Showing posts with label Company. Show all posts
Showing posts with label Company. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Panasonic : 10 tahun daaa...

01 April 2012 : Genaplah 10 tahun saya berkhidmat di Panasonic Senai. Bermacam2 pengalaman pahit manis telah ditempuhi. Moga2 segala pengalaman itu menjadikan diri saya lebih matang dan bijak berfikir.

Dengar2 khabar angin award utk 10 tahun sudah dihapuskan bermula tahun ini. Tak taulah betul ke tidak. Kalau ada rezeki, dapat laa tu. Kalau takde nak buat macam mana kan? Hehehe.

Moga2 saya terus sabar berkhidmat utk Panasonic:)

Nota tangan saya : Adakah sampai pencen??? :P



Wednesday, March 2, 2011

e-Filing oh e-Filing

Yess!! Kali pertama dalam sejarah bekerja saya telah melunaskan hutang dengan pihak LHDN dengan begitu cepat. Tahun ni mmg alert betul2 dengan bayar2 cukai ni, sbb taknak ada kejadian gabra-gubra macam tahun lepas. Baru semalam LHDN bukak e-filing ni, hari ni saya dah hantar! Lega... dah tak perlu nak fikir2 lagik. Ada rejeki lebih, dapat laa lebihan2 duit yg dah dilaburkan. Kalau takde rejeki, terima ajelah ketentuanNYA. Rejeki kan DIA yang tentukan, jadi kena pasrah & redha.:)

Akhir kata, silalah bayar cukai sebelum tarikh tutup ye. Tarikh tutupnya adalah 30 April untuk org2 yang tiada punca perniagaan, sama je dengan tahun lepas.




Tuesday, April 13, 2010

Entry emo : Tolong jgn tepuk tampar suami orang

Entry saje yg emo, saya sudah tidak emo sbb kejadian ni sudah berlalu 2 minggu yang lepas.
Apakah maksud tepuk tampar? adakah bermaksud melibatkan 2 individu; sorang tepuk dan sorang tampar. Kalau camtulah maksud tepuk tampar, saya patut ubah tajuk entry ni kepada TOLONG JANGAN TEPUK(tepuk2 manja) SUAMI ORANG. Lama juga saya peram entry ni dalam minda, sbb kalau saya keluarkan di malam kejadian, sudah pasti ayat saya tidak keruan umpama hati saya yg mmg tidak keruan sepanjang perjalanan balik dari majlis tersebut.

Iyerrr, kejadian ini benar2 berlaku di depan mata saya. Walhal wanita tersebut tahu yang saya sebagai isteri sang suami juga hadir di majlis itu. Kenapakah mesti menepuk2 belakang encik suami saya? Konon nk bergurau manja?? Kalaulah nak bergurau manja sekali pun, silaaaaalah carik org yg seangkatan dengan anda ye. Encik jurugambar itu adalah HAK MILIK ALLAH yg dipinjamkan utk saya. Ye, saya tahu encik suami saya bukanlah milik saya yg mutlak kerana beliau adalah milik ALLAH. Tapi beliau bukan kawan tepuk2 anda ye wahai wanita. Sehingga hari ini saya rasa seperti 'kurang selesa' utk berbual2 dan berpandangan dengan wanita itu. Hanya tunggu harinya, bila saya sudah berjaya lupakannya atau buat2 lupa, sy pasti OK.

Kejadian ini berlaku semasa majlis perpisahan dengan GM saya. Terus mcm kurang mood nk cerita ceriti ttg majlis tsebut. Selamat kembali ke Jepun wahai Encik Matsuo!!!


Nota tangan saya : saya adalah isteri yg beruntung kerana encik suami tidak membalas kembali tampar2 manja sang wanita tersebut. ARIGATOU ABANG... opsss.. jgn tanya saya macamana kalau ia terjadi sbb saya taknak bayangkan pun kejadian yg seumpama itu....... yg nyata hati dan jantung saya pasti meletopppsss....

Monday, March 29, 2010

Dah buat e-Filing ke?

Sesiapa yang belum hantar borang BE, silalah jgn gubra-gabra seperti saya, sebab tarikh tutupnya adalah 30 April 2010. Disebabkan kegabraan, sy telah selamat menghantar borang BE saya. Hehehe.. Saya ingatkan tarikh tutupnya 30 Mac 2010. Tapi ok jugak, taklah tertangguh2 nak hantar. Dah lama jugak siap isi, tp sebok nak cek betul ke tak. Hihihi...
 INFO CUKAI
Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan 2009 dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi individu yang menerima pendapatan daripada sumber selain perniagaan adalah pada/ sebelum 30 April 2010. Sila gunakan perkhidmatan elektronik LHDNM(e-Filing dan e-Bayaran)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, silalah ke sini.

Saturday, December 19, 2009

Bonus oh bonus

Syukurrrr....... ada jugak rezeki bonus utk tahun ni. Walaupun ekonomi tak berapa elok dan mcm2 yg aku ceriterakan kat sini, alhamdulillah okaylah jugak dapatnya. Lebih kurang sama dengan tahun lepas.


Sunday, December 13, 2009

tak lucky pun....

Baru je balik dr dinner company. Kami suami isteri ni mmg tak lucky langsung. Dari sekecik2 adiah hinggalah ke sebesar2 adiah LCD TV 42 inci tu kami tak dapat ape2 pun. Habuk pun tarak! Masuk langkah kiri agaknye tadi.:(
Dapat laaa wat balik door gift aje. Oppss... perut pun kenyang laaa.

Thursday, November 26, 2009

Tentang bonus

Uwasa (khabar angin) mengatakan tahun ni kami ada bonus. Begitulah spt yg dikatakan oleh boss encik suami. Kalau betullah, alhamdulillah.. Ada jugak rezeki tersepak utk tahun ni.
Tapi tak boleh nak mengharap sangat sbb
  1. increment saya hari tu sangat teruk
  2. baru tukar boss baru sbb tukar section baru
  3. mc banyokkk...
  4. cuti habis...
  5. unpaid leave dah 6 hari kot..
So, tak perlulah nk mengharap apa2.... Terimalah seadanya.

Friday, October 16, 2009

1Malaysia?

Company saya betul2 mengamalkan konsep 1MALAYSIA. Kami dipaksa bercuti Deepavali selama 6 hari termasuk Sabtu Ahad (Start hari ini sehingga Rabu depan). Lama tu!!! Kononnya setiap perayaan besar utk setiap kaum (melayu, cina dan india) mendapat hak bercuti yg sama. Lebih kurang 6 hari untuk setiap perayaan. Walhal kalau kira peratusan pekerja langsung tak sama. Kalau saya tak silap, kaum India hanyalah 10% je kot. Saya pun taktau laa idea siapa yang terlalu bernas ni. Semua ni start pd tahun lepas. Tahun2 sebelum ni takde pulak macam ni. Deepavali biasanya cuti 2 hari je.
Dapat cuti semua orang suka kan? Tapi yang paling TAK SUKAnya ialah nak kena ganti HARI SABTU tu... huhuhu... Geram makcik!!!
1MALAYSIA, 1MALAYSIA lah jugak tapi nanti Sabtu bekerja siapa nk jaga anak saya? Hmmm... saya kadang2 rasa tak berapa best nak hantar damia ke rumah babysitter pada hari Sabtu sbb kesian jugak kat babysitter kot2 nak pegi jalan2 ke kan. Hmm...

Friday, October 9, 2009

atarashii kankyou, atarashii jibun??

kyou ha seikakuni busho wo utsushita. shoujiki doki doki shita yo--n!!! 

nota tangan saya : kinou deshita, kyou ha mou kinyoubi dakara ne...


Thursday, August 6, 2009

H1N1-Cek suhu badan.

Memandangkan kes kat Johor ni dah ada yg meninggal kerana H1N1, encik2/cik2 admin kat company sy pun dah 3minggu kena periksa suhu badan setiap org yg keluar masuk kilang. Pagi2 kalo lambat pergi keje, maka beraturlah utk menadah dahi utk dicek suhu. Kalau suhu 37.2 dah tak boleh masuk kilang. Terus dapat MC dan diarah balik ke rumah.Sungguh rendah kan piawainya? Kata mereka utk mengelakkan org2 yg bakal demam/demam ni merebakkan virus mereka kat org2 lain.
Hari ni sy ambil half day sbb badan rasa tak sedap, tekak sakit, kepala pening2 lalat dan selsema. Belum pergi klinik lagi. Jap lagi nak pergi...
(Sakit2 boleh pulak berblogging eh? Hehehehe.. Sy br lepas 'mengepam' ni dan aktiviti mengepam sy adalah di depan PC. Br abis mengepam terliur plak nk update blog. OK.. STOP!)


Semua sekolah diarah periksa suhu badan pelajar

JOHOR BAHRU: Kementerian Pelajaran mengarahkan pemeriksaan suhu badan setiap murid dan pelajar di semua sekolah seluruh negara sebelum waktu persekolahan bermula sebagai langkah awal untuk mencegah penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata semua murid yang mempunyai suhu badan melebihi 37.6 darjah Celsius akan diarahkan menjalani kuarantin rumah dan sampel akan diambil bagi menentukan sama ada mereka menghidap H1N1.

"Kita sudah mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan prosedur ini, dengan menempatkan kakitangan perubatan.

“Ia adalah langkah yang diambil bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa supaya terus menghantar anak mereka ke sekolah," katanya yang mengadakan pertemuan dengan pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kenanga, Tampoi di sini, selepas seorang murid Tahun Enam sekolah itu meninggal dunia akibat H1N1, Ahad lalu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Sufaat Tumin dan Guru Besar SK Sri Kenanga, Maselah Tahir.

Ihsan dr berita harian.

Sunday, July 19, 2009

Siapakah pendengki itu??

Rentetan drp kisah ini, sebelum pergi mengepam di klinik keesokan harinya sy dgn berat hati dan kurang puas hati mengisi CLINIC VISIT FORM yg sepatutnya diisi oleh pekerja2 sekiranya tidak sihat dan perlu berehat di klinik utk beberapa jam. Ikut jelah kan sebab arahan dah keluar. So, sy pun pergilah jumpa boss utk mendapatkan chopnya. Setelah potpetpotpet explain dan menjawab pertanyaannya dalam bhs jepun yg dh berkarat dan broken abis, boss sy terus bingkas bangun utk pergi jumpa dgn org2 HR. Katanya buat apa nak isi form ni? MENDOKUSAI!! (Melecehkan). Yelah kan, sangatlah melecehkan kerana tiap2 hari kami nk kena isi dan mintak chop dengan dia. Dia pun tak de mase nk chop form yg takder faedahnya itu. Hehehe... Masa ni sy rasa dia SGT BAIK DAN MACHO! wpun sy tak berapa gemar dgn CARA BEKERJA boss ni. Selepas boss pergi jumpa BOSS HR tu, dia bagitau org2 pendengki iaitu HR yg kononnya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi itu nak monitor kami geng2 mengepam ni kot2 'mengular' semasa sesi mengepam. Boss sy bgtau diorg, as long as dia tahu dan approve yg kami ni keluar time keje utk pergi mengepam, apa masalah nya? Boss sy kata kalau nak monitor pun, pandai2lah diorg fikir cara lain tapi jgn suruh kami isi form tu tiap2 hari. Akhirnya utk hari tersebut, diorg keep form kami tu dan sehingga hari Jumaat tiada apa2 perkembangan pun diterima. BRAVO encik T! Doumo arigatou gozaimasu (TQVM).
Dan petang itu juga barulah saya tahu siapakah dalang/pendengki disebalik kejadian ni. Rupanya PUAN MANAGER HR, oppsss CIK MANAGER HR sbb BELIAU masih single...! (Adakah ini melanggar tatatertib menulis blog ek??)Daripada perbualan sy dengan nurse di klinik, katanya CIK MANAGER itu menyuruh kami mengepam time rehat sahaja. Tak boleh mengepam time kerja. Nurse tu jawab, kalau setiap sesi nk pam time rehat, bila geng2 mengepam tu nk makan? Kalau tak makan, susu pun takder nanti. Tau tak ape CIK MANAGER tu cakap????











Kalau susu takde, tunggulah NEXT TRIP!! (Tunggu anak yg akan datang!)............
Sungguh sy tak sangka inilah jawapannya... Menyirap rasa darah sy bila mendengarnya, tp apa boleh buatkan? Beliau ni memang tidak faham konsep breastfeeding-mengepam-anak2 kandung yg ingin disusukan dengan susu ibu (sbb dia ada anak angkat so sy kena spesifik sikit bab anak ni) dll. Maafkanlah dia....
Sekarang ni sy cuma nk tunggu apakah tindakan beliau seterusnya utk monitor kami yg masih setia pergi mengepam ni....

*****Note : perbualan/cerita di atas mengenai CIK MANAGER adalah hasil penceritaan semula oleh nurse di klinik, sekira beliau AUTA, maka AUTA lah sy. Atau sy perlu berjumpa sendiri dengan CIK MANAGER itu utk mengetahui perkara sebenar???





Thursday, July 16, 2009

Sungguh Menyampah...

Bermula hari ni sy kena isi form visit ke klinik utk mengepam. Boring nyaaaaa!!
Setiap hari nk kena isi form dan kena ambik sign/chop boss! Sedangkan boss saya dh sedia maklum pun yg sy pi mengepam setiap hari. Sy tak tau laaa manusia mana yg pendengki itu. Semalam sy hampir2 nak tanya org2 yg melepak kat klinik tu... DAH ISI FORM KE DATANG LEPAK2 n BORAK2 KAT KLINIK NI???
Tapi sabarrrrrrrrrrrrr......... kang ada org hangin ngan saya dan sy langsung tiada tempat utk mengepam pulak...
Sebenarnya ada satu stor sbg alternatif utk sy mengepam, tp sudah dicabut pulak aircond kat dalam tu... Kalau mengepam setgh jam gitu, boleh berpeluh ketiak... :P

Sunday, July 5, 2009

... kaisha ni ichaicha suruna!!!

... kaisha ni ichaicha suru noha yamete kudasai...!!!!

***abaikan utk sesiapa yg tidak memahaminya, org yg sy tujukan pun tak tau nihon go ni.. fullstop!

Sunday, May 24, 2009

Jalan2 tenangkan minda...

Yup.... 'tempat' sy JALAN2 TENANGKAN MINDA aka blog2 yg sy baca spt yg tersenarai di sebelah kanan nun kebanyakannya telah di'block' oleh company saya. Boringnyeeeeeeeeee!!!! Time2 rehat especially waktu lunch ari jumaat sy dh makin boring... huhuhu... Sy tak suke!!!

Wednesday, April 29, 2009

Maternity leave!

Cerita increment sy belum habis, baru sy teringat semula kata2 boss sy. Boss sy kata increment sy teruk sbb MATERNITY LEAVE!!!!! HUH????!!!!!!!!!!! Kawan seofis sy pun tak dapat promotion sbb dia sedang MATERNITY LEAVE....
................Salah ke beranak?
.........................salah ke meramaikan umat manusia di muka bumi ini?
...................Salah ke kami ada anak ni wahai ladyboss HR??? (Ladyboss mada kekkon shitenai kara wakaranai yo neee!!)
Ya Allah, tolong laaa bagi reason lain wahai encik boss. Sy memang marah kerana dia bagi reason ni. Memang tak masuk akal. Sebab ada je 'cha ya nun alif' yg MATERNITY LEAVE + UNPAID LEAVE promoted. Ampess...! Sy tak suke!

Tuesday, April 28, 2009

Increment...

Semlm company sy bagi increment dan seperti yg dijangkakan kemerunduman (ada ke perkataan ni?) 50% drp nilai tahun lepas yg mana digitnya hanyalah 2 angka (Bukan MANAGER ke bawah). Itupun utk sesapa yang dapat gred A lah. Tapi saya? Menjunam 87% compare ngan tahun lepas. Kecewa? Of course laaa kan. Sikit sangat sampai nk ketawa terbahak2 pun ada. Tapi takpelah, redha. Org kata bersyukurlahhh masih ada increment. Dan ada jugak boss yg berkata2, bersyukurlah sbb masih ada kerja dan tak dipotong gaji. Utk sy sendiri, sy dh menjangka kejatuhan(?) increment sy ni sbb bila saya recall2 balik, sy telah membuat onar semasa musim evaluation. Hehehe.. Padan laa muka saya kan. Sy telah membantah arahan boss sy utk membuat itu dan ini yg saya tidak suka. Sy taknak hipokrit ok! Depan angguk2 pastu merungut. Biarlah sy berterus terang drp komplen sana sini tak tentu pasal. Dan hasilnya adalah...... increment yg paling dahsyat sy terima sepanjang 7 tahun di company ni. :((

Plg sy tidak suka adalah..... faktor politikus n perkauman yg diamalkan di company sy. Kaum yg 'che ya nun alif' itu di promote setiap tahun sedangkan kaum sy diberi alasan, TAHUN LEPAS SUDAH DIPROMOTE wpun attendance kedua2 calon adalah 100%. Perfomance?? Ouhh, company sy tiada kot kategori ni. Sesiapa yang pandai 'kipas', senang laaa utk dapat gaji lebih. :P

Sunday, March 29, 2009

Sayonara...

Date : 28032009

sayonara ka-do utk encik boss...

Akhirnya tiba juga perpisahan dengan boss yg amat disayangi(Sayang ke?? Hahaha.. cik abe, jgn mare..). Ayat paling sesuai, boss yg disenangi oleh semua orang. Dia kat Msia ni hampir 4 tahun. Orang nye mmg cool habis, tak lokek dr segi duit2an (setiap kali ade apa2 farewell/welcome dinner dia mesti bg RM300 MINIMUM), kalo ade problem pun tak gelabah or tak marah2 tak tentu pasal. Memang COOL giler ah... Dan aku rasa ni leee pertama dan terakhir kot dapat boss yang macam ni.

18032009 : Kami buat farewell besar2an utk encik boss ni. Memang siap dengan bermacam2 program sehinggalah beberapa kali boss tangkap leleh. Dengan aku2 skali terasa teramat kandou tengok boss menangis begitu rupa.:( Mungkin farewell camni jugak adalah yg pertama dan terakhir kot.

damia.. bersiap sedia utk ke farewell dinner encik boss mama. tgh tgk barney sambil makan biskut.. HEAVEN!!
sebak tak tertahan...
kek yg dibuat oleh sorang member ofis... kek ni lah 'senjata' yg membuatkan boss tangkap leleh..gambar kenangan encik boss ngan kami..

kenangan... member2 ngan encik bos..

Dan sekarang aku terpaksa mengadap boss yg tak besh langsung. Aduhaiii nasib... Oh Tuhan, berilah kesabaran yg tinggi utk aku terus stay kat company nih...


Sunday, March 8, 2009

KeGaWaTaN...

ekonomi global... huhuhu.. macam serius je topik kali ni. Tak punnnnn.... saje wat gimmick! hehehe.

Sebenarnya company aku pun dah mengalami sindrom2 jangkitan kegawatan ni. Antaranya ialah :-
  1. NO OVERTIME sejak 1 Januari 2009. Masih boleh OT sekiranya urgent matter sahaja. Kesannya ramai laaa staff yg berbondong2 balik pd pukul 535 ptg sehingga terpaksa beratur. Ni yang boring ni... So aku mengmbil keputusan utk kuar ofis lambat sikit supaya tak perlu beratur. Rasa cam buang masa jerk dok menunggu.
  2. Penukaran uniform secara tertutup. Sebelum ni kaunter dibuka sebulan sekali utk tukar uniform, tapi sekarang hanya dibuka utk sesiapa yang memerlukan sahaja.
  3. Penawaran VSS utk production staff. Utk staff yg keje kat ofis masih belum dibuka. Uwasa (rumours) mengatakan akan dibuka bulan April nanti utk indirect staff (org keje kat ofis mcm aku.. hehehe). Tapi bila aku tanya, diorang (org2 HR laaa) kata TAK AKAN ada VSS utk indirect staff. Hmm... entahlah. Aku berharap jugak ade VSS ni, tp memandangkan ratenye amatlah kecil n ciput, terasa rugi pulak kalau aku ambik.
  4. Kurangkan company transport. So sesiapa yang tinggal berjauhan dari kilang dan tidak mahu berpindah tinggal di rumah sewa/hostel terpaksalah berhenti kerja (aku panggil pembuangan pekerja secara halus).
Dan yang paling tak sedap didengar ialah tahun ni tiada INCREMENT! huhuhuh... harap2 laaa uwasa itu tidak benar sama sekali. Dah laaa kalau ada pun ciput aje.. Hmmm...
Cuma masih bersyukur kerana company aku tiada pembuangan pekerja secara terang2an. Secara halus tu banyak jugak. :(
Blog Widget by LinkWithin