Showing posts with label Homemade Chocolate. Show all posts
Showing posts with label Homemade Chocolate. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Resepi coklat mentega kacang-Chef Amer

Resepi coklat yg saya dah pernah try khas utk cik yantie. Selamat buat coklat utk cik abe terchenta....
(Resepi daripada buku resepi coklat chef Amer)
kalau ikut spec coklat betul2, coklat ni adalah kureng menjadi sbb banyak gelembung2 udara... hohoho


BAHAN2
50 g coklat gelap
250 g coklat susu kompaun-dicairkan menggunakan double boil
30 g mentega kacang (kasar)

CARA MEMBUATNYA
1-Dengan menggunakan berus, sapu coklat gelap cair di dalam acuan.
2-Campur coklat susu bersama mentega kacang dan kacau hingga sebati.
3-Setelah coklat di dalam acuan agak keras, tuang campuran mentega kacang.
4-Keraskan coklat di dalam peti sejuk selama 20 minit.

Nota : Jika menggunakan mentega kacang halus, boleh campurkan sedikit kacang cincang.

Nota tangan saya : Saya tak letak kacang sbb masa tu damia belum pandai makan kekacang.:)


Tuesday, December 7, 2010

Homemade Chocolate

Setelah hampir setahun saya simpan ilmu buat coklat ni selepas pergi berguru ngan kak leen Januari tahun lepas, baru 1-2bulan lepas saya nak try buat. Nak buat coklat ni senang sangat2 je sebenarnya tapi kerajinan dan ketelitian tu perlu ada. Plus kerajinan nak basuh bekas2 selepas operasi di dapur. Kadang2 kemalasan utk mencuci segala peralatan yang digunakan tu yg membuatkan perancangan masak memasak serta mencuba resepi2 baru terbantut. Kadang2 encik soami tolong jugak, kekadang malas nk mintak encik soami basuhkan. Terpaksalah basuh sendiri...:(
Ok, resepi coklat ni dicilok daripada buku resepi coklat chef amer. Alaaaa.. buku resepi yang saya jual kat ezykaimono tu. Sekarang kehabisan stok. Penulis sendiri yg bagitau, takde stok sekarang ni. Buku resepi ni mendapat sambutan hangat dr peminat2 coklat dan peniaga2 coklat. Sehingga hari ni saya masih mendapat pesanan buku ni tapi sayangnya saya tak dapat nak tolong. Nak bagi buku saya pun, saya SAYANGGG walaupun jarang2 sekali je saya belek. Hehehehe.
Layan gambar coklat dan cara2 makan coklat yang didemonstrasikan oleh anak dara saya yang comel itu.:)

 Ambik coklat, masukkan lam mulut. Paper cup jgn makan tau!
 Gigit cam ni kalau rasa nak tayang kat kawan2... :P
 Hmmmm... coklat tu besar sangat, habis comot mulut saya...
Ni hasil kecomotan tangan dan mulut saya....
  Ni hasilnya.... dapat beberapa ketul je dengan resepi ni. Tak banyak... utk makan2 seisi keluarga je...

Resepi akan saya share kat sini bila2 nanti. Sekarang tak rajin nak menyalin dari buku resepi. Takleh nk copy-paste. Kalau malas tahap melampau, saya scan/ambik gambar je nanti. Hehehe
Blog Widget by LinkWithin