Showing posts with label Majlis Kawen. Show all posts
Showing posts with label Majlis Kawen. Show all posts

Friday, October 2, 2009

Cancel semua....

Keghairahan kami utk ke open house raya rakan2 dan ke kenduri kahwin  adik seofis terpaksa dibatalkan kerana kekasih hati saya telah dimasukkan ke hospital sejak dr semlm. Sebenarnya encik suami sudah lama mengalami sakit belakang/pinggang dr saya mengandungkan damia lagi, bermakna sudah hampir 2 tahun agaknya. Tetapi sakitnya kadang2 je datang. Setiap kali kena, mmg penangannya teruk juga sehingga tak mampu bangun atau berdiri atau bergerak. Sudah lama juga saya menasihatkan encik suami utk pergi ke hospital pakar, tapi biasalah org lelaki (ke suami saya aje??), bukan nak kisah sangat kalau masih lagi boleh melompat berlari dan berjalan.
Setelah dicek oleh doktor pakar dan hasil dr MRI, rupanya tulang belakang encik suami retak dan terkeluar sedikit dari soketnya. Patutlah setiap kali diserang sakit ni encik suami menggelupur tak tentu arah. Kata doktor, mungkin pernah jatuh atau mengangkat barang2 terlalu berat. Pagi tadi encik suami telah menjalani fisioterapi dan esok akan disambung lagi. Maka malam ini pun kami akan bermalam di sana lagilah nampaknya. Moga encik suami cepat sembuh.

Kepada kawan2 yg menjemput kami ke open house esok dan lusa, saya mintak maaf banyak2lah ye. Kemungkinan utk tidak pergi itu adalah besar.





Sunday, July 5, 2009

Selamat pengantin baru utk iqbal dan emi

Gambar2 semasa majlis bersanding pd hari yg sama (06062009). Gambar2 lain silalah terjah ke fpages papa damia.




... seperti biase, family sy yg terlalu ramai sehinggakn terpaksa susun bertingkat2...

pengantin & family pengantin perempuan


Adek bongsu sudah pun selamat...

Tarikh : 06062009
Tempat : Klang...

Alhamdulillah adik sy yg bongsu sudah pun selamat mendirikan rumahtangga sebulan yg lepas (punye laaa lambat nk masuk blog, hehehe). Adik ni adalah yg ke 12 dalam family kami. Mak bonda sy cakap, 'dah habis dah, boleh laaa dia berehat dan tak payah ke hulu ke hilir lagi dah..'. Betul ckp mak sy tu, tapi anak saudara saya yg paling tua pun dah 20-an, so tak berapa lama lagi akan ada kenduri jugak tu.:P..

Walaupun baru je mendirikan rumah tangga, adek sy ni tetap jugak datang utk tolong sy pindah randah! Thank keba!

... utk pasangan pengantin,
Moga2 korang akan berbahagia selama hayat dikandung badan. Insyaallah...

Ini adalah di antara gambar2 ms akad nikah yg ditangkap oleh jurugambar profesional kami aka papa damia. Gambar2 lain boleh lah menerjah ke sini.







Saturday, June 27, 2009

Selamat pengantin baru utk awie n zila-sanding.

Sanding : Tengah hari 31052009

Awie ni adalah adik ipar saya yg sekrg mengajar di MRSM Taiping merangkap warden di situ. Hari tu masa kami ke sana, kami menumpang tidur kat apartmentnya... Perrgghhhh, punyalah beso, kalah rumah sewa kami kat tiong nih...... Untung sungguh jadik warden, sume free. Kalau diingat2 balik, warden kat sekolah saya dulu dapat bilik kecikkkkkkk aje. Sian... Mungkin sebab saya sekolah korok kot... Hahahahaha...

Ni adalah gambar2 hantaran diorg yg sungguh bergaya pada mata saya. Hehehehe... Semoga mereka sentiasa berbahagia sehingga ke akhir hayat.. Insyaallah...

Ni adalah gambar2 semasa menyambut pengantin lelaki tiba dan gambar2 persandingan. Kedua2 mempelai cantik berseri pd hari tersebut.
pengapit lelaki adalah adek ipar sy juga, yg bongsu, yg mana dialah juga pengapit kami masa majlis kawen kami dulu...:)

pssttt... damia memakai gaun yg tidak sesuai?? sbnarnya gaun tu sepatutnya dipakai dengan baju didalamnya. Tetapi dengan keadaan cuaca yg amat panas terik, terpaksalah saya seksikan damia. Alhamdulillah damia tak meragam sedikitpun wpun cuaca boleh mencairkan otak org2 dewasa. Bagus anak mama!!!

Gambar2 lain lagi, ada kat sini..

Selamat pengantin baru utk awie n zila-akad nikah

Tarikh : 31052009 (ye.. dah lama tapi br berkesempatan nk pilih2 gambo..)
Tempat : Ipoh, Perak.
Akad nikah : Pagi 31052009








Selamat pengantin baru utk awie dan zila. Moga2 jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaallah.
Semoga tertunai segala janji yg sudah dimeterai....

Kalau ada yg teringin nak tengok gambar diorang lagi, silalah melawat ke sini ye.

Sunday, March 29, 2009

Tahniah utk ERWIN & AISHAH..

Date : 15032009

Selamat pengantin baru utk erwin n aishah. Moga-moga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaallah...

Perantin yg sangat bahagia....

posing maut dari 2 anak dara... :)
ibu2 yg sibuk posing... tapi anak2 semua takdak mood... huhuhu..



Sunday, February 15, 2009

Majlis Sanding Mat (SAM) & Dian

Bertemakan serba serbi purple, berlangsunglah majlis persandingan adekku dengan isterinya yg tercenta. Majlis memang meriahhh dgn kehadiran artis2 veteran yg aku tak kenal.. hahahaha... Isteri Mat ni adalah anak tiri Pak Ajis, tu sebablaaa ramai gak artis2 yg muncul. Ala2 majlis yang glamer gak laaa. Cuma yang aku kurang puas hati sikit bila diorang(geng2 artis) stat berkaraoke, aku rasa cam majlis perkahwinan ni dah jadik cam bilik karaoke laks... Tapi yang penting, pengantin tetap bahagia dan mereka dalam dunia mereka sendiri sibuk bergambar sane sini dengan senyuman yg tak pernah lekang dari bibir masing2. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar... Semoga mereka hidup bahagia sepanjang hayat.. INSYAALLAH....
Pengantin tiba tepat pada waktunya dgn senyuman yg malu2... alahaii.. sweetnyee..

Pengantin yg comelll.. hihih..
Ni hasil dr kekandaku sendiri yang buat... Yang tukang pasang ni abang ipar dan adekku... Risau kot2 tergolek2..
Damia yg bad mood dari pagi sehinggalah tgh ari. Asyik nak dukunggg aje.. cramp beb tangan aku.. Damia penat travel kot... Cuaca pon panas lak tu
Family aku, seperti biaselah.. penuh pentas tuh.. hihihi...
Family pengantin perempuan...

Tengok, damia tak duduk diam... Masa ni moodnye dah ok sikit... pas bangun tido..
Menguap.. hohoho..
Kasih (sepupu damia).. "Ni kenapa ni rambut tak terurus ni.. rock semacammm je damia nih... tak ayu laa camni.. hehehe"

Aku-damia-bondaku..
Hehehhe... ambik kesempatan utk bergambo sempena baju sedondon sefamily...


Gerbang perkahwinan adalah suatu perjudian...
Adalah sesuatu yang normal sekiranya perkahwinan kita bahagia, cuma yang sebenar2 'perkahwinan:perjudian' adalah semasa kita tak bahagia dan kita mencuba sedaya upaya utk menjadikan perkahwinan kita itu kembali bahagia....
(Quote dr abg ipar semasa aku nak kawen 2 tahun lepas... Masa dia ckp camni kat aku, aku hanyalah mengangguk2 dan tersenyum. Ayat die mase tu lebih kurang cam ni laa maksudnye...THANKS!!)

Gambo2 banyak lagi kek sini kalo nak tengok...
Blog Widget by LinkWithin