Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Telekung FREE lagi...

Nak share giveaway yang dianjurkan oleh kawan baik saya ni. Sila2lah join ye. Mana tau telekung best ni bakal menjadi milik anda.
Klik sini.




Tuesday, January 18, 2011

HAPPY BABY CONTEST *sticky entry sehingga 18 Jan*

 

Thanks Ealyie kerana menge'tag' saya... walaupun hampir nk tarikh tutup dah. Esok pkl 5 petang. Sibbaik sempat cek bila tarikh tutupnya.
Sesiapa yg nak join, sila ke link di atas ye. Hadiah2nya sangat menarik especially utk org2 yg menCDkan baby & bf baby.

Category A : Berumur kurang dari 2 tahun pada 31 Januari 2011


senyum dik, senyummmm...

NUR DINIE HAZIQA BINTI HUSAINI
TARIKH LAHIR 26/08/2010

Category B : Berumur di antara 2 tahun - 4 tahun pada 31 Januari 2011
 ..... ni bukan senyummm.. gelak.. sambil kontrol ayu gitu.. :)

NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
TARIKH LAHIR 12/06/2008

Nama bonda mereka ialah NORLAILA ISMAIL.

Dengan ini, saya dgn besar hati ingin menge'tag' MUZLINA.:)

Thursday, October 7, 2010

Contest Bersama Si Kecil

Dapat tag dr mama e-ein/catlina. Okay, mari kita cuba nasib dengan contest ni pulak ye. 




Gambar yg dipertaruhkan utk contest ni adalah gambar bersama anak sulung kesayangan, damia. Gambar ni adalah gambar semasa damia masih menjadi anak tunggal saya. Sekarang ni dah jadi kakak dah. Kakak yang sangat2 sayangkan adiknya. :)
**sila abaikan kemoncetan terlampau si mama ini ye**

Contest ini bermula pada 1 September 2010 dan akan berakhir pada 10 Oktober 2010

~> Syarat-syarat penyertaan :-
* Wajib letakkan tajuk ‘Contest Bersama si Kecil’ : OK!
* Letakkan banner di sidebar anda linkkan kepada halaman contest ini : OK!
* Sertakan link entry korang pada entry ini. : OK!
* Wajib gambar anda sendiri & bersama anak@ anak sedara@ adik : OK!
* Tag kepada 3 orang rakan blogger anda (pastikan mereka tahu) : OK!


Hadiah :-
1. 1x Wang Tunai RM50
2. 1x Wang Tunai RM30
3. 2x Saguhati Topup RM10

Kawan2 saya yang bertuah utk di tag ialah.....

  1. Ealyie
  2. Muzz 
  3. Yatie Chomeyl-Fukuoka

Sunday, August 8, 2010

Season 4 - Cute Funny Eating Baby Contest


Banner contest... Jom pakat ramai2 join contest ni... 
Tarikh tutup ialah 15 Ogos 2010!

Dah lama jugak tak sertai online contest ni. Kali ni nak mencuba nasib jugaklah, nak join CUTE FUNNY EATING BABY CONTEST. Dpt link ni from Muz dan kawan seofis. Thank you ne! Kebetulan ada gambar damia yg saya rasa lawak jugaklah dan rasanya layak utk masuk contest ni. Gambar ni dah pernah letak kat blog ni sebelum ni. Kira recyclelah ye.


Gambar ni menjadi pertaruhan utk contest kali ni.
Damia makan nugget cicah air masak. Makan dengan penuh selera skali.
NAMA : NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
UMUR : 2 TAHUN 1 BULAN


HADIAH? Hadiah utk season ni blm lagi dipublish tp hadiah utk GRAND FINALE adalah sangat menarik wooooooo.... " GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"


Nak join? Haaa... jom join.. Ni adalah syarat2 utama utk join contest ni ye. Mari kita cek dulu mama damia ni dah memenuhi syarat ke belum.
 1) wajib menjadi follower http://www.suziey.com/ , http://www.malinasiam.com/  & http://damiaqish.blogspot.com : DONE!
2) buat 1 n3 berkenaan contest ni dan pastikan ade link back.. : DONE!
3) letak banner contest tu di tepi side bar blog korang & di dalam n3 contest korang ... : DONE!
4) letakkan SEKEPING shj gbr anak anda yg paling comel & lucu sedang mentakedarah makan (xkira ape jenis makanan skalipun...asalkan sedang mkn sesuatu makanan bkn tayar beskal atau menan2 yg lain :D ) then nyatakan nama & umur anak anda.. : DONE!
5) jgn lupe..n3 contest hendaklah diakhiri dgn " GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM" : DONE!
6) submit link n3 pd comment box n3 ini shja sebelum 15 August 2010 @ 2pm : DONE!


Sunday, April 4, 2010

Yeay!! Dapat Sesi fotografi FREE!!

Alhamdulillah, kami menang GRAND PRIZE contest yang ini. Rezeki menyebelahi kami kali ni. Terima kasih kepada para juri dan penganjur iaitu KedaiGambarKami dan AiVee Emart.

Sesi photoshoot ini bakal berlangsung di Kluang, Johor pada Mei/Jun nanti, Insyaallah. Dah lama juga saya berhajat utk Kluang utk menikmati RAiLCOFFEE yang diwar2kan sedap tu. Jadi, di kesempatan sesi photoshoot nanti, dapatlah saya menyelam sambil minum air.:))
THANKS A LOT!!!!


Monday, March 29, 2010

Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway

Jom kita join contest lagi. Mana tau kot2 ada rejeki kali ni. (Ouhh... harapan sudah semestinya tinggi menggunung)

Contest kali ni dianjurkan oleh Catlina bersempena ulangtahun yg pertama anak daranya e-ein. Syarat2nya tak susah sangat sbb tak perlu karang2 panjang2 pun. Just letak gambar babywearing anak sendiri aje. Anak org lain atau anak sedara atau anak patung adalah disqualified ye. :)
 Gambar yg menjadi pertaruhan untuk contest kali ni. (KATEGORI B)
NAMA ANAK DARA COMEL : NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
TARIKH LAHIR : 12.06.2008

Jom kita cek dulu syarat2nya, takut nanti tak memenuhi syarat laks.

Kategori B:
1.Peserta musti ada blog sendiri jugak!Copy dan paste banner giveaway pada side bar blog anda. OK!
2.Buat satu entry khas tentang giveaway ini bertajuk: "Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway". Jangan lupa copy paste banner giveaway dlm entry tersebut. OK!
3.Since Mama E-ein sangaaaaaat suka pada babywearing, anda perlu upload satu gambar anda dlm aksi "babywearing" bersama anak anda, samada menggunakan ringsling, Mei Tai, pouch sling atau lain2 jenis material babywear moden atau tradisional.Upload gambar je, tak perlu story mori pasal gambar tu, unless u want to!Gambar baru atau lama2 , boleh aje!, tapi mesti anak sendiri, bukan anak orang mahupun anak patung!No limit bila tarikh anda amik gmbr tu ye?Dan juga no limit berapa umur anak anda sekarang.Janji gambar terang /clear!**Jangan lupa mention nama dan tarikh lahir anak ye..:) OK!
4.Tinggalkan permalink/link entry tersebut pada ruangan komen dan nyatakan anda menyertai Kategori B. OK!

Hadiahnya adalah sangat mengujakan hati iaitu :-
something from Snuggbaby.com! untuk KATEGORI B ni. 
Masih ada masa lagi ni nak join, JOM JOIN RAMAI2!!!!


Friday, March 19, 2010

KedaiGambarKami-Aivee Emart Best Photo Contest


Setelah sekian lama bersara dari menyertai mana-mana contest, hari ini (tarikh tutup hari ini ye, tgh malam nanti) saya nak mencuba nasib untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh KedaiGambarKami dan AiVee Emart.
AiVee Emart

Ini adalah gambar yang menjadi pertaruhan dalam contest ni. Gambar ini diambil semasa pembuat kitchen cabinet kami datang untuk ambil gambar hasil kerja diorang. Kami pun menyelitlah sama sementara kitchen tengah teratur tu dengan kerjasama photographer hebat kami iaitu 'sang tripod yang setia'.

Syarat2nya ialah :-
1.Add KedaiGambarKami and Aivee Emart in your blog list.
(Tambahkan KedaiGambarKami dan AiVee Emart dlm bloglist anda) : OK!

2.Add both of our blogshop banner with link in your entry and your blog side bar.
(Tambahkan kedua2 banner blogshop organizer dan sponsor beserta link dlm entry anda dan dlm side bar) : OK!

3.Create a special entry titled KedaiGambarKami-Aivee Emart Best Photo Contest.Put the contest banner above in your entry and your side bar.
(Buat satu entry khas bertajuk KedaiGambarKami-AiVee Emart Best Photo Contest.Letakkan banner contest dlm entry dan side bar) : OK!

4.Upload only one(1) best family photo to your entry.Describe the situation of the uploaded photo.Photos taken by professional photographers are not acceptable will be automatically rejected because we want to give fair chances to all participants.There are no limits of people and age for people inside the photo.
(Upload sekeping(1 shj) gambar famili anda yang terbaik/kreatif.Terangkan suasana dlm gmbr.Gambar yang diambil oleh jurugambar pro tidak dibenarkan.Tiada had bilangan dan umur orang di dalam gambar.)

5.OPTIONAL:Browse over KedaiGambarKami and AiVee Emart and describe us in your entry.(product,price, blog layout, delivery services, etc.
(Sila ke laman web KedaiGambarKami dan AiVee Emart serta terangkan mengenai produk kami yang anda tahu/baca/lihat-yang ni tak buat takpe, kalau buat lagilah dialu2kan...) : saya tak buat yang ni sbb tak pandai nk mengarang. huhuhu. hilang markah kat sini..

6.Leave a comment with ur entry link here(only participant with valid entry link are accepted) and state which state you are now.Only participants from Johor will be entitled to win the grand prize.(Tinggalkan komen anda di sini dan nyatakan di negeri mana anda tinggal sekarang.Cuma peserta dari Johor dan yang wiling nak datang ke Johor(Kluang) sahaja layak memenangi hadiah Utama-grand prize) : OK!

Hadiah2 adalah sangat menarik terutamanya GRAND PRIZElah kan. 1 hour photography session oleh KedaiGambarKami tu. Sape taknak kan?? Hehe.. Sesiapa yang ingin menyertainya, silalah melawat ke sini. Masih ada masa lagi ni. 2 jam dari sekarang.

Sunday, November 15, 2009

Cutest Baby Photo Contest – November 09



Mari kita mencuba nasib utk menyertai contest yang dianjurkan oleh Mombloggers Planet.

Gambar-gambar Damia dan kawan2 di taman permainan kanak-kanak berhampiran rumah.




 Tengah perhatikan rumput yg dicabutnya sendiri....


NAMA : NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
TARIKH LAHIR : 12 JUN 2008




Damia yang meronta-ronta dipeluk anak jiran.


 
Ini daun namanya ye kawan-kawan..

Aktiviti outdoor seperti ini amat bagus didedahkan kepada anak2 supaya :-
  1. Senang untuk memperkenalkan kepada anak dengan alam semula jadi dengan menunjukkan objek sebenar. Anak juga boleh mengenal dan memegang sesuatu objek itu dengan tangannya sendiri (bukan hanya mengenal/melihat melalui gambar sahaja). Contohnya burung, daun, pokok, buah, rumput, air dan lain-lain.
  2. Boleh menyihatkan badan dan minda sambil menghirup udara segar.
  3. Dapat mengeratkan hubungan dan menambahkan kemesraan diantara anak dan ibu bapa. Terutamanya untuk ibu bapa yang sibuk bekerja serta tinggal di bandar/kota metropolitan.
  4. Boleh menjalinkan hubungan yang rapat dengan kawan-kawan.
  5. Mengembangkan minda anak kerana anak boleh meneroka sendiri alam semulajadi tanpa sebarang gangguan atau bahaya.
  6. Menerapkan nilai-nilai murni mencintai alam sejak kecil lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya kan. 

Gambar-gambar damia ketika bermain-main dengan pokok-pokok tanaman mamanya.


Sambil siram pokok mama, sambil cedok tanah....


Khusyuk cekau tanah sampai meleleh-leleh air liur ituu...


Ini tanah ye kawan-kawan...

Syarat-syarat pertandingan ialah :-
  1.  Get a photo of your baby in NATURE-DONE!
  2. Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest-DONE!
  3. Include your baby�fs photo in the post and mention his/her name and date of birth.-DONE!
  4. Write about the NATURE in the picture.-DONE!
  5. Write your short opinion the goodness of bringing baby out to enjoy outdoor activities.-DONE!
  6. Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry.-DONE!
  7. Leave a comment here with link to your blog post.-DONE!
Hadiah-hadiah adalah disponsor oleh Photobook Malaysia dan Alicewonder.


 



Wednesday, October 14, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest

Dah taknak tangguh2 sehingga last minute lagik. Dah beberapa hari lepas jugak 'tercium bau' contest ni kat blog mrs azzuri ni. Ni mesti join ni!!
Contest ini dianjurkan oleh babyibu. Damia masuk kategori B iaitu kategori utk anak2 girl. Pening kepala nak pilih mana gambar terbaik utk masuk contest ni, almaklumlah gambar damia beraya je dah beratus2 keping. Pilih punya pilih, damia bersetuju utk mempertaruhkan gambar di bawah. :)

.... harap2 ade laaa rejeki damia utk contest ni ye....

NAMA : NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
UMUR : 1 TAHUN 4 BULAN (lahir pada 12/06/2008)


Syarat2 penyertaan adalah spt di bawah :-
  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda-OK
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini-OK
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda-OK
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)-OK
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya-OK
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified)-OK
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini -OK
Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah2 menarik ni.
Jom join ramai2, masih ada masa lagi ni... (last minute jugakkk akhirnyaa.. huhuhu)



Tuesday, October 6, 2009

Menang contest

 Alhamdulillah, rezeki!! rezeki!! Saya menang contest ini. No. 5 saja tp seronot banget sbb 1st time menang contest kat alam maya nih (penyertaan pun tak seberapa kan, lepas ni kena rajin2 masuk contestlah nampaknya).
Terima kasih kepada yg mengomen, yg membaca, yg menaja hadiah, yg memilih kami sebagai pemenang. TERIMA KASIH kepada MOMSCHOICE.COM.
Moga2 promosi SUSUIBU ini akan terus berpanjangan sehingga akhir hayat semua ibu di seluruh dunia. Insyaallah.




Tuesday, September 15, 2009

Duit Raya – Duit Minyak

Jom.. jom.. jom join giveaway yg mommy lina buat ni. Sapa taknak voucher minyak percuma kan??? Kalo kami yg dapat, sure papa damia yg paling happy. Hehehe.
Tarikh tutup ialah 30 September 2009.





mysuperkids giveaway

Sertai sekarang untuk voucher minyak PERCUMA!
weblog popular 1Malaysia



Thursday, September 3, 2009

BEAUTIFUL GIRLS WITH HIJJAB CONTEST


Contest ini yg dianjurkan oleh Auntie Lyna. Saya pun tak nak ketinggalan utk join jugak. Harap2 peserta cilik cam saya ni pun layak utk join ye auntie lyna.
Saya dah ingatkan kat mama saya utk memenuhi syarat2 yg lain2nya. (Jadi follower auntie lyna, masukkan dalam blog list dan add kan banner contest serta tinggalkan komen kat blog auntie.)
NAMA SAYA : NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
NAMA TUDUNG : TUDUNG ALA2 EKIN MAMA SAYA


 silalah abaikan latar belakang gambar saya ni ye.... sy memang tak pandai nak posing kat tempat lawa2...:)

Saturday, August 22, 2009

Peraduan Promosi Penyusuan Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2009

Contest promosi susu ibu yang dianjurkan oleh mom's choice.

Kenapa saya berhempas pulas utk menyusukan anak saya walaupun saya tahu susu saya tidaklah SEMEWAH mana?

  1. Tiada susu yg terbaik selain susu ibu. Biarpun ada susu formula yg kononnya HAMPIR MENYAMAI susu ibu, tapi tiada yang lebih baik kecuali SUSU IBU.
  2. Puas menatap wajah anak yang tertidur selepas menyusu.
  3. Anak WAJIB cari mama kalau LAPAR, MENGANTUK dan SAKIT khususnya. Secara amnya bayi yang menyusu badan akan lebih manja dengan mamanya. Ada ibu-ibu yang tak suka anak manja dengan ibu kerana katanya susah untuk buat kerja2 rumah, tapi saya SUKA!
  4. Mengeratkan hubungan serta menambahkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.
  5. Menyusu mampu menenangkan bayi sekaligus menenangkan mamanya.
  6. Anak jarang sakit. Kalau demam sekali pun, demam cepat sembuh. Antibodi anak lebih kuat sekiranya menyusu dengan susu ibu.
  7. Senang!! Tidak perlu bangun malam-malam untuk bancuh susu. Tidak perlu sediakan thermos air panas dan susu untuk keluar ke mana-mana. Hanya bawa diri anda sahaja!
  8. JIMAT! Ramai yang merungut susu formula mahal sekarang kan? Jadi, SUSU IBUlah jawapannya.
Sekarang ni, damia menolak susu lain kecuali SUSU IBU. Alangkah bangganya di dalam hati saya. Ramai juga yang memberikan nasihat/merungut 'KENAPA TAK CAMPUR SUSU FORMULA SEMASA DAMIA KECIL??!!'
Terima kasih sajalah ye dengan nasihat dan pandangan tersebut. Bukan damia tidak pernah merasa susu formula. Hampir 2 bulan pertama damia minum susu ibu campur susu formula,
tetapi dengan keinginan yang tinggi dan izin ALLAH saya berjaya menyusukan damia dengan SUSU IBU SAHAJA selepas damia 3 bulan.
Hari ini, andainya saya diberi peluang untuk mengulang semula detik-detik damia lahir, saya tetap akan memberikan damia SUSU IBU SAHAJA.

Marilah kita sama-sama memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita.



Saturday, August 15, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

Walaupun masa untuk menyertai pertandingan ini hanya tinggal 3 jam setengah sahaja lagi(Tarikh tutup ialah 15 Ogos pukul 12 malam ni ye), tapi saya tetap juga gigih utk menyertainya. Inilah kali pertama saya ingin menyertai contest secara online ni. Marilah kita mencuba nasib ye. Mana tau ada rezeki anak2 kita. :)

Contest ini dianjurkan oleh :-

Siapakah dia nama bayi (kanak-kanak) yg seperti sedang berpidato ini? :-
NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI.

Tarikh lahir : 12 Jun 2008.


Inilah dia gambar2 damia posing bersama2 mainan kesukaannya buat masa ni. Nama mainan ini ialah VTECH : All-In-One Play Centre. Mainan ini terbahagi kepada 3 peringkat.
Untuk Floor Play Mode
  • Floor Play Mode : Sesuai digunakan utk bayi dari umur 6 bulan.
Ini adalah ride-on mode. Untuk rocker mode, hanya diterbalikkan bahagian tayarnya ke atas.
  • Rocker Mode : Sesuai digunakan utk bayi yang berumur 8-9 bulan.
  • Ride-on Mode : Sesuai digunakan utk kanak2 yg berumur satu tahun.
Sangat menjimatkan bukan? Dengan cara ini boleh membantu menguruskan 'poket' mama dan papa damia utk membeli mainan. :)

Posing macho bersama mainan kesayangan.
Mari kita cuba ye...
Syoknye sayaaaaaaa!!!
Jom naik kawan-kawan...

Gambar selingan. Mainan zirafah dan tukul belon.

Pendapat saya mengenai pentingnya mainan dalam proses membesarkan anak2 :-
  1. Anak2 menjadi lebih kreatif mindanya. (Contoh : Cuba lihat gambar selingan di atas)
  2. Dapat membantu sedikit sebanyak proses perkembangan bahasa anak2.
  3. Dapat mengembangkan 'motor skills' anak2.
  4. Dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak2 semasa melayan mereka bermain2.
  5. Boleh menghiburkan anak2.

Hadiah disponsor oleh :-







Blog Widget by LinkWithin