panggil2 mama... :)
  2. makan! makan! makan! (hancus diet weiii). Byk undangan makan2 dan jalan2 cari makan bersama family. Meriah sungguh!
  3. jalan2 singapore, wpun dh hampir 8 tahun dok sebelah spore ni, nilah baru betul2 pegi jalan2 spore. Kami pergi zoo spore dan orchard road. Plan utk ke sentosa island terpaksa dibatalkan sbb banyak tempat kat sana katanya baby kecit takleh masuk. Kalau dah pergi sana takkan nk jalan2 tepi pantainya saje kan?
  4. PC kena ikut turn. Biras2 tgh jaga kebun (farmville weiihh) mereka. Karang takut semua terbengkalai pulak setelah datang sini bercuti. (mmg setia sungguh depa ni menjaga kebun masing2)
  5. sy mls nk berjaga mlm. hehe. MALAS di situ... gomennasai.
Nota tangan saya : Esok diorg semua dah nak balik. Nanti rumah ni dah senyap sunyi. Sedihnyee....:(


Tuesday, December 1, 2009

ADAM dan AIDIL

Ini bukan tentang nur kasih ye. Tentang anak saudara saya yg baru ini.


AIDIL BIN SAMSULKAMAR
27.11.2009-2.74 kg

Mungkin hanya suatu kebetulan dgn cerita nur kasih. Anak saudara saya yg baru ini mungkin diberikan nama AIDIL (kerana lahirnya semasa AIDILADHA). Dan abangnya bernama ADAM. Cuma terbalik antara abg dan adik je compare to cerita nur kasih yg menjadi pojaan hatiku.
Kekekeke... Sgt terpengaruh dgn cerita itteww....Kak ngah saya langsung tak tahu menahu pun ttg cerita ini, siap mintak sinopsis dgn saya macamana perangai ADAM dan AIDIL dlm cerita itu...:)

Kesian si abang, ADAM yang seperti tak dapat menerima hakikat kehadiran adik setelah berumur 7 tahun. Walhal sebelum ada adik, dialah org yg paling excited bila dapat tahu mamanya mengandung.
Kakak saya cerita, ADAM kata dia nak bunuh diri. Dia dah tulis surat utk adiknya supaya adiknya baca bila besar nanti. Mungkin kerana semua orang puji2 adik, semua take care kat adik, mama pun dah tidur dgn adik. Harap2 adam dapatlah memahami sedikit masa lagi.

***selingan..Semasa nur kasih ni tgh hot, AIDIL (FIZZ FAIRUZ) ni jadi tetamu kat HOTFM. Dia kata ramai makcik2 yg nak jadikan dia menantu sbb terpengaruh dgn wataknya kat dalam cerita nur kasih ni.

Nota tangan saya : Saya ingat bila gap antara anak pertama dan anak ke-2 jauh, senanglah nk handle sbb abg/kakaknya sudah memahami dan boleh mendengar kata, tapi rupanya tidak. Mungkin lagi susah utk memahami emosi si abg yg terasa spt diabaikan. Moga2 kakak saya berjaya menangani emosi si adam.


Monday, November 30, 2009

Anak saudara lagi

Alhamdulillah kak ngah saya selamat melahirkan anak lelaki di hari raya aidiladha yg lepas. Yang ke-2 ni pun boboy jugak. Berat baby 2.74 kg. Mungkin akan diberi nama MOHD AIDIL ADHA. Saya cadangkan nama AIDIL <-- gara2 NUR KASIH beb! :P
Kakak saya tanya cemana nak buat ejaan yg canggih sikit dengan nama tu.
AYDIEL? <-- sebutan dah lari ni, maknanya pun mungkin dh lain.
AIDIYL? <-- tak canggih sangat, tp buleh laaa...
AIDIEL? <-- DIEL tu mcm pjg, tak lari ke maksudnye nanti?
AIDIL ni maksud HARI RAYA ke? makcik taktau laaa... huhuhuh...

***Baby ni adalah anak saudara yg ke-34 dlm family saya (kalau tak silap kira laaa). Ramainye cucu mak saya (35 termasuk cik comel saya damia). :)



Thursday, November 19, 2009

Selamat jadi IBU dan AYAH

Tahniah kepada adik saya dan wifenya Dian kerana telah selamat menyambut kelahiran putera sulungnya seberat 2.85 kg kelmarin, 17 November.


Selamat melihat dunia Muhammad Zafran.
Semoga jadi anak yang soleh dan menyenangkan hati ibu dan ayah, Insyaallah.


Blog Widget by LinkWithin