Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

hachi ka getsu buri!!

 hachi ka getsu buri inaka ni kaerimasu!!!!
dh 8 bulan tak balik kampung. tak tengok muka bonda.:(
saya sangat rindukan bonda... sangat2...!!
moga kejadian seperti ini tidak akan kembali kepada saya bila anak2 saya dewasa kelak.
takuttt.... org kata apa yg kita buat kat bonda/org akan kembali kepada kita suatu hari nanti...
mohon bonda ampunkan... mohon ALLAH meredhai...

hati sungguh tak sabar utk balik ke kampung.
moga perjalanan kami ke kampung dipermudahkan... moga adik dinie tidak memperdengarkan dendangannya... inshaallah.
Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

.........selamat bercuti...
selamat balik kampung kepada yg balik kampung. moga selamat sampai ke destinasi.:)

Thursday, August 5, 2010

Mickey mouse vs Bee



 Dipersembahkan......
model MM-mickey mouse!!!
Romper ni berjaya dirembat di kedai online Kak Ros-Little Mama. Walaupun tgh panas 'cengceng'(loghat kelate' daaaaa), damia sanggup pakai topi kepala MM ni tanpa banyak songeh. Siap suruh pakaikan lagik!
Untuk sape2 yg berminat bolehlah jenguk2 ke kedai Kak Ros ni ye... Service adalah tiptop! Takder delay takde byk songeh.:) Nampaknya masih ada stok romper yg comey2 nih. Tembikai pun ade tau!!
Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!! pose terbaekkk utk encik papa... :)

Dan ini pula adalah LEBAH KESEPIAN!! kerana tidak ada kawan nak bermain2 dan berlari2. Hanya ada mama je yg dah tak kuat berlari. So, damia lari jelah sorang2. Gambar ni dah lama jugak, beberapa bulan yang lalu. Gambar jalan2 cari hutan bandar Mutiara Rini.
Opsss, disebabkan baru minggu lepas ada adik seofis bertanya baju ni beli kat mana. Jawapannya ialah TESCO. Mana2 tesco pun ada kot.
laju tau saya lari!!!!! mama mmg tak sempat nk kejar saya...
ada gaya atlit tak? :P

Sunday, June 6, 2010

Lokchin?

Siapa tau apa itu lokchin? Atau dengan kata lain, ia adalah 'satey ikang' yg hanya boleh didapati di pantai timur sahaja (kalau saya tak silaplah) tapi kalau kat johor ni mmg tak pernah jumpa laaa...
Inilah rupa lokchin @ satey ikang tu, yang kononnya saya mengidam laaa sangat nak makan. Maklum tengok gambar kawan mkn benda ni ms diorg balik kg. Bila balik kg hari tu, saya tidak melepaskan peluanglah utk menikmati keenakan satey ikang ni.. SEDAPPPPPP!!!!! Tapi taklah sesedap masa zaman dulu2.... tapi sosnya yg pedas manis @ manis itu sangatlah menawan kalbu. Nyum.. nyum.. nyum...
Damia pun suka...
Percubaan mengambil gambar yg entah ke berapa kali nak bagi nampak menariksssss dan org kecur air liur melihatnya...:P
Masih lagi jual guna beskal, yg ni tak berubah dr zaman saya kanak2 dulu..
Sedap ni tauuuuuu.... Cubalah try...
Erkssssssss... ni wat muka ape taktau laaa....

First time jumpa pantai-pasir-ombak dan air laut

Baru berkesempatan nak masukkan gambar2 si kenit yang jakun dengan pantai-pasir-ombak dan air laut masa balik kampung baru2 ni. Papa n mama sangat happy bila tengok damia sgt2 happy melayan diri dgn pasir dan air laut. Kalau ada kesempatan, kami akan bawak damia ke pantai lagi ye.

Ye kawan2, saya mmg jakun dgn pasir yg begitu banyak ni....
Terbangkan pasirrrrrrrrrr...... tak kesahlah masuk dalam mata punn..
Terbangkan lagi....
Ok, jom kita rasa teksturnya pulak dgn meniarap ye adik2..
Damia kena tinggal sbb lame sangat dok main pasir.... mama tak sabar nk jumpa sang ombak
 
Mula2 takut tengok ombak datang.... takpe.. takpe... mama pegang damia..
Jumpa air je terus excited, hilang takut tu..
Bes rupanya main2 pasir kat pantai ni ekk..
Berani... siap buleh baring2 lagik..
Dussshhhhhhhh... ombak datang... telan laa jugak air masin 2-3 gelen... :)
Penat.. penatt.... mama, cejukkkkkk....!!

Lagi gambar2 di pantai, silalah berkunjung ke album mama damia ye..

Monday, May 31, 2010

Pertemuan dengan e-ein sekeluarga; FREE photoshoot

Nampaknya hard schedule semlm tidak dpt direalisasikan di atas sebb2 yg tak dapat dielakkan. Papa damia byk kerja yang tertangguh, so semlm adalah agenda pertemuan dgn e-ein sekeluarga dan FREE photoshoot oleh KEDAIGAMBARKAMI beserta agenda mengisi perut di Kluang Railcoffee yg diidamkan sekian lama.
 Mama damia+damia-mama e-ein+e-ein
Damia n papa... Spek itam tak tinggal punyeee..

Kami bertolak dari Kulai pkl 7:15 pagi, punyelah bersemangat tu. Hihihi. Lagipun kalau sampai lambat, hari dah makin panas. Takkan nak bergambar tengah hari kot kan. Kami sampai ke tempat yg dijanjikan pkl 8 lebih dan teruskan perjalanan bersama2 dgn photographer KEDAIGAMBARKAMI ke Dataran Tasik Kluang. Cuaca semlm agak panas walaupun jam baru menunjukkan pkl8:30 pagi. Tapi photoshoot diteruskan juga. Bermandi peluhlah kami semua terutamanya makyonglah kan. Mula2 tu damia agak malu2 kucing juga tapi setelah bbrp minit berlalu, damia dah boleh posing cuma senyum je takde. Mungkin damia rasa pelik bila org lain yg tangkap gambarnya. Biasanya papa damia ajelah photgrapher yg setia.


Opss.. lupa nak intro tadik, FREE photoshoot ni adalah hasil daripada contest ini. Terima kasih ina n zul diatas layanan korang sekeluarga. Kesian kat e-ein yg kemengantukan agaknya. Kami siap dapat makan free kat Kluang Railcoffee tu. :) Roti bakar sedap, bubur nasi dan mee rebus pun sedapp!! Cemana dgn rasa coffee yg diidam2kan? Hehehe... Lidah dan tekak saya adalah bukan penggemar kopi pekat, NESCAFE jugaklah paling BEST!!! Mengada2 aje tu makyong nak merasa masuk kedai KLUANG RAILCOFFE. Hihihi.
 Roti bakar siap buleh tapau, order banyak sangat...
 Coffee adalah pekat yg sangat pekat, siap kelat melekat kat tekak... huhuhu..

Sebok dok tangkap gambar kami, terlupa pulak nak ambik gambar kenang2an bersama e-ein dan family. Terpaksalah guna kamera hp aje. Makanya gambar adalah sgt tidak memuaskan. Gambar photoshoot tu nanti dah siap akan dikeluarkan kat blog ni. Tungguuuu!!!!!!


Saturday, May 29, 2010

Hard Schedule

Besok adalah hard schedule utk kami 3 beranaks. Pagi2 bertolak ke Kluang utk beramah mesra dengan tuan punya blog KEDAIGAMBARKAMI, lepas tu ke Yong Peng kenduri kawan ofis encik suami dan kemudiannya dlm perjalanan balik ke JB kami berhajat utk melawat keluarga sahabat yg kehilangan ayah tercenta. Harap2 semuanya berjalan lancar. Semuanya bergantung kepada kecekalan makyong dan cik damia. Papa damia sure ok je.:)


Nota tangan saya : Sudah 2 hari mata kiri saya asyik dok gerak2. Apakah petandanya? Atau hanya sekadar mata keletihan?

Sunday, December 20, 2009

Singapore Zoo

Tarikh : 06 Disember 2009

Dua minggu lepas keluarga encik suami datang jalan2 Johor spt yg saya ceriterakan dalam entry ini. Diorang dah rancang awal2 lagi utk pergi jalan2 Spore. Kalau tanya kami macamana nak pergi dgn kereta, mmg kami tak tahu langsunglah. Nasib baik abg ipar ada GPS. So, selamatlah perjalanan kami ke sana. Dekat je rupa2nya kalau ikut hi-way Second Link tu. Cuma tol mahallah sikit.

Pagi2 morning (awal giler lah maksudnya ni) lagi kami dah bertolak ke sana. Anak2 kecil pun dikerahkan bangun awal. Damia pulak, menggeletar mandi pukul 7. Tapi tak nangis laaa, maintain jerk. Pukul830 macam tu kami bertolak ke sana dan sampai dalam masa 40-45 minit je. Kat sana, orang ramailah jugak sbb tengah cuti sekolah ni kan. Tapi still ok lagi. Bayaran masuk saya tak ingat sbb ketua rombongan/abg ipar yg bayarkan. hehehe. Tau2 dah dapat tiket utk masuk+tiket utk naik tram lagik.

Ni baru 3/4 drp yg mengikuti rombongan jalan2 zoo.

Keseluruhan zoo,
  1. sangat menarik
  2. byk binatang
  3. luassssss (penat jugak berjalan, tu pun naik tram satu stesyen)
  4. bersih (bau n*j*s haiwan tu ada laaa, nama pun zoo kan)
Yang tak syoknya sbb kesian kat damia sbb asyik ketakutan je. Dia sgtlah takut dgn binatang2 yg besar kat sana. Mungkin umur damia masih belum sesuai utk enjoy pergi zoo (atau damia mmg penakut??). Mungkin jugak sbb dia ingat binatang2 cam tiger, lion, bear tu kecik2 je sbb kami ada belikan replika binatang kat rumah. (Opss.. silap kami ke? huhuhu)

semuanyaa.. NANAK.. NANAK....
takut sungguh2 damia... (mama senyummm aje)



dapat main2 air, happy lah sekejap cik damia...

Gambar semasa di sana , silalah melawat picasa saya ye. Banyak sangat nk letak kat sini.

ni antara yg menarik perhatian...damia start2 takut sbb tengok polar bear tu lah.
besarrrrrrrrr...!!



Nota tangan saya : 
*Lama sungguh menanti gambar dicuci dan dibasuh oleh encik suami. Ni baru je siap.
**Berbaloi2 pergi Spore Zoo ni. Memang tak rugi langsung.

Blog Widget by LinkWithin