Check up kat Klinik Kesihatan adalah 01/07/2010 iaitu esoknya tapi disebabkan bb resah gelisah dan terasa spt ada contraction, saya mengambil keputusan utk pergi scan kat klinik yg berdekatan dengan rumah. Risau juga kot2 terbersalin awal kan? Mintak2 dijauhkan laaa... Bila cek dgn doktor, doktor cakap kedudukan baby still 'kat atas' lagi. Dan kemungkinan besar bb resah gelisah tu sbb tak cukup gula. Almaklumlah pada hari tu saya 'berpuasa'. Minggu sebelumnya sy dah buat trial utk puasa, alhamdulillah berjaya puasa sampai ke petang. Jadi konfiden laa sikit nk puasa tapi pd hari ni bersahur yg tak berapa sempat makan betul2 sbb bangun lambat dan damia pun merengek2 nak masuk dapur jugak. Tu yang tak berapa tahan kot puasa hari tu. Alhamdulillah semlm dapat puasa dengan jayanya. Moga2 baby sabar ye. Mama ada lagi 6 hariiiii je lagi nak ganti... dan ni jugak adalah latihan utk saya berpuasa semasa kandungan 9 bulan nanti. Insyaallah...
Pergerakan adik dalam perut mama adalah sangat hebat. Sangat2 aktif, tak duduk diam. Nak tidur pun adalah dah kurang selesa dah... Nak tidur/duduk2 kat bawah pun adalah sangat menyakitkan bila nk bangun tu.... Huhuhu... Tapi tak apa, mama sabar sehingga sampai masanya nanti. Moga2 adik dapat keluar melihat dunia dalam keadaan sihat walafiat dan tanpa sebarang masalah. Insyaallah...
No comments:
Post a Comment