Showing posts with label Usana. Show all posts
Showing posts with label Usana. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

Pengumuman & jualan NUTRIMEAL percuma FIBERGY (SOLD!)

Dengan ini saya mengisytiharkan yang saya bukanlah lagi pengamal DIET bersama USANA. Kenalah stop dulu buat masa sekrg ni sehinggalah .......... (tempohnya adalah tidak diketahui, yg pastinya adalah setelah 2 tahun menyusukan adik damia, Insyaallah)

Buat masa sekarang ni, sy masih ada stok NUTRIMEAL perasa FRENCH VANILLA 1 tin (belum dibuka) dan  FIBERGY perasa ALMOND CREME yg baru guna 2 scoop. Kepada sesiapa yg berminat utk membeli NUTRIMEAL dgn harga ahli iaitu RM110 akan mendapat PERCUMA FIBERGY. Kos penghantaran adalah RM10.

Dengan RM120, anda akan mendapat FRENCH VANILLA NUTRIMEAL dan ALMOND CREME FIBERGY. Anda boleh jimat RM100!!
(Harga ahli utk NUTRIMEAL RM110 + FIBERGY RM110 = RM220)


**Usana tu apa? Silalah ke usana.com
**Berkesan ke USANA utk diet? Silalah ke sini dan ke sini. (Pengalaman saya) 
Kepada yg berminat, boleh hubungi saya di lailasani@gmail.com


Sunday, January 3, 2010

Eksperimen dgn ESSENTIALS

Baca sana sini, katanya ESSENTIALS ni boleh kurangkan bersin2 di pagi hari utk penderita resdung. Encik suami mmg tiap2 hari tak sah kalau tak bersin2 di pagi hari ni. Dulu masa kat rumah lama, siap boleh bertanding bersin dengan org belakang rumah. Hehe.. Org belakang rumah pun kuat bersin jugak di pagi hari.
Minggu lepas kami telah memulakan edisi eksperimen selama sebulan ni. Encik suami ni adalah jenis yg tak percaya sangat dengan produk2 di pasaran wpun isterinya dah berbuih mulut terangkan macam2. Penerangan saja tak cukup kan, jadi kesimpulannya kenalah beliau melalui eksperimen selama sebulan ni. Nanti sy akan update keberkesanannya selepas dah habis tempoh eksperimen ni.

Info ttg ESSENTIALS ni akan saya kongsikan di entry yg lain ye nanti. Kitab USANA tak bawak ke KL pun, takleh nk share lagi info2 psl ESSENTIALS ni.

Nota tangan saya : Setakat 2 minggu ni belum ada tanda2 kurangnya bersin atau serangan resdung, makin banyak bersin adalah. Mungkin ini adalah healing process dia. Saya pun ada ambik jugak ESSENTIALS ni, rasa cam tekak dok berkahakk aje.


Friday, December 11, 2009

Kenapa USANA menjadi pilihan?

**sambungan drp entry saya ttg usana yg ini.

Reason kenapa saya memilih USANA utk program diet saya :-
  1. Sesuai utk org pregnant/bf. Usana sesuai utk org pregnant, sekaligus sesuai juga utk org yg menyusu. Saya kan masih menyusukan damia sekrg ni. **warning : jgn diet seperti saya sekiranya anda berniat utk menyusu sepenuhnya dgn susu ibu. Sy dah start campur susu formula sejak saya diet kerana penghasilan ebm amatlah terhad. Malam, damia menyusu sepenuhnya. Saya juga tak perlu risau sekiranya saya pregnant lagi semasa saya mengambil USANA ni. Kebanyakan pil diet/produk2 utk turunkan berat badan adalah tidak sesuai utk org mengandung. Tapi dengan USANA saya dgn senang hati mengambilnya setiap hari.
  2. Penambah nutrien. Saya kan tak makan nasi/ayam/daging dll yg boleh menambahkan lemak2 tepu dalam badan. Jadi USANAlah yg tukang tambahkan segala nutrien2 yg berkurangan itu.
  3. Senang/mudah dan cepat. Senang dan cepat nak prepare. Letak ribena (jus ape2 pun boleh)+air+USANA. Goncang2, boleh minum dah. Kalau kat ofis, sambil2 menikmati USANA sambil2 surf internet... syokkk!!
  4. Sedap. Sedap!!! Ini penting sbb kalau tak sedap, motivasi nk menelan tu pun kurang. Nanti sure takleh nk maintain kan. (jus2 yg dipilih utk buat usana ni terpulang kepada diri sdirilah nk campur dgn ape. Setakat ni sy suka campur dgn ribena)


Tuesday, December 1, 2009

Update DIET bersama USANA

Hari ni adalah hari ke-30 sy mengambil USANA. Keputusannya?
Jeng je jenggggggggg......
.
.
.
.
.
.
.
Berat saya turun 3.2 kg. Yeay!! Happy sbb target 2.5 kg je sebulan.

Tapi jangan silap faham ye wahai saudara saudari sekelian. Bukanlah ambil USANA, terus turun berat badan. Memang kalau tanya sesiapa yg berpengalaman pun, TIADA jalan singkat utk kurus sekiranya tidak melibatkan kos RIBUAN $$$.

Apa yg saya buat ialah :-
  1. Minggu pertama : USANA 2X (pagi dan malam), lunch saya makan tp kurangkan nasi.
  2. Minggu ke-2 hingga ke-4 : USANA untuk lunch (utk jimatkan kos beli usana, huhuhu), sarapan pagi saya ambik cam biasa, mlm saya kurangkan makan atau mkn sayur/ikan shj (NASI mmg tak makan langsung atau ambil 2-3 sudu aje).
  3. Makanan yg saya elakkan ialah AYAM, DAGING, NASI dan SEAFOOD. Kalau teringin pun makan sikit aje.
  4. Exercise : swimming, squash, badminton (tp sepanjang sebulan ni baru gi beberapa kali jerk, belum boleh betul2 buat jadual lagi)
Fakta yg mesti dipatuhi utk turunkan berat badan (versi Laila)
  1. Mesti berdisiplin, keazaman mesti tinggi. Kalau encik suami atau org2 tersayang yg memberi dorongan, lagi laaaa bersemangat.
  2. Lawan nafsu makan yg membuak2 tu. Setkan minda, SAYA TENGAH DIET!!
  3. Exercise wajib!
SAYA YAKIN ANDA AKAN BERJAYA!!! Kalau tak percaya cubalah. :)
**Ouh, saya juga kecundang dengan prosperity burger.:P

Kenapa USANA menjadi pilihan saya?


Kenapa saya memilih USANA? Tungguuuuuuu...... akan diceriterakan.

Saturday, November 7, 2009

Bersama USANA

02112009 : Hari pertama saya campur dengan sunquick. Errr, rasa yang tak boleh diexplain.
Bukan sedap dan bukan tak sedap. Tapi telan ajelah.

03112009 : Hari ke-2 bersama usana.
Saya campur dengan ribena. SEDAPPP!!! Kawan2 yang try pun cakap, SEDAPP.

04112009 : Hari ke-3, saya campur dengan jus apple twister. Sedap jugak tapi macam manis sikit.
Saya campur dengan air kosong sikit. Jus ni mahal rupanya ek, 1 botol kecik cinonet 355ml tu RM2.40.
Untuk dinner saya campur dengan kurma pulak. Blend USANA+kurma+air sejuk+ais sikit.
Sedap jugak tapi serdak2 kurma tu membuatkan susah pulak saya nk menelan.

05112009 : Hari ke-4, campur dengan ribena lagi. Memang sedap sampai rasa taknak berenti minum.

06112009 : Hari ke-5, ribena jugakkkk...

Ranking saya untuk campuran usana
1-RIBENA
2-JUS EPAL TWISTER
3-KURMA
4-SUNQUICK

Timbangan berat?
Saya belum timbang. Saya rasa kalau tak exercise mana senang2 je nk turunkan berat badan.
So, dah exercise baru boleh timbang.

EBM saya??
Merudum dumdum... sesi pagi dan tengah hari hanya dapat 1oz. Sesi petang dapat 1.5-2oz.
 Adakah kerana DIET saya? Sememangnyalah kan.... Bekalan untuk damia hanyalah 2botolX3oz ebm.
 Fresh milk 2 kotak dan ISOMIL 4 scoop. :(

USANA saya

Nutrimeal perisa vanilla.
Planning nak campur dengan sunquick seperti yg dicadangkan oleh puan sifu, mrmrsimran.
Target utk turunkan berat sbyk 5kg dlm ms 2bulan
(tak boleh target banyak2 nanti kecewa pulak kalau tak tercapai kan?)





Nota tangan saya : baru seminggu saya ambil usana ni, tapi dah tinggal separuh laaa... agak2 2 minggu habis laa kot.:(

Blog Widget by LinkWithin