Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Keberkatan masa vs tak cukup masa


Perasan atau tidak, ramai yang merungut takde masa laaa.... tak cukup 24 jam yang Allah berikan. Sebenarnya bukan masa yang tidak cukup, tapi cara kita menggunakan masa, cara kita menghargai setiap masa dan cara kita menghabiskan masa dengan lebih berkualiti, dengan lebih berkat.

Apa yang saya ingin tuliskan ni adalah pengalaman saya sendiri sebenarnya. Rutin harian saya bila balik kerja, terus masuk dapur (kalau hari rajin nak memasak laaa kan). Contoh ni hanyalah hari 'homemade dinner', kadang2 tapau juga. Ngeeee... Sampai rumah pukul 615 petang paling cepat. Bila dah masuk dapur tu, sudah semestinyalah hampir2 sejam jugak kan. So, sejam selepas tu dah masuk waktu Maghrib kan. Banyak kali, boleh dikatakan sebelum menyedari kewujudan 'MASA YANG BERKAT' ni, saya memang 'TERBABAS' melewatkan waktu untuk solat Maghrib.
Selalu hati berkata,
sikit je lagi aku nak bagi sup ni mendidihhhh je, nanti boleh tinggal laaa....
sekejappp je lagi nk letak garam kunyit kat ikan/ayam jeee.......
Tapi bila tengok2 jam, dah pukul 730 mlm. Dah hampir separuh waktu Maghrib tu berlalu. Tapi syaitan berjaya memujuk hati saya supaya BERTANGGUH seruan azan, seruan utk menyembah YANG ESA.

Contoh lain pula adalah bila tengok drama. Maklumlah tayangan drama petang2 dr TV3 petang2 tu kan BEST! Zaman2 gila drama petang2 dulu, selalu hati berkata,
Nanti iklan aku pergilah mandi, nanti pergilah solat.
Dah abis separuh jalan nanti aku pergilah solat.
Pernah tak berlaku sebegini dalam kehidupan harian anda. Pernah tak ada bisikan2 SYAITAN dalam hati kita?

Natijahnya, saya selalu rasa TAK CUKUP MASA. Kadang2 ditambah dengan anak meragam tak tentu masa... Sebenarnya segalanya berpunca dari kita. Kita lalai menghargai masa yang Allah berikan. Kita lalai dari mengingatiNYA. Kerana itula kita hilang nikmat KEBERKATAN MASA.

Cukuplah BERDRAMA, cukuplah SIBUK DI DAPUR dan BERTANGGUH utk mengerjakan solat. Hidup kita terlalu pendek, ingat2lah selalu kepada ALLAH. Ingat2lah selalu kenapa kita dijadikan oleh ALLAH. Untuk apa? Apa tujuan kita hidup? Apa yang kita lakukan hari ini, semuanya bekalan kita menuju akhirat. Jom sama2 muhasabah kawan2, adik2, kakak2.....

Perkongsian dari blog ini.

Allah menjadikan kita untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini:
 Khalifah di muka bumi
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Kalimah خليفة  (khalifah) dari sudut bahasa ialah orang yang menggantikan perbuatan orang lain. Khalifah yang dimaksudkan di sini sama ada makna majazi (cakap pinjam) iaitu manjawat/menjalankan pekerjaan yang dikehendaki oleh yang digantikan, seperti wakil dan orang yang menerima wasiat, iaitu orang yang mengatur pekerjaan di bumi yang dikehendaki oleh yang diganti (Allah). Kalimah khalifah tidakk boleh diguna makna hakiki (makna sebenar) disini kerana mustahil kita boleh menganti perbuatan Allah.

Dengan itu, kita yang dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah pada segala hukum.


 ****************************************************

Nota tangan saya : Moga kita sama2 mengambil iktibar, nampak remeh tapi sebenarnya ia adalah impak yang besar supaya kita lebih mempunyai BANYAK MASA!

Sunday, June 3, 2012

Rahsia kejayaan pengasas KEDAI SUKAN AL-IKHSAN



Sangat2 kagum dengan pengasas Al-Ikhsan. Jom kita baca untuk dapatkan iktibar. InsyaAllah.
************************
Jika anda ke mana-mana bandar besar atau pusat beli-belah di seluruh Malaysia sekarang anda pasti akan ternampak papan tanda besar aL-ikhsaN.

Syarikat aL-ikhsaN adalah syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan bertaraf antarabangsa yang mana produk yang ditawarkan adalah eksklusif...

dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010.

Tetapi, bagaimana ia bermula dan apakah resepi kejayaan pengasasnya?

Kejayaan yang dicapai oleh syarikat ini bermula dengan modal kecil dan permulaan yang amat ‘humble’.

Pada permulaannya Ali Hassan Mohd Hassan hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau ketika beliau masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Beliau juga bekerja sambilan sebagai penghantar pizza untuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup.

Meskipun beliau juga menerima biasiswa, beliau memberitahu yang kesemuanya diberikan kepada ibu beliau “kerana kami bukan orang senang.”

Dalam berusaha tanpa mengenal jemu dalam pelajaran dan menyara kehidupan ketika itu, beliau akhirnya berjaya mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993.

Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan.

Perniagaan pertama Ali Hassan bermula pada tahun 1993 di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri.

Beliau mula mengusahakan perniagaan serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan.

“Ketika itu, memang sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaan ini kecil.

Itu bukan alasan untuk tidak berjaya.

Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas.

Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin.

Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual,”

katanya yang pernah naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya.

Beliau menyatakan dalam menjayakan sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha.

“Walaupun kita gagal sekali atau sukar mendapatkan pinjaman bank, kita kena istiqamah dan terus buat sahaja (just do it)

Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada.

Ini penting untuk kita bina reputasi walaupun mengambil masa satu atau dua tahun.

Bila orang melihat reputasi kita yang semakin baik, barulah mereka akan percaya.

Apa sahaja kita kena sabar…. perbaiki apa kelemahan yang ada.

Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati.

...biar mereka ‘komplen’,”

katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.

“Saya masih ingat lagi luahan pelanggan kerana barangan yang dipamerkan di kedai pertama sedikit dan banyak kekurangan.

Itu tidak ada…ini tidak ada. Jadi, saya berusaha mendapatkan barangan yang mereka mahukan kerana ingin memuaskan hati pelanggan.

Ambil sahaja apa ‘komplen’ pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif.

Itu tanda mereka sayang kepada kita dan mahu melihat perniagaan kita berkembang,” katanya.

Resipi kejayaan selama ini yang didukung dalam diri Ali Hassan sebenarnya berpaksikan sepenuhnya kepada tuntutan dalam agama Islam.

"Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah:

1. jangan kita meninggalkan solat lima waktu,

2. jaga ibu bapa kita sebaik mungkin,

3. tunaikan zakat dan berikan sedekah dan

4. bantu mereka yang susah".

Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.

“Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya…

kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat.

Mula-mula nampak susah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil.

Inilah isi kejayaan yang sebenar,” jelasnya.

Selain pegangan kukuh pada tuntutan agama, senjata aL-ikhsaN yang sentiasa berada selangkah di hadapan pesaing adalah harga produk sukan dijual amat berpatutan bagi semua lapisan masyarakat.

“Apa yang paling penting ialah aL-ikhsaN memberikan produk-produk berkualiti dan berjenama antarabangsa dengan harga yang cukup berpatutan.

Ini memberikan kepuasan kepada pembeli, sekali pakai mereka akan kembali lagi.

Kini terdapat sebanyak lebih dari 75 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara wujud yang menjadi bukti sebuah empayar perniagaan hebat miliknya.

Malahan kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain.

Pilihan produk juga luas dan dijual pada harga berpatutan.

Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini.

Setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di AL-ikhsaN pada hari yang sama.

Pada penghujung 2010, aL-ikhsaN juga telah mula merancang membuka kedai sukan untuk wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl.

Menurut Ali, pembukaan premis ini untuk memenuhi tuntutan para pelanggan wanita yang menyatakan bahawa pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka sukar diperoleh dalam pasaran tempatan.

Jelas sekali dengan mendengar feedback dari pasaran, AL-ikhsaN mampu bertahan, malah berkembang dengan jayanya.

Kini, rangkaian kedai aL-ikhsaN adalah nama besar dalam kalangan anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular seperti Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang murah.

Kejayaan Ali Hassan mengembangkan kedai aL-ikhsaN ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada usahawan Melayu yang sering dianggap stereotaip dengan kisah kegagalan,

....untuk berusaha tanpa mengenal jemu, beristiqamah, sambil mempelajari untuk mendengar kehendak pelanggan dalam membina perniagaan.

Ali Hassan membuktikan kebenaran pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Mari kita sama-sama mencuba formula kejayaan beliau:

1- Solat 5 waktu

2- Jaga Ibu Bapa kita

3- Tunaikan Zakat dan memberi sedekah dan bantu mereka yang susah

1- Solat Wajib yang lima:

Ketika Azan berkumandang sebagai penunjuk masuknya waktu solat, adakah kita faham maksud atau terjemahan bahasa arab tersebut?

Allahu Akhbar Allahu Akhbar 2x (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar)

Asyhadu alla illahaillallah 2x (Aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah)

Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah 2x (Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah)

Haiya alas Solah 2x (Marilah Sembahyang)

Haiya alal Falah 2x (Marilah Menuju Kejayaan)

Allahu Akhbar Allahu Akhbar (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar)
La ilahaillallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)

Di dalam pengertian azan, solat itu membawa kepada kejayaan (Marilah Sembahyang, Marilah Menuju Kejayaan).

Jelas sekali dinyatakan di sini.

Oleh itu kenapa ada di antara kita yang merasakan, dengan solat kita akan membuang masa kita selama 15 minit dengan tidak produktif bekerja?

Malah ada di antara majikan yang merasakan pekerjanya hanya akan membuang waktu bekerja dengan mengerjakan solat selama 15 minit.

Sedangkan telah dinyatakan bahawa sesiapa yang bersolat, dia akan berjaya?

Rezeki itu datangnya dari Allah.

Luangkan masa untuk kembali dan bersyukur dengan pemberian Allah, dengan melaksanakan Ibadah wajibnya.

Insyaallah kita akan berjaya dalam hidup...

2- Jaga Ibu Bapa Kita

Dalam Al-Quran Allah berfirman:

"Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibubapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,

..maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
(Surah Al-Isra' ayat 23)

Rasulullah saw juga ada bersabda:

"Keredhaan Allah s.w.t terletak pada redha kedua ibubapa"
(Riwayat Muslim)

Oleh yang demikian, menjaga kedua ibu bapa kita adalah wajib dan dituntut dalam ugama Islam.

Jika ibu bapa redha pada kita, Allah juga akan redha dan kejayaan insyaallah akan hampir pada kita.

3- Tunaikan Zakat dan memberi sedekah dan bantu mereka yang susah

Allah berfirman:

"Perumpamaan (infak yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan butir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir; seratus biji.

Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.

Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 261).

Dan dari Abu Hurairah r.a.,ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Siapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang berasal dari usahanya yang halal lagi baik, maka sesungguhnya Allah menerima sedekah tersebut dengan tangan kananNya

kemudian Allah menjaga dan memeliharanya untuk pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang menjaga dan memelihara anak kudanya. Hingga sedekah tersebut menjadi sebesar gunung.

Jelas sekali ganjaran yang Allah akan berikan kepada orang yang bersedekah.

Jadi kenapa kita perlu ragu-ragu untuk mengeluarkan harta atau wang kita dengan ikhlas melalui sedekah atau pun zakat?

Bersama-samalah kita memperbaiki diri kita.

Demi kejayaan dunia dan akhirat.

Insyaallah...

Wassalam.

Sumber : Ustaz Nasir

Nota tangan saya : Moga kita juga dapat mengikut jejak langkah beliau. InsyaAllah.  

Saturday, December 17, 2011

Jangan lupa utk berzakat ye wahai kawan2..(ZAKAT PENDAPATAN)

Ramai yang menganggap zakat pendapatan tak perlu dibayar selagi keperluan sendiri belum dilunaskan, hutang kad kredit belum habis bayar, loan rumah tak habis2 dan macam2 lagilah. Tapi sebenar kita silap... Begitu juga dengan saya di zaman2 dahulu kala. Dah laa tak tau, tak pulak mencari. Memanglah sampai bila2 pun taktau kan. Alhamdulillah dah makin dewasa ni, ada sedikit sinar yang ALLAH kurniakan supaya celik zakat. 
Jangan risau, jgn bimbang dengan duit kita yg keluarkan utk mbayar zakat. Kerana itu adalah HAK mereka yg berhak, kerana apa yg kita dapat hari ini terkandung didalamnya HAK org2 yg berhak tersebut. Mari kita sama bersihkan hati, bersihkan jiwa, bersihkan akhlak dengan menunaikan zakat.
 KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT
Firman Allah..
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43
...
Firman Allah..
" Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.."
At-Taubah, ayat 103
...

Hadith Rasulullah S.A.W
" Bentenglah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu kepada Allah "
Riwayat Abu Daud, At-Tabarani dan Al-Baihaqi
...

Kewajipan mengeluarkan Zakat kepada pemerintah
Hadith Rasulullah S.A.W, diriwayatkan oleh Sa'id ibn Mansur dari Suhail r.a katanya :
" Telah berkumpul padaku nafkah, yang padanya ada zakat, yakni telah sampai nisab zakat, maka aku bertanya kepada Saad Ibn Umar, Abu Said Al-Khudry, Abu Hurairah, kataku: Apakah aku mengagihkannya sendiri atau aku berikan kepada penguasa? Semua mereka menyuruh aku memberikan kepada penguasa. Seorang pun tidak akan ada di antaranya yang menyuruh aku agih sendiri.."
...
http://www.maij.gov.my/zakat/index.html

Wednesday, August 24, 2011

Renungan hari ini....SIHAT SEBELUM SAKIT

Syukurilah nikmat yang ALLAH kurniakan..... tiba2 saya terasa utk share apa yg terngiang2 di fikiran saya di FB saya.....
Renungan :
... kalau kita rasa kita paling miskin, ingatlah masih ada org lagi miskin dari kita,
kalau kita rasa kita tak dapat makan yang best2, makan kat hotel2, ingatlah masih ada org yang langsung tidak dapat menjamah makanan,
kalau kita rasa kita paling sengsara, ingatlah masih ada org yg lebih sengsara daripada kita.
yang paling penting.... setiap nikmat yang dikurniakan ALLAH mestilah disyukuri.
Alhamdulillah, minggu lepas saya berpeluang utk berjumpa dengan kawan saya yang mengidap penyakit kanser. Syukur kerana saya dapat menunaikan hajat yang tertangguh ini. Bila melihat beliau yang cukup tabah, 'nampak' sihat, saya jadi insaf. Saya tahu, jauh di sudut hatinya tersembunyi kebimbangan yang amat sangat, tapi saya percaya beliau mampu menghadapinya, INSYAALLAH. Melihat keadaannya, saya jadi insaf kerana kurang mensyukuri nikmat SIHAT yang ALLAH kurniakan. Insaf kerana selalu alpa dengan nikmat2 yg ALLAH berikan, seolah2 nikmat itu adalah suatu yang lumrah. Ya ALLAH, ampunkan hambaMU ini YA ALLAH....
Saya bermohon semoga ALLAH sembuhkanlah kawan baik saya ini, kurangkanlah segala kesengsaraan beliau, semoga beliau kembali tenang bersama keluarga tercinta. Moga2 beliau sentiasa ingat yang takdir ALLAH itu ada hikmahnya...

Nota tangan saya : sebanyak mana pun duit yang kita ada, sebanyak mana pun harta yang kita kumpul, sekuat mana pun kita bekerja, andainya tidak dikurniakan nikmat SIHAT, maka semuanya tiada ertinya.... SYUKURILAH SEGALA NIKMAT yang ALLAH kurniakan.......

Saturday, July 24, 2010

Apa nak buat kalau rasa tak sabar dengan karenah anak/anak2...?

...fresh from oven.........

Ini adalah tips utk diri saya sdiri sbnarnya. Sangat berkesan utk diri saya (tapi tak semestinya berkesan utk diri anda ye). Pernah baru2 ni, saya rasa mcm tak tahan sabarrrrrrrrrrrrrrrrrr je dengan anak dara yg baru mencecah 2 tahun bulan lepas. Tangan terasa gatalllllll je nk cubit kat kaki anak dara, mulut rasa ringannnn je naikkan suara. Tapi saya cuba bertahan... dan bertahan.... dalam hati Tuhan saja yang tahu. Saya harus sedar anak 2 tahun tu apalah sangattt yg dia tahu kan...?

Sebelum saya tidurkan anak dara pd mlm tersebut, tengah damia lelap2 ayam saya mintak maaf dengan damia. Damia angguk2 seolah2 faham. Dan pd masa itulah saya terimbas kembali kenangan2 sewaktu mengandungkan damia, melahirkannya, memeluknya pd saat2 dia dilahirkan.... dan segala2nya muncul dalam fikiran saya seolah2 semuanya baru semalam berlalu. Segala2nya bagaikan pita rakaman yang dimainkan di hadapan mata saya...

Dan saya bangun, terus menyelak2 kembali gambar2 sewaktu damia dilahirkan, saat2 saya menghadapi kesakitan utk bersalinkan damia, saat2 damia menangis pada kali pertama.... Tanpa sedar air mata saya mengalir laju. Betapa menyesalnya saya kerana ada perasaan marah yg tak mampu ditahan kepadanya. Normal laaa kan kalau anak 2 tahun aktif tak duduk diam walaupun sesaat kan? Normal laaa kalau damia nakkan sesuatu, damia akan merengek kan? 2 tahun je pun kan? Bukannya 12 tahun...

Saya insaf, semuanya adalah hak damia utk dimanjakan, dipeluk dan disayangi sepenuh hati. Tanpa mengira si ibu penat atau apa keadaan sekalipun. Mengimbas kembali saat2 pahit manis semasa mengandung, melahirkan dan membesarkan damia merupakan ubat paling mujarab utk saya supaya sentiasa sabar dgn karenah damia. Walau apa keadaan sekalipun..........

.... damia,
ketahuilah olehmu nak, mama sangat2 menyayangimu...
memang tiada galang gantinya di dunia ini...
moga2 mama terus bersabar melayani karenahmu...
terima kasih kerana memberikan peluang utk mama bergelar IBU....
alhamdulillah....

Sunday, July 11, 2010

Mari berkongsi : Nak tambah pahala cara mudah?

Hasil singgah ke sana sini, terjumpalah entry yg begitu menginsafkan. Mula2 jumpa kat blog tuty, then terus melompat ke tuan empunya entry pulak. Mohon izin utk share ngan kawan2 saya pulak ye. Harap lyna baca komen saya kat blognya.

Dan saya berharap jugaklah kalau encik suami terbaca entry saya yang ini, jgnlah pulak 'ringan tulang'nya jadi 'berat tulang' pulak ye. Semata2 utk memberi saya pahala lebih. Hehehehe... Saya sangat hargai kerajinan abang membantu saya buat kerja2 rumah. Tq abang!

Mari kita sama2 hayati...
***
Dalam kehidupan ni memang banyak benda yang mendatangkan rasa tidak puas hati. Saya sendiri pun selalu rasa tidak puas hati. Balik kerja tak sempat nak rehatpun, sampaila ke dinihari tak berhenti nodding donkey ni buat itu ini. Berlainan dengan suami yang boleh tidur bila2 masa, boleh tengok TV bila2 masa, boleh je nak buat apa2 tanpa perlu fikir tentang rumah, anak, etc. jadi ibu memang takde rehat! Masa jadi SAHM dulu pun lagilaa takde rehat.

Lagi2 bila ada yang provoke dengan ‘kerja rumah bukan tugas isteri tapi tugas suami!’.
Tapi.. cubalah selusuri pesanan Baginda SAW terhadap puterinya Fatimah, tatkala Fatimah menemuinya sambil menangis akibat kepenatan menggiling tepung dan membuat kerja2 rumah..

“Kalau Allah menghendaki wahai Fatimah, pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untukmu. Tetapi Allah menghendaki untuk mencatat kebaikan-kebaikan untuk dirimu dan menghapus keburukan-keburukanmu serta mengangkat darjatmu.

Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.

Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya kerana membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta.

Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahalaorang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian.

Hai Fatimah, setiap isteri yang tidak menjaga tetangganya, maka Allah kelak akan mencegahnya (tidak memberi kesempatan baginya) untuk minum air dari telaga Kautsar pada hari kiamat.

Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari itu ialah keredhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meredhaimu, tentu maka aku tidak akan mendoakan dirimu.

Hai Fatimah, bahawa redha suami itu menjadi sebahagian dari redha Allah, dan kebencian suami merupakan sebahagian dari kebencian Allah.

Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapukans. Apabila sampai rasa sakit bersalin, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila telah melahirkan bayi,dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.

Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai pertamanan surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkan keampunan untuknya hingga kiamat.
Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkan untuknya pada setiap rambut yang ada ditubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah.

Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.
Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri untuk tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit, “Hai Wanita, maka hadapkanlah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang”
Hai Fatimah, setiap isteri yang menyapu minyak rambut suaminya dan juga menghiaskan janggut, kumis dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqim makhtum dan dari sungai yang ada di syurga. Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatkan dirinya terbebas dari neraka dan mudah untuk melalui titian sirot”
Subhanallah.

Fikirkanlah ini wahai para isteri di luar sana. Gembiralah bila suami anda bukan seorang yang suka menolong, yang mengharapkan anda, yang tak pandai jaga anak.. kerana suamimu itu sebenarnya sedang memberikan pahala2 berlipat ganda kepadamu.
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Adil. Tiada satupun yang berlaku adalah benda yang sia2. Setiap titik peluh yang kita titiskan dengan perasaan redha (yang mana menurut Prof Yusof Qadrawi ialah keimanan terhadap takdir dan merasa cukup (qanaah) dengan apa saja yang diberikan), adalah benteng2 yang menghalang dari api neraka dan tali2 yang merapatkan kita dengan Allah.
Isn’t that sweet?
Saya pasti kalau semua isteri menghayati pesanan Rasulullah SAW di atas, kita semua akan rasa terhibur dan takkan mengeluh2 bila suami bukan jenis Mr. Mama :)
Berterima kasihlah kepada Allah di atas setiap keperitan yang kita lalui, kerana..
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan… sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. [al-Insyirah:5-6]
*Di sebalik musibah dan ujian itu tersimpan cinta agung Allah SAW, bergembiralah :)
***

Sunday, May 16, 2010

Bersyukurlah....

Sungguh tak terkata dan tak sempat imagine bagaimana sekiranya anak2 saya berkeadaan seperti ini. Nauzubillahhh............ Sangat sayu-sedih......

Forwarded email.....


Botol susu hanya diisi dengan air kosong, Tiada susu, tiada makanan berkhasiat, Si adik hanya bergantung hidup pada sang abang yang lebih dewasa dan mungkin sudah mengerti selok belok duniawi.
 
Hargailah anak-anak kita, ajarilah mereka erti bersyukur. Biarkan mereka tahu akan betapa bertuahnya mereka mempunyai segala kelengkapan hidup jika dibandingkan dengan kanak-kanak di dalam foto ini.
 
Ya-Allah, aku bersyukur kehadhrat Mu, dengan limpahan kurnia dan rezeki yang mencukupi bagi diri dan keluargaku.
 
Kepada umat Islam, jangan lupa akan tanggungjawab kita untuk menunaikan zakat. Wang ini mudah-mudahan dapat membantu mereka yang amat memerlukan.

Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua. Semoga tahun baru kita dimulakan dengan penuh ketaqwaan kepada ALLAH Yang Satu.

Mari kita sama2 muhasabah diri dan sama2 membaca doa akhir tahun/awal tahun bila tiba masanya nanti, Insyaallah.

DOA AKHIR TAHUN
Dibaca 3 kali pada akhir waktu 'Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


DOA AWAL TAHUN
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.


Monday, November 9, 2009

Kisah 4 : Suami romantik

Ini bukan kisah suami saya, dan bukan juga kisah suami orang lain yang romantik.
Ini adalah perbualan saya dengan seorang kawan (Kak X) yang telah mempunyai 4 orang anak.

Kak X : Ishh, suami akak tak de seminggu ni. Aduhaiii, kelam kabut dibuatnya.
Saya  : Kenapa kak, suami akak gi mana.
Kak X : Outstation. Lama pulak tu. Banyak betul baju tak berlipat. Biasanya dia yang lipat baju kat rumah. Terpaksalah akak buat sendiri.
Saya  : Woww... bertuahlah akak suami rajin lipat baju. Itulah kak, takpe suami tak/kurang romantik pun, yang penting dia ada belas ihsan nak tolong kita buat kerja2 rumah. Boleh ringankan kerja2 kita sikit. (kenapalah tiba2 saya boleh mengeluarkan ayat2 seperti ini, mcmlah saya ni berumahtangga dah berpuluh tahun, ngeeee).
Kak X : Betullah. Akak pun fikir macam tu. Kalau yang jenis romantik tapi taknak langsung tolong2 kerja rumah tu. Memang susahlah......

Nota tangan saya :
Kalau dapat suami yang romantik dan ringan tulang, mmg satu BONUS utk kita.
Encik suami saya pernah utk menjadi romantik semasa mula2 kenal dulu, tapi mungkin itu BUKAN DIRINYA. Jadi mmg tak kekal lama. Takpelah, tak/kurang romantik pun tak apa. Yang penting dia sayangkan saya dan tersangatlah ringan tulang membantu saya membuat kerja2 rumah.
Alhamdulillah, kerja2 mengemop ruang tamu, menyidai dan mengangkat kain di jemuran,
menukar pampers dan baju damia setiap pagi sebelum dihantar ke rumah baby sitter tak perlu saya buat lagi. Beliau juga sangat rajin melayan damia bermain ketika saya membuat kerja2 di dapur dan juga ketika saya mengepam. Terima kasih bang (luv.. luvv..)


......... realiti tetap perlu dihadapi dengan realiti. Jangan hidup hanya dibayangi dengan angan2 yang tak bertepian......







Sunday, November 8, 2009

...menitis air mata...

.. bila melihat gambar2 ini.... (gambar2 ni diforward oleh kawan saya. separuh gambar adalah pembaziran makanan yg begitu banyak dan di bawahnya ialah gambar insan2 yg kebuluran)

Tersentuh hati saya bila melihat gambar2 kebuluran seperti ini.  Kita (saya termasuklah) sepatutnya amat2 bersyukur dan berterima kasih kerana dikurniakan nikmat yang tidak terhingga. Pembaziran tak sepatunya berlaku bila kita sentiasa mengingati insan2 yg tidak mendapat makanan yang cukup.
Marilah kita sama2 renungkan diri kita dan kehidupan kita di dunia yang hanya sementara ini.



nota tangan saya : paling tersentuh dan tak sampai hati nak tengok ialah gambar baby yg menyusu itu....... ada ke susu itu dengan op*ai (B) yang kempis itu... huhuhu..

Blog Widget by LinkWithin