Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

Kontraksi palsu? Kontraksi sebenar?

Rentetan drp kisah 'contraction' di hari pertama berpuasa, saya nak share info yg diambil dari sini.

Bagaimana mengenal Kontraksi? Bagaimana rasanya sakit bersalin? Bagaimana membezakan antara kelahiran sebenar dan kelahiran palsu?

Ciri-ciri Kontraksi
  • Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
  • Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
  • Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
  • Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
  • Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
  • Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
  • Semakin kuat sakitnya
  • Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
  • Berbaring tidak mengurangkannya.
  • Servik menipis dan terbuka.
{mosimage}Mengira Kontraksi
  • Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
  • Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
  • Catatkan kekuatan sakitnya.
Kelahiran Palsu

Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.
Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.
Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini
  • menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
  • jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
  • tidak bertambah kuat sakitnya.
  • tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
  • biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
  • tidak begitu menyakitkan.
  • boleh reda jika anda berbaring.
  • biasanya tiada perubahan pada servik.
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Sumber:
  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
Nota tangan saya : Doktor nasihatkan saya agar ke hospital sekiranya mengalami contraction 10 minit sekali memandangkan rumah agak jauh dr hospital.

Thursday, August 12, 2010

Tanda-tanda hampir bersalin

Rasa nak share dengan kawan2 tanda-tanda hampir bersalin. Sebab petang semlm dari pkl4-6 petang gitu saya mengalami contraction yg sangat hebat. 15 minit sekali. Huhuhu.. memang sangat2 sakit. Time tu dalam kereta utk ke bazar ramadhan, terus takde selera nk beli apa dan memang tak turun kereta pun. Tambah2 lagi hujan dan damia tido. So, tunggu dalam kereta jelah.
Dok terfikir2 lagi, betul ke nak bersalin ni? atau false alarm je? atau sebab puasa? atau??? Hoh! Memang sangat confused! Dah balik rumah tu, alhamdulillah ok pulak. Baru nak google balik 'tanda2 hampir bersalin'... Hohohooh... Kena sound ngan cik abe, "aih, baru nak cari tanda2 nak bersalin?" Hehehe.. Saya tak berapa ingat yang contraction berapa minit skali tu kena angkut barang pergi hospital. Tanda yang lain2 rasanya dah dok terlekat lam kepala dah....

Ni saya copy-paste dari sini.

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"


Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Sumber:
  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

Nota tangan saya : 
**moga2 saya diberikan tanda yg nyata dan jelas utk bersalin nanti.INSYAALLAH
**....minggu ke 38!

Sunday, April 11, 2010

Sudah separuh perjalanan...


...adik damia... minggu ni 20 minggu, taktau nak cakap rasa cepat ke lambat. Tapi tinggal separuh perjalanan je lagi utk menanti adik damia melihat dunia. Lagi 20 minggu... mcm tak sabar menanti pun ade... dokidoki...


Nota tangan saya : ..... ramai kawan/akak/abg kat ofis cakap saya macam dah sarat, ada yg tanya "tunggu hari ke?", "bila bersalin, nampak cam dh tak larat je berjalan?"... ngeeee... wpun kekadang sy berjalan laju2 cam tak peknen punn.. hihihi.. ada lagi 20 minggu ye nk tengok saya kat ofis tu sblm sy cuti panjang...:P

Monday, April 5, 2010

Update : Mak yong & adik damia-19 minggu

Bila dah lama menyepi dari memblog ni, nak susun ayat yg 'cantik' sikit pun dah rasa cam kena fikir sampai 15 minit. Aih, makin bersawang laaaa blog ni.
**damia, mama hutang update pasal damia dah hampir 3 bulan... nti mama combine sume skali ye...

Ni nak update pasal adik damia dalam perut. Hasil check up 1/4 hari tu, alhamdulillah semuanya OK. Kencing kotor yg dialami sebelum ni pun dah tader. Alhamdulillah.. Ngeri juga mengingatkan pesanan doktor tentang penyakit kencing kotor ni. Sila jangan pandang enteng ye untuk sesiapa yang mengidap penyakit ni especially sekiranya anda mengandung. Antara kengerian yang saya paling ingat ialah :-
  1. Kelahiran bayi pra-matang sekiranya tidak dirawat.
  2. Buah pinggang gagal berfungsi dengan baik sekiranya dijangkiti bakteria daripada penyakit kencing kotor ni.
Cara untuk mengubatinya ialah :-
  1. Minum air masak dengan banyak, paling minimum adalah 8 gelas sehari.
  2. Minum air barli.
  3. Makan ubat antibiotik/ubat untuk kencing kotor daripada doktor pakar sekiranya penyakit sudah ditahap kronik.
Untuk next check up, saya dikehendaki buat GTT. Apakah dia GTT?
GTT ialah GLUCOSE TOLERANCE TEST. Senang cakap nak cek sama ada saya ada diabetes ke tak. Untuk info yang lebih lanjut, sila melawat ke sini.

Terkejut juga saya bila diarahkan oleh doktor utk buat test tu sebab bila saya tengok urine test adalah NORMAL. Bila saya tanya doktor, beliau kata sbb ibu saya ada diabetes dan berat badan saya dah menjangkau XX kg (XX itu adalah rahsia ye.. i malu laaa, hehe)

Ok, tentang adik damia pulak. Sekarang ni adik damia dah gerak2 dah dan saya dah dapat rasa dah sekali sekala. Memang sangatlah mengujakan time 'rasa' pergerakan baby tu. Saya rasa semua ibu pun suka time ni sbb baru betul2 rasa kehadiran baby dalam perut.:) 
Plasenta masih lagi berada di bawah dan keadaan baby pun masih lagi dalam keadaan songsang. Moga2 bila dah sampai masanya, plasenta akan berada di atas dan baby berjaya junamkan kepalanya ke bawah, InsyaAllah.

Sunday, January 20, 2008

aKaCHaN Ga uGoiTa??? (Baby dah gerak2???)

Countdown.... lagi 13 hari cik abe nak balik... ghindu gilerr desu!!!

Aku sebenarnye tak berapa sure... baby gerak2 ke ape... tp aku rasa btol laaa kot. Sebab lam sehari tu banyak kali gak cam ade 'sesuatu yg berdenyut2' lam peyut... hihi... Baby gerak laaa.. ape lagi ek?? Doc memang ade cakap gak, kalau first baby mmg camtu.. tak berapa sure sbb lom ade pengalaman... Bila dah rasa baby gerak2 ni baru rasa cam real sikit peknen.. hahahahaha...
Kalo tak, rasa cam 'tada no debu (gimot/boncet saje2...)' jerk.... kekeke...

Sekrg ni kaki aku dah stat sakit/sengal2 dah especially nak pijak lantai pas bangun pagi... aduishhhhhh..... cam ala2 nak sembab walaupun aku rasa dari awal peknen lagik aku dah letak bantal kat kaki. Orang kata buleh elakkan sembab.. hmm... nampak gaya petua ni kurang berkesan kot kat aku... Mungkin sbb berat badan aku naik dah terlebih sangat kot?? Atau banyak sangat berjalan kot??? Hmmm.. entah lerrr..... Bila aku tanya makbonda aku kot2 ade ubat tradisional utk hilangkan bengkak/sengal2/sakit... makbonda cakap 'tinggikan kaki mase tito'....... itu jerk.... huwaaaaaaaaaaa....... ni baru 20 minggu.... ade lagi 20 minggu desu.... kohai (junior) aku ckp ade losyen kat modernmum tu berkesan utk kaki sembab... hmm.. aku pun ape lagi... semlm terus leee pi carik losyen tu... dah 'try test' pakai semalam... mase sapu tu mm beshhh sangat rasa... tapi pagi bangun pagi ni rasa cam sameee jerk... hihiihihihi.... sebabnye tu losyen jee... bukannye ubat utk ilangkan... just utk kurangkan sakit je rasanye....

Aku bukannya merungut... saje jerk nak bercerita... dan aku dah berjanji kat diri aku... aku akan hadapi apa saja yg berlaku utk memastikan bb aku sihat n selamat.... Insyaallah... Moga2 Allah perkenankan dan memudahkan segala urusan sepanjang perjalanan kehamilanku... Aminn....

Saturday, December 15, 2007

DaH KeMBaLi NorMaL...


Sejak minggu lepas kehidupan aku dah kembali normal sedikit berbanding hari2 sebelumnya... Ape tu ekk?? (ekk -->dah terikut2 orang johor bercakap... hehehe)
Alhamdulillah aku dah boleh masuk dapur... Hampir 3 bulan jugak dapurku tak berasap... Hidung aku ni amat laaa sensitif bila terbau apa2 masakan.. dan semua masakan tu aku rasa cam busuk... Err.. bukan laaa busuk.. tp cam tak beshh laaa.... Sehinggakan makcik belakang rumah.. sebelah kanan kiri rumah masak pon aku tak suke.... Arrghhh... Rasa cam nk suruh sume2 orang jangan masak... hahahahahha.... Selfish betoi aku nih.... Perasaan je laaa... Takde laaa aku buat betoi2..

Tapi laaa nih.. buleh laaa aku kembali ke dapur... Kadang2 rasa pening2 gak laaa ngan bau tuh... tapi takdelah sampai rasa menyampah macam sebelum nih....
Bersyukurrrrr sangat dah buleh masak.. sebabnye.. aku dan suami dah taktau nak order ape makanan kat kedai tuh... kekadang dah boring sangat.. kitorang makan burger jerk... Sebab lame sangat tak merasa burger kat gerai tepi jalan.. rasa die... hmmm... sedapppp sangat.... heheheh... Selera makan aku mmg bertambah2 sejak berbadan dua nih... Bukan sebab aku fikir nk kena makan untuk 2 orang... tp mmg terasa cam ape2 yang aku nk makan tu memang SEDAPPP sangat....:)


Pasal baby plak... alhamdulillah.. ok... minggu lepas aku mc sehari... sebabnye kepala aku sakittttt sangat... rasa cam takleh nak angkat.... nak makan ubat aku mmg takut memudaratkan baby... so bertahan jerlah.... dan ape yg mampu aku buat... pakai 'koyok'.... aku pon tak tahu ape ubat tradisional utk ilangkan sakit kepala.... aduisshhhhhhh.....
aku bantai baringggg jerlah sampai tengah ari... nk tido pon takleh sbb kepala sakit.... lam kol 12 gitu aku dah buleh dah bangun... n bersiap2 nk gi klinik... after bgtau encik hubby ku... dia suruh scan baby skali... tulah sebabnye aku tau.. keadaan baby OK.... doktor ckp... baby sihat nih... uri ade sekeliling die... awk makan cukup ni.... hahahahahhahaha.... memang tergelak besar laaa aku.... tau2 lak doktor ni aku makan macam2... bukan ape, aku slalunye pikir yg aku taknak laaa bergantung sangat ngan supplement... kalau buleh nak dapatkan segala nutrien utk baby aku ni dr makanan yang aku makan.... tapi takmo lah aku sampai overweight plaks.. karang nanti susah aku nk turunkan balik berat badan aku....

Tuesday, November 27, 2007

aLHaMDuLiLLaH..........


Alhamdulillah....
15/11 ari tu aku dah berjaya gi 1st check up dan kata doktor, perkembangan baby aku normal. Alhamdulillah... syukur kepada Allah... hanya itu yang mampu aku ucapkan... Hilang sekejap rasa kebimbangan aku tu....
Masa sampai klinik tu, cam biase laaa kene daftar bla... bla... pastu pakcik yang registerkan aku tu kasik aaa nombor... "gi belakang dek...".. Aku dan encik hubby pon gi laaa ke belakang seperti yang diarahkan. Jenguk2, hendap2 macam takder org panggil nombor... Hmmm... takpelah, tunggulah dulu buat sementara waktu. Kalau ingat2 balik, masa tu aku ala2 pengor (actually aku taktau sangat ape maksud sebenar pengor nih... sajer nk guna.. encik hubby ajar... hehehe) jerk..

Bila aku perhatikan orang2 yang datang selepas aku dengan selambaaaa jerk pi cek itu ini... aku jadik pelik plak... hmmm.. lam hati aku...diorang ni tak beratur ke?? Dengan malu2 alah aku pon tanye leee akak nurse... "Saya baru nak buat kad merah..." Akak nurse tu pon kasik laaa kad merah n buku orange utk aku isik... hihihi... Padan muka aku... lam 15 minit gak laaa aku dok tercongok kat situ.. hahaha.. dok perhatikan akak2 nurse wat keje... geng2 ibu mengandung... Aku plak lupa nak tanya ngan kawan aku yang pernah check up kat situ... hihi... takpe laaa.. nak wat cemana.... Sabarrrr je laaa... :) Encik hubby pon dengan penuh kesabaran menunggu.... kekeke... Ampunkan saya cik abang....

Pas timbang berat-ukur tinggi-ambik darah etc... hampir 2 jam gak laaaa melepek kat klinik tu... Kebetulan ari tu ramai orang plak... Tapi demi si kecik lam peyut ni, aku n encik hubby sanggup menunggu giliran dengan penuh kesabaran... :)
Pas jumpa doktor n tengok result ultrasound, aku rasa happyyyyy sangat! Masa doktor tunjuk tu, kaki baby gerak2.... Alhamdulillah baby kita ok abang....

Next check up, 27/12.. lagi sebulan kene tunggu. Tak sabar nak tengok baby lagik... :P

Thursday, October 11, 2007

KaNDou SHiTaa...(TeRHaRu)

Hmmm... Ni first time aku nak tulis2 camni... taktau camno nak mulakan... :)

Alhamdulillah... 09112007 ari tu.. aku disahkan oleh doktor yg aku peknen 5 weeks. Taktau nak cakap betapa happy nye aku masa tu... Walaupun sebelum pergi jumpa doktor tu aku memang ada test sendiri kat rumah... Tapi rasa tak percaya kalau bukan doktor yang cakap...

Sebenarnya aku tak nak buat lagi pregnancy test tu... tapi disebabkan aku mengalami sakit perut yg macam ala2 chipsmore (sekejap ada sekejap tader), encik hubby ku suggest untuk gi klinik pas bukak pose...
Kalau dah pegi klinik of course laaa doktor akan cek aku peknen ke tak kan?? Sure doktor tu akan tanya aku ni tengah 'bendera merah' ke... Disebabkan aku nak merasa ke'nervous'an wat pregnancy test sendiri.. So... sebelum pi jumpa doktor, pas bukak pose hari tu.. aku terus cek sama ada aku peknen ke tak... dan.. keputusannya.... jeng.. jeng... jeng...
POSITIF!!!!! tapi line ke2 ala2 kaburrrr gitu... encik hubby pon dok cakap.. ye ke?? ye ke??
hmm... tambah le aku konpius... tp aku yakin... aku PEKNEN!!! haahhahaah...
sebab ape? sebab aku nye tarikh 'bendera merah' tak pernah lambat... selalunye tepat2 pada waktunye... kalau lambat pon lam sehari dua camtu je....

Pas semayang maghrib tu, encik hubby pon bawak laaa aku pi jumpa doktor kat satu klinik berdekatan ngan umah aku tu... Memang doktor ni ala2 doktor peribadi aku laa.. hehehe... Selalunya memang jumpa doktor ni kalau sakit ke.... Kalau bukan wife dia... husband dia... Doktor ni suami isteri... Bes sangat diorang ni... Baik giler!

Lagik skali aku dikehendaki wat test... doktor cakap memang positif laaa... Alhamdulillah..... Akhirnya doa aku dan suami dimakbulkan oleh ALLAH YANG MAHA ESA.... Aku bersyukurrrrr sangat....
Harap2 baby aku ni akan selamat.... Insyaallah....

Thanks kepada kengkawan n family yang sentiasa mendoakan aku....
Blog Widget by LinkWithin