Perasan atau tidak, ramai yang merungut takde masa laaa.... tak cukup 24 jam yang Allah berikan. Sebenarnya bukan masa yang tidak cukup, tapi cara kita menggunakan masa, cara kita menghargai setiap masa dan cara kita menghabiskan masa dengan lebih berkualiti, dengan lebih berkat.
Apa yang saya ingin tuliskan ni adalah pengalaman saya sendiri sebenarnya. Rutin harian saya bila balik kerja, terus masuk dapur (kalau hari rajin nak memasak laaa kan). Contoh ni hanyalah hari 'homemade dinner', kadang2 tapau juga. Ngeeee... Sampai rumah pukul 615 petang paling cepat. Bila dah masuk dapur tu, sudah semestinyalah hampir2 sejam jugak kan. So, sejam selepas tu dah masuk waktu Maghrib kan. Banyak kali, boleh dikatakan sebelum menyedari kewujudan 'MASA YANG BERKAT' ni, saya memang 'TERBABAS' melewatkan waktu untuk solat Maghrib.
Selalu hati berkata,
sikit je lagi aku nak bagi sup ni mendidihhhh je, nanti boleh tinggal laaa....
sekejappp je lagi nk letak garam kunyit kat ikan/ayam jeee.......Tapi bila tengok2 jam, dah pukul 730 mlm. Dah hampir separuh waktu Maghrib tu berlalu. Tapi syaitan berjaya memujuk hati saya supaya BERTANGGUH seruan azan, seruan utk menyembah YANG ESA.
Contoh lain pula adalah bila tengok drama. Maklumlah tayangan drama petang2 dr TV3 petang2 tu kan BEST! Zaman2 gila drama petang2 dulu, selalu hati berkata,
Nanti iklan aku pergilah mandi, nanti pergilah solat.
Dah abis separuh jalan nanti aku pergilah solat. Pernah tak berlaku sebegini dalam kehidupan harian anda. Pernah tak ada bisikan2 SYAITAN dalam hati kita?
Natijahnya, saya selalu rasa TAK CUKUP MASA. Kadang2 ditambah dengan anak meragam tak tentu masa... Sebenarnya segalanya berpunca dari kita. Kita lalai menghargai masa yang Allah berikan. Kita lalai dari mengingatiNYA. Kerana itula kita hilang nikmat KEBERKATAN MASA.
Cukuplah BERDRAMA, cukuplah SIBUK DI DAPUR dan BERTANGGUH utk mengerjakan solat. Hidup kita terlalu pendek, ingat2lah selalu kepada ALLAH. Ingat2lah selalu kenapa kita dijadikan oleh ALLAH. Untuk apa? Apa tujuan kita hidup? Apa yang kita lakukan hari ini, semuanya bekalan kita menuju akhirat. Jom sama2 muhasabah kawan2, adik2, kakak2.....
Perkongsian dari blog ini.
Allah menjadikan kita untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
Kalimah خليفة (khalifah) dari sudut bahasa ialah orang yang menggantikan perbuatan orang lain. Khalifah yang dimaksudkan di sini sama ada makna majazi (cakap pinjam) iaitu manjawat/menjalankan pekerjaan yang dikehendaki oleh yang digantikan, seperti wakil dan orang yang menerima wasiat, iaitu orang yang mengatur pekerjaan di bumi yang dikehendaki oleh yang diganti (Allah). Kalimah khalifah tidakk boleh diguna makna hakiki (makna sebenar) disini kerana mustahil kita boleh menganti perbuatan Allah.
Dengan itu, kita yang dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini
mestilah mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah pada segala hukum.
****************************************************
Nota tangan saya : Moga kita sama2 mengambil iktibar, nampak remeh tapi sebenarnya ia adalah impak yang besar supaya kita lebih mempunyai BANYAK MASA!
2 comments:
Betul sangat, kadang-kadang rasa kenapalah perlu ngantuk dan tidur sebab banyak lagi kerja nak dibereskan.
Dan sangat2 b etul, bila kita utamakan Allah, Allah yang akan anugerahkan kecukupan masa buat kita. Perhatikan je, kalau kita solat awal waktu rasa lama je masa yang ada sementara nak masuk waktu yang seterusnya. Dan kalau kita solat awal waktu juga, halangan-halangan kecil lain tu mcm tak terasa contohnya anak meragam.
kan?
setuju sangat2...
terima kasih singgah sini.:)
Post a Comment